CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, September 3, 2012

Proses Mengecat Taman Syurga Kami!

Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah, kami telah siap mengecat seluruh dinding tadika dan besi tangga, masih menunggu waktu yg sesuai utk mengecat lantai pula.

Family in Law dtg membantu kami menghabiskan proses mengecat ini. sangatlah jimat bila proses mengecat ini dilakukan bersama. jimat rm2000+!

cuma proses mengecat di luar bangunan agak berisiko bagi kami yang tiada sebarang peralatan alat bantuan mengecat. maklumlah tadika ini beroperasi di tingkat 1. jadi, kami terpaksa mengupah tukang cat utk menghabiskan proses mencantikkan bangunan tadika islam kami ini.

Dzaatin tak habis-habis berlari ke sana sini sambil mengekpresikan perasaannya yang tak sabar untuk bersekolah di sini. Bulan November ini! ummi pun sama!!

Tadika ini bukan sahaja mahu menyediakan keperluan pendidikan secara basic sahaja tapi di sini kami mahu menyemaikan perasaan dalam semua diri anak-anak tadika kami MENGAPA ALLAH JADIKAN KITA DI ATAS DUNIA INI! Ya ini matlamat kami!!

Tadika ini ibarat taman-taman syurga bagi anak-anak kecil kami utk mereka mengutip ilmu dan menyemai benih cintakan Islam!














No comments:

Post a Comment