CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts

Saturday, June 11, 2011

Peristiwa Penghujung Mei dan Awal Jun: Balik kg, kenduri & jalan-jalan

Assalamualaikum pembuka bicara di laman diari ummi yang dah bersawang2 ni..
pejam celik dah 2 minggu tak bercerita ceriti untuk tatapan anak2 disini..

2 minggu ni memang ummi tak sempat menjengah di blog ni
hati memang macam2 nak cerita
tapi ada beberapa kekangan yang membataskan
mula2 home blogspot ummi wat hal
blogspot online shoppe ummi pun wat hal
jadi memang tak terupdate design2 baru di citu
lepas tu famili kita balik kg di perlis dan berjalan ke mersing pula
memang tak menang tangan nak update kisah kasih kita di sini..
sambutan pelanggan di al-layl shoppe fb pun ibarat coklat yg mencurah2 ke ladang gandum (tetiba) hehe
alhamdulilah2..syukur atas nikmat Allah

harini famili kita balik kg di ipoh pula
ada projek besar yg abi nak bincangkan dgn abahnya
insyaAllah jika projek ini menjadi dan berjalan lancar
ummi akan launch di blog ini untuk tujuan promosi
semoga Allah permudahkan segala aktiviti bisnes ummi ni
tika ini terasa abi menyokong kuat kerja ummi ni.
Alhamdulillah..terima kasih Allah atas nikmat ini
terima kasih B atas sokongan dan pimpinanmu
terima kasih puteri2 atas keberadaan kalian dgn sihat sejahtera di sisi ummi
terima kasih utk diri sendiri kerana melakukan apa yg yg memang dituntut dlm Islam dan semangat dan minat yg mendalam dlm bidang ini..

entry kali ni memang panjang dan penuh dgn gambar juga
seperti biasa hehe

bulan ini, wafiqa bakal melangkah ke usia 6 bulan..
perkembangannya di usia 5 bulan belum ummi coretkan lagi
insyaAllah ummi akan catatkan perkembangan mu sedikit masa lagi..
begitu juga dgn kakak dzaatin..keletah nya, sikap kakak dan anak sulungya..ada2 sahaja pembaharuan dlm perkambangannya..makin cerdik makin bijak puteri sulung ummi..opss makin kuat merajuk hehe..

abi pula dah slim sikit dari dulu
hasil diet tak makan tengahari
ummi pulak, makin susut 'sikit' sbb hasil tak makan puas2 n byk2 macam dulu dah
bukan nak diet 'mcm abi' tapi memang semenjak sibuk berbisnes, ummi makan ala kadar je
bukan sbb terlalu fokus pd kerja, tapi ummi perlu fokus byk benda
dari awal pagi hingga lewat mlm..
ummi ada jadual dan tanggungjawab yang perlu dibereskan
suami, anak2, rumahtangga, diri sendiri, bisnes, customer, supplier, DnT dan lagi2 tuntutan ibadah yg utama iaitu hak pd Allah lg..semuanya perlu dibereskan satu persatu..
membuatkan ummi xde masa senggang dan bersenang lenang nk makan lagi..
fikir ummi bagus juga, sbb dapat juga kurangkan berat bdn tanpa perlu berdiet atau mkn ubat segala..cukup sekadar beraktiviti dgn segala aktiviti sepanjang hari..

alhamdulillah..
segala ujian dan penat lelah perlulah dahulukan dgn ucap alhamdulillah dahulu
kerana pujian syukur itu membuatkan kita kurang merungut dan mengeluh atas ketentuan Allah

alhamdulillah di akhirnya sebagai pujian atas nikmat pahala atas pekerjaan2 yang dikerjakan..dan semoga dikurniakan ganjaran redha Allah dari awal hinggan ke penghujungnya..InsyaAllah..



Pulang ke Kampung


Jumaat 3 jun, famili kita pulang ke kampung di perlis untuk menziarah keluarga ummi yang dah 4 bulan tak jumpa..alhamdulillah..dapat jumpa ahli-ahli keluarga melepaskan rindu selama di kejauhan..nikmat ini memang tidak terkata perasaannya..niat ummi nak balik juga sbb nak meraikan walimah sahabat baik ummi di MAtri dulu..Ilani dan Tasnim..semoga berbahagia dengan pasangan masing2..insyaAllah ada barakah dan pahala yang besar di setiap permulaan perkahwinan itu..

memang riuh rumah Tok Wan ngan Mak tuk bila sekali sekala anak menantu dan cucu2 berkumpul bersama...Dzaatin Nithaaqain Auni, Ainul Mardhiyah, Aisyah Humaira', Muhammad Zulfaqar, Zulaikha Afna (7bulan) dan Wafiqah Insyirah Amni(5bulan) membingitkan suasana rumah kg itu..paling lincah sekali 3 segagan kata org..Dzaatin (2tahun), Ainul (3 tahun setengah) dan Zulfaqar (4 tahun setengah), ketiga2 sama tinggi sbb dzaatin tu extra tingginya dan zulfaqar rendang sikit bdnnya hehe..diorg ni bila bertemu lawan tarik rambut, lawan melompat sapa paling tinggi, lawan menjerit sapa paling kuat suaranya..ish2..pening kepala dibuat 3 kanak2 ni..hehe..memang bahagia tengok mereka berkawan bersama, bernasyid berzikir bersama n baca ABC 123 sama2.....





kami pulang ke perlis naik keretapi
sempat lagi bergambar sebelum naik ke gerabak V1





wafiqa bukan main seronok bila di acah
(^_^)




ummi, dzaatin dan wafiqa satu katil






si comel ummi dan abi





sabtu 4 june, ummi abi dan wafiqa keluar ke rumah kenduri Ilani dan Tasnim, dapat jua bersua muka kawan2 dah 13 tahun berkenalan bersahabat sehingga kini..masing2 masih bujang dan seorang dua je yg dah walimah..ummi, aunty syidah dan aunty nabilah je yg berdukung anak ke sana sini hehe..ummi lagi extra 2 anak lagi..alhamdulillah atas baraqah Allah..;) petang sikit kami ke kenduri sepupu ummi sebelah Tok wan di Kodiang Kedah, berkonvoilah famili besar ummi ke sana..menu kenduri di sebelah utara memang sedap2 belaka...sbb kenyang sgt dh 2 kenduri ummi pergi, kenduri yg ketiga ni ummi jamah sup daging dengan pencicah air asam sambal belacan sahaja..ringkas cmni pun nikmat sekali..susah nk jumpa menu pedas2 di sebelah selatan sana..sekali sekala pulang ke kg begini mmg nikmat terasa..ummi memang lidah utara punya ni,abi pun dh terbiasa pedas2 semenjak kahwin dgn ummi..senang nk 'masuk' dgn suasana kata org..hehe..alhamdulillah..

ahad, 5 june, seawal 9 lagi..sekali lagi famili besar ummi berkonvoi ke Penang pula, kali ni meraikan kenduri sepupu ummi di sebelah Mak tuk pula..menu masakan penang pun boleh tahan sedap juga..tapi sedap2 pun makan tak sebanyak mana seperti dulu2 hehe..cukup sepinggan kecil buat melapik perut dan buat reserve tenaga utk menyusu wafiqa juga.hee, selepas usai solat, kami meneruskan perjalanan ke KL pula..konvoi kali ni, famili besar ummi ni ke rumah kita di nilai dan juga ke rumah Pak Long Dzaatin di Mersing Johor..memang riuh rendah dalam van bila si kecil2 tu mengamuk, merengek, bergurau, menjerit bergaduh....huuuu..cam dlm sarkas pula bila dah ramai2 macam tu..abi dan Pak Ndak bertolak ke KL naik bas di Butterworth sbb dah xmuat nk isi dlm van sekali..tinggallah ummi handle wafiqa dan dzaatin sendirian..alhamdulillah Mak Tuk, TOk Wan, Mak Uda dan Paksu sekali sekali melayan karenah dzaatin bila wafiqa nak menyusu dan tidur dgn ummi..

smpai di KL selewat jam 12 tengah malam, singgah di Tol Jalan Duta ambil abi dan Pak Ndak..bersesak lak sekejap kami dlm van sementara nk smpai ke Nilai..bayangkan mcm tin sardin yg sendat dengan ikan sardin yang gebu2 dan enak2 tu hehe..pukul 1 pagi kami sampai dengan selamat di bumi Nilai...ummi, wafiqa, dzaatin dan yg lain2 dh terlentang keletihan..tapi abi, Pak Lang ngan Pak Ndak sempat lgi makan nasi lemak di Bistro As-Salam berdekatan ngan rumah kita..lapar benar kata abi sbb bas tak menyinggah utk lapik perut smlm..






di Hentian R&R Pagoh
di hadapan sekali: muhammad zulfaqar 4 tahun+
kawan baik dzaatin ni..
di belakang: Tok Wan, Mak Tuk dan Wafiqa







bergambar kenangan sementara menunggu ketibaan Pak Long di JB
dari kiri: ummi, Mak Lang (kakak ipar ummi), Mak Uda (adik ummi) dan Mak Tuk






ummi dan puteri2 kesayang ummi dan abi




esoknya..sarapan pagi secukup melapik perut, kami sambung rehat kembali sebb kami bakal meneruskan perjalanan semula selepas zohornya ke Mersing..kelam kabut juga ummi basuh pakaian2 yg dh diguna ke perlis, sidai menyidai, kemas rumah, masak tghri dan sambil2 layan tempahan pelanggan..pukul 4 ptg, kita teruskan perjalanan ke Johor Bharu pula...kita tidak terus ke Mersing sbb Pak Long sdg berkursus di JB..tinggal Mak Long, Auni Ruhaya dan Ain Sumayyah di Mersing menantikan ketibaan kami..untuk smpai ke JB ambil masa 5 jam juga..kali ni, abi bawa kereta sendiri untuk memberikan keselesaan pd penumpang2 van..hehe..selepas bertemu Pak Long, makan2 dan berborak2, kita pun bertolak dr JB pada pukul 12 tghmlm dan tiba di Mersing selewat jam 2 pagi..memang sgt mengantuk dan letih saat ini..alhamdulillah anak2 tak banyak meragam..cuma abi je yg terpaksa kuat menahan kantuk di sepanjang perjalanan..sungguh jeles abi melihat ummi lena meriba wafiqa di belakang..kakak dzaatin pula diulit mimpi sehingga mengigau2 di car seat nya di sebelah abi..sesampai di Mersing, kami terus tidur keletihan....tengah dini pagi itu, terdengar auni ruhaya menangis2 sambil mengadu pd. umminya " ummi, suara apa tu huhu huhu huhu (sambil menangis)...ummi yg terjaga slps terdengar tangisannya tersenyum dan mengekek2 ketawa, rupa2nya auni takutkan suara 2 3 lelaki2 keletihan memandu sepanjang perjalanan tadi berdengkur ibarat naga sedang bertendang dan bersilat sesama mereka huhu..............................memang kelakar bila tidur ramai2 di ruang tamu begini..


pagi2nya, selepas siap masak menu rendang siput nangka, ikan goreng, sayur tumis kailan dan ulaman timun, kami bersiap2 ke Pantai Air Papan yg terletak tak jauh dari rumah Pak Long..SubhaNallah..cntik sungguh suasana pantai di kaw Pantai Timur Malaysia..laut membiru dgn pasir yg menyinar keemasan..nyaman dan sejuk udara membias wajah...kami makan2 sambil melayan anak2 yg segera mahu ke pantai...selepas wafiqa tidur dlm baby car sear cum baby carrier nya, ummi terus bermain air bersama dzaatin dan anak sedara yg lain..ketawa besar mereka bila duduk di gigi air sambil dihempas ombak..abi pula ralit bersama Pak su mengail ikan di tepi pantai..agak lama bermandi manda, kami bersiap2 hendak pulang krn anak2 kecil sudah mula merengek..abi masih belum dpt sebarang hasil tangkapan lagi..saat sedang berkemas pinggan mangkuk..tiba2 nmpak di kejauhan kail abi mengena seekor ikan Duri kata Tok Wan..walaupun tak sebesar mana, tapi sengihan abi menampakkan seluruh gigi bila ummi memuji abi dpt juga ikan walau di saat akhir..ini 1st time abi mengail guna joran yg baru dibelinya itu..bila dh dapat satu hasil, abi beriya nak mengail lagi..ummi tegurlah kata dh nk balik ni..tapi tok wan balas, "biarlah dia mengail, tgh seronok dpt ikan tu"..tup2 dapat lagi seekor ikan duri..memang rezeki sgt..abi cakap, air tgh pasang, ikan mula berenang ke tepian utk cari makan..Alhamdulillah..dpt mkn ikan segar hari ini ;)

selepas makan tengahari hasil tangkapan abi; abi, ummi, dzaatin dan wafiqa bersiap utk pulang ke Nilai semula..famili ummi masih stay di sana krn mereka kan bertolak ke Pahang pula esoknya..kami terpaksa pulang krn abi minta cuti 2 hari shj semata2 mahu melawat abng ipar di Mersing ni..Baik sungguh hati boss abi membenarkan hehe..Supporting lah boss abi..

anak2 memang terlena keletihan di sepanjang perjalanan pulang ke Nilai..tambah2 si kakak sulung tu..buka main aktif dia masa mandi pantai..bila dh terlelap, langsung tak bangun2 dh walaupun ummi dan abi berhenti makan di R&R Pagoh..berdukung lah abi bawa dzaatin ke cafe..

Alhamdulillah..kita selamat sampai pada pukul malamnya dan singgah solat isya' di masjid berdekatan UIAM Cenfos..







makan2 di tepi pantai..




cantik kan permandangan di tepian pantai ni...
SubhanAllah




terlena kesenangan..
ummi ambil peluang mandi pantai dgn kakak dzaatin
abi pulak sedang memancing ikan




Inilah rentetan perjalanan kita sepanjang percutian kita kali ini..ummi catatkan memori ini buat kenang-kenangan dan tatapan anak2 ummi bila dewasa kelak
suburkan ukhwah sesama kenalan, suburkan ikatan persaudaraan sesama kaum kerabat, pulang lah ke kampung meraikan sanak saudara kerana ia adalah ibadah yang dianjurkan dlm Islam..

semuanya ada kemanisan dan mohon jua pada Ilahi akan keberkatan dalam percutian ini ;)



_________________________________________________________________


ADVERTISEMENT

NIKMATI 3-5% DISKAUN KEPADA PARA RETURN DAN REGULAR CUSTOMER YANG DIHARGAI..
GANJARAN INI LAYAK UNTUK ANDA KERANA SENTIASA MENYOKONG AL-LAYL SHOPPE
LAYARI
http://al-laylshoppe.blogspot.com
ATAU
search Al-Layl Shoppe di FAcebook

untuk melihat kesemua koleksi zariya yang telah memperkenalkan beberapa design baru

ingat Al-Layl Shoppe
ingat 'islami equiti insani'

assalamualaikum

Saturday, May 21, 2011

Mencari Laksamana Cheng Ho di Bumi Melaka

Assalamualaikum pembuka bicara..


macam gempak je kan tajuk entry tu, padahal bukan pergi cari laksamana cheng ho, tapi pergi cari rama2 dan cari port tepi pantai yang best2 je..hee..sebenarnya dalam hati memang nak cari laksamana cheng ho, nak pusing2 kota melaka nak gali sejarah pahlawan islam berbangsa cina ni, tapi,xsempat pulak..tambah yg minat sejarah ni cuma ummi dan abi je..hehe...xpelah, nanti kita pergi lagi ye abi..kita travel satu kota melaka k..baru puas hati trip kita nanti..jaulah juga satu yg dituntut dalam islam ye anak2 ummi, berjaulah mencari sesuatu yang baru, ilmu baru dan belajar suasana baru di tempat orang..kenal sejarah, kenal alam ;)

oklah, ummi ni mmg jenis suka menulis dan mengarang,jadi ummi tak kisah karang panjang2 untuk tatapan anak2 dan abi terutamanya (abi suka baca tulisan ummi-kalu tak update mesti tanya2..**pssst, bila baca mulut ternganga, kdg2 tersenyum2..apakah?? hehe gurau je abi ye ;p), jadi ummi mulakan journal perjalanan kita barmula dari rumah, kita bertolak seawal pagi pukul 8.30 pagi, ummi sempat singgah Pejabat Pos Laju Nilai, nak pos tempahan2 customer, jalan2 pun, kena abiskan kerja2 dulu, baru dengan tenang dan lapang berjalan bersama anak2 kan..trip kita kali ni diiringi family abi, diorg dtg dari Ipoh..selepas tu kita terus bertolak guna highway utara selatan menuju ke ayer keroh, Melaka..tak jauh perjalanan kita,hanya memakan masa 2 jam sahaja..ummi, abi, wafiqa dan Achik naik satu kereta, Atuk Opah, Paksu, Mak Ngah dan Dzaatin dlm Viva..mmg sengaja diasingkan antara dzaatin dan wafiqa sbb kalu dua2 mengamuk dalam keta, telinga abi dan ummi akan meleTOP..hihi..lagipun, dzaatin suka manja2 ngan pak su, jadi nak berdempek ngan pak su je...Ashuuu Ashuuu






Sampai2 je di bumi Melaka,tepatnya di Ayer Keroh, kita pun terus menuju ke Taman Rama-Rama, best sebab xramai org, dah kata hari isnin, hari kerja, abi, opah ngan atuk je ambil cuti semata2 nk berjalan..hii..nasib bos bg ye abi ;-p..suasana di sini penuh ngan flora fauna, bukan rama2 je ada, semua ada, buaya, leopard, monyet, iguana, ulat, burung dan macam2 lg lah..
memang lenguh juga kaki nak pusing taman ni, ummi ngan abi gilir2 dukung wafiqa yang nampak je kurus tapi berat tulang huhuhu...bila mood ok, abi lah yg dukung, bila dh merengek2 mengantuk, ummi lak dukung..alhamdulillah dukung guna baby carrier mother care yg ummi beli dr Ukidsmart, memang selesa sgt bila dukung wafiqa..sebelum ni pakai baby carrier yg xkualiti sgt, selalu wafiqa menagis xnak duduk dlm tu..yg ni punya, xde merengek2 pun..mengantuk je nk ummi dukungkan dia..memilih tu hehe





gambar ni ummi ambil
cantik sungguh ciptaan Allah
Subhanallah





manja opah



manja Atuk



kawan Achik




kawan Ashuu



kemana2 nak ngan Opah Atuk je..
ngan ummi abi tak kisah dah..hehe




excited tgok ikan yang mendekati dzaatin...
ummi siap boleh pegang2 lagi ikan tu
abi kata ikan ni mmg jenis jinak




wafiqa je yang berdempek ngan ummi dan abi hehe


selesanya wafiqa dalam baby carrier mothercare dalam baby carseat dia hehe


mula2 memang mencari2 gak lah chalet atau hotel yang sesuai..memang penuh di setiap pesisir pantai tu..pilih je nak yang mana..rambang mata juga, nk yang itu ke, yang ini ke...last2 pilih yang sesuai untuk family ngan baby kecil..yelah, kena tgok suasana juga kan..

ummi abi, wafiqa,dzaatin dan Achik satu bilik..manakala atuk opah pak su dan mak ngan satu bilik..sebelah2 je..


Achik suka sangat layan wafiqa..muka pun lebih kurang je..hehe



ni lah resort tempat kita menginap..affordable, ada kolam, ada aircond, pakej dgn breakfast sekali
RM120 semalam
ok lah kan price nya
;)


petang tu juga, abi dan adik2 nya termasuk atuk ke pantai
tak sabar nak mandi
opah suruh juga ummi pergi mandi sekali, opah nk volunteer jaga wafiqa
ummi pergilah jenguk sekejap di tepi pantai
tapi ummi tak de mood nak mandi sebab ummi dah tak beriya nk mandi laut huuu
masa tu pun ummi ngah pening kepala sbb suasana panas masa jalan di taman rama2 tadi
kalau mandi laut, mesti bertambah pening lagi...
abi punya lah beriya2 ajak ummi turun
tapi kesian tinggalkan wafiqa takut dia terjaga nak susu
belum ummi sampai bilik, ummi dah nmpak opah berdukung wafiqa sbb wafiqa merengek nk susu..huuu
sian opah..

malamnya, kita hanya berehat2 di bilik
cadang nak keluar makan kat luar
tapi family abi jenis tak biasa makan kat luar
jadi kami bungkus je malam tu..
as usual ummi nak tomyam juga kemana2 hihi

malam tu, ummi ambil masa cek order n tempahan
alhamdulillah semua customer supporting
ummi memang dh pesan
ummi ambil cuti sehari dua
tapi ummi memang akan ambil tempahan dan layan tempahan malamnya
lepas dh siap semua
barulah berehat
abi, atuk, pak su dan dzaatin sempat lagi ambil angin mlm di tepi pntai


esoknya, awal2 pagi abi ajak jalan2 di pantai..
wafiqa dan dzaatin mmg nyenyak lg..
tmbh2 wafiqa bru lepas menyusu..
tambh lagilah sleeping hours dia hee
srba salah juga nk tinggal
tapi, opah briya nk volunteer nk tgok diorg tidur
ummi pun terimalah seadanya hii
opah mmg baik sgt2 ng ummi
terima kasih ibu ;)






tapak kaki ummi dan abi
;p



abi cakap ada penyu bertelur di pesisiran pantai ni
tapi mmg xde rezeki nk tgok sbb bukan musim penyu bertelur




selepas ambil breakfast nasi lemak yg sedap ngan roti kaya lagi..kita pun bersiap2 nk balik..alhamdulillah, ni lah jurnal percutian kita di bumi Melaka..Alhamdulillah..best..


____________________________________________________________________


ADVERTISEMENT



semasa percutian di Melaka, suasana agak terik..tapi dgn busana dr koleksi Zariya buatkan ummi lebih selesa dan rasa sopan malah sesuai digayakan di mana2..





minggu ini, pelbagai variasi tshirt zariya yang direka bercorak dan warna polka dot khusus buat mereka yg meminati design polka dot..
apa tunggu lagi
cepat sebelum kehabisan..
memang beberapa size telah kehabisan dlm stok kami..
cepat..sementara masih ada ye..
untuk dapatkannya
find Al-Layl Shoppe di FB
atau terus booking menerusi Order Form yg terdapat di
http://al-laylshoppe.blogspot.com

terima kasih
assalam


Sunday, April 17, 2011

Usrah dan Aktiviti Merenung Alam, Mensyukuri Keindahan CiptaanNya

Assalamualaikum ya banaatie,,
Alhamdulillah..abi wa antum bikhair biiznillah..
Ummi?? Dua hari ni kepala ummi berdenyut sangat, selepas terkena hujan tempoh hari terus jadi cmni..melayang2 rasa badan bila berjalan ke sana sini..


Jadi hari sabtu, ummi tutup kedai online seharian sbb nk rehatkan otak sekejap
tapi, jadual ummi untuk ke usrah petang sabtu tu tetap ummi hadiri sbb itu usrah pertama ummi selepas bersalinkan wafiqah, baru berkesempatan sbb bertukar ke usrah baru.
jadi walaupun kepala sangat berdenyut, ummi pergi juga dgn hati yg penuh semangat dan perasaan yg rindukan suasana usrah dan majlis penyampaian yg penuh peringatan..
Alhamdulillah Allah masih beri peluang utk duduk sama2 mendengar ayat-ayat Allah
Jikalau peluang ini tidak diberi, apakah masa itu ada nilainya pabila berlalu begitu sahaja??
tidak..sungguh rasa diri jauh tanpa adanya suasana penuh peringatan
suasana halaqah seperti yg Rasulullah berhalaqah bersama sahabat2 cintanya..
Segala puji bagi Allah akan nikmat berhalaqah dan nikmat ukhwah atas nama dakwah


sungguh ini jihad kakak dan adik...untuk travel mencari ilmu di majlis usrah 40 minit perjalanan dari rumah dan kondisi kesihatan yg tak stabil merupakan satu jihad..tapi ini hanya jihad yg ciput sahaja berbanding jihad Rasulullah..Rasulullah diancam bunuh, seksa, malah dilemparkan najis padanya tika berdakwah, masakan hnya cabaran2 kecil ini kita mahu lelah dan tinggalkan keutamaan pd majlis2 ilmu ini..sahutlah jihad ini tika dirimu dewasa kelak, sesungguhnya, ummi dan abi redha pada kalian..


Halaqah yg ummi tunggu2 ni, dimulai dgn bacaan dan penafsiran surah Al-Bayyinah, sungguh ummi dihargai ketika pertama kali menghadirkan diri ke halaqah ini, ummi diberi keutamaan mengalunkan surah ini dan membacakan sekali tafsirannya, begitulah sikap yg perlu kita ikuti puteri2 ku, utamakan sahibah mu dlm segenap segi, muliakan mereka..sungguh mereka mudah menerima ajakan kebaikan mu, begitu juga ummi, dgn penuh hati terbuka, ummi menerimanya dgn hati terbuka..surah Bayyinah ummi alunkan dgn rasa getar, ummi bacakan tafsirnya dgn rasa sayu..di akhir ayat, Allah dgn lemah lembuntnya berfirman "Allah meredhai mereka dan mereka meredhai Allah, Balasan syurga Adnin buat mereka dimana dibawahnya mengalir sungai2 dan mereka kekal di dalamnya", siapakah mereka itu wahai puteri-puteriku..mereka ialah org yang berjual beli dgn Allah..mereka jual pada Allah dgn segala kebaikan2 yang Allah perintahkan, dan Allah beli dgn bayaran yg Maha mahal buat kita..iaitu Syurga Nya yg Agung hebatnya..sungguh mereka itu org yang beriman dan mengerjakan kebaikan dan mereka sebaik-baik makhluk.

Rujuk: 7-8: Al-Bayyinah

Dalam ketika halaqah mulia itu masih bersidang, wafiqa yg tidur di bilik tetamu merengek memanggil ummi, MasyaAllah mereka sahibah2 ummi mengajak ummi bawa wafiqa perdengarkan sekali kata2 nasihat..sungguh satu suasana yg sungguh soleh..anak2 bukan pengganggu majlis2 mulia ini malah turut disertakan sekali..walaupun wafiqa menjerit mahu bermain, sahibah2 dgn senang hati turut mengacahnya sambil2 membentangkan isu-isu dakwah dan tarbiyah dlm Islam..sungguh ummi tidak merasa ulit di situ..senang sekali dgn layanan mereka..kakak dzaatin ummi tidak bawa bersama kerana buat teman abi di kereta sehingga menantikan halaqah ini tamat..sungguh berbahagia juga memiliki suami yg sanggup menunggu ummi berusrah sehingga siap selesai menjamu hidangan spagetti yg sedap ;)

sebelum pulang, kami bersolat asar jemaah bersama, lagi sekali hati ummi rasa tebangun dgn ajakan untuk menjadi imam mereka, sungguh ummi dimuliakan..ummi adalah ahli yg paling muda..tp begitu sekali penghormatan mereka buat tetamu yg masih byk kekurangan ini..sungguh indah nikmat ukhwah bersama kakak-kakak dan mak cik2 yg hebat sekali jiwa mereka..majlis makan kami serikan dgn bertaaruf secara informal dan bertukar resepi..ummi dapat makan dgn selesa sekali sbb wafiqa dijaga oleh anak dara tuan rumah..syukran jazilan atas layanan ;)

selepas bersalaman sunnah, ummi dibekalkan sedikit ole-ole buat abi dan kakak dzaatin di luar..mereka tidak lupa akan abi dan kakak dzaatin yg lama menunggu di luar..seperti dijanjikan, ummi dan abi terus ke swimming pool Putrajaya Presint 6..jadual kelas renang kakak dzaatin ialah 2 minggu sekali..tapi kali ni, kelas dzaatin diganjak ke malam sbb halaqah td habis sedikit lewat kerana mula pun agak lewat sedikit..petang yg masih bersisa tu, ummi dan abi bawa wafiqa dan kakak dzaatin bersiyaahah di Pantai Berpasir di sebelah kolam renang tu..Subhanallah..cantik sungguh permandangan di situ ya banaati..












momento abi dan wafiqa di petang nan dingin dan segar di pinggiran tasik






momento ummi dan dzaatin di tepi jeti








momento keluarga ku bahagiaku temanku di Syurga ..InsyaAllah...
(pening2 pun ummi larat lagi melayan kamu berdua hehe)




selepai usai mengambil angin petang di pinggir tasik yang indah ciptaanNya, kita bergegas ke surau untuk solat maghrib..sambil merehatkan kepala yg makin berdenyut2, ummi sempai menyusukan wafiqa dan bermain2 dgnnya..seperti biasa kakak dzaatin abi handle, wafiqa pulak ummi yg handle..kena bantu membantu sebab nk handle kedua2 mmg tak lepas dah..;)
selepas mengaminkan doa, kami turun ke bawah menuju ke kolam..tak ramai org, sedikit selesa nak mengajarkan kakak dzaatin berenang..seperti biasa...kalau tak lincah, itu bkn kakak dzaatin lah tu..hehe




skill mlm ni, kakak dzaatin cuba menggerakkan kakinya pulak..



abi ajar berenang menggunakan board..ummi suruh abi guna pelampung, tapi abi balas NO FLOAT for our children..but why?? abi jelaskan pelampung hnya mmbuatkan kanak2 terlalu brgantung pdnya dan ini mmbuatkan skill berenang kurang improve..abi cakap, biarlah kanak2 mengexplore sendri teknik mengapungkan bdnnya dgn teknik yg betul..sbb bila kita boleh kawal apungan bdn, kita mudah belajar teknik skill berenang yg lain






______________________________________________________




SALE SALE SALE: Beli 3 Pasang Koleksi ZARIYA dapat FREE 5% Diskaun, Beli 5 Pasang koleksi ZARIYA dapat FREE 10% Diskaun dan beli 10 Helai Koleksi ZARIYA dapat FREE 15%..BELI BANYAK JIMAT BANYAK>>PROMOSI HINGGA HUJUNG APRIL

layari
http://al-laylshoppe.blogspot.com