CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, March 17, 2011

Dzaatin and Her Lovely Tommee Tippee

Assalamualaikum wbt



entry ini adalah berkaitan 1st time dzaatin guna bottle tommee tippe (malas taip panjang2, kita panggil tamitipi je k..hehe)
bila sale, cepat2 lah ummi grab peluang beli sbb berbaloi2..
masa mula nak beli tu memang risau gak, mahu ke dzaatin nak guna tamitipi ni sebab saiz dan bentuk putingnya berbeza dari yang jenis pigeon yang selalu ummi guna..risau gak, kang ummi beli mahal2 (mahal lah dari pureen) tak guna, kang tak pasal2 abi marah hikhik
nak beli ni pun kan, dah siap bayar baru gitau abi, yelah..dah ada duit sendiri, laju je shopping online ek ummi..bila abi tau, abi gelak2 je, abi cakap..pandai ummi..bila dah beli baru mintak izin..ni dialog ummi masa mintak izin

ummi : abi..kalu ummi nak beli apa2 online..nak kena bagitahu abi tak? ummi guna duit ummi..

abi : a.aa kenalah gitau walaupun duit ummi..seorang suami patut tahu apa yang isterinya belanjakan..

ummi : tapi, kalu gitau mesti abi tak bagi..mesti abi komen2 atau argue2 nape nak beli itu, nape nak bi ini..

abi : yelah, tapi setakat ni xde yang B xbagi lagi kan? semua B izin, cuma lambat atau tak je..

ummi : ye ehhh..kena mintak izin dulu eh walaupun last2 abi bagi jugak ehhh..(dlm hati alamak..dah beli dah..huhu)

abi : iyeee

ummi : B..B..syg dah beli tamitipi laaaa...heeeeee :p

abi : (gelak2) huiiih, rupanya itu yg nak tanya tu..pandai ummi

ummi :....muka kerang busuk comey2..B izinkan tak??

abi : iyeeeeeee..

**actually abi tak gemar sgt beli yg mahal2, kualitinya sama je ngan pureen yang BPA free gak, tapi biasalah ummi ni..heee..nak jugak yg brand2 nye..comel bila tengok dzaatin guna..eiii apa punya alasan daa..kena tarbiyah g ni...

abis dah mukaddimah cmne leh nak beli tamitipi..sekarang nak cerita bila dzaatin dah guna tamitipi, kan ummi ingat dzaatin mungkin xsuka..rupa-rupanya, bila guna je botol tu, terus melekat je kat mulut dia, dikeleknya kesana sini, tak nak tinggal merata2, pastu pantang time minum susu, cepat2 amik tamitipi suh ummi wat susu..ada sekali tu ummi amik yg pureen, terus dia rampas pureen, dia hulur tamitipi..hoho..dah tak nak guna pureen dah..dah demand...hihihi

bila tengok perangainya camtu, terus ummi cakap kat abi...

ummi : B..B... (bila nak minta sesuatu biasalah cam manja2 sikit suara:strategi konon) dzaatin suka sgt ngan tamitipi...bla..bla..bla..(beriya benar ummi berceloteh:niat nak suh beli lagi in future lah ni ;p)

abi : ooo iya ke...nape tak beli 20 botol g..tengah sale ni...(muka selamba)

ummi :hehehehe..abi niiiiiiiiii...(geram kot nada perli tu)



ecece...dzaatin and her tamitipi..tak lepas2 walaupun dah abis susunya..
'closer to nature' lah katakan..hehe


p/s: sape2 nak beli tamitipi..klik kat sini untuk info k...yg penting minta izin suami dulu ye,,,hehe klik: nak tami tipi yeye

Saturday, March 5, 2011

Kakak Dzaatin, Wafiqa & Ice Room

Assalamualaikum wbt...
(^_^)
apa khabar semua..
ummi, abi, kakak dzaatin dan wafiqa..semua sihat Alhamdulillah....
hari ummi nak cerita sikit ttg telatah kakak dzaatin ni
tapi sebelum tu, jom ummi nak cerita satu tempat ni
namanya ICE ROOM..bukan bilik sejuk beku atau bilik ais tau
ini hanyalah Restaurant yang menjadikan Ais Krim sebagai main dishes nye..
selalu kami lalu lalang je depan restoran ni
tapi malam tu, tetiba abi ajak gi ice room..besttttt..
ingat nk makan ais krim je..tapi sebab perut pun minta diisi something yang lebih berat dr ais krim..ummi dan abi pun pesanlah beef steak (ummi) dan lamb chop (always abi's faveret) hee
kakak dzaatin lak ummi abi order bubur ayam..sedaaaap...
adik wafiqa lagi special ummi order..
susu anugerah dr Allah..lagi nikmat kan wafiqa kan..hee Alhamdulillah



1. ICE ROOM



ais krim blueberry dan nut
memang 5 bintang abi dan ummi bagi
sedap sgt..
Alhamdulillah..
harga RM5+
ok kan??


ummi dan abi
(^_*)


Ummi, kakak dzaatin..eh wafiqa tengok sape? terbojol mata tu..kiki



mula-mula abi suapkan....
then
--
--
--


then...nak makan sendiri..sbb x sabar tunggu abi suap...hehe
abi pun nak makan jugak lah kakak....
sudu pun besar amat hee..

dah abis aktiviti makan2 kita
adalah sebulan sekali keluar makan kat luar
sekali sekala..
Alhamdulillah..
terima kasih abi..
(^*^)

2. TELATAH DZAATIN

aa..ni perangai baru dzaatin setelah ada adik..
namanya kakak sulung kan..
dah mula belajar nak jaga adik lah tu..
bila selalu tengok ummi kesahkan adik..
perlahan2 dia belajar..put every single thing in her memory..
lepas tu, tak dapat buat kat adik..kat teddy pun jadilah..
hehe..


haa..kawan2 yang ada adik2 tu..meh dzaatin nak ajar awak semua camne nak bedung adik awak semua tau..ini pun dzaatin belajar dari ummi dzaatin..


mula2, letakkan kain bedung atas baby (teddy)..letak kemas2 tau...nanti terburai kalu tak kemas..


ok..lepas dah bedung kemas2..kita zikir lah pada adik kita..bagi cepat lena..
dzaatin selalu zikir cmni..
Allah Allah Allah
LAilahaillallah..
haa..sambil tepuk2 tau kawan2..
jangan kasar2 sangat..
adik kita lembut lagi..
du du du...
adik boom boom..


pastu selak2 lah sikit kot2 adik beyak, uh uh..
ohhhhhhhhh..adik tooot je..
adik toooot..
eii cuuuk..

"ummi, qiqa toooot"

lepas tu, kalau adik dah jaga..
kita boleh main2 ngan adik ye kawan2..
tepuk amai2 ke

"tepuk amai2
belalang kupu2
adik jangan nangis
ummi upah susu

susu lemak manis
santan kelapa muda
adik jangan nangis
ummi nak masak untuk kita"
hee...
(lagu diolah sesuka hati)

ok itu je kawan2
tata



3. AKTIVITI MAIN BEDAK


ok..kakak dzaatin jumpa bedak dlm stor
ummi memang tak pernah bg kakak dzaatin or wafiqa pakai bedak
sbb bahaya..ada talc..
jadi simpan jelah dalam stor..
berbotol2
bila si kakak dah jumpa
merengek nak main..
dh tu pandai nak suh buka lak tu..
tengah ummi wat kerja..
habis di'kerja'kan bedak tu..
setengah botol abis..eh eh eh..
kakak kakak..





kakak dzaatin dan adik wafiqa


opsss..adik pun kena bedakkan dgn kakak eh..
huhu..tergelak sakan ummi..
tak perasan adik pun disapunya..
adik diam je lak tu..
suka eh kakak make up dia
heee


haiii...emmm comel tak saya kawan2....



emm..tak berapa comel lah sangat dzaatin..awak nampak cam kuih tepung gomak
kihkih
ni ummi awak yang gitau lah
jangan marah yeee



dah abis story mory kita..
lain masa kita cerita lagi
tentang wafiqa pulak k..
sebelum tu ada sesi iklan sponsor dari kedai ummi
al-laylshoppe.blogspot.com
dan
Al-Layl Shoppe (fb)
(^_^)

baju tshirt kanak-kanak muslimah


di bawah ni design baru2..
baru keluar dari oven tau..






yang di bawah ni pula
Koleksi Qirani
Tshirt Muslimah yang didatangkan khas dari Indonesia
kesukaan ramai ni..
cepat je abis..



semuanya boleh dilayari di blogshop

tapi kat citu tak banyak ummi update sbb lambat nak manage
tunggu ummi ada laman web sendiri dulu k
baru kerap update
tapi kalu di fb
memang always online
insyaAllah
jemput ke fb ye..
add je sbg kawan
al-layl shoppe akan melayani semua pertanyaan anda
InsyaAllah

akhir kata
"berbusanalah dengan busana Muslimah"

(^_^)


p/s: Alhamdulillah atas rezeki yg Allah limpahkan..semoga ada keberkatanNya..ameeen..

Wednesday, March 2, 2011

Bila Umur Anak-Anak Terlalu Rapat~~Panduan utk Ummi&Abi

"Assalamualaikum Puan Jamilah. Saya dan isteri mempunyai dua orang anak perempuan. Yang sulung enam tahun dan adiknya hanya sebelas bulan lebih muda darinya. Masalah kami ialah, kami sering merasakan anak sulung kami tidak mesra dengan kami; dia suka menjauhkan diri dan kuat merajuk. Malah, suatu hari apabila dimarahi ibunya, dia berteriak, "Ibu memang tak sayang kakak." Adakalanya dia akan mendesak supaya dia dihantar ke rumah neneknya yang tidak jauh dari rumah kami. Kami bimbang keadaan ini akan berterusan sehingga dia dewasa. Apakah pandangan Puan? Terima kasih. ~ Z.

Jawapan: Waalaikumsalam. Masalah mudah timbul bila anak-anak lahir terlalu rapat. Akibatnya, salah seorang daripada mereka lama kelamaan merasa dirinya kurang diberi perhatian. Biasanya dia adalah anak yang lebih tua. Ada beberapa cara untuk seorang anak diberikan perhatian supaya merasa dirinya dihargai dan disayangi. Yang pertama ialah dengan SENTUHAN.

1. Sentuhan

Sentuhan termasuklah memeluk atau meletakkan tangan di bahu atau tangan anak atau mengelus-ngelus rambutnya dan sebagainya. Saya ingin berkongsi dua kisah benar di sini tentang pentingnya sentuhan.

Kisah pertama terjadi kepada seorang anak perempuan remaja bergelar M seperti yang diceritakan oleh seorang guru kenalan saya. Suatu hari, guru ini mengadakan "sharing session" dengan anak-anak didiknya. Beliau meminta mereka untuk menyebut apa yang paling mereka inginkan di dunia ini. Seorang demi seorang anak didiknya menceritakan impian masing-masing. Ada yang lucu, ada yang sedih dan seterusnya. Bila tiba gilirannya, M memberitahu gurunya bahawa apa yang paling diimpikannya ialah untuk merasa pelukan ibunya. Menurut M, dia masih ingat yang dia sering dipeluk ibunya semasa kecil. Tetapi semua itu telah lama berakhir selepas adik-adiknya lahir.

Kisah kedua terjadi kepada seorang kenalan saya, J, yang mempunyai dua orang anak perempuan yang lahir selang 12 bulan. Semasa anak sulungnya berusia lima tahun, J dan keluarganya berpindah ke luar negara dan J terpaksa mengambil cuti tanpa gaji. Suatu petang, ketika J dan kedua-dua anaknya sedang berehat dan bermain bersama, tiba-tiba dia memeluk anak sulungnya.  Anaknya itu terkejut lalu berkata, "Eh, Mama peluk saya?" Teman saya itu tidak dapat menahan sebaknya. Dia memberitahu saya, dia tidak menyedari bahawa dia telah "mengabaikan" anak sulungnya selama ini.

2. Erti Kasih Sayang Bagi Seorang Anak

Saya pernah bertanya kepada anak-anak saya apa ertinya kasih sayang dan jawapan yang mereka beri ialah:

"Kasih sayang ialah bila kita melakukan aktiviti bersama-sama." ~ Siraj (sewaktu berusia 7 tahun)

"Kasih sayang ialah apabila dua orang dewasa berkahwin, mempunyai anak dan hidup bahagia selamanya." ~ (Syarif (10 tahun)

"Bila kita kasih dan sayang kepada seseorang, kita mengambil berat tentang dirinya dan berkongsi apa jua dengannya." (Safi, 12 tahun)

"Saya merasa diri saya disayangi apabila Ayah atau Ummi memeluk atau memuji saya." ~ Alia (sewaktu usianya 15 tahun)

Jelas di sini, kanak-kanak mengaitkan kasih sayang dengan PERBUATAN. Lebih-lebih lagi untuk anak kecil, mereka tidak tahu bagaimana caranya untuk menjelaskan erti ungkapan ini secara lisan, tetapi mereka tahu apakah itu kasih sayang. Bagi kanak-kanak, kasih sayang ialah apa yang dialami dan dirasainya.

Apa yang anak anda mahu lakukan dengan anda? Menanam pokok bawang untuk projek Sainsnya? Atau membaca sebuah buku cerita lucu dan kemudian pecah ketawa bersama-sama? Atau membuat dinosaur kertas mengikut model yang terdapat dalam buku origami yang baru dibeli? Atau mungkin membuat kentang putar untuk hidangan malam ini?

Beri peluang untuk anak anda memilih aktiviti yang ingin dilakukannya bersama anda. Jika anda tidak boleh melakukannya serta-merta, tetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk anda dan juga untuk dirinya. Perkara-perkara kecil yang anda lakukan bersama akan meninggalkan kesan mendalam di hati dan perasaan anda berdua.

Cara-cara lain untuk membuatkan anak anda merasa dirinya disayangi termasuk:

1. Tunjukkan Anda Gembira Bila Bersamanya

Serlahkan wajah ceria ketika menyambut anak anda dari sekolah. Tunjukkan wajah ceria bila anda pulang bercuti ataupun balik dari pejabat. Katakan yang anda merinduinya.

2. Perhati dan Akui Perkara-Perkara Baik Yang Dilakukannya

Ibu bapa selalunya bertujuan baik apabila menegur kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak mereka, kerana berharap anak-anak tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi. Tetapi teguran-teguran ini mengecewakan anak-anak apabila ibu bapa tidak mempedulikan langsung perkara-perkara baik yang mereka lakukan. Tabiat terlalu kuat menegur kesilapan anak-anak tanpa mempedulikan kebaikan yang dilakukannya boleh mendorong anak anda untuk cenderung melakukan perkara-perkara yang buruk hanya untuk mendapat perhatian ibu bapa.

3. Dengarkan Kata-Katanya

Apabila anak anda bersuara dan ingin memberitahu anda sesuatu perkara, tumpukanlah perhatian dan dengarkanlah apa yang ingin dikatakannya. Lihat wajahnya dan jangan menyampuk sehingga dia selesai bercakap.

Mendengar bukanlah sekadar berada di sisinya dan menganggukkan kepala sahaja. Satu cara untuk menunjukkan kepada anak yang anda benar-benar mendengar dan memahami apa yang dikatakannya ialah dengan bertanya soalan seperti, "Jadi Faris tumbuk Hanis bila kamu tak benarkan dia tiru kerja rumah ya?"

Mendengar tidak bermakna anda mesti bersetuju dengan apa jua yang dikatakan oleh anak anda. Tetapi dengan mendengar, anda boleh membantu anak anda meluahkan isi hatinya serta membuatkannya merasa lega dan tenteram kerana anda mengambil berat tentang kesejahteraan dirinya.

4. Katakan "Terima Kasih" Jika Dia Mengakui Kesalahannya

Kadangkala anak anda perlukan anda untuk mendengarkan pengakuannya. Ini berlaku mungkin kerana dia merasakan yang dia telah melakukan kesalahan yang membuatkan dia gelisah. Sekiranya ini terjadi, kawal diri daripada reaksi spontan seperti terburu-buru mengherdik atau membentak. Sebaliknya, ucapkan terima kasih kerana dia berani bersikap jujur dan berterus terang untuk berbincang dengan anda. Dia perlu tahu yang anda tidak memandang rendah kepadanya meskipun dia sudah berbuat kesalahan. (Ini tidak bermakna dia tidak akan didenda, jika perlu.)

5. Tunjukkan Minat

Kanak-kanak gemar menunjukkan kepada kita apa yang sedang mereka usahakan. Sebagai contoh, jika anak anda yang berusia sembilan tahun sedang menyiapkan dua keping lukisan yang berlainan dan bertanya lukisan mana satu yang anda lebih suka, dekati dia dan amatilah kedua-dua lukisan dengan penuh minat. Katakan sesuatu yang khusus seperti, "Ibu lebih suka yang ini sebab Ana lukis pokok dan daunnya lebih jelas. Warnanya pun lebih terang." Jangan menjawab secara acuh tak acuh "Ayah tengok sama sahaja kedua-duanya."

6. Pastikan Anak Anda Berasa Dihargai

Seorang pakar psikologi kanak-kanak pernah berkata, "Tiada orang lain yang boleh membentuk harga diri seseorang anak sebaik yang boleh dilakukan oleh ibu bapanya. Sebagai ibu atau bapa, membuat anak anda berasa istimewa, dihargai dan disayangi adalah salah satu tugas anda yang paling penting."

Mendidik anak sekaligus membuat dia merasakan dirinya disayangi dan dihargai tidak memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Anak anda tidak perlukan barang mainan yang mahal atau jamuan hari jadi yang disambut di hotel lima bintang untuk merasa dirinya disayangi. Yang penting ialah perkara-perkara kecil yang anda lakukan setiap hari.

- Artikel iluvislam.com



Aktiviti yg selalu ummi lakukan untuk kurangkan jarak perhatian antara wafiqa dan dzaatin ialah ummi selalu ajak kakak dzaatin solat bersama, lepas tu baca doa bersama2..selalunya masa baca doa,kakak dzaatin duduk di atas riba ummi,dia sendiri yg nak mcm tu,lepas baca doa,kakak dzaatin akan salam tangan ummi dan cium tgn dan pipi ummi,lepas tu ummi akan peluk dia kemas2 dan erat sambil nasihatkan dia supaya jadi kakak yang baik dan anak yang menenangkan hati ummi dan abi,sambil bercakap ummi akan usap2 kepalanya..rasa terharu bila kakak dzaatin yg mmg jenis lincah ketika masa lain,tapi saat ini,dia hanya merenung mata ummi dan diam memeluk ummi..seolah2 dia faham hasrat hati ummi..biasalah kadang2 resah fikirkan sikap dia yg kadang2 merimaskan..jadi masa inilah ummi ambil kesempatan,ingatkan dia betul2..walaupun dia akan ulang balik sikap dia,tapi sekurang2nya ada masa kami berdua betul2 hati ke hati dan ummi tahu dia mungkin tak faham apa yg ummi cakapkan..semoga suatu hari nnti dia akan faham insyaAllah


ummi juga pastikan dalam sehari,ada masa ummi betul2 tenung dan lihat anak matanya ketika dia mahu bermain dgn ummi, ummi dapat rasakan yg kakak dzaatin sungguh gembira bila ummi buat begitu..semoga dia tahu ummi sangat sayangkan dia sebagai anak pertama ummi,dialah anak yg melalui susah senang saat ummi abi masih belajar dahulu dgn segala keperluan rumah dan makan pakai yg cukup2 sahaja..dan semestinya ummi juga sayangkan wafiqa sbg puteri kudua ummi dan seterusnya anak2 yg bakal lahir nanti..insyaAllah

masa makan juga, ummi akan pastikan kami akan makan bersama..masa inilah juga ummi akan dengatr kakak dzaatin berceloteh..kakak dzaatin memang suka makan makanan yg disukainya..ada juga makanan yg langsung xnak dijamahnya, tp masa inilah ummi akan pujuk2 dia makan sambil dgr dia bercerita..masa makan adalah juga masa kegembiraan baginya ..;)


Ya Allah..tunjukkan aku cara yg terbaik dalam mendidik anak2 ku Ya Allah, jangan biar aku membiarkan anak2ku terasa keseorangan..terasa kesunyian dan terasa tidak disayangi..berilah petunjuk padaku..dan redhailah aku sebagai ummi pd anak2 ku..Ameen..





Saturday, February 26, 2011

Mari Sertai "Al-Layl Shoppe B-Pic Contest"




**PEMENANG AKAN DIUMUMKAN PADA BULAN MEI SEMPENA BULAN KELAHIRAN UMMI & DZAATIN

PM me for further details
thank you
(^_^)

"berbusanalah dengan busana Muslimah"
B-Pic (Beautiful Picture)

Wednesday, February 23, 2011

2 Bulan Wafiqa~~1 Minggu Online Business

Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah..ummi, abi dan puteri-puteri ummi semuanya sihat sejahtera..
Syukur pada Allah dengan nikmat kesihatan yg dikurniakan Maha Penyayang ini..
Allah Ya Rabb

Alhamdulillah
segala puji bagi Allah juga
Wafiqa pun dh genap 2bulan hari ni..
membesar dengan bahagianya....he
muka makin chubby dan berat makin bertambah..
makin geram ummi sayang2 pipi dia..
best kan ada baby semula..
bau baby pun wangi jee.
tambah pulak kalu wafiqa buat muka cebik..lagi ummi geram
sekarang ni makin rancak nk berborak
kadang2, berborak sorang2..sampai ketawa2 hehe
dengan abi pun bukan main ramah dia berbunyi
seronok ummi bila tengok abi kuchi2 ngan wafiqa
(^_^)


kakak dzaatin pulak
dah makin rapat dgn adik
bila ummi asyik panggil wafiqa
dia pun nk panggil juga
'qiqa' 'qiqa'
kalau adik tidur di bilik
tetiba kakak dzaatin sebut
"aaa qiqa..aaa adik...."
hee comel je dia sebut 'qiqa'
jenuh ummi ajar 'wa..fi..qa.."
'qiqa' jugak disebutnya..hehe


sekarang ummi dh start bisness online
alhamdulillah..
dh mula tak menang tangan..
seronok bila customer dpt pakai tshirt yg cantik2 n selesa tu
ummi mmg berkenan sgt ngan design Zariya tu
jd bila dpt jual pd customer
rasa puashati
Alhamdulillah..
dpt juga wat apa yang ummi minat dan sealiran dgn bidang yg ummi ambil di universiti dulu

moga Allah permudahkan urusan bisnes ummi
ummi baru nak kumpul modal sendiri
ummi bercita2 nak buka butik Busana Muslimah sendiri suatu hari nanti
abi pun menyokong penuh impian ummi
terima kasih B..
ummi pesan pada abi
kalu ummi tak pandai manage masa dan rumah dgn baik selepas berbisnes ni
ummi mintak abi tegur dan ingatkan ummi
yelah..kadang2 kita buat kerja sampai xsedar masa dan benda lain pulak tak terurus
hajat abi selalu ingatkan ummi...InsyaAllah
harap2 ummi tak mengabaikan puteri2 yg ummi sayang tu..
harap2, mereka semakin memahami masa ummi yg sedikit dan ruang untuk ummi melayani pesanan pelanggan dan urus stok dan data
Alhamdulillah
sibuk2 pun
ummi masih di sisi mereka
InsyaAllah, ummi akan lakukan dgn terbaik..
pengalaman ini bakal mengajar ummi untuk menggapai impian seterusnya
(^_^)

p/s terima kasih buat silent reader blog ni, sudi membeli belah di al-layl shoppe..sangat menghargai sokongan anda..


emm..
sibuk2 dgn anak2, dgn bisnes, suami dan rumahtangga
ummi tak nak abaikan masa berkualiti bersama
jadi ummi harap
hari minggu lah dapat keluar berjalan2 bersama
bagi ruang kakak dzaatin dan adik wafiqa hirup udara segar di taman
ummi ajak abi ke Taman Awam Nilai
dekat je dengan rumah
landskapnye penuh dgn tumbuh tumbuhan hijau
segar dan nyaman rasa
ramai org dtg bermain dgn anak2 dan beriadah
Alhamdulillah..
Allah bagi masa terluang bersama nikmati nikmat alam ciptaanya..




kami berjalan2 di sekeliling taman..dapat juga keluarkan peluh sambil memandang keindahan ciptaan Allah..;)




wafiqa sudah berumur 2bulan..makin besar makin 'geram' ngan telatah adik..




kakak dzaatin yg semakin membesar..dah nmpak matang..makin tinggi pulak tu..he


>> layari al-laylshoppe.blogspot.com atau terus ke page fb al -layl shoppe untuk respon yang cepat..syukran jazilan ;)



didiklah puterimu sedari kecil moga mudah untuknya memahami erti kewajipan menutup aurat pabila dewasa




cantik bagai puteri bila digayakan pada puteri kesayangan anda




pelbagai koleksi blouse/tshirt Muslimah yang trendy dan sopan


"ke arah mendidik individu Muslim berbusana dengan busana Muslimah"
(^_^)

Thursday, February 17, 2011

Pelancaran Al-Layl Shoppe ~~ Tudung Kanak-Kanak Muslimah

LAYARI AL-LAYL SHOPPE untuk maklumat lanjut

"Ke Arah Mendidik Individu Muslim Berbusana dengan Busana Muslimah"

TUDUNG KANAK-KANAK MUSLIMAH 'REFANES'



JILBAB LITTLE MISSY
MISS ZAHRA

KOD COLOR
MZ01 Pink + White
MZ02 Pink + Light Red
MZ03 Red + Pink
MZ04 Green + Yellow
MZ05 Green + Light Yellow
MZ06 Light Green + Yellow

Umur 3 : RM17.50
Umur 4 : RM18
Umur 5 : RM18.50
Umur 7 : RM19
Umur 10 : RM19.50

Material : Higet (Polyester + Cotton)
All colour and all size available now!!



JILBAB LITTLE MISSY
MISS SAHLA

KOD COLOR
MS01 White + Light Pink
MS02 Light Pink + White
MS03 Bright Pink + Light Pink
MS04 Yellow + Light Green
MS05 Green + Light Yellow
MS06 Bright Green + Light Yellow

3 tahun : RM13.50
4 tahun : RM14
5 tahun : RM14.5
7 tahun : RM15
10 tahun : RM15.50

Material : Higet (Polyester + Cotton)
All colour and all size available now!!


JILBAB LITTLE MISSY
MISS NAZHEERA

KOD COLOR
MN01 Bright Pink + White
MN02 Light Pink + White
MN03 Red + White
MN04 Bright Green + Yellow
MN05 Light Green + White
MN06 Green + Yellow


Umur 3 : RM16
Umur 4 : RM16.50
Umur 5 : RM17
Umur 7 : RM17.50
Umur 10 : RM18

Material : Higet (Polyester + Cotton)
All colour and all size available now!!



JILBAB LITTLE MISSY
MISS AMEERA

KOD COLOR
MA01 Light Pink + White
MA02 Bright Pink + Light Pink
MA03 Bright Pink + White
MA04 Light Green + White
MA05 Bright Green + Light Yellow
MA06 Bright Green + Light Green


3 tahun : RM14
4 tahun : RM14.50
5 tahun : RM15
7 tahun : RM15.50
10 tahun : RM16

Material : Higet (Polyester + Cotton)
All colour and all size available now!!


JILBAB LITTLE MISSY
MISS RAFEEQA

KOD COLOR
MR01 White + Light Pink
MR02 Light Pink + White
MR03 Bright Pink + Light Pink
MR04 Yellow + Light Green
MR05 Green + Light Yellow
MR06 Bright Green + Light Yellow


3 tahun : RM19
4 tahun : RM19.5
5 tahun : RM20
7 tahun : RM20.50
10 tahun : RM21

Material : Higet (Polyester + Cotton)
All colour and all size available now!!



JILBAB LITTLE MISSY
MISS FAHEERA

KOD COLOR
MF01 Light Pink + White
MF02 Bright Pink + Light Pink
MF03 Red + Bright PinK
MF04 Light Green + White
MF05 Light Green + Light Yellow
MF06 Bright Green + Light Green


3 tahun : RM18
4 tahun : RM18.5
5 tahun : RM19
7 tahun : RM19.50
10 tahun : RM20

Material : Higet (Polyester + Cotton)
All colour and all size available now!!

HARGA TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN

KOS PENGHANTARAN SEPERTI DI BAWAH


Monday, February 14, 2011

Curry Puff Ummi VS Karipap Abi (^_^)

Assalamualaikum semua..

boleh tak ummi nak gelak dulu..
hikhik..

nape ummi gelak
sbb ending entry ni mmg kelakar

meh ummi cerita kat anak2 ummi ye
cmni.................

semalam..ummi gitahu kat abi nak wat karipap
dah lama dh print out resepi karipap dr blog kak shira
tapi xbuat2 je lagi
kali ni mood nak buat berkobar2

nak dijadikan cerita
part uli doh memang ummi minta tolong kat abi
sebab ummi fail lah bab uli2 doh ni
hikhik
abi mmg terer sbb selalu wat capati n roti canai
jadi dh terer lah bab uli doh ni

part ummi ialah wat inti karipap
ummi guna inti sardin Pertima
ummi mmg suka sgt karipap inti sardin
jd wat inti sardin jelah hee

pastu bila siap wat doh
abi tertunggu bila ummi nk bentukkan karipap
masa tu sambil2 ummi masak lauk tengahari
ummi masak Ikan jenahak masak lemak gulai tempoyak
tengah dok asyik terlupa nk kisahkan karipap pulak
hee

last2 abi yg bentukkan sbb ummi surrender
ummi tak pernah buat karipap
xtahu nak bentukkan camna
ni mmg 1st time buat karipap

abi pun dengan semangatnya
membentukkan karipap
mula2 senget2..
lama2 cantik pulak design karipap abi
hikhik

jeles tengok abi makin cekap
ummi pun nk lawan design sape paling cantik
abi pun ajar ummi wat
tapi ummi pening laa
cmne leh senget2 abi wat ummi wat xsenget2


huhuhu..............................
ummi kalah...
design abi gak yg cantik hikhik
tergelak2 abi ngan ummi di dapur
ummi mmg fail wat kuih muih ni
hehe
nasib intinya sedap kata abi
(^_^)

jom tengok hasil
karipap abi lawan curry puff ummi
huhuhu

------------------------------------------



-----------------------------------



------------------------------



--------------------------


---------------------



---------------



-----------



------



---



--



-



ni hasil karipap abi dan curry puff ummi





inilah curry puff ummi yg buruk huhu..yg berbelang2 tu ummi tenyeh ngan garpu..boleh??





ecece pandai abi wat kuih muih..hikhik






fuuuh...comel lote karipap abi nyeee..yg bulat tu inti kaya..dramatik sikit design nye hikhik ;)





**best sekali sekala masak bersama2 ngan suami di dapur bila hujung minggu...boleh jadi cam budak2 bila wat kerja sama2..hikhik