CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, November 13, 2010

Book Review: Rumahku Ofisku, Tips Wanita Bekerja Dari Rumah


Assalamualaikum..
emm dh lama tak buat book review..
kali ni atas permintaan aunty Mawaddah , ummi usahakan buat book review untuk pembakar semangat sesiapa yg sedang bekerja dari rumah merangkap suri rumah tangga..buku ni ummi beli pada tarikh 11 Julai 2010..masa tu baru habis praktikal..mood nak bekerja dari rumah mmg berkobar2 masa tu..jadi ummi carilah bahan2 yg berkaitan buat inspirasi..terjumpa lah dlm laman web galeri ilmu pasal buku ni..

meh kita kenal2 dulu ngan penulisnya..namanya Mazneera Zainal..seorang lulusan BSc (Honours) in Economics and Management, Uniersity of London..penulis memilih untuk menjadi surirumah moden semenjak mendirikan rumah tangga kerana nekad mahu mendidik dan membesarkan sendiri tiga orang permata hati..merupakan pengasas MotivasiHaji.com dan SoftwareForMuslim.com, dua e-kedai yang menjadi perniagaan utama beliau..

buku ni ada tiga bahagian..

Bahgian pertama: Senario dan Realiti Masa Kini

Bab 1: Wanita berijazah menjadi surirumah moden?

bab ni menjelaskan bahawa statistik pada tahun 2005 telah direkod mengatakan walaupun wanita di Malaysia mempunyai tahap pendidikan tertinggi, tapi hanya 47peratus yg menjadi sumber tenaga kerja kepada negara..kebanyakkan memilih untuk berhenti selepas bersalin..ini kerana kerajaan kurang menyediakan pusat jagaan kanak2 di tempat kerja..tahun 2007, kerajaan mula menggalakkan penyediaan pusat jagaan kanak2 di tempat kerja sbb nak menarik balik golongan wanita keluar bekerja..tapi masih ramai wanita memilih untuk berhenti kerja..kenapa??

kerana penulis berpendapat makan gaji bukan satu-satunya sumber rezeki.. kemudahan internet yg pesat kini membantu wanita menjadi usahawan di rumah sendiri..perniagaan internet bukan sahaja menjana pendapatan, kalu kena gayanya boleh menjadi jutawan seperti Irfan Khairi yang menjadi jutawan pada usia muda..

penulis berpendapat juga wanita memilih untuk berhenti kerja adalah kerana ingin menjaga dan mendidik anak2 sendiri .. apakah faktor menyumbang kepada keinginan ini??
kerana:

  • 7 tahun pertama adalah paling kritikal dalam pembesaran dan pendidikan anak2..didikan awal memberi impak yg besar..menurut islam 7 tahun pertama adalah masa di mana kebergantungan anak kepada ibu bapauntuk memenuhi keperluan mereka berada di tahap yg tinggi..pakar pendidikan mengatakan, ibu khususnya perlu berada di samping anak2 dlm memberikan pendidikan tidak formal sepanjang tempoh 7 tahun pertama contohnya merangsang fizikal motor, penguasaan bahasa, pemikiran dan penggayaan abjad serta nombor..children learn what theay live, and live what thay're learned..jadi kalu pendidikan diserah bulat2 pada pengasuh atau jiran, akibatnya mereka terdidik dgn cara pendidik itu..ibulah pendidik yg terbaik kerna hubungan kasih syg yg wujud..tentulah ibunya mahukan yg terbaik buat anaknya..
  • faktor keselamatan anak2..dgn masalah jenayah dan penderaan yg berlaku di mana2..kecuaian pengasuh dan lain2..membuatkan wanita membuat keputusan sedemikian..
Bab 2: menyelami kehidupan Seorang Wanita yang Bekerja di Rumah

ada persepsi mengatakan berada di rumah tidak memenatkan seperti bekrja di luar..bagi penulis, sebenarnya wanita yang menjadi surirumah memainkan peranan isteri dan ibu sepenuh masa serta turut memilih untuk bekerja dari rumah juga mempunyai bebanan tugas yg amat besar..beban tugas termasukalah menjaga makan minum anak2, mendidik, dan ditambah lagi bebanan kerja2 rumah seperti mengemas, membasuh dan melipat kain..ini tidak termasuk tuntutan kerja2 peribadi..

penulis ada menceritakan bagaimana jadual hariannya menguruskan rumah dari pagi sehingga malamnya..

Bab 3: Cabaran Bagi Seorang Surirumah Berijazah

antara cabaran yg diulas penulis ialah:
  • konflik diri - dihantui rasa bosan..setiap kali konflik datang, fikirkan tujuan utama mengapa kita duduk di rumah - unruk mendidik anak2 dan betapa besar manfaat yg diperoleh oleh anak2 tercinta..
  • tekanan dr orang sekeliling - ibu bapa, kawan2..mereka mengatakan duduk di rumah bukan dapat apapun, stigma ini lahir disebabkan manusia zaman sekarang cenderung mengukur segalanya dr aspek material..
  • tekanan kewangan - kita mungkin tertekan sbb bergantung penuh pd suami padahal kita ada ijazah yg boleh digalanggantikan dgn wang..kita tidak dapat belanja sesuka hati dgn wang yg terhad..ttpi penulis merasakan apa yang terbaik untuk anak2 ialah dgn mendidik mereka sendiri di rumah..dari situlah penulis nekad untuk bekerja dari rumah dan mencapai kesimbangan dlm kedua2 perkara itu..iaitu membesarkan anak2 dgn tangan sendiri dan pada waktu yg sama melakukan apa yg diminati dan boleh menjana pendapatan keluarga..
  • rasa rendah diri - rasa kerdil dihadapan kawan2 yg bekerjaya tinggi..ttpi sokongan suami mengatakan pengorbanan yg dibuat demi mendidik anak2 sendiri adalah lebih besar ertinya dan sepatutnya berbangga dgn pencapaian anak2 yg cerdik dan pintar..

Bahagian Dua : Pelbagai Tip Untuk Wanita bekerja dari Rumah

Bab 1 : Tip Pengurusan Masa

Berikut adalah sarana bagi membolehkan anda melakukan kerja serentak sebagai ibu, isteri dan bos di rumah:

  • cara bijak untuk kurangkan masa memasak - sediakan rencah utnuk memasak dlm kuantiti yg banyak, memasak dgn kuantiti yg banyak termasuk tegahhari dan malam sekali dan membeli keperluan dapur seminggu sekali..
  • serampang dua mata - melipat kain sambil melayani anak2 sibuk bermain atau melayani pertanyaan mereka, membaca sesuatu bahan bacaan ketika sdg menyusukan anak, gunakan masamenjemput anak2 di sekolah sambil2 menghantar barang2 yg dipesan oleh pelanggan, mendapatkan bekalan dan stok atau membeli barangan runcit.
  • gunakan masa bersendirian untuk fokus dgn kerja - gunakan masa ktika anak2 bersekolah, ketika tidur untuk betul2 fokus pada pekerjaan di rumah..
  • jadikan setiap detik sebagai 'masa berkualiti' - perlu mencipta masa berkualiti jika tahu matlamat berada di rumah..
  • jangan sampai ada yang terabai - pegang pd konsep 'full time mum, part time everything else'..sesibuk manapun dgn urusan kerja, anak2 dan suami tidak boleh diabaikan..
Bab 2 : Tip Bekerja di samping Anak2 Kecil

Gunakan waktu tidur anak sebagai waktu bekerja

- waktu pagi ketika masih belum bangun, ketika mereka tidur sebentar..lakukan kerja anda sahaja kerna waktu2 lain kerja tugasan harian di rumah boleh dilakukan ketika mereka berjaga..jika tiada urusan yg mustahak, gunakam masa nak2 tidur untuk anda berehat seketika kerana kita juga perlukan tenaga untuk recharge semula..
- gunakan waktu malam apabila masa bersama anak2 diambil alih oleh suami pula..biarkan anak2 bemesra dan bermain bersama ayahnya pula..

Hadkan sempada kawasan bekerja anda

- jadikan sebuah bilik sbg home office anda..
- disiplin diri perlu supaya anda dapat melaksanakan tugasan harian di samping mencapai matlamat sendiri dlm perniagaan anda

Bab 3 : Tip Menghadapi Rasa Sunyi dan Terasing

  • ada network
  • bergaul dgn masyarakat sekeliling
Bab 4 : Tip Menangani Tekanan (stress)
  • merancang kerja - rancang kerja mengikut keutamaan, kemampuan dan keadaan realiti semasa
  • bersenam untuk mengatasi stress
  • belai dan manjakan diri - di spa atau lakukan sendiri di rumah
  • kawal marah anda
  • bermunajat kepada Allah - amalkan doa matsurat, Alkahfi:10
  • jangan simpan dalam hati - komunikasi yg baik dgn suami dan keluarga..luahkan..
Bab 5 : Tip Meningkatkan Keyakinan Diri

  • bersolek dan berpakaian cantik di rumah
  • bersenam untuk kesihatan dan kecantikan
  • menjaga kecantikan dalaman - ambil makanan kesihatan tambahan
  • menghadapi rasa tidak yakin dengan tingkatkan disiplin diri, banyakkan membaca buku, libatkan ahli keluarga untuk mendapat sokongan yg baik
Bab 6 : Tip Mengatasi Rasa Bosan dgn Persekitaran

  • jadikan rumahku syurgaku - hiasi rumah dgn cantik
  • hijau damai dan membelai jiwa - memerhati suasana hijau di sekita rumah
  • hiasi home office anda - lengkapkan dgn dekorasi menarik
  • berubah angin - keluar berjalan2 sekali sekala
Bab 7 : Tip Mengatasi Tekanan Kewangan
  • berbelanja mengikut pendapatan yg ada
  • rancang belanjawan bulanan
  • elakkan pembaziran
  • hasilkan sesuatu yg produktif - menulis buku
  • amalkan solat sunat dhuha
akhir sekali penulis ada menyenaraikan beberapa idea untuk memulakan kerja dr rumah di ruangan bahagia ketiga..

setakat ini dulu review serba sedikit ttg buku yg bermanfaat ini..akhir kalam dr penulis, beliau mengajak kembali berfikir apa matlamat sebenar untuk bekerja di rumah..jadikan faktor yg kuat untuk terus beristiqamah..insyaAllah..matlamat yg baik akan dibantu dan dipermudahkan oleh
Allah..


p/s: buat mawaddah, ana syorkan anti baca sendiri buku tu untuk kepuasan..hehe..insyaAllah..moga pangalaman anti memberi inspirasi untuk ana juga..chaiyyok!!


Friday, November 12, 2010

Dzaatin 1 Tahun 6 Bulan..Imunisasi Terakhir

Assalamualaikum kakak dzaatin...
ohh..semalam kakak dzaatin sedikit demam..
suam2 panas badannya..
kenapa demam tetiba ni??
emm..sebab effect dr ubat yg disuntik di paha kakak dzaatin lah tu..
nurse pun dah pesan..
lepas suntik mmg akan demam sekejap..

semalam..
11 Nov 2010..
tepat umur kakak dzaatin 1 tahun 6 bulan..
waaa..lagi 6 months to go
nak cukup 2tahun..hehe..
besar dah puteri sulung ummi ni..
dah pandai macam2 dah ye..
solehah lagi..

semalam..ummi bawak g klinik..
macam biasa kakak dzaatin ada appointment untuk imunisasi terakhir pada usia toddler ni..
mula2 sampai klinik
kakak dzaatin kena timbang berat badan..
11kg..sama macam bulan lepas..
nape ye??
sbb kakak dzaatin ni kuat berlari..
bila majuk lari belrlari ke dapur..
kalu 10 kali merajuk sehari..
dh berapa larian kakak dzaatin buat tu??
hehehe..
jadi bdn tetap maintain
dan carta berat badan pun naik elok..
alhamdulillah..
syukur pada Allah..

sebelum kena suntik..
nurse tanya perkembangan tumbesaran dzaatin
semua ikut carta perkembangan dan tumbesaran..
lepas tu, nurse panggil abi tukang pgg bdn dzaatin
nurse takut kakak dzaatin nnti bertendang2 pulak
jadi tangan abi jelah yg kuat nk handle dia
ummi tukang pgg pahanya
mula2, nurse bg ubat polio
elak lumpuh katanya..
ubat tu dititis dlm mulut kakak dzaatin..
alhamdulillah..kakak dzaatin isap perlahan2..
pastu bila jarum dah ditusuk
diam lagi......
bila ubat dah masuk..
baru meraung..hehe
tapi kejap jelah..adalah 2 saat kot..he..
nangis macam kena cubit je pun..
nurse pun ada bekalkan ubat demam..
diberi lepas balik ke rumah..

dah sampai umah..
kaki kakak dzaatin dh mula terhenjut henjut dh
dh mula monyok sbb xdapat aktif cm selalu
xdapat lari2
dah merengek2 sakit paha
sebut 'akik' 'akik'
alalala...cian dia...
ummi pun comfortkan dia
peluk2 dia
teman dia baring..
nk bangun pun kena ummi tarikkan bdnnya..
dlm dok sakit2 tu pun
nk jalan2 lagi..
baring pun xlama..
kena pulak hari mendung dan hujan lebat..
cepatlah jugak kakak dzaatin lena dan lama pulak lenanya..
ummi pun tumpang sekali..hehehe..

bila ummi solat zohor
dia pun nak ikut solat
tapi bila rukuk..
mulutnya berbunyi..
o..oooo...
'akik' akik'
hehehe..
paha sakit xdapat rukuk dan sujud..
alololo..cian dia...

bila ummi masak tengah hari
dia tunggu ummi di dapur kering
ummi memasak di dapur basah..
tunggulah citu walau sakit2 pahanya
sambil duduk
dah tak larat nak berdiri...
kadang2 merengek nak ummi teman dia
ummi pujuk
'ummi nak masak jap ye..pas makan ummi peluk dzaatin'
ummi masak cepat2 n ringkas2 je..

masa makan..
dzaatin excited nak makan cam selalu
tapi 4suap je makan..
lidahnya xselera
bdn suam2 lagi
nak kata panas sgt pun tak..
cuma effect sikit dr ubat tu plus kakinya sengal2..

pas makan
ummi teman dia tengok Wonder Pets..
siri kesukaan kakak dzaatin
tapi kakak dzaatin tgok tak tgok je sbb bdn lemah..

last2 ummi tutup tv
ummi ajak dia baring di ruang tamu
tapi kakak dzaatin tarik tgn ummi masuk bilik
ohh..nak baring dlm bilik
ujan masih turun, siap guruh2 lagi..
huuuu..sedapnya tidur sambil peluk kakak dzaatin
diselimuti selimut tebal lagi..
zzzzz
lamanya kakak dzaatin tidur...
ummi tumpang sekaki..hehehe
xpelah..kakak dzaatin kan xsihat..
bila ummi comfort dia
dia tambah selesa..
ummi doa Allah kurangkan sakit kakinya dan cepat lega demam..
cian dia asyik mengeluh smbil pgg paha..

haaaaaaaaaa...
pagi ni...
wahh..
dah aktif balik..
demam kemana sakit kaki kemana..
dah kembali normal...

Alhamdulillah..
(~_~)

Thursday, November 11, 2010

Bekerja Atau Suri Rumah Sepenuh Masa




Assalamualaikum..

entry kali ni ummi nak kupas pasal dilema menjadi surirumah sepenuh masa atau bekerja di luar...kedua2nya dah lama ummi fikirkan semenjak di menara gading lagi..mula2 dulu, masa hidup agak sempit dgn masalah kewangan, ummi beriya sangat nak abis belajar, nak cepat dapat kerja dan nak hidup selesa bersama keluarga kami..waktu berkahwin sambil belajar, status kewangan kami ibarat cukup2 makan sahaja, nk buat saving pun xde portion..duit pinjaman dan ptptn mmg xcukup..sebab segalanya perlu dikongsi berdua..selepas kelahiran anak sulung tika masih di bangku universiti, tanggungjawab makin bertambah dan kewangan makin stabil..itupun segalanya di galas di bahu kami sendiri ditambah sedikit2 bantuan dari keluarga yang kasihankan hidup kami yang amat sederhana..tapi kami selesa..dari situ ummi berazam sangat nk cepat dapat kerja nak bantu abi..nak rasa hidup lebih selesa..

tapi semenjak kesihatan dzaatin tak menentu..ummi rasa gelisah dan bersalah sebab selalu kena gilir2 menjaganya dgn abi..kenapa sebagai ibu, ummi tak sepanjang masa menjaga kesihatan dzaatin agar bertambah baik??bila dihantar ke nursery, kesihatannya bertambah teruk sehinggalah penah terkena penyakit darah terkena jangkitan kuman..waktu tu ummi down sangat..dahlah masih tempoh berpraktikal di sebuah syarikat..tak boleh amik cuti sesesenang hati..sejak itu, persepsi ummi bertukar..ummi rasa tak nak lagi berpisah ngan dzaatin..ummi dah tak fikir dan berangan lagi nak bekerja apabila dah grade nanti..sudahlah waktu tu ummi mengandung anak kedua, alahan pula ummi kerap rasai..dengan dzaatin yang selalu demam..rumah jadi tak terurus..nak masuk dapur pun ummi tak lalu..jadi kami kerap beli makanan dari luar je..lama2 muak juga makanan di kedai campur tak berkhasiat lagi..rumah pun selalu berterabur sbb dzaatin dah pandai memunggah segala barang dlm rumah..ummi nak kerap kemas pun dah tak larat, abi pulak sibuk dengan kerja yang baru dia dapat sebagai assistant auditor..ummi tak nak susahkan abi..tu pun abi lah yang selalu sidai baju, angkat baju, beli lauk pauk lagi..jadinya ummi makin pening dgn keadaan rumah...sudahlah kena keluar bekerja 8 jam sehari, balik dah letih sbb mengandung lagi..perangai dzaatin pulak kerap meragam sebb dia kerap tak sihat..semua tu buat ummi makin buntu..ummi dah janji sgt2 dlm hati tak nak kerja dah lepas abis praktikal ni..ummi nak urus rumah, urus keperluan abi, nak sediakan makan minum abi dgn lebih baik dan jaga kesihatan dzaatin..biarlah ummi jaganya sendiri dari di hantar ke nursery sbb kesihatannya tak pernah elok semenjak di hantar ke sana..dari situlah ummi dah bulat tekad tak nak berkerja di luar lagi..Alhamdulillah abi sangat2 bersetuju..Syukur pd Allah dikurnia suami memahami dan menyokong diri ini..

ttg penyusuan badan pulak..ummi hanya dapat susukan dzaatin selama 9 bulan sahaja..sedih mmg sedih..ummi tak dapt buat stok susu secukup mungkin untuk dzaatin..itu mmg kelemahan ummi..semagat mmg kuat tp mgkn cara yg salah atau mgkin ummi lebih selesa menyusuakan bdn secara direct untuk anak2 ummi..kalu buat stok2 ni mmg lemah sikit..jadinya hasrat ummi nak susukan sekutrangnya 2tahun terbengkalai begitu sahaja..tambah2 pulak bila mengandung anak kedua, susu semakin kering hingga tiada langsung..jadi ini juga niat kenapa ummi fikir mahu menjadi surirumah sahaja dan menyusu secara penuh 2tahun pada anak2 ummi..kerna susu ibu adalah hak buat anak2nya seperti yang digalakkan oleh Islam..kerna banyak sangat khasiatnya yg tak terbanding oleh susu2 lain..MasyaAllah,,ruginya kalu tak rebut nikmat Allah yg satu ini..

bagi abi, biarlah kami hidup bersederhana dari tengok ummi asyik letih dan rungsing..abi pun jadi runsing begitu..biarlah hidup bersederhana asal balik dari kerja abi dapat lihat keceriaan ummi dan dzaatin di rumah..biarlah hidup bersederhana asalkan abi dapat selalu makan hasil air tangan ummi dari kerap membeli di luar..sbb bila ummi kerja, letih kerja cmpur letih ngandung lagi sampai dah tak lalu nak berdiri memasak di dapur..hari minggu je dapat sediakan makanan di rumah..ummi pun xsuka macam tu..kalu masak sendiri lagi jimat dan berkhasiat..biarlah kami hidup bersedrhana dan anak2 mendapat hak penyusuan susu ibu sepenuhnya pada mereka selagi mana Allah masih kurniakan rezeki itu..

rupa masa dzaatin tgh sakit demam berpanjangan..kurus dan susut badannya


sekarang...makin montel dan tinggi..

dan Alhamdulillah..selepas grade, kini ummi merehatkan diri di rumah sambil melayan karenah dzaatin di rumah dan menyediakan keperluan untuk abi dengan lebih baik..Alhamdulillah, kesihatan dzaatin amatlah baik semenjak tidak lagi tinggal di nursery..tiada lagi demam setiap bulan, tiada batuk dan selesema berpanjangan..semuanya makin bertambah tenang dan bahagia..tak rugi ummi buat keputusan begini..lebih bahagia dapat tengok dan besarkan sendiri dzaatin di rumah..ummilah cikgunya, kawannya dan ibunya...tambah2 lagi rezki kerjaya abi juga semakin baik semenjak dapat kerja baru di sini..didoakn semuanya diberkati Allah..

tapi.................

bukan semua yang setuju dgn keputusan ummi untuk menjadi surirumah sahaja..ramai yg pelik..lagi sedih ada jugak yg cakap rugi belajar tinggi2..bila balik kg, bila sedara mara tanya kerja apa, ummi diamkan diri je..malu nak jawab surirumah sbb mesti diorg terus kondem..itu pun ada yg cakap mcm tu seperti yg diceritakan kakak ummi sendiri..ummi ngadu kat abi..abi tak malu ke ada isteri yg xbekerja?? abi tegas jawab tak..itu yg abi nak selama ni..biarkan apa org nak fikir..kita sendiri yg tahu ttg diri kita..mula2 dulu susah juga nak fahamkan mak ayah, ibu dan abah kami berdua..tapi lama kelamaan mereka boleh menerima..lagi sedih kalu orang tua kita tak support pendirian kita..tapi Alhamdulillah diorg setuju sahaja..kini ummi semakin belajar untuk tidak lagi bersedih dgn kata2 org yg tak memahami pendirian kami..

kini..selepas menerima kelahiran ahli baru rumah kami, ummi merancang nak teruskan niat untuk bekerja dari rumah..macam2 juga idea yang timbul sebelum ni..apa kerja yg sesuai dgn ummi..sebelum ni ummi ada belajar internet marketing dan e-commerce di university..jadi ummi berminat dgn perniagaan online..sekarang pun ummi dah cipta online blog for internet shopping, cuma belum ada material lagi untuk dijual..satu dua idea tu sudah ada cuma setakat ni ummi nak fokus persiapan terima kelahiran baru dulu..dan alhamdulillah juga, abi amat menyokong niat ummi ni..abi siap nak bantu modal dan bantu apa yang patut..terima kasih atas jasa abi yee..semoga Allah redhai usaha abi..;)

sampai bila nak jadi suri rumah??
emm itu ummi belum tentu lagi..yang pasti 5 hingga 7 tahun pertama perkahwinan ni, pembesaran anak2 amat penting bg ummi dan abi..kerukunan rumahtangga lebih penting dari kerukunan kewangan bg kami berdua..mungkin selepas anak2 dh membesar, dan boleh berdikari barulah ummi berfikir semula samada perlu atau tak ummi bekerja..sambil2 tu ummi rancang nak sambung belajar secara part time sahaja..InsyaAllah kalu Allah bg kelapangan masa dan rezeki..moga Allah permudahkan urusan keluarga kami..

macam mana dengan kehendak2 ummi??
seperti wanita2 yang lain..ummi pun ada macam2 kehendak juga..nak ada kereta sendiri, ada aset sendiri, nk beli keperluan2 yg ummi impikan...kalu minta pada abi, mmg lah abi tak mampu nak sediakan kala ini..jadi ummi bincang dgn abi, kalu ummi bekerja, semua tu ummi boleh dapat dgn titik peluh sendiri, abi tak perlu risau..tapi abi nasihatkan ummi, kalu semua tu ummi nak, abi boleh sediakan cuma berdikit dan bukan pada masa keperluan lain lebih penting dr kehendak ummi..abi cakap, takkanlah ummi nak kerja sbb nak kereta impian sendiri, nak kehendak2 yang seperti wanita lain inginkan sampai sanggup tinggal2kan anak di nursery, rumah tak terurus, kalu ada maid pun belum tentu kita selesa, lagipun abi jenis tak selesa kalu ada org lain dlm rumah ..anak2 di rumah tapi kita berdua di tempat kerja lagi..tambah macam2 masalah lagi..takkan ummi nak korbankan semua tu hanya nak puaskan kehendak2 ummi sahaja..bila fikir balik, betul cakap abi..lagipun apalah sangat kehendak2 tu dari melihat anak membesar di depan mata sendiri, mendidik menjadi anak yg soleh solehah dan mengatur kehidupan dgn lebih baik..mungkin ummi lebih elok dan selesa menjadi surirumah sahaja, tapi mungkin tak bg org lain..setiap org ada ketentuannya sendiri..jadi ummi tak pernah pandang serong pd ibu2 yg bekerja kerana setiap org lain masalahnya..

mungkin ada yg bakal kata ummi xfikir panjang..mana tahu Allah uji ttg hubungan suami isteri suatu hari nnti..kalu tak bekerja, nanti xde simpanan sendiri dan tak de tempat bergantung??..pada ummi, itu takdir Allah dan ada penyelesaianNya..dari bekerja di rumah pun ummi dah boleh buat tabungan sendiri..lagipun abi memang akan peruntukan sejumlah perbelanjaan untuk simpanan masa depan anak2 dan ummi..dan ummi doakan hubungan kami diikat kuat dgn kasih sayang dan kesetiaan yang tak berbelah bahagi..kami hidup susah senang bersama..amat menghargai atas perkahwinan yg dibina atas dasar kesusahan dan kesenangan di kongsi bersama..moga Allah redhai juga..lagipun suami itu milik Allah, bila2 sahaja Dia akan ambil..jadi kita tak boleh terlalu mengharap akan miliknya abadi pada kita..

dan doa ummi..mohon dengan sangat agar Allah meredhai keputusan ini dan meredhai keluarga kami hingga ke Akhirat insyaAllah..kerna keredhaan abi juga keredhaan Allah..biarlah ummi lakukan atas segala yg abi redhai pdnya..selagi mana Allah juga meredhainya..insyaAllah..

Wednesday, November 10, 2010

Manjanya Si Manja ~_~

assalam

kali ini ummi nak coretkan sikap dzaatin yang manjaaa sangat
sejak kebelakangan ni la..
dh dekat2 nk bersalin ni..
makin manja sangat ngan ummi..
kalu dulu, dzaatin lagi manja ngan abi..
apa2 nak ngan abi je
tidur pun nak sebelah abi..
kali ni tak dah..
siap abi tarik tidur ngan dia pun terus meraung menangis sampai ummi tarik dia tidur atas lengan ummi..
baru terus diam..
hehe..

kalu bab tidur..
memang nak berdempek ngan ummi je..
kepalanya mesti atas lengan ummi..
kalu ummi lenguh tolak sikit kepala dia..
(ummi cepat rasa kebas sekarang)
last2 dia dtg jugak berdempek tepi ummi..
ummi sekarang ni tidur xleh statik..
xselesa perut makin membesar
adik pulak aktif malam2
jadi ummi kena kerap tukar posisi tidur
tak mengiring sebelah kanan, sebelah kiri..
jadinya bila ummi pusing sebelah kanan, dzaatin cepat2 ubah ke kanan
bila ummi pusing ke kiri..
uih..cepat2 bangun amik botol susu pastu ubah ke kiri jugak..
hehe..
sbb cian ummi tgok dia nk jugak tidur ngadap ummi
jadinya ummi tahan xselesa perut tu sampai dzaatin terlena dulu
baru ummi ubah posisi bila masih xselesa..
mmg selalu cmtu sampai terlelap sendiri..

itu bab tidur
kalu bab bangun pagi2 plak
perkara pertama dzaatin dtg hug ummi kuat2
emmmmmmmm..
dzaatin peluk sambil sayang pipi ummi..
hehe..

kadang2..
tgh ummi blogging..
dia peluk ummi dari belakang
sambil suaranya bunyi
emmmmmmm....
terharu rasa bila dzaatin selalu nak peluk ummi
he..

kadang2
nyanyi lagu 'ibu ratu hatiku' atau 'twinkle twinkle little star' atau 'sayang Allah sayang Nabi'
sambil pegang dua2 tangan ummi
pastu goyang2 tangannya..
dzaatin sebut
tikel tikel lite tarr...

kalu time berjalan
nak selalu ummi pgg tangannya
ke sana sini
kadang2 nak pgg kedua2 tgn ummi abi
baru nak jalan
kalu tak merajuk tak nak jalan..
macam2..

kalu ummi tegur perbuatan dia
cepat je merajuk
kalu merajuk tu
terus lari ke belakang sambil merengek
tak pun sembunyi tpi kabinet tv
atau belakang langsir pintu kaca
tanda merajuk lah tu
hehe..
pantang ummi tegur...

kesimpulannya..
sejak dh dekat nk dapat adik ni
makin manja sgt ngan ummi
ngan abi pun xberapa peduli dah..
cuma rindu abi bila abi lama tak de kat umah
time balik kerja
tunggulah dia depan tingkap sambil panggil abi abi..
tu jelah
yg lain sume nak ummi..
hehe..

camne nanti bila dh ada adik eh..
harap2 tak cemburu kuat2 dah la
apapun ummi suka sangat ngan sikap manjanya tu
sbb sebelum2 ni
manjanya kuat ngan abi
ummi jarang dapat manja2 nya tu
sekarang lah masanya nak rasa..
he..



camni lah dzaatin selalu hug ummi..
(~_~)

Tuesday, November 9, 2010

Dzaatin dah boleh cakap??


Assalam..

hari ni ummi nak cerita pulak pasal patah2 perkataan yg dzaatin dah pandai sebut
selalu org tanya..anak dh boleh bercakap ke?
yelah..tengok dr saiz badannya mcm dh boleh bercakap..
dah macam umur 2 3 tahun..
tapi sebenarnya baru masuk setahun 6 bulan..
nak kata boleh bercakap..belum lah lagi..
tak tahulah kalu dah pandai bercakap..
jadi pembaca berita agaknya dalam rumah tu..tak berhenti2 berbunyi...hehe

jom ummi senarai word2 dan perkataan2 yg dzaatin dh pandai sebut..
campur inggeris & melayu
termasuk meaning dr perspektif dzaatin sendiri

1)nak = hendakkan sesuatu
2)nah = suruh abi atau abi amik ke, makan ke, pegang ke
3) shushu = susu
4) air = air botol untuk diminum atau untuk dicampur dgn susu, atau apa2 air yg ummi ngan abi tgh minum..semua nk rembat jugak..hehe
5) taatee = flower
6) miaw = kucing, anjing, tupai atau apa2 binatang yg dia nampak sekitar umah atau sepanjang perjalanan ke mana2..
7) teddy = patung beruangnya
8) fish = ikan yg dilukis, ikan dlm tv, ikan dlm akuarium
9) a ball = bola atau apa2 sahaja objek yg berbentuk bulat
10) go go = mango
11) adik = sambil menepuk2 atau sayang perut ummi tanda faham adik ada di dalam perut
12) acik = nasi
13) Awoh Bak = Allahu Akbar
14) ampeh = pampers
15) andi = mandi
16) ello = hello sambil letak hp ke telinga
17) jom = tanda cara ajak ummi tangguk dia tidur di buai, sambil sebut sambil tarik tangan ummi ke buai
18)boom = tidur atau baring
19) shuu = shoes
20) atu wa igaaa = 1 2 3


emm..cukuplah ummi senarai top 20 dulu..hee..hari ke hari bertambah g lah tu..yg penting, dzaatin mmg cepat dan cekap meniru sebutan yg ummi ajar..tapi kalu ummi tak ulang2 balik, dzaatin cepat lupa juga..jadi selalulah2 ummi ulang bagi dia faham dan ingat..
ni semua satu2 patah perkataan je dzaatin pandai sebut..yang gabuangan dua atau tiga perkataan hanya ada dua je yg dzaatin pandai..iaitu:

1) o..o.. tak auu = o..o.. tak tahu
2)tuuu diaaa = tu dia

(~_~)

kalu bahasa2 yang ummi arahkan atau suruh atau bercakap ngan dzaatin yang dzaatin faham pulak macam ni...:

bila ummi sebut:

1) tutup pintu = dzaatin cepat2 tutup pintu..contoh pintu depan ngan pintu bilik air...mmg xpernah terbukak lah dua2 pintu ni sbb dia mmg akan tutup sendiri

2)amik susu, amik air = dia akan cepat2 gi amik tupperware susu nagn botol air

3)boom cepat = terus dia baring atas teddy atau bantal


4) jom mandi = dia akan tunggu ummi depan bilik air

5) jom makan nasi = terus berlari ke dapur sambil ketawa2 sbb suka dpt makan

6) pakai shoes = terus cari kasutnya di depan pintu umah hulur kat ummi untuk pakaikan kat dia..

7) amik pampers = terus g amik pampers dan terbaring..sbb dia faham ummi nak tukar pampersnya

8) air mana air? = cepat2 dia pusing2 cari botol air masaknya...dzaatin jenis suka minum air masak lebih dr susu..jadi botol air masaknya sentiasa penuh..

9) sit down atau stand up = dia akan duduk dan bangun

10) come here = dia dtg pada ummi atau abi

ok...dah cukup top 10 dulu..nanti semasa ke semasa, ummi tambah lagi...

dalam banyak2 gelagat dia berbicara tu...ada satu yg ummi dan abi tersenyum je bila dengar...sekarang bila azan berkumandang je di tv..terus dzaatin ikut azan siap mendayu2 lagi ikut bilal tu azan..selagi xabis dayu nya tu selagi tu lah mulutnya ikut sekali...amboih...merdu benar ummi dan abi dengar..hehehe


Monday, November 8, 2010

Label Baru


assalamualaikum...
sedar tak sedar dh lama ummi tak update gelagat, telatah dan perkembangan terbaru dzaatin..
tahu2 jelah..budak kecil yg sedang mmbesar..
tak sempat nk update setiap perkembangannya dalam entry blog ummi buat tatapan anak2 ummi nnti..
cepat sangat perkembangannya..
baru nak mereka entry terbaru dh muncul gelagat baru..he
last2 semua terkubur ummi nak cerita..

jadi ummi ingat nk buat label baru..(sebelum ni pun xnah wat label setiap entry..he)
ummi nak labelkan gelagat2 baru, telatah, ragam dan setiap perkembangan dzaatin dan bakal adik2nya nanti dalam satu label bertajuk Gelagat dan Perkembangan
ummi mmg xnak miss nk coretkan semua di blog ni
sbbnya ada yg kelakarnya, ada rajuknya, ada bijaknya
rugi kalu ummi termiss dan lebih sedih kalu terlupa setiap kenangan2 yg bermakna bg hidup abi dan ummi ni..
anak2 ummi kan permata hati ummi dan abi..
tempat ummi dan abi merebut kasih sayang dan meluahkan kasih sayang
kerana kasih sayang paling utama untuk abi dan ummi membentuk kalian menjadi insan yg boleh mmberi sumbangan untuk Islam..
insyaAllah..


Gelagat Dzaatin Part 1

ok..
jom kita baca gelagat dzaatin baru berlaku 2hari lepas
masa tu abi ngan ummi ngah rehat2..
dzaatin pulak minta susu sbb time dia minum susu dah tiba
jadi ummi pun wat lah..
dia sempat tolong ummi ambil tupperware susu ngan botol susunya sekali
ummi selalu letak tempat senang dia capai sebab dia sendiri akan amik bila dia teringin nak susu
(sbb susu sekarang adalah hanya sebagai pelengkap dietnya sahaja..)
nak dijadikan kisah lucunya
lepas ummi dh siap buat susu
dzaatin pun minum dan baring atas teddy
tu memang port dia minum susu
tiba2 dengan suara menekan

dzaatin: "abi..abi.."

ummi ngan abi pun paling tengok dia
apa yg dzaatin nak??
bersungguh je bunyinya..

abi:"iye??.."
dzaatin: "nah..nah.."

tahu apa dibuatnya..
dihulurkan botol susunya suh abi ikut minum sekali..
hehehe
ummi ngan abi terus ketawa..
kami ingat apalah yg dia nak
beriya benar panggil abi..
rupanya nak suh abi minum susu juga..
ohh~~~
penyayangnyee..
nak share juga susunya dgn abinyee tu..

~~~~~


Wednesday, November 3, 2010

Berkelah di Port Dickson ;)

Assalamualaikum..
di sini ummi nak nukilkan kembali memori kita sekeluarga campur family abi iaitu atuk, opah, mak ngah, mak cik, pak su dan tak lupa Onyang berkelah ke Pantai Saujana di Port Dickson..
Alhamdulillah..akhirnya sampai juga hajat ummi nk berkelah + mandi pantai di port dikcson sebelum bersalin hehe..
ummi yg beriya sebenarnya nih..;)
tapi yg lincah bukan main berlari ibarat pantai tu 'dia yg punya' tentulah tak lain tak bukan kakak dzaatin ni..
tengoklah aksinya berlari ke sana ke sini..
mula2 ummi la berkejar supaya kakak dzaatin tak jauh dr pandangan
dah lama2 kejang pulak perut ummi berlari sama2 ngan dia...huhh
abi dan yg len2 tgh kemas2 brg, angkut brg dan siap sedia nk berbbq
last2 ummi tukar turn ngan mak ngah pulak bermain kejar2 ngan kakak dzaatin hee..

hari tu hari sabtu lepas
pukul 8 pagi, abi, atuk dan pak su g keluar beri bahan2 mentah untuk dibakar
ummi di rumah sibuk buat bahan perapan..
patutnya, ayam dan ikan kena perap dr semalam lagi
tapi sbb tu idea berkelah last minit punya
jd pagi tu jugak baru nk blender dan perap

bahan2 nk perap tu macam biasalah
serai, halia, kunyit, bawang besar, bawang putih
tu ummi yg sediakan
then abi tambah madu, gula, serbuk jintan manis dan jintan putih
haa...bila makan, semua kata sedap mcm makan sate rempahnya..
itu mestilah hasil paduan resepi kasih syg ummi dan abi..hehehe

lepas makan2..
atuk, pak su, mak ngah dan kakak dzaatin dah terjun ke laut
atuk tengokkan2 kakak dzaatin di pantai
sementara abi dan ummi siap2 nak solat zohor dulu
kami solat kat atas tikar tu je
nyamannye rasa tiupan angin laut
kadang2 kencang kadang sepoi2 bahasa
sebb tu rambut kakak dzaatin dah serabut2 ditiup angin

lepas solat
kami menukar pakaian mandi
dan terus teman kakak dzaatin mandi di pantai
abi dah berenang ke laut lepas
ummi main2 ombak dgn kakak dzaatin
besssst...............

lepas tu
turn ummi pulak nk berenang
abi dukung kakak dzaatin ke tengah laut
tak takut langsung si kakak dzaatin tu
siap nk selam2 muka lagi
tapi terkejip2 matanya sbb pedih
air laut kan masin
hehe
bila di bawa ke tepi pantai
mengamuk xnak
nak ke tangah laut juga
tunggu kakak dzaatin pandai berenang dulu ye..
tahulah tak takut air
tapi janganlah tempat dlm pun kakak dzaatin nk pergi
ingat tu....

lepas dh penat mandi
kami pun siap2 nak pulang
suasana di pantai mmg redup je sejak kami sampai tadi
bila nk balik ni
hujan lebat mula nk turun
alhamdulillah cuaca baik sgt masa kami berkelah td
terima kasih Ya Allah bg kami kelapangan berkelah di pantaiMu