CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, September 28, 2010

Memori Aidilfitri 2010 (^_^)

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah
aidilfitri kali ni walaupun abi dpt cuti 3hari je tapi terasa bermakna jugak sbb dapat ziarah sanak sedara di sebelah abi dan juga sebelah ummi..
part tu yg best sbb dzaatin ni mmg sape2 xtgok lagi di sebelah ummi..
asal balik kg di perlis, xmenyempat nk berziarah sanak sedara sebelah mak ummi..
sbb masing2 tinggal jauh antara satu sama lain
lain ceritanya sebelah abi
sanak sedara abi tinggal dekat2 je
bila balik perak mmg selalu jer ziarah diorg
kali ni bila semua dh kenal dzaatin
barulah seronok rasa di hati hehe
mengeratkan silaturrahim
itulah matlamat berziarah
;)

nak dijadikan cerita
hari khamis sehari sebelum syawal abi masih lagi kerja
bos pun dh bg lampu ijau kat abi boleh amik half day
apa lagi, selepas solat zohor
kami terus bergegas balik ke ipoh
turn raya tahun ni beraya pertama di umah abi di ipoh
selepas solat raya pada hari jumaat
kami berziarah di rumah jiran atuk
selepas tengah hari
kita pulang ke kg atuk di kuala kangsar
berjumpalah sanak sedara sebelah atuk
mmg semuanya xmuka melayulah sbb diorg keturunan benggali he
tapi masih mengamalkan budaya dan cara hidup melayu
malamnya selepas mgrib
abi ummi dan dzaatin pun berlepaslah ke perlih pulak
letih2 pun kena gerak jugak sbb turn raya kedua wajib ke kg ummi di perlis pulak
tu mmg term n condition untuk kami bergilir2 beraya setiap tahun
hee
nasib 4 jam je perjalanan ipoh ke perlis
sampai pun dh pukul 12mlm lebih
isi rumah dh bergelap dan dh diulit mimpi
esoknya baru meriah semula berborak2 satu keluarga
buat pulak masing2 adik beradik ummi rindu ngan dzaatin
riuhlah mereka menyakatnya
tambah2 si pak cu dzaatin
suka dikelek kesana kemari
hehe

sebelah pagi hari raya kedua di perlis
ummi dan abi bawak dzaatin pergi berziarah umah kawan ummi
auntie syidah yg baru lepas bersalin masa ramadhan lepas
lepas tu kami bertolak ke rumah kawan baik ummi
umah auntie taqiyah
tapi xde rezeki, salam kami tidak bersambut kerna tiada org di rumah
selepas zohor
keluarga besar ummi bersiap sedia bertolak pulang ke kg sebelah mak tuk di sik kedah
4biji buah kereta jugaklah kami berkonvoi
semua 10org adik beradik ummi termasuk ipar duai dan cucu2 ikut serta
seronoknya rasa
dah lama tak jalan ramai2 cmni
best!!
kami sempat berziarah raya di rumah Pak Ngah sebelum tidur malamnya di rumah Mak Tam
hari raya ketiga kami sambung aktiviti ziarah di rumah Pak Wa dan umah Pak Ndak
selepas tu terus terjah umah Tok Wan ummi merangkap Tok Nyang dzaatin pulak
petangnya abi, ummi dan dzaatin terus bergerak pulang ke ipoh semula kerana mahu berehat semalam sebelum pulang ke nilai pada hari raya keempat
hari raya keempat atau hari isnin tu abi dh start kerja semula
abi xdapat minta cuti sbb masih di dlm tmpoh percubaan lagi
huhuhu
sedih mmg sedih tapi puas tetap juga terasa walaupun sekejap je nikmat berhari raya di kg..
kat bawah ni gambar2 memori kami di kg...

Gambar2 memori di perlis




keluarga besar ummi campur sanak sedara, ipar dan duai, cucu2 sekali ;)





di rumah Pak Wa


di rumah Pak Ndak
tiga sepupu makan kueh raya


letih berjalan sehingga terlena


kakak auni tgh pujuk dzaatin nangis sbb jatuh..he..


muncung saje mulutnya...


gambar2 raya di ipoh pulak..

keluarga besar abi





Thursday, September 23, 2010

Hadiah Tudung untuk dzaatin sempena cute Muslimah Contest

Assalamualaikum...
mood raya masih lagi terasa
tapi mood nak berentry buat tatapan dzaatin n abi makin lemah je
bukan apa..
line bband kat sini slow sgt
nk upload gmbar pun agak makan setengah hari jugak hehe
tapi sbb xnak basikan cerita best ttg dzaatin
ummi paksakan diri jugak nukilkan kenangan cerita ttg dzaatin
ni pun masa dzaatin ngah nyenyak tidur
kalu tak, lunyai jugak laptop abi ni..hee

Alhamdulillah
sempena contest yang dzaatin join sebulan dua lepas
hadiah dzaatin dh pun selamat sampai dh selamat dirasmikan oleh dzaatin dgn comelnyaa..
elok2 hadiah sampai sehari sebelum kami bertolak pulang ke ipoh sempena menyambut hari raya di sana pada satu syawal lepas
cuma sbb xde baju yg matching ngan warna
ummi simpan dulu nk pakaikan bila dh ada baju yg sematching
baru cute..
hehe
ni lah akibatnya bila ummi suka warna pink jer
warna baju lain dh xde dh hehe

terima kasih sgt2 buat ibu damia' sbb hadiahkan tudung yg cute sgt ni
mmg teringin nk beli lagi untuk dzaatin
dzaatin pun selesa sgt pakai
bila ummi kata cantiknyaaaaaa
dzaatin terus tersipu2 malu
ni cara nk pujuk dia kekal lama sikit pakai tudung hehe
tapi ummi tak paksa
kalu dia dh rimas
ummi akan biar dia bukakn sendiri
tapi semenjak dh banyak koleksi tudung dzaatin
dzaatin dh tahu bila masa nk pakai tudung
bila nk kuar
ummi pujuk2 pakai tudung
dzaatin dh xtarik2 dh tudungnya tu
dzaatin akan pakai sampai dia sendiri dh rasa panas n rimas
xpe
belajar perlahan2 ye sayang
moga jd contoh pada adik2mu kelak
insyaAllah
tudung adalah pakaian muslimah yg Allah perintahkan kepada semua muslimah dimana ada hikmahnya..
apa hikmahnya??
kita pakai kerana mmg atas perintah Allah dan merupakan ibadah
kedua memlihara kita dari pandangan2 hati yang berpenyakit
memelihara mahkota diri kita dan aurat kita
membuat kita selesa di mana sahaja kita berada kerana tiada pandangan tajam yg memandang kita
dan merupakan tarbiyah buat kita kerana ia adalah suruhan Allah
emm..
ingat tu anak ummi sayang ;)

kat bawah ni gambar yg sempat ummi amik selepas baru je sampai bungkusan tudung tu di pintu pagar rumah kita hee
masa tu ummi excited sgt bila nampak posmen kat luar rumah
hehe..


hai damia'...terima kasih atas hadiah awak ni ;)


malamnya ummi abi bawak g jalan2 sambil rasmi tudung baru ;)


1..2..3....pandainyaaaa..terus ditepuk tangan..hehe


tabiat baru...suka buka tutup plug..bahaya tu dzaatin...


aaa...ni pun tabiat sejak dh pandai berjalan ritu...asal ummi nk menyapu..dia pun nk menyapu..hehe






hmmm...dh mula rimas..nk tarik tudung dh..yelah ummi bg bukak...;) dh penat posing dh eh..he

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya

Salam Aidilfitri buat semua

dikesempatan ini nak mengucapkan Selamat Hari Raya dan ingin memohon ribuan kemaafan kepada semua pembaca dan kawan2 jika saya ada kasar bahasa dan terguris perasaan anda
semoga Aidilfitri kali ini memberi seribukerahmatan kepada kita semua

tahun ni xsempat nk buat kad raya digital macam tahun lepas coz si pakar membuatnya sibuk ngan tempat kerja n akaun2 yg perlu diuruskan he
si penulis blog ni tak delah pandai sangat
jadi xberkad rayalah tahun ni

hari raya pertama ni, kami sekeluarga akan menyambut raya di Ipoh dan berziarah sanak sedara di sini sebelum bergerak pulang ke Perlis pada malamnya..

semoga perjalanan kami dilindungi Allah..
doakan ye..

insyaAllah
hari ahad, kami terpaksa pulang semula ke nilai kerana abi dijadualkan bekerja semula pada hari isnin
terpaksalah berkorban sbb pekerja baru..
mmg xdapat mohon cuti apa2 lagi
he
sabar jelah...

nantikan cerita kami disebalik kenangan beraya di kampung pada entry seterusnya insyaAllah

Salamun 'Alaik

Wednesday, September 1, 2010

Selamat berpindah..Alhamdulillah..

akuarium yg dh dibersih berjam2 oleh abi sebelum pindah


brg2 yg dh disiap pack..plastik2 sampah tu terisi dgn bantal n selimut


barang2 di rumah lama..belum berpindah lagi


assalamualaikum
bersiaran semula setelah selamat menjalankan aktiviti berpindah randah semalam..abi pun dh start 1st day kat tempat kejanya..semua berjalan lancar..

selasa 31 ogos

pukul 10 pagi..abi keluar g tunggu lori sewa yg nk angkut brg..
pukul 11 abi sampai ngan lori
pukul 11.30 family aunty teha ngan uncle din dan abg akram dtg tolong family kita kemas2
pukul 2 kita bertolak ke nilai..family aunty teha pun join sekali..terharu sgt, sanggup tolong kami jauh2 dtg..

pukul 3 lebih kita sampai nilai..lambat sikit sbb brg2 penuh lam keta ngan uncle din follow ngan van di belakang..xleh rush2 sgt..
pukul 4 brg dh siap dipunggah ke dlm rumah baru
pukul 5 lebih family aunty teha bertolak pulang..
pukul 7 kuar g berbuka dkt area restoran yg terdekat

eiii..comotnya anak dara ni...dh main bedak dlm rumah, dia kuar kutip flower2 rumput lak kat luar..ngacau ummi sungguh...;)


halaman sebelah kiri rumah..halaman sebelah kanan tgh panas terik time ni..


tengok tu...budak tecit sedang menunduk nk amik bunga lalang

halaman depan..laman masih berumput panjang..tunggu pekerja tuan rumah dtg potong..


halaman depan rumah mengadap taman2..sebelah taman ada tasik reakreasi

hari ni hari rabu
ummi kemas sikit2 mana yg mampu
sempatlah basuh dapur coz nk guna masak tghri kat dzaatin
kemas ruang tamu
n pastu rehat n layan dzaatin je..
letih tak dapat kemas byk2
hari minggu nnti leh kemas2 sama ngan abi lagi
insyaAllah