CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, March 31, 2011

Wafiqa 3 Month Old

Assalamualaikum pembuka bicara..Alhamdulillah pujian bg Allah, Allah masih anugerahkan kita nikmat kehidupan yang penuh barakah ini..hari ini tepat seminggu wafiqa berumur 3bulan..huhu..lambat ummi update perkembangan wafiqa bulan ni bukan sebab ummi sibuk ummi tak sempat tau, tapi baru hari ni,abi luangkan masa teman kita ke klinik ambil imunisasi untuk 3bulan pd wafiqa..

perkembangan wafiqa dlm tempoh 3 bulan mengikut carta berat dan tinggi adalah seperti di bawah:

1hari : berat 3.48kg panjang 54cm
1bulan: berat 4.7kg panjang 55cm
2bulan: berat 5.45kg panjang 58cm
3bulan: berat 5.9kg panjang 59cm

rumusan: seperti kata nurse, BMI wafiqa normal. Alhamdulillah..;)

perkembangan lain adalah seperti berikut:




dah mula mengiringkan badan..tapi belum dapat meniarap lagi..huhu..sampai sekarang belum2 berjaya lagi usahanya untuk meniarap




ini pulak gambar kakak dzaatin boleh meniarap tepat-tepat 3 bulan ye..
kat sini ummi coretkan kisahnya





perkembangan lain, wafiqa dah start menghisap jari, mulut dah berbuih2 dengan air liur dan dah pandai ketawa mengekek-ngekek..tapi kan, susah benar ummi nak bagi dia ketawa, jenuh geletek leher dia baru nak ketawa.. tak macam kakak dzaatin, mudah ketawa masa kecil2..
ini kisah ummi cerita gelagat kakak dzaatin




kakak dzaatin isap jari..


kikiki...kelakarnye riak muka kakak dzaatin..hee



ni muka wafiqa tengah cebik..ummi suka sangat dia cebik, jadi ummi selalu sakat dia..hehe..wafiqa selalu cebik bila ummi lambat2 suap dia susu, atau bila dia terkejut kakak dzaatin menjerit2 tepinya..hehe






ini pulak gambar anak jati abi tengah disakat oleh ummi dan kakak dzaatin..seriously muka jati abi..hihi.



gambar-gambar di atas pulak aksi kakak dzaatin tengah main golek2 melompat2 di Ocean Playland di Tesco Nilai..huhu...muka adik wafiqa keboringan sbb nak main juga...hehe..nampak cam sunyi xde org nape ye, sbb time ni working hours lah, abi bawak kita ke sini nak wat spec ummi (dah 8bulan ummi tak pakai spec sbb spec rosak dan tangguh2 nk buat huuu)...


Alhamdulillah..semua sihat...adik sihat, kakak pun sihat...senang hati abi dengan ummi...dalam hati ummi, selalu tak sabar2 wafiqa cepat besar, dapat main ngan kakak dzaatin..segagan je besar bdn dan ketinggian badan, comel2 je kesana sini macam kembar..hihi..berjalan berpimpin tangan, bergurau sama2 (bergaduh biasalah kot hihi)..bila lah nak tiba masa tu ye...emmm...wondering.........................


*******************************************************************************

PROMOTION CORNER
(tak sah kalu tak promote setiap entry kan..hihi)

baru-baru ni, ummi ke rumah supplier, beli banyak borong untuk family kat kampung..ummi pilih dua design kat bawah ni..seriously, kain selesa dan sesuai pegi jalan..labuh sedang2 di lutut ummi...nak beli lagi tambah koleksi nanti2 hee...



ummi teringin nak beli design2 di bawah ni..tapi...........dah sold out di kilang daa ;(
memang macam goreng pisang abis................


ini pula ummi belikan untuk kakak dzaatin, dah banyak sangat baju2 nya warna pink kan, kali ni ambil warna biru pulak..comel je dzaatin pakai, tak sabar nak ambil gambar dia wat model untuk promosi ibu2 tertarik untuk membeli buat anak2 mereka...
kemas, sopan dan selesa dipakai oleh kanak-kanak.....

last but not least, design di bawah ni design terbaru di al-Layl shoppe, bagi sesipa yang berminat dengan kombinasi warna pink dan coklat serta design ala2 cardigan, bolehlah dapatkannya, dimana? tentulah di Al-Layl shoppe FB @ di al-laylshoppe.blogspot.com
thank you
(^_^)

Friday, March 25, 2011

Ummi & Prinsip dlm Berbisnes

bismillahirrahmanirrahim

sebelum ummi mahu berbicara tentang tajuk diatas, ummi mohon Allah jauhkan segala niat yang menyimpang dan segala perasaan mazmumah dlm hati ini..

kali ini ummi nak berbicara tentang prinsip-prinsip yang ummi amalkan dlm dunia bisnes..setelah sebulan ummi menjalankan perniagaan online, ada beberapa perkara dapat ummi observe dan banyak pengalaman yang dapat ummi kutip..semuanya berharga bagi ummi utnuk masa akan datang..kit aperlu ada prinsip2 yang perlu kita jaga kerna kita adalah manusia yang berprinsip bukan manusia yang buat sbb ikut-ikutan dan setiap yg kita lakukan ada balasan/ganjaran di sebaliknya..antara prinsip2 yang ummi pegang..



pertama : niat

sememangnya niat sungguh penting dalam setiap perkara, begitu juga dlm berbisnes, niat amat penting, jika niat tidak dijaga, takut kita mudah menyimpang..kadang2, walaupun niat sudah bersih, jalan dan cara pula tidak kena selaras yang Allah nak kita amalkan..biarlah niat kita ada juga sumbangan untuk Islam..biarlah dgn berbisnes ini, kita meluaskan lagi sistem ekonomi islam.moga suatu hari nanti, sistem ekonomi islam diaplikasikan sepenuhnya..seperti yang kita tahu, sistem yang ada sekarang dimonopoli oleh luar daripada islam.contohnya, masyarakat bukan islam berbisnes dalam keadaan tindas-menindas,koruption,persaingan yang tidak sihat dan pemasaran yang tidak menepati syara'.bila kita jaga nilai-nilai islam, insyaAllah,keberkatan pada sumber kewangan kita akan datang..




kedua: customer sebagai kawan, bukan hanya seller-buyer relationship

bagi ummi,prinsip ini amat ummi tekankan, setiap customer yg datang adalah kawan baru bg ummi, layanlah seikhlas hati mahu menjual produk2 yang berkualiti dan terjamin.penuhi permintaan mereka dengan hati yang senang.layani selagi termampu.tidak perlulah terlalu tegas dalam urusan jual beli, bertawar menawarlah dgn mereka jika mereka inginkan.perlu diingat,hati mereka perlu dijaga kerana prinsip word-of-mouth amat berkesan.seorang customer yang berpuashati mampu mendatangkan 10 customer lagi, jadi tidak perlulah terlalu dingin dengan mereka.jika mereka selalu mendatangkan masalah ttg pembayaran,urusan jual beli atau apsahaja, berbaik-sangkalah dgn mereka,cakap selembut mungkin dan rai pabila mereka bertandang ke kedai kita.bagaimana kita melayan kawan2 kita, begitulah kita meraikan mereka seperti kawan2 kita.kadang2 memang ada customer yang merimaskan.tapi bila ummi layan sebaik mungkin juga,ada kebaikan penyudahnya...




ketiga: jangan kedekut,bersainglah secara sihat

sehingga hari ini, bukan customer shj yang bertanyakan ttg produk pd ummi,ada juga yang ingin jadi seperti ummi,mahu mengedarkan produk..untuk melahirkan persaingan yang sihat dan meluaskan lagi pasaran org islam, berkongsilah sumber produk yang kita jual,jangan risau yang customer kita akan lari kalau ramai yang mahu menjual juga..insyaAllah, rezeki masing2 ada di 'tapak tangan' Allah, jadi tidak perlu digusarkan, ummi lagi suka kalu dapat bantu individu yang juga mahu berniaga..ummi takkan sembunyikan maklumat pengedar ummi dan ummi akan sebarkan jika ada yang bertanya..bagi ummi, jikalau pun customer ummi minat pada produk org lain,ummi tak kisah, kalu tidak hari ini jualan kurang,esok lusa insyaAllah pintu rezeki luas kembali..ia terpulang pada diri sendiri..jika hubungan kita dekat dgn Allah, luaslah pintu rezeki kita..doalah selalu, jagalah solat dhuhamu dan berpagi-pagilah agar pintu rezeki terbuka luas moga keberkatan Allah dtg menyinari sumber rezeki kita..




keempat: jika dirimu jujur pada pelanggan, pelanggan akan jujur padamu..

jadilah manusia yang jujur..jangan kita beri maklumat yang salah pada pelanggan..jangan kita beri barang2 yang rosak pada pelanggan, jangan kita tipu ttg kualiti produk pd pelanggan hanya semata mahu produk cepat habis terjual..jangan kita janjikan yang manis2 pada pelanggan jika memang kita tidak mampu penuhinya..kejujuran pelanggan akan dtg sendiri jika kita memeliharanya..percaya pada pelanggan tapi berpada-pada, pelanggan akan percaya pada kita..insyaAllah..jujurlah jika pelanggan tersilap terlebih memberi wang, pulangkan semula kerana itu haknya, jangan kita kenakan bayaran tambahan yang tidak munasabah




kelima: service yang terbaik

berikan service yang terbaik, cepat, kemas, tepat..jika kita ada hal di luar dan tidak sempat memberi respon pada pertanyaan pelanggan, cukuplah balas seperti 'tunggu sebentar atau pertanyaan anda akan dilayani sebentar lagi selepas habis urusan'..jangan biarkan pelanggan tertunggu-tunggu berlama-lama..minta maaf jika buat mereka menanti..bahasa kita perlu dijaga, jangan terlalu kasar pada pelanggan dan berhemahlah...ada waktu bekerja yang disiplin..bagi ummi, selalunya ummi buka kedai online awal, 8pg ke 9pg dah ready, smbil2 balas respon order pelanggan yg online malam2 buta (40% pelanggan suka order/tanya malam2 buta), ummi akan siapkan sarapan dan kelengkapan abi dan anak2..pukul 10 ummi akan fokus sbb masa ni wafiqa dah tidur, dzaatin pulak main2 di sisi ummi..nak jawab pelanggan bkn setiap saat, sbb tu agak leisure dan senang bila ada kerja sendiri online di rumah..kul 12, ummi akan off laptop dan pukul 2 buka semula, sebelum off, tinggalkan pesanan agar pelanggan faham situasi kita ketika itu..yang penting, masa off jap tu, fokus kerja rumah dan keperluan anak2 dgn fully attention..bila open balik, boleh layan sambil2 je kerja bisnes tu..




keenam: beri penghargaan pada pelanggan

adakan contest atau beri diskaun utk menghargai pelanggan, keuntungan yang datang hasil dr pembelian dr pelanggan juga..jadi untung yang ada melaburlah sedikit buat menghargai pelanggan...jika menghargai mereka, dengar komen dan pendapat mereka, semestinya customer loyalty dapat kita pegang, tak mustahil customer retention juga kita boleh kecapi..yg penting customer satisfaction dapat dr service kita menghasilkan customer loyalty dan customer retention...



ketujuh: jangan cepat berbelanja, guna ikut keperluan..simpanlah jika tak memerlukan

keuntungan yang kita dapat, sebaik mungkin simpanlah untuk modal yang lebih besar dan untuk projek lebih besar di masa akan datang..jika memang kita tiada sumber lain, hanya keuntungan itu, bolehlah berbelanja pada keperluan shj...yang penting, setiap duit yang tersimpan ada portion2 nya..bg ummi, ummi gunakan duit keuntungan untuk beberapa pecahan..untuk mak, untuk pendidikan anak2, untuk bayaran semula pinjaman dan untuk pusingan modal atau simpanan modal utk projek perniagaan yang lebih besar..dan jgn sesekali lupa sedikit portion disumbangkan kepada Islam dlm bentuk zakat, derma dan sedekah...insyaAllah, satu kebaikan yg kita buat, Allah akan ganjarkan 10 kebaikan lagi..insyaAllah..yang penting sumbangan kita ikhlas di jalan Allah..bantulah biarpun sedikit, asalkan ada bantuan yg kita hulurkan..sesekali jangan kita sayang pada duit atau mudah alpa bila duit berkepuk2 masuk..itu hanya sebahagian ujian kekayaan yg Allah nak uji pada kita..




kelapan: buat bersungguh2

apa sahaja pekerjaan yang kita lakukan, lakukan bersungguh2, bukan hanya seperti lekat di celah gigi shj..




kesembilan: sentiasa impovekan diri dan perniagaan

biarlah perkhidmatan kita dan perniagaan sentiasa ada peningkatan, bukan hanya di takuk yang lama sahaja, perbaharui jika memerlukan, perbesarkan jika termampu..seperti sabda rasulullah saw, jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok pastikan lebih baik dari hari ini..




kesepuluh: keseimbangan

seimbangkan masa dan perhatian antara family dan kerjaya kita, tak kiralah seperti ummi dalam berbisnes atau sesiapa shj dlm kerjaya masing2,bak kata ust zaharuddin, jgn sampai isteri bekerja untuk bantu kewangan suami tapi urusan anak2, pendidikan anak2, perhatian pd suami dan anak2 terabai....ummi selalu ingatkan diri ummi, fulltime housewife, part time for others...seimbangkan juga urusan kita pd Al-Malik, jgn mudah alpa bila sibuk melayan pelanggan..selalu ummi ingatkan dan sematkan dlm hati..



doa, doa, doa....

**peringatan ini lebih pada diriku jua**
**semestinya ku makin cinta sunnah rasul yang satu ini
::-::perniagaan::-::




***Yang paling penting bila berniaga, selalu lah buat promotion di mana sahaja yang mampu dan sah..hehe..ok nak ambil kesempatan perkenalkan design baru yang dikeluarkan dari kilang, untuk design yang trendy, ada beberepa pilihan di bawah termasuk pilihan skirt labuh dan mengembang yang boleh disesuaikan dan digayakan bersama tshirt pilihan anda, paling penting ia tidak ketat dan jeins kain yang boleh diregangkan..jangan lupa, tshirt2 keluaran Zariya adalah jenis A-cut means jenis mengembang di bahagian bawah, jadi tidak perlu risau ttg status kelonggarannya ;)
masih sopan kan??





untuk peminat-peminat corak floral-printed, dibawah disediakan khas untuk anda yang suka kepada natural dan floral design..pilihan-pilihan ini juga baru dikeluarkan dari kilang dan masih baru dlm pasaran sekitar minggu lepas, ia baru dilancarkan..perlbagai variasi corak dan warna..sesuai digayakan ke mana sahaja..untuk maklumat harga, kod dan material fabrik boleh dilayari di Al-Layl Shoppe>>FB@Blogspot>>Thank You
(^_^)






Monday, March 21, 2011

Penghargaan Buat Follower Kisah Kasih Kita yg Ke-100

Assalamualaikum buat semua pembaca blog Kisah Kasih Kita..
alhamdulillah, akhirnya angka yang ditunggu2 telah tiba..
tetamu teratak Kisah Kasih Kita telah mencapai angka ke 100
terima kasih banyak2 buat semua pembaca yang sudi menjengah dan mengikuti bait-bait kata penulis Kisah Kasih Kita..
sesungguhnya penulis rasa terharu kerana penulis tidaklah petah dalam berkata2
sekadar berkongsi riwayat memori sekeluarga dan kadang2 beberapa bingkisan ilmu yang bermanfaat untuk dikongsi dan diamal bersama..

dengan rasa penuh rendah diri, penulis ingin memberi penghargaan berbentuk hadiah kepada follower yang ke 100 ini
tanda ukhwah kerana Allah
tanda ucapan terima kasih kerana anda
sudi menziarah ke sini
sudi membaca bingkisan hati ini
sesungguhnya keikhlasan hati yang dicari

buat 'follower' yang ke-100
ummi perkenalkan empunya diri itu
syifa' humaira nama penamu
sudi2lah hantarkan maklumat dirimu
di kotak emailku
(^_^)

ukhwah fillah selalu ;)






buat puteri2ku..
hargailah tetamu2 mu mahupun rakan karibmu
dengan senyuman yang manis
dengan hadiah pengikat kasih
kerana itu sunnah Rasulmu
moga ikatan itu semakin menyubur
insyaAllah


p/s: jangan segan2 hantar maklumat diri ke dzathin_nithaqain@yahoo.com, hadiah menanti anda, saya tunggu ye..


Sunday, March 20, 2011

REHLAH WA SIYAAHAH

assalamualaikum wbt
alhamdulillah semua sihat..
ummi abi kakak dzaatin dan adik wafiqa
semua dapat nikmat kesihatan yang Allah ganjarkan..
kawan2 semua macam mana?
sihat..
kebelakangan ni, hujan kerap membasahi bumi hampir setiap petang di bumi nilai..
Alhamdulillah sgt..
bila udara sejuk dan segar..
anak2 pun lama tidurnya..hehe
banyak kerja boleh beres
respon untuk pelanggan pun cepat dpt dibalas
semestinya amal ibadat pada Allah lancar sbb xde gangguan sgt heee...
kalu tak, mmg kelam kabut nak handle kakak dzaatin dan adik sekaligus
nak selesaikan urusan dgn Allah lagi
alhamdulillah..
moga nikmat dan anugerah anak2 pada ummi abi ni
tak menjauhkan hubungan hamba dgn Illah nya..
aminn..


hari ni ummi nak cerita lagi satu nikmat..
nikmat ni macam2 tau puteri2 ummi
bukan nikmat makan minum je
bukan nikmat kasih syg ummi abi je
nikmat kita berada dalam Islam dan nikmat kita kecap iman pun penting
mesti kita jaga dua2 ni ye aduhai puteriku sayang
emm..
kali ni ummi nak cerita nikmat beriadhah dan bersiyaahah
apa dua kalimah ni ummi?
riadhah ialah kita melakukan amal untuk menyihatkan badan dan menyegarkan minda
bukan berjogging2 je, mandi sungai pun riadhah juga
boleh kembang kencutkan urat2 bdn kita semasa berenang2 tu ye
berenang ni pun amalan sunnah yang nabi junjungan kita galakkan
jadi..bila nak beriadah aka berenang ni
kenalah cari sumber air..di mana ye
di Jeram Ulu Bendul N9
alhamdulillah..bestnye nikmat beriadhah ni kan
kalu nak tahu best tak..cuba kita lihat aksi kakak dzaatin ngan abi..
best kan..
(^_^)




seronok kan tengok abi mandi sungai dengan kakak dzaatin
abi ajar kakak dzaatin mengimbangkan badan/mengapungkan badan
dah makin boleh tu ummi tengok..
alhamdulillah
nikmat dapat belajar ilmu berenang kan kakak dzaatin
nanti dah terer, leh lawan ngan ummi..mesti ummi kalah hehe
masa kakak dzaatin dan abi mandi sungai
tinggallah ummi dengan adik wafiqa kat tepi tebing sungai
sambil2 pandang kelincahan kakak dzaatin berenang
ummi berborak2 ngan adik
cantik kan permandangan kat sini
MasyaAllah..SubhanAllah
segar, nyaman, indah sekali ciptaan Allah
adik bukan main riuh bersembang ngan ummi
hehe

gambar sebelum bertolak ke kampung



lepas cerita pasal nikmat riadhah
ummi nak cerita nikmat siyaahah pulak
emm apa pulak maksud kalimah tu ummi?
maksudnya bersiar2
minggu lepas, kita sekeluarga pulang ke kg abi di Ipoh
kita nak ke kenduri sepupu abi di Kelantan
perjalanan ke Gua Musang Kelantau tu kita kena tempoh kawasan perbukitan Cameron Highland tau..
sempatlah singgah makan2 di satu tempat Strawberry farm di situ
SubhanAllah
sejuknyeeee
cantiknyeee
permandangan yang diseliputi kabus
grrrrr
adik menggigil dah
ummi pun samee..
kakak dzaatin ngan abi selamba jer sejuk2 tu
hihi






gambar2 di atas ni gambar kita di sebuah kedai coklat di strawberri farm tu..
tapi kita tak pergi jenguk di strawberry farm tu sbb kita singgah makan sebelum sambung perjalanan ke Gua Musang..
tunggu lah bila2 ummi abi bawak puteri2 ummi ye..
mesti best kan..
bila kita nak pergi ye abi???????????
(^-^)


p/s:abi cadang nak ke melaka bulan depan, nak bawak kakak dzaatin pergi zoo melaka...harap2 jadi lah ye...tak sabar nk bersiyaahah lagi
(ummi yg kaki jalan hee)




NEW DESIGN
JIKA BERMINAT
SEARCH AL-LAYL SHOPPE FACEBOOK UTK DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT