CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, June 11, 2011

Peristiwa Penghujung Mei dan Awal Jun: Balik kg, kenduri & jalan-jalan

Assalamualaikum pembuka bicara di laman diari ummi yang dah bersawang2 ni..
pejam celik dah 2 minggu tak bercerita ceriti untuk tatapan anak2 disini..

2 minggu ni memang ummi tak sempat menjengah di blog ni
hati memang macam2 nak cerita
tapi ada beberapa kekangan yang membataskan
mula2 home blogspot ummi wat hal
blogspot online shoppe ummi pun wat hal
jadi memang tak terupdate design2 baru di citu
lepas tu famili kita balik kg di perlis dan berjalan ke mersing pula
memang tak menang tangan nak update kisah kasih kita di sini..
sambutan pelanggan di al-layl shoppe fb pun ibarat coklat yg mencurah2 ke ladang gandum (tetiba) hehe
alhamdulilah2..syukur atas nikmat Allah

harini famili kita balik kg di ipoh pula
ada projek besar yg abi nak bincangkan dgn abahnya
insyaAllah jika projek ini menjadi dan berjalan lancar
ummi akan launch di blog ini untuk tujuan promosi
semoga Allah permudahkan segala aktiviti bisnes ummi ni
tika ini terasa abi menyokong kuat kerja ummi ni.
Alhamdulillah..terima kasih Allah atas nikmat ini
terima kasih B atas sokongan dan pimpinanmu
terima kasih puteri2 atas keberadaan kalian dgn sihat sejahtera di sisi ummi
terima kasih utk diri sendiri kerana melakukan apa yg yg memang dituntut dlm Islam dan semangat dan minat yg mendalam dlm bidang ini..

entry kali ni memang panjang dan penuh dgn gambar juga
seperti biasa hehe

bulan ini, wafiqa bakal melangkah ke usia 6 bulan..
perkembangannya di usia 5 bulan belum ummi coretkan lagi
insyaAllah ummi akan catatkan perkembangan mu sedikit masa lagi..
begitu juga dgn kakak dzaatin..keletah nya, sikap kakak dan anak sulungya..ada2 sahaja pembaharuan dlm perkambangannya..makin cerdik makin bijak puteri sulung ummi..opss makin kuat merajuk hehe..

abi pula dah slim sikit dari dulu
hasil diet tak makan tengahari
ummi pulak, makin susut 'sikit' sbb hasil tak makan puas2 n byk2 macam dulu dah
bukan nak diet 'mcm abi' tapi memang semenjak sibuk berbisnes, ummi makan ala kadar je
bukan sbb terlalu fokus pd kerja, tapi ummi perlu fokus byk benda
dari awal pagi hingga lewat mlm..
ummi ada jadual dan tanggungjawab yang perlu dibereskan
suami, anak2, rumahtangga, diri sendiri, bisnes, customer, supplier, DnT dan lagi2 tuntutan ibadah yg utama iaitu hak pd Allah lg..semuanya perlu dibereskan satu persatu..
membuatkan ummi xde masa senggang dan bersenang lenang nk makan lagi..
fikir ummi bagus juga, sbb dapat juga kurangkan berat bdn tanpa perlu berdiet atau mkn ubat segala..cukup sekadar beraktiviti dgn segala aktiviti sepanjang hari..

alhamdulillah..
segala ujian dan penat lelah perlulah dahulukan dgn ucap alhamdulillah dahulu
kerana pujian syukur itu membuatkan kita kurang merungut dan mengeluh atas ketentuan Allah

alhamdulillah di akhirnya sebagai pujian atas nikmat pahala atas pekerjaan2 yang dikerjakan..dan semoga dikurniakan ganjaran redha Allah dari awal hinggan ke penghujungnya..InsyaAllah..



Pulang ke Kampung


Jumaat 3 jun, famili kita pulang ke kampung di perlis untuk menziarah keluarga ummi yang dah 4 bulan tak jumpa..alhamdulillah..dapat jumpa ahli-ahli keluarga melepaskan rindu selama di kejauhan..nikmat ini memang tidak terkata perasaannya..niat ummi nak balik juga sbb nak meraikan walimah sahabat baik ummi di MAtri dulu..Ilani dan Tasnim..semoga berbahagia dengan pasangan masing2..insyaAllah ada barakah dan pahala yang besar di setiap permulaan perkahwinan itu..

memang riuh rumah Tok Wan ngan Mak tuk bila sekali sekala anak menantu dan cucu2 berkumpul bersama...Dzaatin Nithaaqain Auni, Ainul Mardhiyah, Aisyah Humaira', Muhammad Zulfaqar, Zulaikha Afna (7bulan) dan Wafiqah Insyirah Amni(5bulan) membingitkan suasana rumah kg itu..paling lincah sekali 3 segagan kata org..Dzaatin (2tahun), Ainul (3 tahun setengah) dan Zulfaqar (4 tahun setengah), ketiga2 sama tinggi sbb dzaatin tu extra tingginya dan zulfaqar rendang sikit bdnnya hehe..diorg ni bila bertemu lawan tarik rambut, lawan melompat sapa paling tinggi, lawan menjerit sapa paling kuat suaranya..ish2..pening kepala dibuat 3 kanak2 ni..hehe..memang bahagia tengok mereka berkawan bersama, bernasyid berzikir bersama n baca ABC 123 sama2.....





kami pulang ke perlis naik keretapi
sempat lagi bergambar sebelum naik ke gerabak V1





wafiqa bukan main seronok bila di acah
(^_^)




ummi, dzaatin dan wafiqa satu katil






si comel ummi dan abi





sabtu 4 june, ummi abi dan wafiqa keluar ke rumah kenduri Ilani dan Tasnim, dapat jua bersua muka kawan2 dah 13 tahun berkenalan bersahabat sehingga kini..masing2 masih bujang dan seorang dua je yg dah walimah..ummi, aunty syidah dan aunty nabilah je yg berdukung anak ke sana sini hehe..ummi lagi extra 2 anak lagi..alhamdulillah atas baraqah Allah..;) petang sikit kami ke kenduri sepupu ummi sebelah Tok wan di Kodiang Kedah, berkonvoilah famili besar ummi ke sana..menu kenduri di sebelah utara memang sedap2 belaka...sbb kenyang sgt dh 2 kenduri ummi pergi, kenduri yg ketiga ni ummi jamah sup daging dengan pencicah air asam sambal belacan sahaja..ringkas cmni pun nikmat sekali..susah nk jumpa menu pedas2 di sebelah selatan sana..sekali sekala pulang ke kg begini mmg nikmat terasa..ummi memang lidah utara punya ni,abi pun dh terbiasa pedas2 semenjak kahwin dgn ummi..senang nk 'masuk' dgn suasana kata org..hehe..alhamdulillah..

ahad, 5 june, seawal 9 lagi..sekali lagi famili besar ummi berkonvoi ke Penang pula, kali ni meraikan kenduri sepupu ummi di sebelah Mak tuk pula..menu masakan penang pun boleh tahan sedap juga..tapi sedap2 pun makan tak sebanyak mana seperti dulu2 hehe..cukup sepinggan kecil buat melapik perut dan buat reserve tenaga utk menyusu wafiqa juga.hee, selepas usai solat, kami meneruskan perjalanan ke KL pula..konvoi kali ni, famili besar ummi ni ke rumah kita di nilai dan juga ke rumah Pak Long Dzaatin di Mersing Johor..memang riuh rendah dalam van bila si kecil2 tu mengamuk, merengek, bergurau, menjerit bergaduh....huuuu..cam dlm sarkas pula bila dah ramai2 macam tu..abi dan Pak Ndak bertolak ke KL naik bas di Butterworth sbb dah xmuat nk isi dlm van sekali..tinggallah ummi handle wafiqa dan dzaatin sendirian..alhamdulillah Mak Tuk, TOk Wan, Mak Uda dan Paksu sekali sekali melayan karenah dzaatin bila wafiqa nak menyusu dan tidur dgn ummi..

smpai di KL selewat jam 12 tengah malam, singgah di Tol Jalan Duta ambil abi dan Pak Ndak..bersesak lak sekejap kami dlm van sementara nk smpai ke Nilai..bayangkan mcm tin sardin yg sendat dengan ikan sardin yang gebu2 dan enak2 tu hehe..pukul 1 pagi kami sampai dengan selamat di bumi Nilai...ummi, wafiqa, dzaatin dan yg lain2 dh terlentang keletihan..tapi abi, Pak Lang ngan Pak Ndak sempat lgi makan nasi lemak di Bistro As-Salam berdekatan ngan rumah kita..lapar benar kata abi sbb bas tak menyinggah utk lapik perut smlm..






di Hentian R&R Pagoh
di hadapan sekali: muhammad zulfaqar 4 tahun+
kawan baik dzaatin ni..
di belakang: Tok Wan, Mak Tuk dan Wafiqa







bergambar kenangan sementara menunggu ketibaan Pak Long di JB
dari kiri: ummi, Mak Lang (kakak ipar ummi), Mak Uda (adik ummi) dan Mak Tuk






ummi dan puteri2 kesayang ummi dan abi




esoknya..sarapan pagi secukup melapik perut, kami sambung rehat kembali sebb kami bakal meneruskan perjalanan semula selepas zohornya ke Mersing..kelam kabut juga ummi basuh pakaian2 yg dh diguna ke perlis, sidai menyidai, kemas rumah, masak tghri dan sambil2 layan tempahan pelanggan..pukul 4 ptg, kita teruskan perjalanan ke Johor Bharu pula...kita tidak terus ke Mersing sbb Pak Long sdg berkursus di JB..tinggal Mak Long, Auni Ruhaya dan Ain Sumayyah di Mersing menantikan ketibaan kami..untuk smpai ke JB ambil masa 5 jam juga..kali ni, abi bawa kereta sendiri untuk memberikan keselesaan pd penumpang2 van..hehe..selepas bertemu Pak Long, makan2 dan berborak2, kita pun bertolak dr JB pada pukul 12 tghmlm dan tiba di Mersing selewat jam 2 pagi..memang sgt mengantuk dan letih saat ini..alhamdulillah anak2 tak banyak meragam..cuma abi je yg terpaksa kuat menahan kantuk di sepanjang perjalanan..sungguh jeles abi melihat ummi lena meriba wafiqa di belakang..kakak dzaatin pula diulit mimpi sehingga mengigau2 di car seat nya di sebelah abi..sesampai di Mersing, kami terus tidur keletihan....tengah dini pagi itu, terdengar auni ruhaya menangis2 sambil mengadu pd. umminya " ummi, suara apa tu huhu huhu huhu (sambil menangis)...ummi yg terjaga slps terdengar tangisannya tersenyum dan mengekek2 ketawa, rupa2nya auni takutkan suara 2 3 lelaki2 keletihan memandu sepanjang perjalanan tadi berdengkur ibarat naga sedang bertendang dan bersilat sesama mereka huhu..............................memang kelakar bila tidur ramai2 di ruang tamu begini..


pagi2nya, selepas siap masak menu rendang siput nangka, ikan goreng, sayur tumis kailan dan ulaman timun, kami bersiap2 ke Pantai Air Papan yg terletak tak jauh dari rumah Pak Long..SubhaNallah..cntik sungguh suasana pantai di kaw Pantai Timur Malaysia..laut membiru dgn pasir yg menyinar keemasan..nyaman dan sejuk udara membias wajah...kami makan2 sambil melayan anak2 yg segera mahu ke pantai...selepas wafiqa tidur dlm baby car sear cum baby carrier nya, ummi terus bermain air bersama dzaatin dan anak sedara yg lain..ketawa besar mereka bila duduk di gigi air sambil dihempas ombak..abi pula ralit bersama Pak su mengail ikan di tepi pantai..agak lama bermandi manda, kami bersiap2 hendak pulang krn anak2 kecil sudah mula merengek..abi masih belum dpt sebarang hasil tangkapan lagi..saat sedang berkemas pinggan mangkuk..tiba2 nmpak di kejauhan kail abi mengena seekor ikan Duri kata Tok Wan..walaupun tak sebesar mana, tapi sengihan abi menampakkan seluruh gigi bila ummi memuji abi dpt juga ikan walau di saat akhir..ini 1st time abi mengail guna joran yg baru dibelinya itu..bila dh dapat satu hasil, abi beriya nak mengail lagi..ummi tegurlah kata dh nk balik ni..tapi tok wan balas, "biarlah dia mengail, tgh seronok dpt ikan tu"..tup2 dapat lagi seekor ikan duri..memang rezeki sgt..abi cakap, air tgh pasang, ikan mula berenang ke tepian utk cari makan..Alhamdulillah..dpt mkn ikan segar hari ini ;)

selepas makan tengahari hasil tangkapan abi; abi, ummi, dzaatin dan wafiqa bersiap utk pulang ke Nilai semula..famili ummi masih stay di sana krn mereka kan bertolak ke Pahang pula esoknya..kami terpaksa pulang krn abi minta cuti 2 hari shj semata2 mahu melawat abng ipar di Mersing ni..Baik sungguh hati boss abi membenarkan hehe..Supporting lah boss abi..

anak2 memang terlena keletihan di sepanjang perjalanan pulang ke Nilai..tambah2 si kakak sulung tu..buka main aktif dia masa mandi pantai..bila dh terlelap, langsung tak bangun2 dh walaupun ummi dan abi berhenti makan di R&R Pagoh..berdukung lah abi bawa dzaatin ke cafe..

Alhamdulillah..kita selamat sampai pada pukul malamnya dan singgah solat isya' di masjid berdekatan UIAM Cenfos..







makan2 di tepi pantai..




cantik kan permandangan di tepian pantai ni...
SubhanAllah




terlena kesenangan..
ummi ambil peluang mandi pantai dgn kakak dzaatin
abi pulak sedang memancing ikan




Inilah rentetan perjalanan kita sepanjang percutian kita kali ini..ummi catatkan memori ini buat kenang-kenangan dan tatapan anak2 ummi bila dewasa kelak
suburkan ukhwah sesama kenalan, suburkan ikatan persaudaraan sesama kaum kerabat, pulang lah ke kampung meraikan sanak saudara kerana ia adalah ibadah yang dianjurkan dlm Islam..

semuanya ada kemanisan dan mohon jua pada Ilahi akan keberkatan dalam percutian ini ;)



_________________________________________________________________


ADVERTISEMENT

NIKMATI 3-5% DISKAUN KEPADA PARA RETURN DAN REGULAR CUSTOMER YANG DIHARGAI..
GANJARAN INI LAYAK UNTUK ANDA KERANA SENTIASA MENYOKONG AL-LAYL SHOPPE
LAYARI
http://al-laylshoppe.blogspot.com
ATAU
search Al-Layl Shoppe di FAcebook

untuk melihat kesemua koleksi zariya yang telah memperkenalkan beberapa design baru

ingat Al-Layl Shoppe
ingat 'islami equiti insani'

assalamualaikum