sepasang kekasih..dicipta berdua..hingga ke syurga..blog ini adalah titipan segala memori diriku buat tatapan anak-anak di kemudian hari.. sebagai seorang lepasan graduan Bachelor of Business Administration (UIAM) tapi memilih untuk menjadi surirumah tangga sepenuh masa dan menjalankan perniagaan online separuh masa, kini telah menceburi bidang baru > membuka sebuah tadika Islam dibawah lesen Little Caliphs...menjadi suri hati buat suamiku yang telah berkerjaya sbg seorang akauntan di sebuah syarikat Kargo Oman Air, dan juga seorang ummi yg sentiasa belajar untuk membentuk anak-anak menjadi insan soleh lg musleh khususnya yang sulung tika ini Dzaatin Nithaaqain Auni dan adiknya Wafiqah Insyirah Amni..insyaAllah..ku mohon kekuatan hanya dariMu Ya Allah..
Owl Theme Candy Table
-
I was excited and enjoyed when getting this theme.
*.*
*.*
*.*
*THE OWL THEME*
It was for the aqiqah event.
The customer, Farah, was introduced by Diana ...
Wacana Ilmu Semasa (WISE'14)
-
Salam sejahtera serta keberkatan yang berterusan untuk pemuda pemudi
remajaku yang sentiasa dicintai dengan kasih sayang Islam. Mahasuci Allah
yang men...
Quiche
-
Assalamualaikum... Dah lama tak menaip bermakna dah lama tak masak dan
semakin kelu jari nak menari2 atas keyboard dan idea semakin kurang,
huhu... Hari ...
AHLAN WASAHLAN...
-
UPDATE On: 18 NOVEMBER 2011
ASSALAMUALAIKUM...
KEPADA AGEN2 ASYIQMUSLIM..
STOK TERKINI TELAH KAMI UPDATE.. SILA KLIK KOLEKSI DAN SCROLL BAWAH SEKALI.
AGEN ...
Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah..ummi, abi dan puteri-puteri ummi semuanya sihat sejahtera.. Syukur pada Allah dengan nikmat kesihatan yg dikurniakan Maha Penyayang ini.. Allah Ya Rabb
Alhamdulillah segala puji bagi Allah juga Wafiqa pun dh genap 2bulan hari ni.. membesar dengan bahagianya....he muka makin chubby dan berat makin bertambah.. makin geram ummi sayang2 pipi dia.. best kan ada baby semula.. bau baby pun wangi jee. tambah pulak kalu wafiqa buat muka cebik..lagi ummi geram sekarang ni makin rancak nk berborak kadang2, berborak sorang2..sampai ketawa2 hehe dengan abi pun bukan main ramah dia berbunyi seronok ummi bila tengok abi kuchi2 ngan wafiqa (^_^)
kakak dzaatin pulak dah makin rapat dgn adik bila ummi asyik panggil wafiqa dia pun nk panggil juga 'qiqa' 'qiqa' kalau adik tidur di bilik tetiba kakak dzaatin sebut "aaa qiqa..aaa adik...." hee comel je dia sebut 'qiqa' jenuh ummi ajar 'wa..fi..qa.." 'qiqa' jugak disebutnya..hehe
sekarang ummi dh start bisness online alhamdulillah.. dh mula tak menang tangan.. seronok bila customer dpt pakai tshirt yg cantik2 n selesa tu ummi mmg berkenan sgt ngan design Zariya tu jd bila dpt jual pd customer rasa puashati Alhamdulillah.. dpt juga wat apa yang ummi minat dan sealiran dgn bidang yg ummi ambil di universiti dulu
moga Allah permudahkan urusan bisnes ummi ummi baru nak kumpul modal sendiri ummi bercita2 nak buka butik Busana Muslimah sendiri suatu hari nanti abi pun menyokong penuh impian ummi terima kasih B.. ummi pesan pada abi kalu ummi tak pandai manage masa dan rumah dgn baik selepas berbisnes ni ummi mintak abi tegur dan ingatkan ummi yelah..kadang2 kita buat kerja sampai xsedar masa dan benda lain pulak tak terurus hajat abi selalu ingatkan ummi...InsyaAllah harap2 ummi tak mengabaikan puteri2 yg ummi sayang tu.. harap2, mereka semakin memahami masa ummi yg sedikit dan ruang untuk ummi melayani pesanan pelanggan dan urus stok dan data Alhamdulillah sibuk2 pun ummi masih di sisi mereka InsyaAllah, ummi akan lakukan dgn terbaik.. pengalaman ini bakal mengajar ummi untuk menggapai impian seterusnya (^_^)
p/s terima kasih buat silent reader blog ni, sudi membeli belah di al-layl shoppe..sangat menghargai sokongan anda..
emm.. sibuk2 dgn anak2, dgn bisnes, suami dan rumahtangga ummi tak nak abaikan masa berkualiti bersama jadi ummi harap hari minggu lah dapat keluar berjalan2 bersama bagi ruang kakak dzaatin dan adik wafiqa hirup udara segar di taman ummi ajak abi ke Taman Awam Nilai dekat je dengan rumah landskapnye penuh dgn tumbuh tumbuhan hijau segar dan nyaman rasa ramai org dtg bermain dgn anak2 dan beriadah Alhamdulillah.. Allah bagi masa terluang bersama nikmati nikmat alam ciptaanya..
kami berjalan2 di sekeliling taman..dapat juga keluarkan peluh sambil memandang keindahan ciptaan Allah..;)
wafiqa sudah berumur 2bulan..makin besar makin 'geram' ngan telatah adik..
kakak dzaatin yg semakin membesar..dah nmpak matang..makin tinggi pulak tu..he
>> layari al-laylshoppe.blogspot.com atau terus ke page fb al -layl shoppe untuk respon yang cepat..syukran jazilan ;)
didiklah puterimu sedari kecil moga mudah untuknya memahami erti kewajipan menutup aurat pabila dewasa
cantik bagai puteri bila digayakan pada puteri kesayangan anda
pelbagai koleksi blouse/tshirt Muslimah yang trendy dan sopan
"ke arah mendidik individu Muslim berbusana dengan busana Muslimah" (^_^)
"Ke Arah Mendidik Individu Muslim Berbusana dengan Busana Muslimah"
TUDUNG KANAK-KANAK MUSLIMAH 'REFANES'
JILBAB LITTLE MISSY MISS ZAHRA
KOD COLOR MZ01 Pink + White MZ02 Pink + Light Red MZ03 Red + Pink MZ04 Green + Yellow MZ05 Green + Light Yellow MZ06 Light Green + Yellow
Umur 3 : RM17.50 Umur 4 : RM18 Umur 5 : RM18.50 Umur 7 : RM19 Umur 10 : RM19.50
Material : Higet (Polyester + Cotton) All colour and all size available now!!
JILBAB LITTLE MISSY MISS SAHLA
KOD COLOR MS01 White + Light Pink MS02 Light Pink + White MS03 Bright Pink + Light Pink MS04 Yellow + Light Green MS05 Green + Light Yellow MS06 Bright Green + Light Yellow
3 tahun : RM13.50 4 tahun : RM14 5 tahun : RM14.5 7 tahun : RM15 10 tahun : RM15.50
Material : Higet (Polyester + Cotton) All colour and all size available now!!
JILBAB LITTLE MISSY MISS NAZHEERA
KOD COLOR MN01 Bright Pink + White MN02 Light Pink + White MN03 Red + White MN04 Bright Green + Yellow MN05 Light Green + White MN06 Green + Yellow
Umur 3 : RM16 Umur 4 : RM16.50 Umur 5 : RM17 Umur 7 : RM17.50 Umur 10 : RM18
Material : Higet (Polyester + Cotton) All colour and all size available now!!
JILBAB LITTLE MISSY MISS AMEERA
KOD COLOR MA01 Light Pink + White MA02 Bright Pink + Light Pink MA03 Bright Pink + White MA04 Light Green + White MA05 Bright Green + Light Yellow MA06 Bright Green + Light Green
3 tahun : RM14 4 tahun : RM14.50 5 tahun : RM15 7 tahun : RM15.50 10 tahun : RM16
Material : Higet (Polyester + Cotton) All colour and all size available now!!
JILBAB LITTLE MISSY MISS RAFEEQA
KOD COLOR MR01 White + Light Pink MR02 Light Pink + White MR03 Bright Pink + Light Pink MR04 Yellow + Light Green MR05 Green + Light Yellow MR06 Bright Green + Light Yellow
3 tahun : RM19 4 tahun : RM19.5 5 tahun : RM20 7 tahun : RM20.50 10 tahun : RM21
Material : Higet (Polyester + Cotton) All colour and all size available now!!
JILBAB LITTLE MISSY MISS FAHEERA
KOD COLOR MF01 Light Pink + White MF02 Bright Pink + Light Pink MF03 Red + Bright PinK MF04 Light Green + White MF05 Light Green + Light Yellow MF06 Bright Green + Light Green
3 tahun : RM18 4 tahun : RM18.5 5 tahun : RM19 7 tahun : RM19.50 10 tahun : RM20
Material : Higet (Polyester + Cotton) All colour and all size available now!!
meh ummi cerita kat anak2 ummi ye cmni.................
semalam..ummi gitahu kat abi nak wat karipap dah lama dh print out resepi karipap dr blog kak shira tapi xbuat2 je lagi kali ni mood nak buat berkobar2
nak dijadikan cerita part uli doh memang ummi minta tolong kat abi sebab ummi fail lah bab uli2 doh ni hikhik abi mmg terer sbb selalu wat capati n roti canai jadi dh terer lah bab uli doh ni
part ummi ialah wat inti karipap ummi guna inti sardin Pertima ummi mmg suka sgt karipap inti sardin jd wat inti sardin jelah hee
pastu bila siap wat doh abi tertunggu bila ummi nk bentukkan karipap masa tu sambil2 ummi masak lauk tengahari ummi masak Ikan jenahak masak lemak gulai tempoyak tengah dok asyik terlupa nk kisahkan karipap pulak hee
last2 abi yg bentukkan sbb ummi surrender ummi tak pernah buat karipap xtahu nak bentukkan camna ni mmg 1st time buat karipap
abi pun dengan semangatnya membentukkan karipap mula2 senget2.. lama2 cantik pulak design karipap abi hikhik
jeles tengok abi makin cekap ummi pun nk lawan design sape paling cantik abi pun ajar ummi wat tapi ummi pening laa cmne leh senget2 abi wat ummi wat xsenget2
huhuhu.............................. ummi kalah... design abi gak yg cantik hikhik tergelak2 abi ngan ummi di dapur ummi mmg fail wat kuih muih ni hehe nasib intinya sedap kata abi (^_^)
jom tengok hasil karipap abi lawan curry puff ummi huhuhu
------------------------------------------
-----------------------------------
------------------------------
--------------------------
---------------------
---------------
-----------
------
---
--
-
ni hasil karipap abi dan curry puff ummi
inilah curry puff ummi yg buruk huhu..yg berbelang2 tu ummi tenyeh ngan garpu..boleh??
ecece pandai abi wat kuih muih..hikhik
fuuuh...comel lote karipap abi nyeee..yg bulat tu inti kaya..dramatik sikit design nye hikhik ;)
**best sekali sekala masak bersama2 ngan suami di dapur bila hujung minggu...boleh jadi cam budak2 bila wat kerja sama2..hikhik
puteri-puteri ummi tidur kesenangan..senang hati ummi melihat.. ** tengok tu..kakak dzaatin dh tak tidur dlm buai tau seminggu ni..sbb ummi dh sembunyikan dlm stor..hehe..no more buai untuk anak2 ummi..ok..hee
aktiviti ummi melayan kakak dzaatin tika wafiqa masih nyenyak tidur
Assalamualaikum puteri-puteriku sayang... Alhamdulillah..seminggu sudah berlalu.. menjaga dan memenuhi keperluan anak-anak ummi di atas bahu ummi sendiri..
sebelum2 ni..ummi di bantu oleh mak ngah Dzaatin selama tempoh berpantang waktu tu..ummi asyik terfikir..siapalah akan bantu ummi bila mak ngah dzaatin xde nanti.. wafiqa masih sangat kecil.. kakak dzaatin pulak lincah dan aktif sangat.. kedua-duanya memerlukan perhatian lebih.. ummi buntu dan risau..
bila balik kampung tempoh hari.. ummi selalu tanyakan kakak ummi ttg macamana nak handle dua anak kakak ummi dah berpengalaman.. dapatlah sedikit tunjuk ajar darinya..
bagi orang yang dah mempunyai ramai anak mungkin fikir ummi ni tak tough dan tak pandai berdikari.. tapi bagi orang yang mula memiliki anak dan seorang lagi anak..hidup sendiri jauh dr keluarga mungkin faham akn keluh kesah ummi ni..
tapi.. setelah seminggu berlalu memjaga, membelai puteri-puteri ummi barulah ummi sedar Allah amat mengasihi hamba2 Nya.. Dia tahu setakat mna kemampuan hambanya terhadap ujian yg diberikan
sebenarnya anak2 akan membesar.. tidak ditakuk yg sama sahaja semakin mmbesar dan berkembang minda dan pemikiran mereka
begitu juga dgn puteri puteri ummi kakak dzaatin semakin manja dgn ummi semakin mengasihi adiknya wafiqa semakin memahami yg dia punya individu baru dlm keluarga perlu dikasihi dan disayangi tahu adik wafiqa juga mahukan perhatian ummi dan abi Alhamdulillah..... semakin mudah ummi handle sikap dan telatahnya..
adik pun begitu juga.. semakin membesar semakin berubah tabiat hariannya tidak mudah meragam sudah pandai sesuaikan diri dgn dunia barunya boleh sruggle kalu tersedak susu atau terbatuk2 ummi hanya memantau dr jauh ummi juga mudah nk handle yg kecil ni..
kalu adik meragam mengantuk nk ummi buaikan kakak senang dijaga..tak kacau ummi pujuk adik kalu kakak merengek2 nak susu atau bermanja adik diam tidur di playpen atau di bouncer nya Alhamdulillah.. Allah permudahkan segala Hanya mohon padanya hilangkan segala keluh kesah dan segala kekusutan pasti didengariNya
bila tak melaluinya sendiri kita tak akan belajar menghadapinya
bila sudah laluinya terasa Allah dekat dgn kita siapa yang memudahkan kita kalu tak Dia
jadual harian ummi dimulakan dgn mempersiapkan sarapan dan pakaian abi.. tika ini dzaatin dan adik masih lagi tidur ummi cepat2 ke laundry basuh baju dan sidai baju..sambil2 kemas dapur ummi buka tv..buat kerja sambil dengar syarahan ustaz dlm Tanyalah Ustaz bila tv terpasang, mudah kakak dzaatin bangun..mmg ummi sengaja kejutkan dzaatin awal.. bangun awal akan buatkan dia mudah mengantuk semula tengahhari nnti mudahlah ummi nak memasak dan mengurus rumah bila kakak dzaatin dh bangun, ummi kemas pulak tempat tidur.. kakak dzaatin selalunya terbaring sambil perhati abi bersiap2.. sambil isap botol susu..heheh
bila abi dan kakak dzaatin bersarapan.. ummi siapkan mandi adik.. lepas adik mandi..abi dh keluar ke tempat kerja.. ummi siap2kan adik sambil dilihat kakak dzaatin.. adalah yg nak 'dibantunya' juga hehe
lepas tu ummi susukan adik dan adik akan terlena sendiri kemudiannya lepas tu ummi teman kakak dzaatin tengok siaran ulangan Adik & Al-Quran ataupun siri animasi Saladin atau rancangan kanak2 lain
lepas tu, ummi mandikan kakak dzaatin buatkan susu untuknya dan baring disebelahnya untuk pujuk dia tidur selalunya pukul 11 ke atas kakak dzaatin kembali terlena
masa ni lah ummi cepat2 ke dapur siapkan makan tengahari kami berdua sbb apa untuk hidangan berdua je.. sbb malam2 kami dh tak makan nasi.. tabiat baru sebb abi dh tak lalu nk makan nasi plus ummi pun nk jaga badan..hehe
lepas siap masak baru ummi pergi mandi msa ni rumah sunyi sbb anak2 dh tidur.. nape ummi mandi lewat2 sbb bdn ummi tak tahan sejuk lagi ada satu hari tu, ummi mandi seawal 6.30 pg.. terus demam sampai terketar badan ummi di sebelah malamnya.. hee patutlah mak tuk pesan, lepas bersalin ni..tak elok mandi awal2 sgt dgn air sejuk.. bila sejuk sgt takut tumpah darah.. baru ummi tahu kesannya bila demam tempohari.. Alhamdulillah xde apa2.. lagipun nk mandi awal2 xsempat sbb nk siapkan segala keperluan abi dan anak2 dahulu baru ummi dapat siapkan diri ummi..hee
**ada satu cerita..anak2 ummi nak tahu..kelakar ceritanya...satu masa tu ummi nak ke tandas kejap..masa ni ummi tengah main dgn wafiqa..kakak dzaatin lak tgh ralit main sorang2..masa lam tandas..tiba2 ummi terdengar suara menangis..fikir ummi adik kot..pantang ummi tinggal kejap..tapi kuat pulak suaranya..cepat2lah ummi keluar..tengok2 kakak dzaatin ngan wafiqa ngah nangis sama2..sama2 nyaring pulak tu..hehe..ummi ingatkan kakak dzaatin nak pujuk adik, sekali dia menangis sekali..hehe..adik menangis sbb ummi xde, kakak dzaatin menangis sbb takut suara menangis adik yg nyaring..dzaatin ni memang jenis takut bunyi kuat2 cam guruh..lepas tu ummi pujuk kedua2..hee
lepas mandi ummi kemas ruang tamu, lipat kain atau apa2 yg xsettle lagi sambil2 tu ummi blogging sekejap.. selepas 2 jam kakak dzaatin tidur.. dia akan bangun.. jadi ummi terus makan tengahari dgnnya.. wafiqa pulak mmg akan terus sambung tidur bila menyusu setiap 2 -3 jam jadi ummi hanya perlu layan kakak dzaatin je..
pukul 1.30 tghari ummi tengok berita lepas tu teman kakak dzaatin tengok wonder Pets lepas abis tutup tv ajar kakak dzaatin ABC 123 alif Ba Ta bila ummi ngantuk, ummi lena sekejap kakak dzaatin kacau ummi tidur huhu dapatlah lena sejam je..cukuplah tu.. buat hilang letih sekejap
pukul 4 ummi pasang lagu nasyid kanak2 kakak dzaatin suka dengar sambil ikut2 lagunya sambil2 tu ummi baca Solusi atau buku2 yang xabis khatam lagi kat rumah belum ada cd player lagi jadi tak dapat pasang cd kanak2 pd dzaatin lg pasang lagu2 nasyid je di laptop
pukul 5.30 ummi tengok drama..hee..layannn.. sambil main2 ngan kakak dzaatin kadang2 kalu adik bangun n tak nak tidur dh, ummi main ngan adik pulak adik dh pandai berborak sekarang seronok berborak ngan adik hee lepas tu kami tengok Adik& Al Quran kakak dzaatin selalu ikut baca doa sebelum baca Al-Quran tunggulah sampai abi balik
lepas tu ummi siapkan makan malam abi main2 ngan kakak dzaatin sambil jaga adik sekali
bila azan magrib ummi pasang kuat2 sbb kakak dzaatin suka ikut alunannya siap baca doa lepas azan pastu kakak dzaatin solat maghrib dgn abi (ummi masih dlm nifas lg)
makan malam sambil tengok berita.. tengok2 kakak dzaatin dh lali2 buat susu kakak dzaatin minum sampai terlelap kdg2 main2 lagi sampai abi ummi dh nk tidur baru dia nk tidur hee
itulah aktiviti ummi dlm seminggu ni.. minggu depan dan seterusnya tak tahu lg sbb.. perkembangan anak2 sentiasa berubah jadi aturan harian hidup pun semakin berubah
semoga Allah sentiasa kuatkan hati ummi abi dalam melayani anak2 mengikut aturanNya..
Alhamdulillah..selamat sudah kita sampai di bumi Nilai ahad lepas.. best sangat dapat balik kampung kan.. paling best ialah kakak dzaatin sebab dapat kenal2 ngan main2 ngan sepupu2nya.. seronok nya terbawa2 sampai ke rumah di Nilai ni.. hari Isnin tu, kakak dzaatin asyik meragam je seharian.. ummi agak dia tak puas main ngan ramai kawan, di rumah ummi je kawannya.. jadi nak meragam ngan ummi je..hehe tapi hari Selasa dan sampai rini, kakak dzaatin dah cool semula.. hehe mudah ummi nak wat kerja..
oklah.. ummi nak cerita aktiiti kita sekeluarga di kampung
2hb feb Rabu
kita bertolak ke kampung dan sampai di rumah pada pukul 12 tengahmalam..sempat singgah di Ipoh sejam..sampai2 di perlis, ummi abi sambung tidurkan adik wafiqa, tapi kakak dzaatin teman ummi dan abi berborak2 ngan maktuk sebelum masuk tidur..
3hb feb Khamis
hari ni, kita sekeluarga ngan family mak ngah pergi bershopping di The Store di Kangar..sebelum pergi tu kita makan tengahari di Anjung Keli..restoran makanan tengahari..popular n sedap kata mak ngah..boleh la tahan..selepas tu baru kita gi shopping..hajat nk cari subang baru untuk dzaatin..tapi bila rambang mata tengok pakaian kanak2 cantik2 n tgh sale lak tu terus lupa nk cari subang hehe..ummi beli sepasang sport shoes untuk kakak dzaatin..comel sgt n 70% sale..he malamnya, kakak dzaatin demam sikit sbb cuaca panas sgt di perlis..sgt terik masa keluar shopping td..lepas mkn ubat, kakak dzaatin dh lega..alhamdulillah, wafiqa ok je..hee
4hb feb Jumaat
petang jumaat, family kita ngan family mak ngah gi jalan2 di kuala Perlis..tempat ni mmg tak nah miss kalu bila kita balik kg..hee..seronok dpt rasa angin laut..bwak anak2 main di playground..lepas tu ingat nak naik kereta kuda..tapi ramai orang, xjadi nak naik sebb dh lewat..
5hb feb Sabtu
hari ni kita tak kemana2..ada juga mak tuk ajak balik kg mak tuk di Sik Kedah..tapi ummi menolak sbb letih nak jalan jauh2..2jam lebih perjalanan tu..esoknya dh nak balik KL jadi nk rest je di rumah..mak ngah n mak teh pulak g kenduri di Yan..jadi kat rumah tiggal kita sekeluarga je..ummi amik part memasak2, abi jaga anak2..ummi try masak udang masak mentega..tgok resepi di internet..bolehlah mkn walaupun x berapa jd hee..
6hb feb Ahad
pukul 8.30pg, kami bertolak pulang ke Nilai...kami terpaksa tempuh traffic jam dr taiping hingga Rawang..emm letih jugaklah dgn anak2 meragam dlm kereta..bergilir2 lah memujuk kakak dzaatin n wafiqa..
** sangat letih bila travel berjam2 tapi cutinya sedikit je..memang xpuas berada di kampung...ajak abi naik flight, abi cakap dekat setengah ribu kosnya kita berempat..huhuhu..last2..semalam, abi terfikir nak berpindah ke sebelah utara pulak pas ni..nak dekat ngan kampung ummi abi..dapat balik selalu..yelah kami dh dekat 6 7 tahun hidup berjauhan dr family..sekarang terfikir nak tinggal berdekatan..tak delah 7 8 jam duk dalam kete je travel balik kg..tu tak campur jamm sempena cuti raya..lagi bertambah letih..bila dgr ummi terus setuju...yeyeye..kakak dzaatin n wafiqa mesti seronok dapat jumpa atuk opah, maktuk ngan tok wan selalu plus dpt main ngan sepupu kan2??
gambar2 di sepanjang aktiviti kami di Jeti Kuala Perlis (^_^)
.......................this is scheduled entry.......................
assalamualaikum...
mengikut perancangan..hari ni..rabu 2hb Februari 2011..kami sekeluarga akan pulang ke kampung sebelah ummi di Perlis..kami akan bertolak dari nilai pada waktu tengah hari..
pulang ke kampung kali ni, kami pulang bersama-sama dengan family aunty syidah..aunty syidah ni kawan baik ummi dari sekolah rendah lagi..Alhamdulillah..kami sama2 belajar di universiti yang sama, juga sama2 mengambil keputusan berkahwin di usia muda iaitu ketika masih belajar di universiti..jadi kami bertambah rapat..nak balik ke kampung pun, balik sama-sama..bukan apa..rumah kami di kampung pun dekat2 je..lagi satu dapat jimat kos perjalanan nak balik kampung sebab boleh share2..hehe..yang lagi best bila suasana dalam kereta bertambah meriah sebab ada kakak dzaatin..ada wafiqa dan ada anak aunty syidah namanya Nuha 'Atheerah..mesti best kan..mesti bising n riuh suara kanak2 riang dalam kereta tu..hehe
apapun..didoakan semoga perjalanan kita pulang ke kampung di redhaiNya..yang paling penting semoga perjalanan ini lancar dan selamat sehingga ke destinasi..Aminn..
kami akan berada di kampung selama beberapa hari..daripada hari ini sehinggalah hujung minggu nanti..kepada kawan2 ummi di sana..ada masa kita jumpa ye..insyaAllah..