CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, September 17, 2012

Tukang Cat kami is Superb!




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..


Dalam masa 2 hari cuti sempena Hari Malaysia ni, abi penuhkan masa cutinya dengan mengecat sendiri bangunan tadika kami. Mula-mula ingat nak upah, tapi lepas negotiate dan kira balik, rupanya lebih jimat jika kami sewa kren sendiri dan abi cat sendiri..jimat RM2000 juga..lagi satu abi ni memang suka wat sendiri sebab bagi dia, kita buat sendiri lebih kemas sbb kita sendiri nak tadika kita macamana. belum tentu orang yang kita upah tu akan cat cantik2 mcm owner yg buat sendiri. Setakat ni kami penuhkan warna biru sahaja dulu sebelum touch up dengan warna sampingan seperti gambar di bawah ni




Gambar ni ialah gambar contoh untuk pihak pengusaha ambil sebagai guide untuk mengecat tadika masing-masing. tapi gambar ni sesuai untuk banglo lot, so bagi kami lot kedai, kena pandai2 lah decorate sendiri ikut creativiti masing-masing tapi yang penting mesti ikut warna yang dah ditetapkan..




banner sementara dipasang untuk memudahkan ibu bapa kenal tempat kami ni. sebelum ni tercari-cari jugak parent dengan tempat kami sebab xde sebarang banner lagi. saya hanya membuat promosi melalui online sahaja. insyaAllah dlm seminggu dua ni suami akan menggantungkan signboard yang lebih besar di tingkat 1 tadika sebelum mengenjak ke bulan Oktober di mana kami bakal mengadakan hari perasmian tadika ini pada hujung bulan oktober ini..


 gambar-gambar di bawah antara proses untuk menyiapkan mengecat tadika..tabik spring kat Abi sbb semua buat sendiri. Demam juga lah sebab berpanas berhujan rintik masa siapkan proses ni...Moga Allah membalas sokongan dia pada Ummi. Dialah suami, Abi dan Tukang Cat tadika kami! Allahu Akbar.









 dua orang budak bakal pelajar tadika kami..:)

Tuesday, September 4, 2012

Interview Session


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah dan syukur, satu lagi proses dah selesai hari ini. Proses sesi interview berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa applicant tidak dapat hadir last minit, tapi syukur, kami dah temui calon yang sesuai untuk mendidik anak-anak kecil kami

Antara soalan-soalan yang telah kami ajukan kepada mereka ialah:

Apa itu Islam, Iman, Ihsan, Ikhlas, Sabar, Cleanliness, Love, Creative, Active dan sebagainya. Semua key point ini adalah antara faktor utama untuk menjadi seorang guru!

Kami juga mengajukan beberapa situasi kes yang bakal berlaku di tadika dan bagaimana akan mereka hadapinya.

Antara faktor pemilihan kami ialah bagaimana hubungan mereka dengan Allah, hubungan mereka dengan manusia dan apa plan jangka masa panjang mereka dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak ini. Niat kami, mahu mencari guru-guru yang berakhlak mulia, boleh memberi contoh kepada anak-anak dan sabar melayan karenah mereka. Jika mereka ingin bekerja sambil mengutip pengalaman untuk membuka tadika sendiri suatu masa nanti. Itulah guru yang kami cari! Kami mahu, di mana sahaja tadika-tadika Islam tumbuh subur memberi manfaat kepada masyarakat sekeliling. Tadika yang mempunyai objective kearah pendidikan islam sedari kecil, kami sangat menyokong dan ingin membantu! Sesungguhnya, pembentukan insan yang kamil itu bermula dari kecil! Kita ingin bentuk suasana yang islami dari kecil kepada anak-anak kita supaya masa depan mereka lebih terurus dan terpimpin.

Ini ialah Ikrar guru-guru kami!


Kami, guru-guru Little Caliphs dengan ini berikrar bahawa

Kami redha Allah sebagai Tuhan kami, Islam sebagai agama

dan cara hidup kami, dan Nabi Muhammad SAW sebagai
Rasul dan ikutan kami.
Demi mencari keredhaan Allah, kami juga berazam:
Akan berusaha menyuburkan CINTA kami dan anak murid kami terhadap Islam dan ilmu.
Akan mengajar anak murid kami dengan semangat da’wah
tarbiyah, dan kasih sayang.
Akan mempelajari dan melaksanakan The Little Caliphs
 Program dalam pengajaran dan pembelajaran di tadika
dengan sebaik mungkin.

Kami juga berazam:
Akan menunaikan tugas kami dengan jujur, amanah, dan 
berdedikasi.

Monday, September 3, 2012

Proses Mengecat Taman Syurga Kami!

Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah, kami telah siap mengecat seluruh dinding tadika dan besi tangga, masih menunggu waktu yg sesuai utk mengecat lantai pula.

Family in Law dtg membantu kami menghabiskan proses mengecat ini. sangatlah jimat bila proses mengecat ini dilakukan bersama. jimat rm2000+!

cuma proses mengecat di luar bangunan agak berisiko bagi kami yang tiada sebarang peralatan alat bantuan mengecat. maklumlah tadika ini beroperasi di tingkat 1. jadi, kami terpaksa mengupah tukang cat utk menghabiskan proses mencantikkan bangunan tadika islam kami ini.

Dzaatin tak habis-habis berlari ke sana sini sambil mengekpresikan perasaannya yang tak sabar untuk bersekolah di sini. Bulan November ini! ummi pun sama!!

Tadika ini bukan sahaja mahu menyediakan keperluan pendidikan secara basic sahaja tapi di sini kami mahu menyemaikan perasaan dalam semua diri anak-anak tadika kami MENGAPA ALLAH JADIKAN KITA DI ATAS DUNIA INI! Ya ini matlamat kami!!

Tadika ini ibarat taman-taman syurga bagi anak-anak kecil kami utk mereka mengutip ilmu dan menyemai benih cintakan Islam!