CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, July 23, 2009

emm..dzaatin dah pandai wat apa eh di usia 2 bulan..



makin besar dzaatin makin cute n comel sgt..bak kata abi..dzaatin se’cute’ cam abi kecik2 dulu..iyeke????? hehe..abi ckp dia akan bukti kan nnti..nk tunjuk gmbar masa dia baby dulu2..kita tggu sama2 ye dzaatin..hehe

emm..meh kita listkan apa dah yg dzaatin pandai wat eh..dah 2bulan lebih dh usia dzaatin..jom tengok!!


pertama : dah pandai berfikir2 ngan berangan-angan..hehe




kedua : dah pandai merengek masa nak susu ngan nak tidur



ketiga : dah pandai isap jariiii...



keempat : sambil isap2 jari..kaki lak tergawang2..




kelima : genggam2 tangan..nak rasai sendiri struktur tangannya..



keenam : dah pandai bersembang2..coo..coo..coo



paling comel : dah pandai ketawa2...kikikiki



Wednesday, July 15, 2009

hari ni hari yang paling menyedihkan bg ummi...:-(

sedih sangat hari ni sbb ummi ngan abi 1st time berpisah ngan dzaatin..abi ngan ummi dh start ke kelas so terpaksa tiggalkan dzaatin di nursery..berat sgt hati masa tinggalkan dzaatin kat ctu..dhla sebelum hantar ummi ngan abi bawak dzaatin g cucuk untuk imunisasi kat klinik pagi td..kecian kat dzaatin nangis2 kena cucuk..berair mata ummi tengok dzaatin nangis sbb sakit kena cucuk...mmmm...pastu lepas cucuk xdapat lak manja2 ngan ummi sbb kena tggal kat nursery..mmmm..ummi minta maaf ye dzaatin..ummi tinggalkan dzaatin sekejap je..ptg nanti lepas kelas ummi terus cepat2 amik dzaatin k..baik2 kat nursery tu tau..ummi tahu dzaatin baby yg paling baik sangat n comel lak tu hehe..tata..jumpa ptg nanti..ummi peluk cium dzaatin puas2 iye..
10.55 pagi 15hb julai 2009 Rabu

Friday, July 10, 2009

isteri solehah penyejuk mata suami..

Kebahagiaan berumahtangga merupakan impian dan harapan semua pasangan suami isteri. Bukan sahaja kebahagiaan duniawi yang dicari bahkan juga kebahagiaan akhirat sebagaimana keinginan untuk menjadikan rumahku adalah syurgaku. Berikut adalah panduan khusus buat isteri yang solehah...
1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.

2. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. ( jika suami dalam mood yang sesuai) Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.

3. Luangkan masa yang betul-betul "berkualiti" sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.

4. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.

5. Beri pujian terhadap penampilan suami.(rambut, wajah, pakaian kacak, kesederhanaan dan seumpamanya) .

6. Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati. Minta bantuan suami hanya jika sesuai. Sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.

7. Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.

8. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. (Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )

9. Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. ( sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian).

10. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.

11. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. ( jika boleh )

12. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas.Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.

13. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.

14. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.

15. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting/ kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.

16. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.

17. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.

18. Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam (walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.

19. Bila meminta bantuan suami : terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan menyuruh-nyuruh & gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.

20. Pesan kepada suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.

21. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

22. Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.

23. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

24. Bila keluar berkereta: Jangan ganggu suami yang sedang memandu ( walau pun ada jalan yg lebih dekat atau kita sendiri boleh memandu dgn baik.).

25. Jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan selagi tidak dipinta berbuat demikian. Jangan berleter bila suami tersalah jalan semasa memandu. Bersangka baik apabila tersesat jalan.

26. Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.

27. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama suami.

28. Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendak suami diketika itu.Segala bantahan boleh dilakukan semasa berdua-duaan.

29. Bila berpegangan tangan, peganglah sebagaimana yg disukai suami.

30. Buatlah air minuman untuk suami tanpa diminta dan tanpa bertanya "Abang nak minum air apa?" atau " Abang nak minum ke?"

31. Bila makan diluar, berilah peluang pada suami untuk memilih tempat / meja mana yang disukai. Tanyakan pada suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai ketika disisinya.

32. Sentiasa bersegera apabila bersiap & jgn tiba-tiba ingin menukar baju yg dipakai.

33. Sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak. (jika sesuai)

34. Belikan hadiah-hadiah praktikal dari semasa-ke semasa:- tali pinggang, kasut,cermin mata hitam dan seumpamanya.

35. Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa. Pergi " dating" atau " berbulan madu" sekali sekala.

36. Jika suami melakukan kesalahan / kesilapan, jangan sesekali menempelak atau "pulangkan paku buah keras ".

37. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa.

38. Urut mengurut suami dari semasa ke semasa.

39. Layanlah suami sepertimana kita melayannya semasa baru-baru kenal dahulu.

MOGA BERMANFAAT UNTUK KITA SEMUA,INSYA ALLAH.....;)

Wednesday, July 8, 2009

Tuesday, July 7, 2009

auntie2 datang melawat dzaatin..

bestnye dzaatin..rini 3 teman baik ummi dari sekolah dtg melawat dzaatin..auntie ilani, auntie taqiyah n auntie atiqah..diorg suma teringin nk tengok dzaatin..siap bawak adiah g..tima kasih semua..meh ummi perkenalkan diorg kat dzaatin k..auntie ilani ngan aunyie atiqah tgh belajar di Kuis di bangi..auntie taqiyah lak ngah belajar di unikl di kuala lumpur..diorg suma kwn baik ummi..selalu bg support..hehe..nanti besar2 dzaatin ucap tima kasih kat auntie sbb bg adiah kat dzaatin tau..

8mlm 6hb julai 2009


Sunday, July 5, 2009

emm berpisah lagi..:-(

emm..rini ummi dan dzaatin berpisah lagi ngan abi..sedihnye..sape nak teman ummi jaga dzaatin yang kerap meragam malam2..tepat pukul 4 tadi abi dah memulakan perjalanan untuk pulang ke ipoh..ummi dan dzaatin terpaksa ditinggalkan seminggu di perlis, di kampung ummi..abi kena sambung praktikalnye yg tinggal seminggu je lagi sebelum ummi ngan abi sambung belajar di uia semula pada 13bh julai ni..ummi sebenarnya berat hati nak stay kejap kat perlis ni..tp sebab ada perkara yang belum selesai kat sini, terpaksala stay sini seminggu sebelum ummi dan dzaatin ke ipoh semula jumaat depan..
emm ummi kena amik mykid dzaatin yg dah sebulan perlu dituntut di jabatan pendaftaran negara cawangan perlis..yelah..kan dzaatin dilahirkan kat perlis ni..gipun mak ngah dzaatin dijangka akan selamat mendarat di bumi malaysia pada 8hb ni dan sampai di rumah 9hb..so ummi amik kesempatan cuti yg ada ni tunggu mak ngah balik dari jepun..nnti dh balik kl xsempat jumpa lak..mak ngah g jepun sbb kena menghadiri kursus bahasa jepun kat sana..mak ngah cakap dia ada belikan dzaatin stokin yang comel..hehe..dzaatin mesti suka..
lagipun ummi dan dzaatin dh lama sangat stay kat ipoh..mesti mak tuk ngan tok wan rindu nk tengok perkembangan dzaatin..yelah..baru berumur dua minggu dah pindah ke ipoh lak..sambung berpantang kat sana..jadi kenala balik perlis lak..kenal2 ngan ayah n mak sedara dzaatin selepas sebulan dilahirkan..masa ni dzaatin dh pandai tengok org..
disebabkan tiga perkara tu lah yg mmbuatkan ummi ngan dzaatin kena berpisah ngan abi seminggu g..dahla ritu ummi cam serik berjauhan ngan abi masa last2 day sebelum melahirkan dzaatin sampai dzaatin berumur 2 minggu..serik sangat sbb rindu yang xdapat ditahan2..kalu dzaatin nk tahu..masa tu lah pertama kali ummi berjauhan ngan abi..bayangkanlah,selama ummi dan abi hidup berdua sebelum kelahiran dzaatin..kami xpernah berjauhan..ke mana sahaja berdua..jadi bila diuji terpaksa berjauhan rasa teramat kehilangan pulak hehe..emosional betul ummi ni..tapi abi pun camtu gak tau..hehe..
mm..terpaksalah kita berdua tunggu seminggu sebelum jumpa abi semula..xsabarnyeee..mesti dzaatin rindu abi gak kan..sapela nak borak2 ngan layan dzaatin selain ummi..emmmm



5.00pm ahad 5hb julai

akhirnya..

assalamualaikum buat sesiapa yang sentiasa berminat untuk terus membaca blog ini..

emm.. akhirnya ada juga kesempatan masa untuk menulis kembali..itupun masa2 senggang tika dzaatin tidur nyenyak hehe..dalam fikiran banyak sangat yang hendak ditulis dan digarap buat tatapan semua n buat tatapan anak ummi bila besar nanti..tapi disebabkan kesibukan membelai dan menjaga dzaatin nithaaqain auni saban hari semenjak dzaatin dilahirkan..Allah xmengizinkan lagi peluang untuk ummi kembali menulis sehinggalah di saat ini..

sepanjang tempoh penyepian ini..banyak sangat perkara yang telah berlaku..semuanya bercampur aduk dalam fikiran..emm yang mana satu nak diceritakan dulu..hehe..terlampau banyak kenangan2 yang telah dilalui..

emm..insyaAllah..bermula dari saat ini satu persatu kenangan2 itu akan ummi garapkan buat tatapan dzaatin ye..