CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, October 30, 2009

Proses tarbiyah bermula dari kecil..


"Pentarbiyahan anak ialah usaha membentuk mereka dari segi jasmani, 'aqli, rohani, perasaan dan sosial sehingga menjadi ahli anggota masyarakat yang berguna kepada masyarakatnya" (Al-Sayyid Sabiq)

Wednesday, October 28, 2009

Nota cinta untuk Abi..

memori di hari kita diijabqabulkan


"sesungguhnya ketika seorang suami memperhatikan isterinya dan isterinya memperhatikan suaminya," kata Nabi SAW menjelaskan, "maka Allah memperhatikan mereka berdua dengan penuh rahmat. Manakala suaminya menyentuh telapak tangannya, maka berguguranlah dosa-dosa suami- isteri itu dari sela-sela jari-jemarinya." Dari Abu Said Al-khudri r.a.

Sunday, October 25, 2009

Ya Allah..please give us luck..Aamiin








-schedule exam layla-

31hb Oktober 2009 Sabtu 2ptg - Internet Marketing
4hb November 2009 Rabu 9pagi - cost and management accounting
9hb November 2009 Isnin 9pagi - English for Academic Purposes
13hb November 2009 Jumaat 9pagi - Strategic management
14hb November 2009 Sabtu 9pagi - Islamic and Banking Finance

-schedule elyas-

4hb November 2009 Rabu 2.30ptg - Accounting Theory & Policy
5hb November 2009 Khamis 9pagi - Accounting for Islamic Banks
9hb November 2009 Isnin 9pagi - English for Academic Purposes
13hb November 2009 Jumaat 9pagi - Strategic management
18hb November 2009 Rabu 2.30ptg - Public sector Accounting



Thursday, October 15, 2009

Kita adalah SATU JIWA sejak 2tahun..

entry ini ummi tujukan khas buat abi..
********************************

pejam celik..
sudah dua tahun kita telah bersama
kan b..
sudah dua tahun juga..
kita melalui pelbagai onak duri..
macam2 pengalaman kita hadapi..
dan tak terhingga kenangan yang telah kita cipta..

suamiku..
maafkan daku..
jika pernah mengguris hatimu..
melukai hati mu..
dgn kata2ku mahupun dengan tingkahku..
sesungguhnya..
aku masih belajar menjadi isteri mu yang terbaik
yang menyejuk matamu..
yang menenang jiwamu..
bantu lah aku..
membantu dirimu..
mancari redha Allah..
suamiku..
aku sayang cinta dan kasih padamu..
moga kasih sayang kita..
juga mendapat kasih sayang Allah
ku mohon perasaan ini..
berlandaskan perasaan cintaku pada Ilahi jua..






memori lalu..
setelah diijabkabulkan..
di malam hari..
di kamar raja sehari..
kau hulurkan..
sesuatu yang berharga..
bingkisan lagu..
yang dinukil di atas cenderahati untukku..
kan kuingati tiap masa
kerna ia inspirasi buatku..
untuk menjadi isteri cerdik yang solehah
buatmu..


lagu yang kau tujukan buatku di malam pertama pernikahan kita..

"......engkau isteri cerdik yang solehah..
penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
dirumah engkau isteri
dijalanan engkau kawan
diwaktuku buntu
kau penunjuk jalan

pandanganku diperteguhkan
menjadikan ku tetap pendirian
ilmu yang diberi dapat disimpan
aku lupa engkau mengingatkan

nasihatku dijadikan pakaian
silapku engkau betulkan
penghibur diwaktu kesunyian
terasa rahmat bila bersamamu

engkau umpama tongkat si buta
bila tiada satu kehilangan
engkau ibarat simpanan ilmu
semoga kekal untuk
diwariskan...."

*dipetik dari album kumpulan Raihan




tulus ikhlas dari..
sayang....
zaujatu-ka mahbubu-ka




Sunday, October 11, 2009

Pengalaman dzaatin naik Keretapi Tanah Melayu (Ipoh-KL)

selamat ulang bulan yang ke 5 bulan untuk dzaatin..
puteri ummi dan abi
pada hari ni..
11hb oktober 2009


p/s: ummi ngah siap2 nak g kenduri
pas sampai kl
ummi sambung post entry..


***********************************************


6pm 13 oktober 2009
entry disambung...
hempph..banyak sangat keja dan tiada waktu senggang..
membuat ummi sibuk sedikit..
jadi untuk entry kali ni..
mungkin panjang sikit celoteh ummi sebab..
entry ni adalah entry yang kedua terakhir..
ada g satu g entry yang agak special untuk abi dan ummi
pas tu..ummi nak stop jap berblogging..
sebab exam final tak berapa minggu je lagi..
31st oct for decentralised exam
dan
minggu exam bermula 4hb oktober sehingga 19hb..
ummi nak beri sepenuh perhatian pada dzaatin, abi dan juga exam yang bakal menjelma..
diharap..kawan2 seperjuangan juga begitu..
sama2lah kita mendoakan kejayaan kita untuk exam yang bakal mendatang..
chayyok2!! untuk abi dan ummi!! dan kawan2..
dzaatin doakan kami k..hehe

********************************************************************

seperti yang dijanjikan..
ummi nak crita serba sedikit
tentang keletah2 dzaatin di usia 5 bulan ni..
ada saja benda baru yang ummi dan abi belajar..
setiap 2minggu mesti ada perubahan tentang dzaatin..

1. dah pandai golek2 lam buai..sbelum ni mmg xpernah..




2. dzaatin dah tahan mandi air paip..xperlu lagi ummi masak air panas dulu sebelum mandikan dzaatin

3. dzaatin dah kerap meragam..pantang ummi nak buat keja..mesti nak merengek2..hehe..manja sungguh..

4. kalu tidur tu, pose yang paling dzaatin suka ialah tidur mengiring..mesti lena sungguh

5. sambil menyusu pun dzaatin nak meniarap jugak..kadang2 sampai terlena menyusu sambil meniarap..xpenah dibuat org..hehe

6. time nak tidur mesti kena pasang lagu 'Sifatullah' alunan kumpulan Rabbani..baru nak pejam..kalu tak menjerit2 dalam buai..

7. pastu dah pandai sangat tengok tv..ralit je bila ummi pasang rancangan 'Mari Bertarrannum'

8. dulu tak suka isap puting..sekarang suka pulak..tu pun lepas siap berebut puting ngan kakak Ainul (sepupu dzaatin)..jadi ummi kena la belikan satu..sebelum ni dzaatin ada je puting lain..tapi dzaatin xsuka sebab puting tu jenis keras..so mak ngah suggest beli yang lembut punya..brand Doctor Baby..puting ni bagus gak sbb elak gigi jongang..

9. dulu dzaatin pandai meniarap je tapi xpandai pusing balik..jenuh ummi cepat2 pusingkan kalu dzaatin dah termengah2..sekarang dzaatin dah pandai pusing sendiri..siap dah memusing2 ke mana hala dah..hehe

10. lastly,dzaatin makin comel lah ummi tengok hehe..ada je character2 baru dzaatin..n tak lupa..dzaatin dah pandai sebut2 sebutan yang belum jelas...dah nk pandai panggil ummi abi ke?? pastu suka cakap sorang2 pas bangun tidur..hehe

Semua perubahan2 dzaatin ni buat abi dan ummi terhibur je..
xpernah ummi rasa nak melenting ngan dzaatin..
kalu abi cam buat ala marah2 ngan dzaatin sebab merengek2 sangat..
mesti ummi tegur abi..
umur dzaatin ni bukan usia yang elok untuk kita ajar marah2 lagi..
time ni kena tatang bagai minyak yang penuh
umur 7tahun nnti baru kita ajar yang mana boleh yang mana tidak..
setakat ni alhamdulillah..
tak banyak Allah uji dengan tahap kesihatan dzaatin..
selama dzaatin membesar ni..
hanya sekali je dzaatin demam..
campur selsema ngan batuk..
pastu xdelah sampai sekarang..
mungkin inilah yang dikatakan khasiat susu ibu..
Alhamdulillah..
Terima kasih Ya Allah..
Dzaatin..
membesarlah dengan sihat ye..
Allah anugerahkan banyak nikmat untuk kita sekeluarga..
jadi hamba Allah yang solehah k..
ummi dan abi akan membesarkan dzaatin
dengan penuh kasih sayang..
InsyaAllah setakat kami termampu..
Bantu kami Ya Allah..
jadikan kami qudwah yang terbaik untuknya..
Ameen...


****************************************************

kebetulan masa hari ulang bulan dzaatin tu..
ummi dan abi bawak dzaatin naik ketapi..
waa..kecik2 dah naik ketapi..hehe..
besar2 nanti mesti dzaatin tanya..
"ummi..ummi..dzaatin penah naik ketapi tak?"
"kalu dzaatin nak tahu..dzaatin kena lah mula membaca blog ummi yang ummi cipta untuk anak2 ummi tu.."
"mesti dzaatin akan jumpa jawapan soalan dzaatin tu"
hehe..
cam skema lak dialog tu..hehe

hari tu..
perjalanan ketapi tu bertolak dari ipoh pukul 6 petang
dan selamat sampai pukul 9 malam..
ummi tengok dzaatin teruja pandang kesana sini
tengok suasana baru..
pas naik ketapi..
kita naik LRT ke terminal Putra..
dan terus amik teksi balik ke rumah kita..
saja balik kampung kali ni..
abi ummi nak merasa bawak dzaatin merasai pengalaman travel naik pengangkutan awam..
masa hidup berdua dulu..
pengangkutan awam tu lah kenderaan kami berdua..
hehe..

kat bawah ni gambar-gambar dzaatin dengan pengalaman barunya..










p/s: to all readers...please pray for our success in this coming exam..syukran...









Friday, October 9, 2009

cermin spec ummi pecah...huhu

emmm...pecah lagi..
dah kali ke berapa ntah ni..
ganas betul ummi ni..
tah camna...
masa nak nyusukan dzaatin..
ummi buka spec..
xperasan letak kat ne..
pas dah dzaatin kenyang n tertidur..
ummi nak bangun..
dengan penuh tertib lagi nan santun..
tiba2..
"prraaakk"
o.oooooo.................
i'm guessing something bad happened...
"my spec!!!"
huhuhu
mesti abi marah lagiiii..
mana nak cekau duit nak repair..
huhu..
kali ni..
mata ummi puasa lama la...
dari repair..
baik ummi tggu duit lebih ckit..
ummi nak buat yang tahan lasak punya..
adouiiih..
spec tu ummi wat masa dzaatin belum ada lam perut ummi lagi..
sekarang dzaatin dah kuar..
kena tukar spec yg tahan lasak la..
dzaatin tu suka nak tarik spec ummi..
ummi lak tersangat prihatin sampai xperasan dh terduduk di atasnya
sian si spec
huhu..
permaisuri yang anggun berat badannya
dah menyebabkan si spec pecah..
si sultan yang amat prihatin dgn kewangannya
sudah membebel..
hehehehe..
"sayang nak tukar baru gak.."
"xkira2.."
hehehe
so...
pada kawan2 ummi di luar sana..
kalu saya dengan muka selambanya kesana kemari..
tanpa menzahirkan sebarang senyuman..
walaupun senyuman anda sudah sampai ke telinga..
mintak maaf lah ye..
hehe..
sesiapa pemakai spec mesti faham..
kan2??
huhu..
selamat tinggal spec ku..
diri mu kini sejarah buatku..
tata!!



Tuesday, October 6, 2009

Gelagat Dzaatin..kacau ummi time study..:-P

eiii..
geram betul ummi ngan si manja ummi ni..
ummi ngah sibuk nak study ngan nak wat assignment..
time ni la dzaatin nak manja2..
nak menjerit2..
nak sembang2..
geram sangat..
ngan si bucuk5 ni..
abi lak xdapat nak men2 ngan dzaatin..
sebab g ngajar trainee berenang
jadi ummi kenalah forgoe keja sekejap..
ummi tinggal suma keja2 ummi..
ummi men ngan dzaatin puas2..
hehe..
nak bagi sampai dzaatin letih ngantuk nak tidur..
dari lepas maghrib sampai 9.30mlm tadi..
baru nak tidur..
dzaatin..dzaatin..
(^-^)














hehe..comel tak dzaatin..
ummi buli2 dia..
tu la nak kacau ummi sangat..
hehe..

Sunday, October 4, 2009

Rendang daging untuk tetamu abi&ummi

hari ni..
ada kawan abi dan ummi nak datang..
jadi ummi terfikir2
apala yg nk dimasak ehh..
takkan nak wat bihun je..
hehe..
kuih raya yg dikaut dr kampung abi dan ummi pun
dh mula masuk angin..
xelok la kalu jamu yang tu..
so ummi suggest nk wat rendang
lemang lak buat kat kedai jee..
hehe..
abi wat muka blurrr
"ummi pandai wat rendang kerr??"
tanya abi..
"ooo pleazzzz..
ummi leh wat laa
ummi dh penah wat dulu
x ingat la tu.."
tapi kalu xsedap gak..
sori la ye..
hehe..
pastu ummi terus surf internet
cari resepi rendang daging..
sebelum ni men call mak tuk je tanya
tapi kali ni nk try resepi kat internet lak
credit to: myresepi.com
tenkiu2..
so buat kawan2 blog..
jom try sesame..
terutama cik nurrrin tu..
hehe..



oleh: melatiRendang daging

Rendang-daging










Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 1kg daging- potong kecik-kecik
  • 2 peket kecik rempah kurma
  • 1/4 cawan kerisik
  • 1 biji kelapa-ambik santannya
  • garam
  • gula melaka / gula
  • sedikit air asam jawa
  • ****BAHAN KISAR**
  • 2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 1-1/2cm halia
  • 1-1/2cm lengkuas
  • 15-20 biji cili kering
  • ***BAHAN MAYANG ***
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit

Cara-cara

  1. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kurma.
  3. Tumis lagi sehingga berbau.
  4. Masukkan daging, kacau rata.
  5. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.
  6. Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa,
  7. garam dan gula.
  8. Bila daging dah betul lembut,
  9. masukkan pula kerisik dan gaul rata.
  10. Akhir sekali masukkan daun yang dimayang,
  11. biarkan sehingga kuah agak pekat.
  12. PERHATIAN: Masak dengan api perlahan.