Saturday, March 27, 2010
Dah maju dari 2 tapak ke 6 tapak.,.(~_~)
Friday, March 19, 2010
Dzaatin di usia 10bulan
Assalamualaikum puteriku...
Thursday, March 18, 2010
Final Exam Schedule March~April 2010
1) BANK MANAGEMENT
Tuesday Mar 23 2010, 2:30 PM
2) LANGUAGE FOR OCCUPATIONAL PURPOSES-ENM
Monday Mar 29 2010, 2:30 PM
3) ENTREPRENEURSHIP
Wednesday Mar 31 2010, 9:00 AM
4) CREDIT MANAGEMENT
Monday Apr 5 2010, 2:30 PM
5) PRINCIPLES & PRACTICES OF
TAKAFUL&RE-TAKAFUL
Wednesday Apr 7 2010, 2:30 PM
6) MARKETING MANAGEMENT AND STRATEGY
Thursday Apr 8 2010, 9:00 AM
Final Exam Schedule Hubby
1) LANGUAGE FOR OCCUPATIONAL
PURPOSES-ENM Monday Mar 29 2010, 2:30 PM
2) ANALYSIS & DESIGN OF ACCOUNTING
INFORMATION SYSTEMS Saturday Apr 3 2010, 2:30 PM
3) AUDITING AND ASSURANCE SERVICES Wednesday Apr 7 2010, 9:00 AM
Monday, March 15, 2010
Satu Jangka Waktu yang Sibuk
Wednesday, March 3, 2010
Subhanallah..Banyaknya khasiat susu ibu yang belum ummi tahu..
Alhamdulillah..
- perhubungan ibu dan anak menjadi kuat
- menjadikan anak rasa selamat dan memerlukan ibunya
- mengurangkan perasaan negatif pada ibu dan anak
- mengurangkan perasaan tertekan
- memulihkan tenaga
- bayi mempunyai tahap kesihatan mental yang baik sepanjang tumbesarannya..
- agresif
- nakal yang melampau
- anti-sosial = vandalisme, suka lihat org susah dan lain2 sifat negatif
- mengalami tekanan perasaan
- mengalami perasaan cemas yang tidak terkawal
- suka menyendiri
Isnin, 01/03/2010 | |
Penyusuan susu ibu kurangkan tekanan SETIAWANGSA: Meskipun menyedari kebaikan penyusuan susu ibu, namun amalan itu yang dikenal pasti mampu mengurangkan tekanan, tidak begitu mendapat tempat atas pelbagai alasan termasuk kesibukan bekerja dan menguruskan rumah tangga. Menyedari keadaan itu, pelajar Ijazah Sarjana Muda Psikologi Klinikal daripada Unit Psikologi Sains Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Kebangsaan Malaysia mengadakan kempen penyusuan susu ibu bertemakan ikatan ibu dan anak bagi merungkai kebaikan yang dapat diperoleh hasil daripada amalan berkenaan. Selain ceramah dan sesi dialog, golongan ibu yang sebahagian besarnya turut ditemani suami masing-masing, dilihat teruja mengetahui teknik psikologi dalam menangani stress akibat amalan penyusuan ibu. Bagi bakal ibu, Humairah Salleh, 26, yang kini mengandung selepas mendirikan rumah tangga empat bulan lalu, kehadirannya pada kempen berkenaan membolehkannya menambah ilmu memandangkan kurangnya pendedahan dan maklumat mengenai penyusuan susu ibu. "Kalau kita perhatikan, memang agak kurang pendedahan mengenai isu ini dan sebagai wanita, kempen sebegini sememangnya ditunggu-tunggu, apatah lagi ia boleh dijadikan persediaan sebelum saya menimang cahaya mata tidak lama lagi. "Apa yang paling penting, selain mendengar ceramah, kami berpeluang mengajukan soalan dan mendapatkan malumat secara telus melalui sesi soal jawab yang diadakan," katanya ketika ditemui di Dewan Komuniti Bestari AU3, baru-baru ini. Muhamad Afiq Awallul Azhar, 29, yang menemani isterinya, Maya Fahida Mohd, 31, ke kempen itu berterima kasih kepada UKM atas inisiatif diambil untuk merealisasikan kempen berkenaan. "Penting untuk suami turut menghadiri kempen sebegini bagi membolehkan kami memberi sokongan kepada isteri, apatah lagi pendedahan membabitkan isu ini, terlalu sedikit menyebabkan ibu kadang-kala tidak menerima jawapan dikehendaki," katanya. Sementara itu, Pengarah Program, Jamilah Hanum Abdul Khaiyom, berkata kerjasama beberapa pihak termasuk Pusat Khidmat Setiawangsa, Anjung Bestari AU3 dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membantu memenuhi keperluan kursus Psikologi Kesihatan dan Kesihatan Mental Komuniti itu. "Pada masa sama, ia juga diadakan bermatlamat mendukung inspirasi kerajaan dalam menggalakkan dan memberi kesedaran bahawa susu ibu turut membawa kebaikan dari sudut psikologi, di samping meningkatkan pengetahuan bagi mewujudkan komuniti sihat dan sejahtera. "Bersesuaian dengan tema ikatan ibu dan bayi, kami membincangkan pelbagai kepentingan dan faedah penyusuan susu ibu termasuk membantu mengurangkan stress dan risiko kemurungan mereka," katanya. |