Alhamdulillah..
- perhubungan ibu dan anak menjadi kuat
- menjadikan anak rasa selamat dan memerlukan ibunya
- mengurangkan perasaan negatif pada ibu dan anak
- mengurangkan perasaan tertekan
- memulihkan tenaga
- bayi mempunyai tahap kesihatan mental yang baik sepanjang tumbesarannya..
- agresif
- nakal yang melampau
- anti-sosial = vandalisme, suka lihat org susah dan lain2 sifat negatif
- mengalami tekanan perasaan
- mengalami perasaan cemas yang tidak terkawal
- suka menyendiri
Isnin, 01/03/2010 | |
Penyusuan susu ibu kurangkan tekanan SETIAWANGSA: Meskipun menyedari kebaikan penyusuan susu ibu, namun amalan itu yang dikenal pasti mampu mengurangkan tekanan, tidak begitu mendapat tempat atas pelbagai alasan termasuk kesibukan bekerja dan menguruskan rumah tangga. Menyedari keadaan itu, pelajar Ijazah Sarjana Muda Psikologi Klinikal daripada Unit Psikologi Sains Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Kebangsaan Malaysia mengadakan kempen penyusuan susu ibu bertemakan ikatan ibu dan anak bagi merungkai kebaikan yang dapat diperoleh hasil daripada amalan berkenaan. Selain ceramah dan sesi dialog, golongan ibu yang sebahagian besarnya turut ditemani suami masing-masing, dilihat teruja mengetahui teknik psikologi dalam menangani stress akibat amalan penyusuan ibu. Bagi bakal ibu, Humairah Salleh, 26, yang kini mengandung selepas mendirikan rumah tangga empat bulan lalu, kehadirannya pada kempen berkenaan membolehkannya menambah ilmu memandangkan kurangnya pendedahan dan maklumat mengenai penyusuan susu ibu. "Kalau kita perhatikan, memang agak kurang pendedahan mengenai isu ini dan sebagai wanita, kempen sebegini sememangnya ditunggu-tunggu, apatah lagi ia boleh dijadikan persediaan sebelum saya menimang cahaya mata tidak lama lagi. "Apa yang paling penting, selain mendengar ceramah, kami berpeluang mengajukan soalan dan mendapatkan malumat secara telus melalui sesi soal jawab yang diadakan," katanya ketika ditemui di Dewan Komuniti Bestari AU3, baru-baru ini. Muhamad Afiq Awallul Azhar, 29, yang menemani isterinya, Maya Fahida Mohd, 31, ke kempen itu berterima kasih kepada UKM atas inisiatif diambil untuk merealisasikan kempen berkenaan. "Penting untuk suami turut menghadiri kempen sebegini bagi membolehkan kami memberi sokongan kepada isteri, apatah lagi pendedahan membabitkan isu ini, terlalu sedikit menyebabkan ibu kadang-kala tidak menerima jawapan dikehendaki," katanya. Sementara itu, Pengarah Program, Jamilah Hanum Abdul Khaiyom, berkata kerjasama beberapa pihak termasuk Pusat Khidmat Setiawangsa, Anjung Bestari AU3 dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membantu memenuhi keperluan kursus Psikologi Kesihatan dan Kesihatan Mental Komuniti itu. "Pada masa sama, ia juga diadakan bermatlamat mendukung inspirasi kerajaan dalam menggalakkan dan memberi kesedaran bahawa susu ibu turut membawa kebaikan dari sudut psikologi, di samping meningkatkan pengetahuan bagi mewujudkan komuniti sihat dan sejahtera. "Bersesuaian dengan tema ikatan ibu dan bayi, kami membincangkan pelbagai kepentingan dan faedah penyusuan susu ibu termasuk membantu mengurangkan stress dan risiko kemurungan mereka," katanya. |
thanks for sharing layla! bagus kan dah byk kempen2 penyusuan mcm ni kat malaysia
ReplyDeleteela, thanks kongsi kat sini... smoga yg belum tahu akan lbh tahu ttg khasiat susu ibu... bestnye jumpe wardina, akak last skali jumpe die live ms die blum kawen lg... tu pun sbb ms tu kwn dgn adik dia yg bljr kt uia tu... akak pun dpt inspirasi bf ni dr dia la...
ReplyDeleteto k.nadiah:Welcome..mmg seronok dpt share ilmu..sgt seronok kalu setiap ibu seusaha mgkin menyusukan ank2 mereka dgn susu ibu..but if xmampu,itu yg Allah dh tentukan..kat sna bkn lg byk ke akak kempen2 cmtu?
ReplyDeleteto kak shira:teruja la juga masa jumpa wardina tp lg teruja dgr semangat dia bg nasihat n cerita pngalaman dia tu..ela pun dpt inspirasi dr k.shira gak..hehe
salam ukhtie fi ddin
ReplyDeletethanks for sharing.bagi ibu-ibu yan berpeluang,alangkah indahnya kenangan indah penyusuan anak-anak ini.akak je yang tak dapat cukup 2 tahun disebabkan pengambilan ubatan,rawatan yang akak jalani dan atas nasihat doktor..apapun sebenarnya waktu nak pisah susu dengan anak,memang anak akak tak mahu susu lain sampai demam dia..
wasalam..xpe tu akak..atleast dh usaha yg terbaik..lgpun susu ibu Rezeki dr Allah jua..cuma kita perlu berusaha utk beri yg terbaik..bukan sesetengah wanita elak menyusu untuk kekal bentu bdn cantik dn macam2 lg..InsyaAllah, walaupun yang sedikit tu, tapi Allah berkati..
ReplyDelete