2H1M di Bukit Tinggi
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah..syukur ke hadzrat Ilahi kerana Allah bagi peluang untuk family kita bercuti di Bukit Tinggi Pahang pada 28hb hingga 29hb May lepas..abi cakap ini hadiah sempena hari lahir ummi pada 27hb hari tu..hehe..terima kasih abi..;)
Journal perjalanan kami bermula selepas abi menunaikan solat jumaat di masjid Uia..tika tu, ummi berhempas pulas menyiapkan barang2 keperluan untuk di bawa kesana..percutian kali ni diiringi bersama keluarga aunty teha dan uncle din..lebih seronok dan menjimatkan kalau pergi ramai2 fikir ummi…seminggu sebelum itu, ummi sudah pun siap booking chalet untuk keluarga kami di noralodge bukit tinggi..teruja sungguh nak bermalam di situ..
Tepat pukul 3.05petang, kami pun memulakan perjalanan menghala ke lebuh raya karak menuju ke Bukit Tinggi yang mengambil masa perjalanan selama 50minit dan 10 minit pulak untuk sampai ke noralodge..suasana bukit bukau yang agak curam membuatkan kami cuak seketika..abi sempat lg bergurau mengatakan jalan curam begini lebih elok jika datang dgn 4wrd drive hehe..tapi Alhamdulillah, proton saga BLM pun lepas juga sampai ke kawasan perbukitan chalet itu..suasana agak panas terik tika itu..tapi angin masih terasa nyaman menghembus kedatangan kami..
bunga-buangaan yang menyerikan suasana di kawasan perbukitan
Tepat pukul 4 kami sampai di kawasan chalet..tuan punya chalet Puan Nora datang menjemput kami di pintu kereta sambil memayungi anak2 kami..katanya panas agak terik di sini..kasihan si anak kecil anak ummi, dzaatin dan anak aunti teha, akram..terasa seronok di hati kerana kami dilayan penuh istimewa setiba sampai di sana..abi dan uncle din sudah berulang alik memunggah barang2 di dalam bonet kereta..ada set bbq, beg pakaian dan segala macam kelengkapan lagi..
dzaatin dan akram asyik melihat arnab yang dibela sendiri oleh puan nora
Kami dibawa berehat sebentar di pondok utama di kawasan chalet..kami mengambil kesempatan berbual mesra dengan puan nora ttg minatnya seorang diri membangunkan noralodge tu..katanya sudah 4tahun chalet itu diusahakan sendiri kerana dia adalah ibu tunggal yang mempunyai 3orang anak yang semuanya sedang belajar di luar Negara tika itu..rupanya selepas dirisik, puan nora ialah bekas isteri kepada TanSri Halim Saad dan Puan Nora sebenarnya ialah Puan Sri..patutlah banyak modal yang dimilikinya untuk membangunkan chalet di kawasan perbukitan itu..puan nora juga seorang usahawan perabot jati..jadi tak hairanlah dia berjaya membangunkan chalet seorang diri di situ dibantu oleh pekerja2 nya..kata puan nora, chaletnya hanya akan disewakan pada Muslim sahaja..dia mahu menjaga suasana di situ..dan chaletnya adalah alternative bg mereka yang mahu mencari tempat penginapan yang lebih murah berbanding di kawasan bukit tinggi resort..iyelah ummi hanya membayar rm60 untuk semalam chalet di situ..memang teramat berbaloi..
meja makan tempat menjamu selera..open-air
Selepas makan tengahari melapit perut dgn nasi goreng ikan masing yang disediakan oleh pembantu puan nora, kami terus bergerak ke bilik masing2 untuk mengemaskan barang..tak sabar juga nak lihat lokasi bilik kami dan kondisi di dalamnya..emmm...Alhamdulillah..tampak selesa walaupun tak disediakan air cond, Cuma ada kipas sahaja, bagi kami ia sudah cukup berbaloi dgn rm60 sahaja..
Selepas melepas kan lelah dan menunaikan solat asar, kami berehat dan menikmati pemandangan di kawasan perbukitan itu..kata puan nora, hanya 2 family kami sahaja yg menginap untuk malam ini..patutlah terasa sunyi juga melihat di sepanjang kawasan chalet..lagipun hanya 6 buah chalet shj didirikan di situ..patutlah..puan nora ada beritahu yg terdapat kebun buah2buahan di bahagian bawah chalet tapi buahnya belum masak lagi..
reka bentuk chalet yang didiami oleh family kami..
Pukul 6, ummi dan aunty teha sudah siap2 untuk memandikan anak2 masing takut suasana sejuk menyebabkan mereka kesejukan pulak..jadi kami cepat2 siapkan mereka mandi dan minum susu..
fenomena alam yang sempat kami tatapi...subhanaAllah
akram masih lincah bermain
selepas mandi petang
Pukul 7, abi dan uncle din sudah memasang set bbq untuk aktiviti bbq pada malamnya..api dh dihidupkan dan arang dibiar terbakar sehingga menjadi kemerah merahan..selepas solat magrib, abi dan uncle din sudah mula membakar ayam,udang, daging dan ikan keli..sedapnya..
Selepas ummi solat magrib, dzaatin sudah mula mengantuk kerana belum tidur2 lagi sejak tengahri sebelum bertolak td,..jd mudah sungguh dia terlena..risau jugak ummi takut payah nak tidurkannya kerana buai mmg ummi tak bawak..akram pulak masih ligat bermain di luar..mana taknya, akram sempat tidur nyenyak di dalam kereta tadi..hehe..senang lah sikit ummi nak tolong abi buat kerja bila dzaatin dh siap tidur di dalam bilik..ummi pun tak risau sgt sbb bbq hanya dibuat di hadapan bilik chalet kami sahaja..dzaatin pun dh siap pakai jumper sleeping suit untuk mengelakkan sejuk yang keterlaluan di malam hari..suasana di perbukitan mula berangin dan nyaman..dingin mula terasa sekitar pukul 9 ke atas..
Tak lama sebelum bbq siap dipanggang, akram pulak sudah mengantuk keletihan, eemm..nampaknya bbq kali ni hanya disertai kami berempat sahja..hehe..masing2 dgn pasangan masing2..romantik pulak rasanya,..hehe..kami makan sambil berborak sesama sendiri..sambil2 memandang kecantikan bulan penuh yang sedang menerangi malam kami..subhanAllah..cantik sungguh dan besar jelas bentuk bulan malam itu..
bulan mengambang...nasib tak nampak pontianak tengah terbang hehe..
Selepas kekenyangan meratah bbq, kami mengemas2 barang2 dan masuk ke bilik masing2..sambil berborak di dalam bilik, abi mengajak ummi berehat2 di luar sahaja kerana lebih nyaman..tika itu waktu sudah menginjak pukul 12.30 mlm..kami sempat bermain congkak di pondok utama..ummi menang 2 game dgn abi..hehe..selepas bermain ummi sediakan air limau suam untuk abi sbb katanya perut tak berapa sedap kerana masih terasa kenyang selepas makan td..
Selepas minum, kami pun masuk ke bilik dan tidur..selimut tebal membalut tubuh kerana sejuk mula terasa sehingga ke tulang..grrr..
Esoknya, selepas solat subuh, ummi masih berehat di bilik kerana menunggu dzaatin yg masih tidur nyenyak..ummi tak nak ggu tidurnya supaya dzaatin cukup tidur sebelum kami bertolak ke destinasi lain pulak selepas check out nanti..abi dah menuju ke pondok utama sambil mengambil gambar suasana di pagi hari..sungguh indah suasana di pagi hari..ummi merancang mahu mengajak family ummi dan abi bertandang ke situ lagi kerana memang terasa seronok dan dapat merehatkan minda sepanjang berada di sana walaupun suasanaya tidak seeklusif di hotel2 mewah..suasana begitu sudah cukup mendamaikan kami sekeluarga..
Pukul 7.30pagi Kami bersarapan bersama di pondok utama..sarapan kali ni mmg percuma sekali dgn bayaran chalet kami..emm boleh tahan juga sarapan kerana kami dihidangkan nasi goreng dan bihun goreng, beserta teh dan kopi panas..alhamdulillah…akram dan dzaatin masih belum mahu makan apa2 lagi mungkin terlalu awal bg mereka nk mejamah nasi di pagi hari..hehe..jadi susu sudah cukup untuk melapik perut mereka..
Selepas makan dan bersiar2 di sekitar chalet, kami bergerak ke bilik masing untuk mengemas barang dan siap2 mandi untuk bergerak ke destinasi seterusnya..pukul 10 pagi, selepas brg2 siap di pek kedalam bonet, kami mengucapkan selamat tinggal pada puan nora dan pembantu2 nya sebelum meneruskan perjalanan ke Colmar Tropicale, Japanese Tea Garden ,dan Rabbit Park..ummi tak berapa sedap bdn waktu tu, jd mood pun tak berapa baik..ummi asyik rasa loya sahaja.jd tak bnyak tempat yg ummi join mereka bersiar..dzaatin pulak mengamuk2 sebab mengantuk semula..jadi kami berdua hanya berehat di dalam kereta sahaja..
Pukul 1 tghari kami pun bergerak pulang ke KL semula..
Alhamdulillah..moga Allah memberkati percutian kami kali ini..terima kasih abi sbb hadiahkan ummi percutian ni..ummi dan dzaatin sayang abi..;)