CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, May 6, 2010

Kejadianmu Memuhasabahkan diriku..


Alhamdulillah

Sebaik2 kejadian itu adalah penciptaan manusia yang mempunyai fitrah salimah..begitulah kebesaran setiap satu penciptaan Allah…

Kehadiran angah yang masih terbentuk yang dikenali sebagai janin membuatkan ummi amat merasai kebesaran Allah..

Kejadianmu di alam rahim yang Allah ciptakan yang terbaik buatmu membesar dengan penuh nikmat di dalamnya membuatkan ummi asyik muhasabah diri ini..

Apakah cukup amal ummi sebagai bekalan menjadi ummi yang terbaik buat dzaatin dan angah??

Cukupkan bacaan Al-Quran yang ummi bakal hadiahkan buatmu di alam rahim itu…berapa kalikah ummi sudah menkhatam surah Luqman, surah Kahfi, surah Yasin, surah Yusuf….dan segala kebaikan2 surah dan fadhilatnya ke atasmu??

Sudah cukup khusyukkah solat ummi agar dirimu mengetahui dan belajar setiap rukun wajib seorang Muslim dari sejak alam rahim lagi??

Sudah cukup berakhlak Muslimkah ummi agar dirimu terbelajar dan mencontohinya???

Bagaimana dengan iman, islam dan ihsan ummi…adakah ada peningkatan dari hari ke hari??

Dan segala macam persoalan2 lain yang bermain di minda ummi…

Sesungguhnya untuk melahirkan seorang anak yang soleh solehah, persediaannya adalah bermula sebelum janin itu terbentuk lagi…

Dan sejak dirimu sudah diciptakan Allah di dalam rahim ummi…ummi sudah berfikir2 dan bermuhasabah diri adakah segala persoalan di atas telah ummi pertingkatkan dan sentiasa perbaharui…

Sesungguhnya..kejadianmu mempunyai banyak hikmah buat ummi…sekurangnya kejadian mu mengingatkan tanggungjawab besar yang ummi perlu pikul sebagai hamba Allah, sebagai isteri dan sebagai ummi pada kalian…pada kak long dan angah yang bakal lahir..

Satu2 kelahiran bukan hanya sebagai nikmat anak yang Allah anugerahkan kepada ibubapa supaya berasa bahagia dengan kelahiran mereka tetapi juga berbagai ujian dan persediaan yang perlu dititikberatkan..kerana pendidikan tarbiyah itu bukan bermula setelah anak2 telah membesar tetapi sebelum janin itu terbentuk lagi…

MasyaAllah..Subhannallah

Ya Allah…Kurniakan kami anak2 zuriat penyejuk mata kami, penenang hati kami, pembawa risalahMu, penguat hati kami supaya lebih dekat kepadaMu..

Jauhkanlah kami dari perasaan lalai dengan kenikmatan memperoleh zuriat..jadika kelahiran ini mengukuhkan lagi hubungan kami kepadaMU..

Amin..

2 comments:

  1. salam sis
    amin,amin ya rabbal alamin
    sungguh besar nikmat IMan,Islam dan Ehsan
    ia amat beharga sekali..

    ReplyDelete