Assalamualaikum..
sudah seminggu blog ummi ini tidak diupdate..
bukan tiada apa untuk dikongsi..
tapi seminggu dua ni hati resah memikirkan puteri ummi seorang ni
kisahnya bermula sejak dua minggu kebelakangan ini
dzaatin asyik demam on/off sepanjang hari..
tiap2 malam merengek kesejukan
ummi kasihan melihatnya
demam dicampur batuk dan selesema
selepas diberi ubat
kebah lah sekejap
selepas 4jam kemudian demam datang lagi
agak panas suhu badan dzaatin
di nursery pun macam tu juga
kerapkali teacher menelefon memberitahu demamnya bersuhu 39 darjah celcius
tapi ummi minta teacher sumbatkan ubat demam panas dipunggungnya sementara ummi ke sana
ummi serba salah juga
kerana kerap kali minta MC
ummi masih dalam period practical training
jadi serba salah jika terlalu kerap mengambil MC
ummi makin buntu
teacher nasihatkan ummi buat medical check up pada dzaatin di klinik
kenapalah ummi tidak terfikir sebelum ini
sangka ummi demam on/off nya itu adalah disebabkan gigi yang sedang tumbuh
mungkin dzaatin sakit gusi sehingga demam selalu
minggu lepas ummi dh hantar dzaatin ke klinik
doktor cakap dzaatin ada symptom lelah kerana ummi dan abi ada history lelah
its ok
doktor dh bekalkan ubat batuk lelah dan demam
tapi demam dzaatin masih on/off
batuk pula sudah semakin berkurangan
then ummi risau lagi
teacher pun kerap menelefon lagi
ummi ke klinik lagi
mengadu pada doktor demamnya masih berterusan
ummi rasa pelik
atleast ummi nak tahu punca kenapa dia sering demam on/off sepanjang siang dan malam
kali ni doktor bekalkan antibiotik berdos tinggi
doktor minta cuba yang ini dulu selama tiga hari
sebelum mengambil darah untuk diperiksa
ok ummi yakin pada doktor
tapi abi sudah mula merungut
kenapa tak di cek darah terus
ummi minta abi bersabar
ikut aje arahan dan nasihat doktor
walaupun ummi yakin tapi hati ummi tetap resah
ummi selalu berdoa minta Allah cepat sembuhkan dzaatin dan jauhinya dari penyakit2 yang merbahaya
selepas 3 hari amalkan antibiotik yg dibekalkan doktor
demam dzaatin masih on/off
ummi kasihan juga pada teacher yg juga risaukan kesihatannya
kali ni ummi nekad
hari isnin
ummi sekali lagi ke klinik pakar kanak2 itu
ummi adukan yg ummi mahu dia jalani medical check up
ok
doktor mengiyakan dan buat surat refer ke hospital
tapi doktor tu masih mengatakan yg dzaatin masih di tahap minimum..belum kritikal
emmm
betul ke??
kalu macam tu kenapa demam on/offnya masih berterusan
bisik ummi dalam hati...
tika ini, ummi hanya berseorangan bersama dzaatin ke klinik
terpaksa ambil MC lagi
abi masih sibuk dgh projek audit yg perlu dihantar dlm minggu ni juga
jadi ummi tak nak ggu kerja abi
di dalam surat doktor, ummi diminta membawa dzaatin ke unit kecemasan di bahagian fever center pada hari ini juga
setelah berfikir2, ummi tunggu kepulangan abi dr tempat kerja dahulu, then pergi sama2 ke hospital
setelah diuji kandungan darah dzaatin
doktor sahkan ada kuman di dalam kandungan darahnya
kata doktor mungkin berpunca dari jangkitan kuman daripada batuknya yang berterusan
Atleast ummi tahu kenapa dzaatin selalu demam on/off
ianya berpunca dari jangkitan kuman dalam darah
doktor cakap normal manusia ialah 12.0 untuk WBCnya
tapi dzaatin punya rekod ialah 19.8..agak tinggi kata doktor
doktor bekalkan lagi antibiotik padanya
malamnya sebelum tidur, ummi suapkan 5ml ubat antibiotik padanya
biasalah, meraung2 tak nak disuapkan ubat
terpaksa juga ummi paksakan dzaatin makan ubat
hanya itu sahaja usaha ummi selain berdoa pada Allah
dan Alhamdulillah
sepanjang malam hingga ke pagi
dzaatin tiada symptom2 demam lagi
ummi sedikit lega walaupun keputusan darahnya untuk appoinment esok hari belum tentu lagi
tidur malamnya juga agak lena berbanding sebelum2 ini
Alhamdulillah
ummi selalu juga minta abi bacakan doa selawat syifa' di ubun2 dzaatin
kerana Allah penyembuh segala penyakit
bukan doktor atau ubat..
itu keyakinan yang perlu ditanamkan dlm fikiran kami dan juga dzaatin
dan hari ni hari selasa, ummi sekali lagi perlu ke hospital untuk diuji darah dzaatin sekali lagi smada menurun tahap jangkitan kuman dalam darahnya atau tiada perubahan
ummi harap2 dzaatin di nursery hari ini elok2 sahaja
jika dirinya masih dikhabarkan demam
mungkin kuman di dalam darahnya masih tinggi
ummi doa sangat2 Allah sembuhkan dzaatin
jauhkan dari penyakit2 yang merbahaya..
kerna ummi sayang sgt dzaatin
saat ini..ummi terasa ingin cepat abiskan tempoh practikal training ini
rasa puas kalau dapat jaga dzaatin sepenuh masa di rumah sahaja
pilu hati ummi kerana terpaksa tinggalkannya di nursery walaupun dalam keadaan tidak sihat
jika ummi tidak bekerja bukankah sepanjang masa ummi boleh bersamanya
emmm..
selepas habis practikal training ni
ummi mahu sepanjang masa di rumah membesarkan dzaatin
ummi tak nak bekerja lagi..........................!!!
p/s: doakan dzaatin sihat seperti biasa ye......