CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, June 23, 2010

Ekstrak Daun Zaitun (OliveOleo) sbg Penghalang Pembiakan Bakteria

Assalamualaikum...

Alhamdulillahi Rabbil Alamin....
setinggi rasa syukur ummi panjatkan pada Allah kerna mendengar doa2 hambaNya
dan masih menganugerahkan nikmat kesihatan pada dzaatin, anak ummi..
sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

semalam...
selepas ujian darah diambil sekali lagi di hospital seperti yang diarahkan doktor kelmarin
keputusan ujian adalah baik dan memeranjatkan abi dan ummi..
Alhamdulillah
kelmarin WBC kandungan kuman dalam darah dzaatin ialah 19.8 telah turun ke 11.0
telah kembali normal seperti biasa..
platlet darahnya juga di tahap normal..
ummi sungguh terharu dan tak sangka..
begitu cepat kesembuhan yang Allah bg pada puteri ummi ni..
sebelum ni ummi risau sgt takut2 ujian darah perlu diambil setiap hari sehingga paras kandungan kuman dalam darahnya menurun ke paras normal
tapi atas kekuasaanNya, hanya sehari Allah dh anugerahkan kembali nikmat sihat pada dzaatin..
syukur syukur syukur

semalam, di ofis, ummi curi masa cari maklumat dan rawatan alternatif untuk merawat dzaatin
ummi ada terjumpa satu produk yang ummi agak yakin keberkesanannya
dan semalam ummi sempat tanya doktor punca dan symptom2 pesakit yang mengalami jangkitan kuman dalam darahnya
ummi terus tanyakan samada supplement lain mengganggu atau tidak antibiotik yang sedang diambil dzaatin selama seminggu ini..
dan doktor hanya angguk dan mengiyakan
tiada masalah jika diberi supplement
Alhamdulillah

selepas berbincang dengan abi
ummi dah order pun produk ni
tggu nak sampai je hari ni
supplement untuk dzaatin untuk mengahalang jangkitan bakteria, kulat dan virus dlm sistem badannya
InsyaAllah moga ini hanyalah salah satu usaha mengawal pembiakan bakteria yang kita belum tahu bila ia akan menjadi kritikal
Mohon Allah sentiasa menganugerahkan nikmat kesihatan pada kami
Amin

sekadar berkongsi untuk kebaikan bersama pembaca yg mengalami masalah yang sama..
InsyaAllah..
moga Allah permudahkan..






.....Ia digunakan secara tradisional untuk melegakan demam, yang mana ia banyak diambil untuk meningkatkan imuniti tubuh bagi melawan demam dan selsema. Di samping itu, ia turut memberi kesan positif terhadap tenaga dan tidur yang lena........

.........Daun Zaitun juga terbukti amat berkesan dalam menghalang pembiakan jangkitan disebabkan oleh bakteria, kulat, virus dan parasit. Malah, ia turut berkesan membantu dalam menyelenggarakan fungsi jantung yang normal, melembutkan salur darah arteri bagi melancarkan peredaran darah, mengurangkan tekanan darah dan memberi kesihatan kepada fungsi jantung.........

Kelebihan Zaitun banyak disebut di dalam Al-Quran surah Abasa ayat 26-32, At Tiin ayat 95, Al-An’aam ayat 99 dan 141, An Nahl ayat 11 dan An Nuur ayat 35. Malahan kelebihan ini terbukti kebenarannya dalam kajian-kajian saintifik dan klinikal yang dilakukan terhadap daun Zaitun


Testimoni

"Dulu setiap bulan Aisyah selalu saja demam, selsema dan batuk. Risau saya dibuatnya. Tetapi selepas seminggu mengambil MayFirst Olive Oleo, Aisyah nampak sihat dan sebulan selepas menggunakannya nampak perubahan ketara padanya. Kini, Aisyah sihat dan tidak perlu ke klinik setiap bulan lagi. Terima kasih MayFirst!”

Iman Aisyah Salleh, 4 Tahun, Shah Alam, Selangor.


diulangcetak dari:

http://www.mayfirst.com.my/v5/prod_s04.html







No comments:

Post a Comment