CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, August 5, 2010

Kenapa lama menyepi??

gambar terbaru dzaatin di kampung di perlis tempohhari


Bismillahirrahmaanirrahim..
dengan lafaz bismillah ummi refreshkan kembali blog ummi yg dah lama bersawang ni..
ada beberapa masalah teknikal dr sudut internet connection di rumah
dengan kata lain ialah abi tak bayar bil internet broadband dh 2 3 bulan dh hehe..
tapi ummi xdelah nak merungut sbb faham situasi kewangan kami yang perlu meng'aula' kan yg lebih aula..
cuma ummi rasa agak terkebelakang sikit dr sudut info ttg perkembangan terkini kawan2 seusrah, sahibah2 dan aktiviti ilmiah terkini yang berlangsung di uia..
seperti yang berlaku, ummi mmg dh grade tp kalu ada aktiviti2 ilmiah di uia, ummi teringin nak bawak dzaatin sekali menghadirinya..rumah kami pun dekat sgt dgn uia..rugi pulak tak memenuhi jiwa dgn santapan rohani..
jadi bila 2 bulan tak berinternet, mmg duduk kat rumah jelah
sementelah ummi dah berbincang ngan abi nk berehat sahaja di rumah menjalankan tugasan sebagai seorang ummi dan isteri di rumah sahaja tanpa mahu sebarang komitmen kerja di luar
dzaatin pun dah seminggu ummi tak hantar ke nursery..ummi dah stopkan penjagaan dzaatin di nursery bermula bulan 8 ni..
ummi lebih bahagia dan selesa melihat dzaatin membesar di depan mata ummi, dan mengurus hal ehwal rumah dgn lebih baik..
ummi mahu mendidik sendiri ttg adab, ilmu, dan menjaga makan pakainya sendiri..
cukuplah sepanjang setahun 2 bulan dzaatin membesar di nursery sepanjang ummi belajar dahulu
kini tiada alasan lain lagi untuk ummi tinggalkan dzaatin di nursery..
ummi mmg berhajat sgt dan redha dapat menjadi surirumah
abi pun mmg bersetuju sgt dgn cadangan ummi
ummi nk bantu mengajar di tuisyen sikit2 pun abi xbenarkan, abi pesan biarlah ummi tumpukan sepenuh perhatian di rumah..
abi akan cuba sedaya upaya mencari rezeki untuk memenuhi keperluan kami di rumah dan yg lain2 walaupun secara sederhana
ummi pun tak kisah
selama hampir 3 tahun hidup dgn abi pun ummi dh terbiasa hidup susah dan bersederhana
Alhamdulillah..Allah masih penuhi dan anugerahkan rezeki2 yang halal buat kami..
Segala Puji bagi Allah..
ini juga satu didikan buat anak2 ummi dan abi kelak
insyAllah

bercakap ttg perkembangan dzaatin..
emm tak terkira dh..
macam2 telatah baru, sikap baru dan benda baru yang dipelajarinya
ummi suka sekali bila dzaatin pandai mengikut gerakan solat ketika kami bersolat
terutamanya bersujud dan mengaminkan al-fatihah..sekarang sdh pandai mengangkat takbir pula..hehe
nak belikan telekung pun xde saiznya lagi
kalu bab baca quran pun cmtu..mulutnya berbunyi dan menggamit2 mengikut abi dan ummi membaca al-quran..tapi tu sekejap sahaja..yang lainnya nk tarik quran tu pulak..hehe
sekarang pun petah sungguh berkata2..tapi bukan bahasa melayu, english atau arab ye..
bunyinye seolah2 bahasa sepanyol..berlagak sedang berbual2 dgn kita..hehe..ummi layankan aje, biar dia makin gemar berceloteh dan tahu ummi dan abi memberi perhatian akan perbualannya walaupun sepatah pun kami tak faham..hehe
arahan2 pun sudah mula difahami oleh dzaatin bila ummi ajak mandi, makan, minum susu, pakai baju dan lain2 lagi
suka menunjukkan minat pada ilmu2 contohnya huruf a b c, 123 dan jawi yang ummi lekatkan di dinding..pantang sampai ke rumah atau baru bagun tidur, selepas abis makan dan selepas siap mandi, terus poster2 tu di hadapnya nya sambil berlagak sedang membaca..hehe
Alhamdulillah
bila pulang ke kampung, dzaatin sudah mula kenal siapa tok wan, maktuk, pak su, mak teh dan yg lain2..suka sangat mereka mengagahnya..hehe
makin lincah dibuatnya..
yelah..
dzaatin mmg susah nk kenal mereka sebelum ni sbb terlalu jarang pulang ke sana..
jadi bila sudah bergelar surirumah ni., adalah kesempatan untuk ummi dan dzaatin pulang berdua sahaja untuk seminggu di perlis..nak minta izin pulang 2minggu abi xizin, katanya dia pulak ygn rindu pd kami nanti..hehe..abi..abi..ummi dan dzaatin pun rindu kat abi..;)

ttg kesihatannya pula..
emm berkat amalan pati daun zaitun, semenjak baru lega demam disebabkan darah mengandungi kuman sebulan lepas, dzaatin sudah tidak terkena sebarang jangkitan demam lagi walaupun tinggal di nursery sebulan lepas..Alhamdulillah
Segala Puji bagi Allah
ummi amat pentingkan kesihatannya agar perkembangannya untuk membesar sihat dan bijak tidak terganggu..

kandungan ummi pulak
cukup2 Alhamdulillah
ummi dah dapat rasa adik dzaatin berpusing2
bergerak dlm tommy
aktif sungguh
kerap betul si kecil tu bergerak
at least ummi tahu dia baik2 sahaja di dalam
ummi cuba perbanyakkan amalan doa2 ketika hamil dan membaca al-quran untuknya
ramadhan bakal menjelang adalah ramadhan kali kedua ummi hamil utnuk anak kedua
pasti ada hikmahnya
masa yg ada dapat perbanyakkan amalan2 membaca al-quran dan berdoa
cuma..
ummi agak sedih sbb sampai kini masih xdapat nk scan baby di dalam lagi kerana masalah2 tertentu
insyaAllah dlm seminggu dua ni, abi dh janji nk bawak pergi scan
rindu nak tatap adik dzaatin di dalam
hehe..
moga adik sihat2 sahaja ye..


sekarang ni..
kami sekeluarga menetap sebentar di rumah atuk dan opah dzaatin di ipoh..
setelah bertukar ke tempat kerja baru
abi ditugaskan melakukan kerjaluar di ipoh selama 2 minggu
abi kena buat audit di pejabat opah
jadi dapatlah abi berulang ke tempat kerja bersama dgn opah..
seronok juga bila dh takde komitmen kerja kan
dapat ke mana sahaja ikut abi outstation
hehe
dpt jalan2 selalu
ummi ni mmg kaki jalan..
;)

emm setakat ini dulu coretan ummi ttg perkembangan kami tika ini
assalamualaikum

2 comments:

  1. Alhamdulillah... dah lama tak dengar cerita ela n dzaatin...

    ReplyDelete
  2. hehe..biasalah..kadang2 ada tempoh menyepi..tima kasih sudi membaca..sapakah gerangan myazara ni eh..;)

    ReplyDelete