bismillahirrahmanirrahim
sebelum ummi mahu berbicara tentang tajuk diatas, ummi mohon Allah jauhkan segala niat yang menyimpang dan segala perasaan mazmumah dlm hati ini..
kali ini ummi nak berbicara tentang prinsip-prinsip yang ummi amalkan dlm dunia bisnes..setelah sebulan ummi menjalankan perniagaan online, ada beberapa perkara dapat ummi observe dan banyak pengalaman yang dapat ummi kutip..semuanya berharga bagi ummi utnuk masa akan datang..kit aperlu ada prinsip2 yang perlu kita jaga kerna kita adalah manusia yang berprinsip bukan manusia yang buat sbb ikut-ikutan dan setiap yg kita lakukan ada balasan/ganjaran di sebaliknya..antara prinsip2 yang ummi pegang..
pertama : niat
sememangnya niat sungguh penting dalam setiap perkara, begitu juga dlm berbisnes, niat amat penting, jika niat tidak dijaga, takut kita mudah menyimpang..kadang2, walaupun niat sudah bersih, jalan dan cara pula tidak kena selaras yang Allah nak kita amalkan..biarlah niat kita ada juga sumbangan untuk Islam..biarlah dgn berbisnes ini, kita meluaskan lagi sistem ekonomi islam.moga suatu hari nanti, sistem ekonomi islam diaplikasikan sepenuhnya..seperti yang kita tahu, sistem yang ada sekarang dimonopoli oleh luar daripada islam.contohnya, masyarakat bukan islam berbisnes dalam keadaan tindas-menindas,koruption,persaingan yang tidak sihat dan pemasaran yang tidak menepati syara'.bila kita jaga nilai-nilai islam, insyaAllah,keberkatan pada sumber kewangan kita akan datang..
kedua: customer sebagai kawan, bukan hanya seller-buyer relationship
bagi ummi,prinsip ini amat ummi tekankan, setiap customer yg datang adalah kawan baru bg ummi, layanlah seikhlas hati mahu menjual produk2 yang berkualiti dan terjamin.penuhi permintaan mereka dengan hati yang senang.layani selagi termampu.tidak perlulah terlalu tegas dalam urusan jual beli, bertawar menawarlah dgn mereka jika mereka inginkan.perlu diingat,hati mereka perlu dijaga kerana prinsip word-of-mouth amat berkesan.seorang customer yang berpuashati mampu mendatangkan 10 customer lagi, jadi tidak perlulah terlalu dingin dengan mereka.jika mereka selalu mendatangkan masalah ttg pembayaran,urusan jual beli atau apsahaja, berbaik-sangkalah dgn mereka,cakap selembut mungkin dan rai pabila mereka bertandang ke kedai kita.bagaimana kita melayan kawan2 kita, begitulah kita meraikan mereka seperti kawan2 kita.kadang2 memang ada customer yang merimaskan.tapi bila ummi layan sebaik mungkin juga,ada kebaikan penyudahnya...
ketiga: jangan kedekut,bersainglah secara sihat
sehingga hari ini, bukan customer shj yang bertanyakan ttg produk pd ummi,ada juga yang ingin jadi seperti ummi,mahu mengedarkan produk..untuk melahirkan persaingan yang sihat dan meluaskan lagi pasaran org islam, berkongsilah sumber produk yang kita jual,jangan risau yang customer kita akan lari kalau ramai yang mahu menjual juga..insyaAllah, rezeki masing2 ada di 'tapak tangan' Allah, jadi tidak perlu digusarkan, ummi lagi suka kalu dapat bantu individu yang juga mahu berniaga..ummi takkan sembunyikan maklumat pengedar ummi dan ummi akan sebarkan jika ada yang bertanya..bagi ummi, jikalau pun customer ummi minat pada produk org lain,ummi tak kisah, kalu tidak hari ini jualan kurang,esok lusa insyaAllah pintu rezeki luas kembali..ia terpulang pada diri sendiri..jika hubungan kita dekat dgn Allah, luaslah pintu rezeki kita..doalah selalu, jagalah solat dhuhamu dan berpagi-pagilah agar pintu rezeki terbuka luas moga keberkatan Allah dtg menyinari sumber rezeki kita..
keempat: jika dirimu jujur pada pelanggan, pelanggan akan jujur padamu..
jadilah manusia yang jujur..jangan kita beri maklumat yang salah pada pelanggan..jangan kita beri barang2 yang rosak pada pelanggan, jangan kita tipu ttg kualiti produk pd pelanggan hanya semata mahu produk cepat habis terjual..jangan kita janjikan yang manis2 pada pelanggan jika memang kita tidak mampu penuhinya..kejujuran pelanggan akan dtg sendiri jika kita memeliharanya..percaya pada pelanggan tapi berpada-pada, pelanggan akan percaya pada kita..insyaAllah..jujurlah jika pelanggan tersilap terlebih memberi wang, pulangkan semula kerana itu haknya, jangan kita kenakan bayaran tambahan yang tidak munasabah
kelima: service yang terbaik
berikan service yang terbaik, cepat, kemas, tepat..jika kita ada hal di luar dan tidak sempat memberi respon pada pertanyaan pelanggan, cukuplah balas seperti 'tunggu sebentar atau pertanyaan anda akan dilayani sebentar lagi selepas habis urusan'..jangan biarkan pelanggan tertunggu-tunggu berlama-lama..minta maaf jika buat mereka menanti..bahasa kita perlu dijaga, jangan terlalu kasar pada pelanggan dan berhemahlah...ada waktu bekerja yang disiplin..bagi ummi, selalunya ummi buka kedai online awal, 8pg ke 9pg dah ready, smbil2 balas respon order pelanggan yg online malam2 buta (40% pelanggan suka order/tanya malam2 buta), ummi akan siapkan sarapan dan kelengkapan abi dan anak2..pukul 10 ummi akan fokus sbb masa ni wafiqa dah tidur, dzaatin pulak main2 di sisi ummi..nak jawab pelanggan bkn setiap saat, sbb tu agak leisure dan senang bila ada kerja sendiri online di rumah..kul 12, ummi akan off laptop dan pukul 2 buka semula, sebelum off, tinggalkan pesanan agar pelanggan faham situasi kita ketika itu..yang penting, masa off jap tu, fokus kerja rumah dan keperluan anak2 dgn fully attention..bila open balik, boleh layan sambil2 je kerja bisnes tu..
keenam: beri penghargaan pada pelanggan
adakan contest atau beri diskaun utk menghargai pelanggan, keuntungan yang datang hasil dr pembelian dr pelanggan juga..jadi untung yang ada melaburlah sedikit buat menghargai pelanggan...jika menghargai mereka, dengar komen dan pendapat mereka, semestinya customer loyalty dapat kita pegang, tak mustahil customer retention juga kita boleh kecapi..yg penting customer satisfaction dapat dr service kita menghasilkan customer loyalty dan customer retention...
ketujuh: jangan cepat berbelanja, guna ikut keperluan..simpanlah jika tak memerlukan
keuntungan yang kita dapat, sebaik mungkin simpanlah untuk modal yang lebih besar dan untuk projek lebih besar di masa akan datang..jika memang kita tiada sumber lain, hanya keuntungan itu, bolehlah berbelanja pada keperluan shj...yang penting, setiap duit yang tersimpan ada portion2 nya..bg ummi, ummi gunakan duit keuntungan untuk beberapa pecahan..untuk mak, untuk pendidikan anak2, untuk bayaran semula pinjaman dan untuk pusingan modal atau simpanan modal utk projek perniagaan yang lebih besar..dan jgn sesekali lupa sedikit portion disumbangkan kepada Islam dlm bentuk zakat, derma dan sedekah...insyaAllah, satu kebaikan yg kita buat, Allah akan ganjarkan 10 kebaikan lagi..insyaAllah..yang penting sumbangan kita ikhlas di jalan Allah..bantulah biarpun sedikit, asalkan ada bantuan yg kita hulurkan..sesekali jangan kita sayang pada duit atau mudah alpa bila duit berkepuk2 masuk..itu hanya sebahagian ujian kekayaan yg Allah nak uji pada kita..
kelapan: buat bersungguh2
apa sahaja pekerjaan yang kita lakukan, lakukan bersungguh2, bukan hanya seperti lekat di celah gigi shj..
kesembilan: sentiasa impovekan diri dan perniagaan
biarlah perkhidmatan kita dan perniagaan sentiasa ada peningkatan, bukan hanya di takuk yang lama sahaja, perbaharui jika memerlukan, perbesarkan jika termampu..seperti sabda rasulullah saw, jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok pastikan lebih baik dari hari ini..
kesepuluh: keseimbangan
seimbangkan masa dan perhatian antara family dan kerjaya kita, tak kiralah seperti ummi dalam berbisnes atau sesiapa shj dlm kerjaya masing2,bak kata ust zaharuddin, jgn sampai isteri bekerja untuk bantu kewangan suami tapi urusan anak2, pendidikan anak2, perhatian pd suami dan anak2 terabai....ummi selalu ingatkan diri ummi, fulltime housewife, part time for others...seimbangkan juga urusan kita pd Al-Malik, jgn mudah alpa bila sibuk melayan pelanggan..selalu ummi ingatkan dan sematkan dlm hati..
doa, doa, doa....
**peringatan ini lebih pada diriku jua**
**semestinya ku makin cinta sunnah rasul yang satu ini
::-::perniagaan::-::
***Yang paling penting bila berniaga, selalu lah buat promotion di mana sahaja yang mampu dan sah..hehe..ok nak ambil kesempatan perkenalkan design baru yang dikeluarkan dari kilang, untuk design yang trendy, ada beberepa pilihan di bawah termasuk pilihan skirt labuh dan mengembang yang boleh disesuaikan dan digayakan bersama tshirt pilihan anda, paling penting ia tidak ketat dan jeins kain yang boleh diregangkan..jangan lupa, tshirt2 keluaran Zariya adalah jenis A-cut means jenis mengembang di bahagian bawah, jadi tidak perlu risau ttg status kelonggarannya ;)
masih sopan kan??
untuk peminat-peminat corak floral-printed, dibawah disediakan khas untuk anda yang suka kepada natural dan floral design..pilihan-pilihan ini juga baru dikeluarkan dari kilang dan masih baru dlm pasaran sekitar minggu lepas, ia baru dilancarkan..perlbagai variasi corak dan warna..sesuai digayakan ke mana sahaja..untuk maklumat harga, kod dan material fabrik boleh dilayari di Al-Layl Shoppe>>FB@Blogspot>>Thank You
(^_^)
No comments:
Post a Comment