CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, May 21, 2011

Mencari Laksamana Cheng Ho di Bumi Melaka

Assalamualaikum pembuka bicara..


macam gempak je kan tajuk entry tu, padahal bukan pergi cari laksamana cheng ho, tapi pergi cari rama2 dan cari port tepi pantai yang best2 je..hee..sebenarnya dalam hati memang nak cari laksamana cheng ho, nak pusing2 kota melaka nak gali sejarah pahlawan islam berbangsa cina ni, tapi,xsempat pulak..tambah yg minat sejarah ni cuma ummi dan abi je..hehe...xpelah, nanti kita pergi lagi ye abi..kita travel satu kota melaka k..baru puas hati trip kita nanti..jaulah juga satu yg dituntut dalam islam ye anak2 ummi, berjaulah mencari sesuatu yang baru, ilmu baru dan belajar suasana baru di tempat orang..kenal sejarah, kenal alam ;)

oklah, ummi ni mmg jenis suka menulis dan mengarang,jadi ummi tak kisah karang panjang2 untuk tatapan anak2 dan abi terutamanya (abi suka baca tulisan ummi-kalu tak update mesti tanya2..**pssst, bila baca mulut ternganga, kdg2 tersenyum2..apakah?? hehe gurau je abi ye ;p), jadi ummi mulakan journal perjalanan kita barmula dari rumah, kita bertolak seawal pagi pukul 8.30 pagi, ummi sempat singgah Pejabat Pos Laju Nilai, nak pos tempahan2 customer, jalan2 pun, kena abiskan kerja2 dulu, baru dengan tenang dan lapang berjalan bersama anak2 kan..trip kita kali ni diiringi family abi, diorg dtg dari Ipoh..selepas tu kita terus bertolak guna highway utara selatan menuju ke ayer keroh, Melaka..tak jauh perjalanan kita,hanya memakan masa 2 jam sahaja..ummi, abi, wafiqa dan Achik naik satu kereta, Atuk Opah, Paksu, Mak Ngah dan Dzaatin dlm Viva..mmg sengaja diasingkan antara dzaatin dan wafiqa sbb kalu dua2 mengamuk dalam keta, telinga abi dan ummi akan meleTOP..hihi..lagipun, dzaatin suka manja2 ngan pak su, jadi nak berdempek ngan pak su je...Ashuuu Ashuuu






Sampai2 je di bumi Melaka,tepatnya di Ayer Keroh, kita pun terus menuju ke Taman Rama-Rama, best sebab xramai org, dah kata hari isnin, hari kerja, abi, opah ngan atuk je ambil cuti semata2 nk berjalan..hii..nasib bos bg ye abi ;-p..suasana di sini penuh ngan flora fauna, bukan rama2 je ada, semua ada, buaya, leopard, monyet, iguana, ulat, burung dan macam2 lg lah..
memang lenguh juga kaki nak pusing taman ni, ummi ngan abi gilir2 dukung wafiqa yang nampak je kurus tapi berat tulang huhuhu...bila mood ok, abi lah yg dukung, bila dh merengek2 mengantuk, ummi lak dukung..alhamdulillah dukung guna baby carrier mother care yg ummi beli dr Ukidsmart, memang selesa sgt bila dukung wafiqa..sebelum ni pakai baby carrier yg xkualiti sgt, selalu wafiqa menagis xnak duduk dlm tu..yg ni punya, xde merengek2 pun..mengantuk je nk ummi dukungkan dia..memilih tu hehe





gambar ni ummi ambil
cantik sungguh ciptaan Allah
Subhanallah





manja opah



manja Atuk



kawan Achik




kawan Ashuu



kemana2 nak ngan Opah Atuk je..
ngan ummi abi tak kisah dah..hehe




excited tgok ikan yang mendekati dzaatin...
ummi siap boleh pegang2 lagi ikan tu
abi kata ikan ni mmg jenis jinak




wafiqa je yang berdempek ngan ummi dan abi hehe


selesanya wafiqa dalam baby carrier mothercare dalam baby carseat dia hehe


mula2 memang mencari2 gak lah chalet atau hotel yang sesuai..memang penuh di setiap pesisir pantai tu..pilih je nak yang mana..rambang mata juga, nk yang itu ke, yang ini ke...last2 pilih yang sesuai untuk family ngan baby kecil..yelah, kena tgok suasana juga kan..

ummi abi, wafiqa,dzaatin dan Achik satu bilik..manakala atuk opah pak su dan mak ngan satu bilik..sebelah2 je..


Achik suka sangat layan wafiqa..muka pun lebih kurang je..hehe



ni lah resort tempat kita menginap..affordable, ada kolam, ada aircond, pakej dgn breakfast sekali
RM120 semalam
ok lah kan price nya
;)


petang tu juga, abi dan adik2 nya termasuk atuk ke pantai
tak sabar nak mandi
opah suruh juga ummi pergi mandi sekali, opah nk volunteer jaga wafiqa
ummi pergilah jenguk sekejap di tepi pantai
tapi ummi tak de mood nak mandi sebab ummi dah tak beriya nk mandi laut huuu
masa tu pun ummi ngah pening kepala sbb suasana panas masa jalan di taman rama2 tadi
kalau mandi laut, mesti bertambah pening lagi...
abi punya lah beriya2 ajak ummi turun
tapi kesian tinggalkan wafiqa takut dia terjaga nak susu
belum ummi sampai bilik, ummi dah nmpak opah berdukung wafiqa sbb wafiqa merengek nk susu..huuu
sian opah..

malamnya, kita hanya berehat2 di bilik
cadang nak keluar makan kat luar
tapi family abi jenis tak biasa makan kat luar
jadi kami bungkus je malam tu..
as usual ummi nak tomyam juga kemana2 hihi

malam tu, ummi ambil masa cek order n tempahan
alhamdulillah semua customer supporting
ummi memang dh pesan
ummi ambil cuti sehari dua
tapi ummi memang akan ambil tempahan dan layan tempahan malamnya
lepas dh siap semua
barulah berehat
abi, atuk, pak su dan dzaatin sempat lagi ambil angin mlm di tepi pntai


esoknya, awal2 pagi abi ajak jalan2 di pantai..
wafiqa dan dzaatin mmg nyenyak lg..
tmbh2 wafiqa bru lepas menyusu..
tambh lagilah sleeping hours dia hee
srba salah juga nk tinggal
tapi, opah briya nk volunteer nk tgok diorg tidur
ummi pun terimalah seadanya hii
opah mmg baik sgt2 ng ummi
terima kasih ibu ;)






tapak kaki ummi dan abi
;p



abi cakap ada penyu bertelur di pesisiran pantai ni
tapi mmg xde rezeki nk tgok sbb bukan musim penyu bertelur




selepas ambil breakfast nasi lemak yg sedap ngan roti kaya lagi..kita pun bersiap2 nk balik..alhamdulillah, ni lah jurnal percutian kita di bumi Melaka..Alhamdulillah..best..


____________________________________________________________________


ADVERTISEMENT



semasa percutian di Melaka, suasana agak terik..tapi dgn busana dr koleksi Zariya buatkan ummi lebih selesa dan rasa sopan malah sesuai digayakan di mana2..





minggu ini, pelbagai variasi tshirt zariya yang direka bercorak dan warna polka dot khusus buat mereka yg meminati design polka dot..
apa tunggu lagi
cepat sebelum kehabisan..
memang beberapa size telah kehabisan dlm stok kami..
cepat..sementara masih ada ye..
untuk dapatkannya
find Al-Layl Shoppe di FB
atau terus booking menerusi Order Form yg terdapat di
http://al-laylshoppe.blogspot.com

terima kasih
assalam


Saturday, May 14, 2011

Eii..Mama Tak Malu..Nampak &*^%$*#$






Customer: Salam, kak Laila, nk bagitahu dah dapat baju2 tu (5 helai yang diorder)

Me: Wasalam..alhamdulillah dah sampai, semua ok? harap semuanya memuaskan hati awk ;)

Customer: Tak try pakai lagi, thanx ye kak, saya ni sebenarnya baru belajar nak pakai labuh2..malu kat anak yang dah makin besar, asyik pakai tshirt singkat je..huhu..balik ni boleh buang dah baju lama2 tu

Me: Alhamdulillah, sempena hari ibu, berubah untuk anak, moga jadi ibu yang menjadi contoh utk anak, alhamdulillah, xpe, perlahan2 buat perubahan..(^_^)

Customer: InsyaAllah, doakan saya, Allah yang gerakkan hati saya nk tengok Al-Layl Shoppe di fb. kebetulan design cantik2..tak nampak matured sangat, especially pink dan biru yg latest upload tu, anak saya makin petah bercakap, dia yang buat saya tersentap when he said "mama,tak malu, nampak punggung." huhu, bdk kecik kan ikhlas...

Me: emem..bertuah dapat anak bijak cmtu ;)



Tika ummi menerima sms ucapannya itu, hati ummi rasa begitu tersentuh juga, dakwah itu cangkupan sungguh luas, bukan hanya ruang yang sempit, bukan hanya satu sumber dan satu jalan sahaja, jalan dan caranya berbagai2,

seperti kes di atas, anak yang kecil, katanya2 yang penuh ikhlas, yang fitrahnya suci, menegur pakaian mamanya, bermula dari situ, perubahan dilakukan..dan apa yang dilakukan oleh mama itu, adalah satu saham akhirat untuknya..invest membeli pakaian yang labuh2 jadi saham akhiratnya..bukan perkara yang sia-sia..

Alhamdulillah, niat ummi ingin serius dalam perniagaan muslimah ini makin nampak hasilnya..berbaloi rasanya bila ada juga yang membeli kerana ingin berubah, bukan hanya untuk bergaya sahaja..

perubahan yang yang kecil itu diharap semakin membanggakan, sudah tentu anak kecil itu memuji 'kecantikkan' mamanya ;)

"berbusanalah dengan busana muslimah"




Profile Pic Al-Layl Shoppe terkini
heee...

Wednesday, May 11, 2011

May's Event Part 2~~Sanah Helwah DZAATIN wa UMMI

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..dengan kemuliaan dan keberkatan yang Allah limpahkan
bulan ini genaplah Ummi berumur 25 tahun dan Dzaatin berumur 2 tahun
kami lahir dalam bulan yang sama iaitu Mei yang mulia
semoga umur kami semakin hari semakin diberkatiNya

ummi doakan dzaatin menjadi anak, anak yang mendapat redhaNya
ummi usap ubun2 dzaatin smbil mendoakannya
abi juga mengelus lembut ubun2 ummi sambil mendoakan ummi juga
"semoga sayang menjadi ummi dan isteri yang mendapat berkat Allah :)"
amin..

untuk meraikan majlis hari lahir kita berdua(buat sekali harung saja ;),
ummi rancang nk makan kat luar, tapi sebab hari tu kita keletihan selepas seharian ke sana sini
bermula dgn ke kenduri walimah abang Ummu 'Ukasyah dan Uwais (abi puji lauk2 kenduri sedap2 belaka plus sangat sedap cheese tu, apa nama ntah hehe) di Cheras, selepas itu ke rumah kawan ummi di Bukit Anggerik dan beli kasut baru ummi di JUSCO, baru kita sekeluarga pulang untuk ambil kek di Bandar Enstek. Dah malam baru tiba di rumah, ingat nak siap2 keluar semula ke restoran mana2, tapi ummi tgok anak2 ummi dah badmood keletihan dan dah mengantuk, jadi kami meraikan di rumah sahaja..

Lama dah ummi order kek online dari Ritzari Kitchen sempena nak meraikan majlis ulangtahun ummi dan dzaatin, dah dekat 2 minggu dah sebab excited sangat..hee..kedai kek online ni memang berdekatan je ngan umah kita, sebelah taman je..ummi selalu follow entry tuan kedai setiap kali, Puan Rose ceritakan ttg design2 tempahan kek yang diterimanya..
kalu dzaatin, wafiqa dan anak2 ummi nak tahu, boleh baca sini..





SANAH HELWAH
DZAATIN 2 YEARS OLD & UMMI 25 YEARS OLD

ni lah design yang Puan Rose cipta khas untuk kita, ummi pesan nak ada Pooh atas kek sbb dzaatin sgt suka Pooh..hee
ada bola juga sebijik atas tu,
tapi abi dah telan awal2 dah
sampai hati abi
hukhuk
(*_*)






sangat berterima kasih juga pada Puan Rose sbb hadiahkan kita apam polka dot ni..comel kan??




selamat hari lahir puteri sulungku..
engkaulah permata kalbu kami yang pertama
sayang kamu
(^_^)




bismillah....




ummi dan dzaatin nithaaqain auni


bercakap tentang hadiah
tak sah kalu tak de hadiah kan sempena hari lahir hehe
tak pe, memberi hadiah ni pun anjuran Rasulullah
jangan sampai berlebihan sudahlah
sangat menghargai kesemuanya
(^_^)


hadiah abi pada ummi mestilah istimewa
alhamdulillah..
terima kasih ye abi atas hadiah

satu hari tu ada org call ummi
cerita2 pasal satu produk ni
ummi dah pelik2 dah
ummi tanya, siapa yg belikan ni
org tu cakap
'encik elias'
atas sebab apa ye, tanya ummi
'sebagai hadiah untuk puan'
huuu
terasa kembang hati sekejap
sayang B
hadiah apa ye?
biarlah ummi dan abi je yang tahu..




nak beli untuk diri sendiri boleh tak??
sekali sekala nak manjakan diri juga
asyik anak2 dapat hadiah je kan
hee..
so bufday kali ni
ummi belikan Carter's momma bag
dari kedai online
hee
hadiah ni pun keperluan utk simpan brg2 anak2 ummi juga
tak sabar nak guna








untuk kakak dzaatin
abi hadiah kan sebuah basikal
dah lama nak belikan
sebab dzaatin mesti suka n terpegun kalu nmpak kanak2 naik basikal
jadi abi belikan sempena 2 tahun kelahirannya
ucap terima kasih pada abi ye






ummi pula hadiahkan kakak dzaatin
set buku2 dan CD untuk pembelajaran dzaatin di rumah
ummi belikan melalui online juga
ummi dapatkannya dari blog
sangat terinspirasi didikan Puan Mazlina Karim pada anak2nya
membentuk mereka untuk menjadi Huffaz
dan cepat membaca Al-Quran di usia kecil
alhamdulillah
sekarang pun dzaatin dah dapat ikut surah Al-Fatihah setiap kali dibacakan untuknya
atau dzaatin ikut baca bersama abi dalam solat
ummi belikan set ini untuk pembelajaran nya yang lebih sistematik dan disiplin




memang sebagai satu saham yang berguna untuk anak2
ummi tak kisah berhabis duit untuk mencapai matlamat
membentuk anak2 yang pandai membaca al-quran
menhafaz
dan menghayatinya..
insyaAllah




Alhamdulillah atas semua rahmat dan rezeki Allah buat family kita


Alhamdulillah juga atas rezeki sepanjang ummi berkecimpung dlm dunia bisnes ni
dalam bulan ini juga ummi dapat hadiah ganjaran sbg agen yang komited dlm bisnes
antara hadiah yang ummi dapat




Dalam 100+ design yang ada tu, yang ni juga ummi berkenan heee




yang design ni pula, ummi pilih model 25 warna tosca..selesa dan elegan bila memakainya


____________________________________________________

ADVERSTISEMENT


layari
http://al-laylshoppe untu melihat koleksi2 terbaru zariya
boleh juga jenguk al-layl shoppe di fb
lagi interactive bertanya ttg status stok dgn saya
(^_^)





Monday, May 9, 2011

B..boleh ke kita sambut Hari Ibu??


Hari ibu baru berlalu..
Alhamdulillah, dgn rezeki Allah, ummi hadiahkan tshirt Zariya yg sama size and pattern pd mak dan ibu..
mereka dah dapat dan suka dgn pemberian ummi..

semalam, ummi saja2 tanya abi..

ummi: B, kita leh sambut hari ibu tak?
abi: entahlah syg (lama jugak abi diam sebelum menjawab)
ummi: kalu xde asbab yg mengharamkannya, kita boleh je sambut walaupun dtg dr barat kan
abi: emem
ummi: contoh mcm valentine's day,kita dh tahu sejarahnya cmne, dan hukumnya haram jika kita meraikannya,hari ibu xde blg buktinya haram kan..boleh lah kita smbut..
abi,diam je. tak mengiyakan atau menafikan..

tiba hari ni..
ummi ke sana sini mempromosikan sale yg ummi wat utk promosikan tshirt yg ummi jual sempena hari ibu...
tetiba ummi terjumpa satu blog yg ummi follow
entrynya bercakap ttg history hari ibu
bagus ni fikir ummi
ummi baca dr ayat pertama hingga habis..
emmm..
luluhnya hati ummi, ummi dah mnyambutnya tanpa ummi tahu sejarahnya
dan alhamdulillah Allah temukan ummi dgn entry itu
terima kasih sgt pada pemilik blog itu
dan kini, promosi itu masih ummi jalankan
cuma ummi tak nak lagi sambut hari ibu
biarlah ummi menghargai emak dan ibu pada hari ulangtahun mereka
dan ummi juga harap anak2 ummi tidak menyambut hari ibu juga kelak
ingat ye..
cukuplah ummi dapat rasai kehangatan pelukan kalian dan kucupan kalian pada pipi dan dahi ummi
(^_^)


Astaghfirullah
mohon ampun atas kekhilafan lalu
patutlah abi tak menggalakkan ummi menyambutnya
(._.)



Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Friday, May 6, 2011

Kakak SAYANG Adik MMUAAHH

Kakak sangat sayang adik Wafiqa
selalu peluk wafiqa
selalu sayang wafiqa





kakak ajar adik membaca
belajar cd pembelajaran sama2 ngan adik
sama2 nak pandai kenal huruf






kakak janji jaga adik elok2 ye
sayang adik selalu