CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, August 28, 2012

Progress Tadika

Salam,

Tadika:


  • Didaftarkan dengan nama : Tadika Mukmin Kreatif di bawah lesen Little Caliphs Program, salah satu cawangan Little Caliphs di Negeri Sembilan.

  • Bakal beroperasi pada November 2012 dengan menawarkan School Holiday Program kepada anak-anak yang baru mendaftar, fully program akn bermula pada Januari 2013.

  • Interview untuk bakal teacher akan dijalankan pada 4 September 2012. Sebanyak 15 orang  guru bakal hadir untuk menjalani proses pemilihan. 1 daripadanya ialah Muslimah Russian yang tinggal di Nilai selama 4 tahun bersama suami dan 2 org anak, beliau sangat berminat untuk menjadi guru di tadika kami untuk sama-sama mendidik anak-anak islam mahir berbahasa inggeris dalam masa yang sama tahu solat dan membaca pada usia 4 tahun! yang penting biah solehah terjaga dari kecil.

  • Principal tadika  ialah saya sendiri Puan Noor Laila Ariffin dan bakal dibantu 3 org teacher.

  • Murid pertama yang bakal mewarnai dunia kecil tadika islami kami tentulah Dzaatin Nithaaqain Auni yang berusia 4 tahun pd 2013 dan adiknya Wafiqah Insyirah Amni yang berusia 3 tahun pada 2013 (walaupun xcukup umur lagi, wafiqa ummi hantar juga hihi)

  • Setakat ini, hampir 10 org nama anak-anak yang telah dibooking tempatnya oleh ibu bapa masing2. Mereka tak sabar nak hantar anak-anak masing2 ke sini kerana, dikhabarkan oleh parent di sini, Tadika kami ini satu2 nya tadika islami yang menawarkan pembelajaran english dan silibus yang kreatif untuk anak-anak mereka. Alhamdulillah, kehadiran kami sangat dialu-alukan. 

  • 10 Banner dan 100 bunting akan digantung di seluruh kawasan terdekat untuk tujuan promosi. Hanya tunggu pelepasan dari pihak MP Nilai shj.

  • Proses renovation masih dijalankan mengikut jadual, fil akan dtg untuk bantu kami mengecat premis dan membersihkan seluruh kawasan, selepas siap wiring dan mengecat, kami akan masukkan segala furniture, kelengkapan tadika dan keperluan lain

  • Bulan oktober adalah bulan yang dijangka bakal sibuk bagi kami, kami akan melakukan proses mencantikkan tadika dengan memasukkan pelbagai art dan craft yang sesuai untuk perkembangan anak-anak islam di tadika kami, guru-guru akn dihantar ke cawangan  tadika little caliphs terdekat untuk praktikal sebelum mereka dihantar ke Kursus yang dijadualkan pada bulan disember.

  • Awal bulan november, kami akan mengadakan Open Day  atau Registration Day utk menerima anak-anak sebagai pelajar baru ke tadika islam kami. Tak sabar menerima kehadiran mereka untuk memeriahkan suasana pembelajaran di tadika kami.

  • Antara aktiviti yang sgt kami nantikan ialah solat dhuha pada setiap hari bersama anak-anak pelajar kami!

Allahumma Yassir!

No comments:

Post a Comment