CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, September 4, 2012

Interview Session


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah dan syukur, satu lagi proses dah selesai hari ini. Proses sesi interview berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa applicant tidak dapat hadir last minit, tapi syukur, kami dah temui calon yang sesuai untuk mendidik anak-anak kecil kami

Antara soalan-soalan yang telah kami ajukan kepada mereka ialah:

Apa itu Islam, Iman, Ihsan, Ikhlas, Sabar, Cleanliness, Love, Creative, Active dan sebagainya. Semua key point ini adalah antara faktor utama untuk menjadi seorang guru!

Kami juga mengajukan beberapa situasi kes yang bakal berlaku di tadika dan bagaimana akan mereka hadapinya.

Antara faktor pemilihan kami ialah bagaimana hubungan mereka dengan Allah, hubungan mereka dengan manusia dan apa plan jangka masa panjang mereka dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak ini. Niat kami, mahu mencari guru-guru yang berakhlak mulia, boleh memberi contoh kepada anak-anak dan sabar melayan karenah mereka. Jika mereka ingin bekerja sambil mengutip pengalaman untuk membuka tadika sendiri suatu masa nanti. Itulah guru yang kami cari! Kami mahu, di mana sahaja tadika-tadika Islam tumbuh subur memberi manfaat kepada masyarakat sekeliling. Tadika yang mempunyai objective kearah pendidikan islam sedari kecil, kami sangat menyokong dan ingin membantu! Sesungguhnya, pembentukan insan yang kamil itu bermula dari kecil! Kita ingin bentuk suasana yang islami dari kecil kepada anak-anak kita supaya masa depan mereka lebih terurus dan terpimpin.

Ini ialah Ikrar guru-guru kami!


Kami, guru-guru Little Caliphs dengan ini berikrar bahawa

Kami redha Allah sebagai Tuhan kami, Islam sebagai agama

dan cara hidup kami, dan Nabi Muhammad SAW sebagai
Rasul dan ikutan kami.
Demi mencari keredhaan Allah, kami juga berazam:
Akan berusaha menyuburkan CINTA kami dan anak murid kami terhadap Islam dan ilmu.
Akan mengajar anak murid kami dengan semangat da’wah
tarbiyah, dan kasih sayang.
Akan mempelajari dan melaksanakan The Little Caliphs
 Program dalam pengajaran dan pembelajaran di tadika
dengan sebaik mungkin.

Kami juga berazam:
Akan menunaikan tugas kami dengan jujur, amanah, dan 
berdedikasi.

2 comments:

  1. salam..
    Principal...kt mana location tadika ini?Very interested..but for 3years old children terima x?
    TQ in advance..:)

    ReplyDelete
  2. wslm, tadika ni lokasinya di putra point nilai, sebelah dataran nilai puan, setakat ini kami hanya menerima student bermula 4 hingga 6 tahun :) maaf atas kelewatan reply kerana sgt jarang upload :)

    ReplyDelete