CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, February 6, 2010

Aktiviti Dzaatin di Kampung


Alhamdulillah..

Setelah 6 bulan tidak pulang ke kampung ummi di Perlis

Kali ni tiba masanya untuk kita sekeluarga pulang ke kampung sempena cuti pertengahan semester abi dan ummi selama seminggu

Sepanjang berada di kampung, ada beberapa aktiviti yang menyeronokkan sempat kita lakukan untuk mengisi masa cuti kita sekeluarga..

Ummi titipkan kembali memori kita sepanjang berada di sana buat tatapan dzaatin..

22hb Januari 2010

Bertolak pulang ke kampung. Singgah sebentar selama beberapa jam di Ipoh Perak di kampung abi sebelum kembali meneruskan perjalan ke Perlis. Kita selamat sampai pada pukul 1 tengah malam. Surprisingly, semua isi rumah sudah diulit mimpi tika kita sampai di rumah. Pintu rumah pun tidak berkunci. Ummi memberi salam dan kita terus masuk ke bilik. Dan ZZZZ.......

23hb januari 2010

Pagi2 lagi mak ngah sudah bersiap nak ke UUM. Sambung pengajian Masternya setelah seminggu berehat selepas kelahiran aisyah. Ummi diamanahkan menjaga dan menyusukan aisyah di sepanjang ketiadaan mak ngah. Kita hanya berehat sepanjang hari ini kerana letih masih lagi bersisa.

24hb januari 2010

Mak Ngah mencadangkan kita pergi bersiar2 ke Tasik Melati. Sebuah taman reakreasi yang berdekatan dengan rumah kita. Hanya mengambil masa 5 minit sahaja untuk ke sana. Ummi dan abi teruja nak bawa dzaatin bermain di playground yang terdapat di sana. Lihatlah aksi dzaatin pertama kali bermain swing. Asyik ketawa sahaja kerana seronok buaiannya ditolak laju oleh abi..hehe





26hb Januari 2010

Pukul 8 pagi. Ummi mengajak abi bermain pasir di tepi pantai yang terdapat di kawasan Jeti Kuala Perlis. Walaupun pantainya kecil dan tak seindah pantai2 di Langkawi. Tapi ummi teringin melepas gian nak bermain pasir bersama dzaatin. Sebelum dzaatin lahir, ummi dan abi kerap datang ke sini untuk merasa angin laut dan melakukan aktiviti mencari remis. Ini pertama kali dzaatin bermain pasir di tepi pantai. Bukan dimainnya, tapi disumbatnya pasir tu ke dalam mulut. Ish2..bertuah sungguh..hehe..kerana pagi semakin cerah dan panas..kita pun bergegas mencari tempat teduh. Ummi dan abi singgah makan laksa dan bihun sup di sebuah gerai. Laksa kuala Perlis memang menjadi makanan faveret ummi..yummy..




28hb Januari 2010

Sekali lagi, mak tuk mangajak kita ke Tasik Melati untuk beriadhah dan berjogging. Dalam masa yang sama, dzaatin dan ainul lah orang yang paling seronok sebab dapat bermain di playground tanpa berebut2 dengan kanak2 lain. Jika datang pada waktu petang, pengunjung agak ramai sehingga sukar untuk bermain di playground.













30hb januari 2010

Pukul 9 pagi. Kita bertolak pulang ke KL. Perjalanan agak menyukarkan ketika tiba di kawasan Batu Caves. Kita terperangkap di dalam kesesakkan jalan raya selama sejam setengah di jalan raya yang mengadap Kuil Batu Caves. Biasalah, tiap2 tahun sempena Hari Thaipusam, jalan akan menjadi sesak selama beberapa jam di kawasan itu. Menyesal lalu jalan tu kata abi..tahu xpeee..hehe..dengan keadaan yang masih letih setiba di rumah, auntie Teha mengajak kita sekeluarga pergi berkelah di Sungai Congkak di Hulu Langat. Ummi best aje..hehe..katanya nak buat BBQ..wow..best! diorang cadangkan ummi amik part buat air..ok no prob..malam tu..kita tidur dengan penuh keletihan dan semangat nak pergi berjalan pulak keesokkannya..hehe


31hb Januari 2010

Pukul 5.30pagi, ummi bangun siap2kan apa yang patut. Pukul 7.15pagi kita dah pun siap menunggu family aunty teha di depan rumahnya. Pukul 8 pagi, kita bertolak ke rumah Aunty Sumarti. Dan meneruskan perjalanan ke Hulu Langat. Di tengah jalan, family Aunty Nisa menunggu dan terus menyambung perjalanan bersama2..wah bestnya aktiviti berkelah kali ni..terasa seronok sebab semua family yang terlibat adalah family UIA married students..bagus jugak aktiviti macam ni..terasa ukhuwah semakin erat terjalin. Sesampai di sana, kita masing2 mencari port yang sesuai. Suasana masih kurang dari orang ramai. Panas pagi mula terasa. Abi dan para bapa sudah mula memasang api. Para ibu siap2 menghidangkan sarapan. Sambil2 membuat keja, sambil2 berkenalan dan bertaaruf. Seronoknya pengalaman begini. Belum ayam siap di panggang, sudah ada yang turun ke sungai untuk mandi. Dzaatin pulak kerana terlalu mengantuk, ummi dan abi dah siapkan tempat tidur untuknya. 1st kelas tu. Mana taknya. Dzaatin selamat tidur 2jam lamanya. Tak dihiraukan suasana bising orang yang datang dan bunyi2 unggas di sekelilingnya..hehe..itu pun ummi yang kejutkannya untuk bangun mandi di sungai. Nasib baik semasa kami semua tengah makan, dzaatin masih lagi tidur..dapatlah ummi dan abi makan seperti pasangan yang baru berkahwin tanpa anak di sisi..hehe..kalu tak, mesti semua makanan akan dicapainya..hehe..selepas kenyang makan, ummi dan abi bawa dzaatin ke sungai..bukan main lincah dan keletahnya dzaatin apabila dapat mencecah air sungai..itulah hobinya..hehe..tak takut air langsung..famili lain pun turut mandi bersama anak masing2..seronoknya merasai pengalaman begini...selepas penat bermandi manda, kita berehat sebentar dan bersiap2 untuk pulang. Sebelum mengemas2 barang. Kita semua sempat bergambar beramai2 sebagai tanda kenang-kenangan. Moga dapat beraktiviti sebegini lagi di lain masa. InsyaAllah






Tamatlah cerita aktiviti2 dzaatin di sepanjang cuti pertengahan semester abi dan ummi. Sungguh seronok dan terhibur sekali. Bila lagi kita dapat meluangkan masa sebegini ye..InsyaAllah..mohon agar Allah sentiasa menganugerahkan kelapangan waktu untuk kita beriadhah dan merehatkan minda selalu. Agar tekanan tika belajar dan mungkin tekanan tika bekerja kelak dapat dikurangkan dengan aktiviti yang berfaedah...dan yang paling penting, kehadiran dzaatin dalam hidup ummi dan abi memang memberi ketenangan dan kedamaian kepada kami..Alhamdulillah

Thursday, February 4, 2010

Cool with her new CD!!



comelnya dia tersenyum



lihat diriku yang ramping ni.....hehe



dzaatin kelihatan lebih selesa dg CD barunya..



~~OLD STORY~~


13 January 2010
Akhirnya..
setelah ditunggu saatnya
sampai jugak cloth diaper yang ummi order dr mielashoppe..
sudah sampai masanya ummi berdikit-dikit menukar daripada penggunaan disposable diaper ke cloth diaper yang hangat di kempen di blog2..
sebelum ni ummi perkenalkan pada mak ngah dzaatin untuk kegunaan ainul mardhiyah
tapi kali ni ummi belikan untuk dzaatin pulak..

Alhamdulillah..
setelah beberapakali menggunakannya
ummi dan abi sungguh berpuashati
mana taknya sebelum ni
dzaatin punya tut merah2 sebab kena ruam lampin
teruk merahnya
kesian ummi tengok
pakai dropolene tak jadi
last2 ummi abi fikir mungkin cloth diaper ni la solusinya
dan Alhamdulillah
ruam dzaatin 100% sudah hilang
dzaatin kembali sihat seperti sediakala
ummi nak ucap tima kasih pada abi sbb setuju nak belikan cloth diaper kat dzaatin
sayanggg abi..

ummi ucapkan terima kasih pada k.shira jugak sbb perkenalkan blog mielashoppe
cloth diapersnya mmg murah dan mampu milik
pas ni
ummi nak simpan bajet untuk menukar sepenuhnya disposable diapers
kepada cloth diapers
apabila sudah bergaji tetap kelak
insyaAllah



beberapa artikel ttg cloth diaper

KENALI 'DiSPOSABLE DiAPER'

Dioxin in is listed by the EPA as the most toxic of cancer related chemicals.

Diharamkan di banyak negara, tetapi tidak di USA (syarikat pengeluar dispo utama dunia)

Tributyl-tin (TBT) - a toxic pollutant known to cause hormonal problems in humans and animals. Ia

merebak melalui kulit walaupun dalam kuantiti yang kecil.

Sodium polyacrylate -Gel-like, super absorbent crystals. Sodium polyacrylate is the same substance

that was removed from tampons because of its link to toxic shock syndrome. Polimer ini

menyebabkan alergi teruk seperti muntah, infection dan demam.

Meningkatkan jumlah peratusan bayi yang rashes daripada 5%(1955) kepada 78%(1991).

Pembiakan bakteria dan ammonia melalui urine.

Penyebab athma di kalangan bayi.

Kajian tahun 2000 (German) menyatakan suhu yang terlampau tinggi pada bahagian skrotum

bayi lelaki menyebabkan kerosakan pada his cooling mechanism dan boleh mengakibatkan

masalah kemandulan.

50% daripada sampah domestik rumah.

Sumber sampah KETIGA TERBESAR sedangkan hanya 5% populasi dunia menggunakannya.

Mengambil masa 500 tahun untuk terurai!

MENGAPA PERLU BERTUKAR KE LAMPIN MODERN:

1. Dari Segi Kesihatan Dan Pencemaran Alam Sekitar)

Lampin pakai buang mengandungi bahan kimia sintetik di dalamnya iaitu dioxin yang terhasil dari proses pelunturan kertas bagi mendapatkan kertas yang nampak putih dan bersih. Bahan ini merupakan toksin bersifat karsinogen yang boleh menyebabkan kanser.b) Lampin pakai buang juga mengandungi sodium polyacrylate yang berfungi menyerap cecair dan akan bertukar menjadi gel apabila basah. Ia boleh menyebabkan kulit bayi menjadi merah dan ruam. Dalam kes alahan kronik, ia boleh menyebabkan muntah-muntah, deman serta jangkitan kuman. Bahan ini tidak lagi digunakan dalam tampon wanita. Kajian perubatan mendapati kes ruam lampin meningkat selari dengan peningkatan pemakaian lampin pakai buang. Ini disebabkan oleh bakteria yang bertindakbalas dengan ammonia di dalam air kencing, alahan, kepanasan dan kekurangan pengudaraan akibat pemakaian lampin pakai buang yang terlalu lama.c) Lampin pakai buang juga mengandungi tributyl tin (TBT) iaitu bahan pencemaran alam yang sangat bertoksik. Ia boleh menganggu sistem hormon dan imunisasi badan.d) Lampin pakai buang juga dikaitkan dengan asma (lelah). Satu kajian yang dijalankan di Jerman pada tahun 2000 telah mendapati bahawa lampin pakai buang menaikkan suhu sekitar skrotum dan boleh menjadi punca rosaknya mekanisma penyejukan yang semulajadi. Ia boleh memberi kesan kepada kesuburan pada masa akan datang.e) Lampin pakai buang juga merosakkan dan mencemarkan alam sekitar. Lampin pakai buang menggunakan banyak bahan mentah bagi menghasilkannya, termasuk pokok yang menghasilkan kertas serta bahan kimia bagi menghasilkan plastik. Lebih dari 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di serata dunia. Sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya. Di rumah yang mempunyai anak kecil, lampin pakai buang menyumbang 50% dari keseluruhan sampah yang dikeluarkan dari rumah itu. Lampin pakai buang akan mencemarkan air dan menyebabkan penyakit apabila terkumpul dengan banyaknya di tempat longgokan sampah.


2) Dari segi kos

Penggunaan lampin pakai buang merupakan kos berterusan dan sangat mahal, lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai lebih dari seorang anak kecil yang memakai lampin.

(a)Penjimatan kos

Dengan menggunakan lampin kain dapat dilihat dalam perbandingan di bawah:
Jika menggunakan lampin pakai buang:
Anak anda menggunakan minimum 6 lampin pakai-buang sehari pada kos RM0.50 setiap satu.

RM0.50 sekeping X 6=RM3.00 sehari

RM3.00 X 365 hari=RM1095 setahun

RM1095 X 3 tahun = RM3285 untuk seorang anak

Anda perlu mengeluarkan jumlah wang yang sama untuk anak yang kedua, ketiga dan seterusnya........

Jika menggunakan lampin kain/cloth diaper (CD)
Anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya 12 helai CD jika anda bekerja dan mencucinya setiap hari. (bagi surirumah sepenuh masa atau yang mempunyai pembantu rumah, bilangan minimum yang diperlukan adalah kurang dari 10 helai kerana boleh terus dibasuh apabila menggantikannya). Untuk keselesaan, anda boleh membeli lebih insert secara berasingan.

Sehelai CD (termasuk 1 insert) = RM35

Beli 12 helai : 12 X RM 35 =RM420

Beli 20 helai: (lebih banyak CD , lebih tahan lama kerana lambat lusuh)20 X RM35 = RM700 sahaja !!!


Kos lampin kain kekal . Anda boleh menggunakan lagi lampin yang sama jika anda menambah bilangan ahli keluarga.


(b) Bayi akan cepat belajar membuang air di tandas.


Bayi yang menggunakan lampin kain juga akan lebih cepat membezakan antara basah dan kering kerana walau pun bahagian dalam lampin kain (fleece) ini sentiasa kering dan selesa, masih ada kedinginan semulajadi berbanding lampin pakai buang. Menurut satu artikel di dalam Wall Street Journal, bayi yang memakai lampin pakai buang memakai lampin sehingga umur 36 hingga 42 bulan, sedangkan bayi yang memakai lampin kain masanya lebih singkat iaitu sehingga setahun lebih awal. Ini sangat menjimatkan kerana anak anda akan cepat belajar membuang air sendiri di tandas. (earlier potty training)

3. Dari segi keselesaan dan kecantikan

Lampin kain zaman moden ini juga ternyata lebih cantik dipandang kerana ia datang dalam pelbagai rekaan, warna dan corak. Fitting dan cuttingnya juga lebih cantik dan kemas serta selesa dipakai berbanding lampin pakai buang. Cara pemakaiannya juga sangat mudah, sama seperti lampin pakai buang. Ia sangat mudah dibasuh dan mudah kering kerana ia di perbuat dari kain yang ringan, lembut, selesa dan mempunyai pengudaraan yang baik untuk kulit si kecil anda.

MAKLUMAT AM:


1. Cuci insert seboleh-bolehnya 3-5kali cucian sebelum digunakan utk mendapatkan tahap penyerapan yang tahan lama.
2. Sila gunakan sabun yang tiada bahan 'pelembut'
3. Sila masukkan insert kedalam poket & pastikan kedudukan insert betul dialur punggung anak & pakaikan mengikut keselesaan (jgn longgar)
4. Jika ada masalah kebocoran, kemungkinan insert tue tidak menyerap air kencing secara optimum jadik basuh lagi & jemur dibawah panas matahari
5. Jika ada kesan2 kotoran poo poo anak2 pada insert, hanya perlu jemur dibawah cahaya matahari, insyaallah kesan kuning lama-lama akan hilang
6. Jangan kerap merendam insert, itu akan menjadikan tahap penyerapan insert akan terjejas.

STRIP WASH
Hanya dilakukan sekali-sekala
1. Strip wash dilakukan apabila CD telah mula leaking. Leaking ni terjadi kerana lapisan minyak terkumpul dipermukaan insert.
2. Basuh CD menggunakan sabun pencuci pinggan. Cth : sunlight.
3. Letak sedikit sabun pada insert/cd dan tenyeh2.
4. Bilas dan masukkan kedalam mesin utk dicuci.
5. Bilasan terakhir, letak sedikit soda bikarbonat.(memutihkan insert)
6. Apabila proses strip wash dilakukan, kemungkinan masalah leaking dapat diatasi.

JADUAL WAKTU PENGGUNAAN HARIAN
MASA PENGGUNAAN CLOTH DIAPER

Jadual Waktu Penggunaan Lampin Kain Harian (sebagai guidance sahaja)

Sesuai untuk bayi berusia 2 bulan ke atas

*Untuk bayi berusia bawah 2 bulan, tukarkan CD 2-3 jam sekali

7.00 – 10.00 PAGI 1 POCKET + 1 INSERT
10.00 – 1.00 TGH HARI 1 POCKET +1 INSERT
1.00 – 4.00 PETANG 1 POCKET + 1 INSERT
4.00 – 7.00 PETANG 1 POCKET + 1 INSERT
7.00 – 12.00 MLM 1 POCKET + 2 INSERT
12.00 – 7.00 PAGI 1 POCKET + 2 INSERT


JUMLAH PENGGUNAAN SEHARI 6 POCKET DENGAN 8 INSERT

CARA BASUH CLOTH DIAPER (CD)

1. Basuh dahulu cloth diaper (CD) dan 'insert' (2-3 kali prewash) yang pertama kali hendak digunakan. Tidak perlu di berus, basuh menggunakan tangan, gunakan sedikit saja sabun (lebih elok guna sabun kain jenis kurang buih, tidak mengandungi enzyme (contoh enzyme pewangi atau enzyme pemutih) kerana sesetengah bayi mempunyai kulit yang sangat sensitif. Bilas, perah dan jemur hingga kering.

Note: Mungkin Boleh Gunakan Sabun Pureen Had


2. Masukkan 'insert' ke dalam poket CD. ('Insert' yang dibuat dari microfiber tidak boleh diletakkan secara terus menyentuh kulit bayi kerana kuasa serapannya yang kuat akan menyerap lembapan semulajadi pada kulit bayi). Pastikan ditolak kemas sampai ke bahagian depan (terutama kalau bayi lelaki) . Boleh digunakan sehingga 4 jam atau 4 kali basahan (sama seperti lampin pakai buang). Bagi bayi yang 'heavy wetter', boleh dimasukkan dua 'inserts' ke dalam poket CD. Walau pun 'microfleece' (bahagian dalam CD yang kena kulit bayi) ini sentiasa kering, dinasihatkan apabila hendak menukar 'insert', tukar CD sekali bagi mengelakkan bakteria dan ruam lampin jika terlalu lama dipakai.


3. Sebelum dibasuh, keluarkan 'insert' dari CD. Sekiranya tidak ada najis, bilas dan boleh terus dibasuh dengan tangan (berus tidak digalakkan terutama berus sabut) atau dimasukkan ke dalam mesin basuh seperti biasa tetapi seelok-eloknya dimasukkan ke dalam jaring kain (laundry net) supaya CD lebih tahan lama. Seperti tadi, kurangkan sukatan sabun (1/4 daripada sukatan biasa).


4. JANGAN masukkan 'softener' atau clorox semasa membasuh kerana 'softener' boleh mengurangkan daya serapan dan clorox boleh merosakkan CD/'insert'. Sekiranya ada najis, buangkan dahulu ke lubang tandas dengan pancuran air paip dan bilas dengan air sebelum dimasukkan ke mesin basuh. Najis yang melekat pada 'microfleece' ini sangat mudah ditanggalkan terutama bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi. Anda boleh menggunakan cecair basuh pinggan (contohnya 'Sunlight') pada 'microfleece' untuk menanggalkan warna kekuningan (kesan najis) sekiranya ada. Sekiranya CD tidak sempat dibasuh terus, tinggalkan saja di dalam baldi kering tanpa perlu direndam dan boleh dibasuh kemudian.


5. Bagi 'insert', sekiranya sudah lama digunakan dan nampak kekuningan, JANGAN gunakan clorox untuk memutihkanya. Boleh diperahkan limau nipis pada 'insert' yang basah dan ditinggalkan seketika sebelum dibasuh. Ataupun boleh dicampurkan sedikit bikabonat soda semasa membasuh kemudian dibilas dengan air yang dicampurkan dengan sedikit cuka tetapi JANGAN dibuat pada CD kerana cuka boleh merosakkan PUL (material sebelah luar CD) yang boleh mengakibatkan kebocoran. Jangan risau, kekuningan ini juga boleh hilang apabila dijemur ditengah panas matahari atau pun setelah 'insert' dibasuh berulang kali.

6. Sebulan atau seminggu sekali, lakukan 'stripping' iaitu dengan membersihkan bahagian dalam dan luar 'microfleece' dengan sabun basuh pinggan yang elok kuasa tanggal minyaknya contohnya 'Sunlight', kemudian dibilas bersih-bersih supaya 'microfleece' dapat berfungsi dengan baik. Biasanya apabila CD sudah lama digunakan dan nampak seperti 'microfleece' kurang menyerap dan air kencing keluar mengikut tepi CD, maknanya 'stripping' perlu dilakukan untuk mengeluarkan kekotoran halus atau mendapan sabun yang mungkin terperangkap pada 'microfleece'.

Jangan terperanjat. Saya juga pada mulanya seperti anda. Mengapa perlu bertukar semula ke lampin kain sedangkan lampin pakai buang banyak terdapat di pasaran dan sangat mudah digunakan?

Fikirkanlah, adakah anda rela memakai pakaian yang dibuat dari kertas dan plastik sedangkan anda mempunyai pilihan memakai pakaian dari kain yang cantik, selesa dan tahan lasak? Sekiranya anda memilih untuk memakai kain, mengapa tidak anak kesayangan anda? Berfikir dan bertindak bijaklah mulai sekarang dengan memilki lampin kain moden yang sangat mudah digunakan, selamat dan sangat menjimatkan.

MiTOS CD:

  • CD Mahal

– Terdapat pelbagai jenis & jenama CD yang affordable di pasaran.

  • Susah Basuh CD?

Refer Jadual Pembasuhan CD di bawah. 3 hari sekali basuh, 18 CD sekali basuhan. (Jika anda mempunyai 20 Keping CD)

Jadual Pembasuhan CD

*Untuk anggaran 20 CDs

Hari

Jumlah CD Bersih

Jumlah Used CD

Status

Pertama

14

6

6 used CD dalam

diaper pail

Kedua

8

6

12 used CD dalam

diaper pail

Ketiga

(Hari membasuh)

2

6

18 used CD dalam

diaper pail

3 hari sekali basuh, mudah kan?

  • CD Bocor

Kain PUL tidak bocor , kecuali saiz yang tidak sesuai dan CD yang tidak dipakai dengan

betul. Periksa samada ukur lilit CD benar2 sesuai dengan peha bayi.

Prewash yang tidak cukup untuk CD baru.

  • CD Bulky

Ianya sedikit bulky berbanding disposable diaper. Ups, mungkin kerana ianya tiada gel

penyerap yang merbahaya :wink: wink:

  • CD Bertahi lalat jika direndam lama

Material CD susah bertahi lalat dan dan sekiranya anak on medication, CD akan sedikit

kehitaman. Walau bagaimanapun, ianya akan hilang selepas beberapa basuhan.

  • Bekas najis susah nak hilang

Jemurkan CD anda di bawah cahaya matahari. Kotoran tersebut akan hilang dan CD

anda kembali putih bersih.

NOTA INI ADALAH UNTUK TUJUAN RUJUKAN SAHAJA.



Monday, February 1, 2010

Aisyah Humaira' : Adik susuan Dzaatin




Alhamdulillah..
pada 23hb Januari 2010
akhirnya tercapailah hajat mak ngah dan ummi untuk
menjadikan aisyah humaira' sebagai anak susuan ummi..
dan secara tak langsung merangkap adik susuan dzaatin..
lagipun ummi kasihan dengan aisyah humaira'
baru berumur 13 hari, mamanya terpaksa tinggalkan aisyah di rumah
kerana menghadiri kelas masternya di uum
bermula 8pagi sehingga 5petang
jadi ummi susukan aisyah sepanjang ketiadaan mak ngah
terharu rasanya dapat susukan bayi yang masih memerlukan susu ibu
kalau dzaatin nak tahu..
ummi terpaksa dahulukan aisyah walaupun dzaatin lapar tika itu
merengek2 minta disusukan juga
tapi sebab aisyah lebih perlukan susu ibu
ummi kenyangkannya dahulu..
baru turn dzaatin..
kadang2 susu tak cukup untuk dzaatin tapi ummi tenangkan dzaatin sambil suap bubur nasi..
ummi tahu..dzaatin seorang kakak yang solehah kan..
mesti dahulukan adik dahulu ye..

dzaatin..
jadikan aisyah humaira' seperti adik kandungmu..
tumpahkan kasih sayang sebagai seorang kakak padanya
walaupun dzaatin dan aisyah humaira' jarang bertemu
ikatan adik beradik susuan sudah menjadi darah daging
hargai ikatan itu ye..

sebelum pulang ke kampung
ummi sudah pun diberitahu ttg hajat mak ngah
mahu ummi susukan aisyah semasa ketiadaannya
jadi ummi cari gali sedikit sebanyak ttg hukum hakam
ikatan anak susuan dengan ibubapanya
semoga Allah meredhai kita semua..


article pertama

ANAK SUSUAN Apabila seorang wanita menyusui seorang bayi dengan lima kali susuan yang mengenyangkan dan bayi itu belum berumur dua tahun, maka bayi itu menjadi anak susuannya. Anak susuan menjadi mahram ibu susuannya, namun tidaklah ia mewarisi harta darinya kerana hak perwarisan dalam Islam hanya sabit dengan tiga faktor sahaja iaitu;
1. Kerana nasab; iaitu hubungan keturunan dan kekeluargaan.
2. Kerana perkahwinan; iaitu hubungan antara suami dan isteri.
3. Kerana wala'; iaitu hubungan antara hamba dan bekas tuannya.

Adapun hubungannya dengan suami puan, Syarak telah menetapkan kaedah berdasarkan hadis Nabi s.a.w.; "Diharamkan kerana penyusuan sama seperti orang-orang yang diharamkan kerana Nasab" (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu 'Abbas r.a.). Kerana itu, suami puan adalah bapanya (yakni bapa kerana penyusuan). Ibu suami puan adalah neneknya. Kakak suami puan adalah ibu saudaranya. Dan anak lelaki suami puan adalah saudara lelakinya. Ke semua mereka menjadi mahramnya (yakni mahram kerana penyusuan). Harus ia berduaan dengan mereka jika aman fitnah dan haram ke atasnya mengahwini mereka. Aurat mereka di hadapannya sama seperti aurat mereka di hadapan mahram-mahram yang lain.


article ke2

Persamaan hukum persaudaraan susuan (anak susu, ibu susu, saudara susu, pakcik susu dan lain2) dengan persaudaran darah (kelahiran) adalah dari sebahagian sudut. Bukannya semua sudut.

Hukum yang disabitkan dengan susuan

1. Pernikahan.

Seorang itu diharamkan berkahwin dengan ibu susu dan saudara perempuan susuan. Ini jelas dari Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: "Dan diharamkan berkahwin dengan perempuan yang menyusukan kamu dan saudara2 susuan kamu..."(23: an: Nisaa)

Bukan sahaja mereka berdua sahaja malah semua yang diharamkan dalam hubungan darah adalah diharamkan dalam hubungan susuan seperti bapa saudara susuan, datuk susuan, ayah susuan dan lain2. Ini berdasarkan hadis berikut:

يحرم من الرضاع ما يحرم من الولادة

Maksudnya: Diharamkan berkahwin disebabkan susuan seperti mana diharamkan dengan sebab melahirkan anak.(Hr Muslim)
2- Boleh melihat tanpa syahwat.

3- Boleh berkhalwat.

Ini berdasarkan hadis berikut:

Aisyah berkata "Aflah bin Qu'ais meminta izin untk masuk berjumpa denganku tetapi aku tidak mengizinknnya. Maka dia memberitahu bahawa dia adalah pakcik susuanku kerana isteri saudaranya telah menyusukanku. Aku tetap tidak mengizinkannya dan aku memberitahu Rasulullah perkara ini bila baginda balik. Rasulullah bersabda:

ليدخل عليك فإنه عمك

Maksudnya: "Benarkan dia masuk kerana sesungguhnya dia adalah pakcik susuanmu." (Hr Muslim)

4- Bermusafir dgn mereka.

Sepertimana diketahui wanita dilarang bermusafir menurut pendapat jumhur tanpa suami dan mahram. Saudara susuan adalah termasuk mahram

5- Wuduk tidak batal apabila bersentuhan diantara kulit seseorang dengan saudara susuannya.
Hukum yang tidak disabitkan dengan susuan

1. Harta pusaka: Hubungan susuan tidak layak menerima pusaka.

2. Kewajipan nafkah: Hubungan susuan tidak wajb memberi nafkah.

3. Wali Nikah: Ayah susu dan seumpamanya tidak boleh menjadi wali nikah kepada anak susuannya.

4. Penjagaan anak (hadanah): Ibu susu tidak diwajibkan menjaga anak susuan.

5. Pembebasan hamba dengan pemilikan hamba: Seseorang itu wajib menebus ayahnya yang hamba jika boleh ditebus. Namun bagi anak susu hanyalah sunat dia membebaskan ayah susuannya yg boleh ditebus.

6. Menanggung bayaran diat: Saudara susuan tidak wajib membayar diat saudara susuannya seperti saudara kandungnya.

7. Gugur bunuh balas: Seorang bapa tidak dibunuh bila dia membunuh anak kandungnya. adapun bapa susuan akan dibunuh apabila dia membunuh anak susuannya.

8. Ditolak penyaksian: Seseorang tidak boleh menjadi saksi kepada saudara kandungnya. Saudara susuan tidak termasuk dalam hukum ini.

Rujukan: ar-Roda3 al-Muharram oleh Abdullah Abdul Mun3im Abdul Latif


article ke3

PERIHAL PENYUSUAN DAN ANAK SUSUAN

(Bilangan 125 Bahagian Kedua)


Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah

Rukun Radha‘ah (Penyusuan) Dan Syaratnya

Rukun radha‘ah dan syaratnya yang menyebabkan seorang anak damit itu disabitkan sebagai anak susuan dan menjadi mahram kepada perempuan yang menyusukannya ada tiga perkara iaitu:

1. Al-Murdhi‘ iaitu perempuan yang menyusukan. Disyaratkan orang yang menyusukan itu perempuan yang hidup dan telah mencapai usia sembilan tahun qamariah.

2. Ar-Radhi‘ iaitu anak yang disusukan. Disyaratkan anak damit itu hidup dan umurnya tidak melebihi dua tahun qamariah (haulain) sekalipun lebihnya itu pada kadar sehari.

3. Al-Laban iaitu air susu perempuan. Disyaratkan air susu itu sampai masuk ke perut anak damit berkenaan sehingga ia boleh menyebabkan pertumbuhan badan anak tersebut. Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: "Tidak menjadi mahram daripada susuan melainkan apa yang menumbuhkan daging dan menguatkan tulang."

(Hadis riwayat Ahmad)

Disyaratkan juga had penyusuan itu tidak kurang daripada lima kali dalam waktu yang berasingan dengan kadar penyusuan mengikut kebiasaan. Sebagaimana disebutkan dalam sebuah atsar shahabi daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya:

Maksudnya: "Menurut apa yang diturunkan daripada Al-Qur’an sebelumnya bahawa sepuluh kali susuan yang telah dipastikan itu akan mengharamkan mereka (menjadikan mereka sebagai mahram). Kemudian (ketetapan itu) dimansukhkan dengan hanya lima kali susuan yang telah dipastikan. Maka wafat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sedangkan (sebahagian mereka) terus membacanya (ayat lima kali susuan) daripada ayat Al-Qur’an (sehinggalah mereka berpakat untuk menasakhkan pembacaannya)."

(Hadis riwayat Muslim)

Adapun yang dimaksudkan dengan pemansuhan ayat "sepuluh kali susuan" itu adalah pada pembacaan dan hukumnya, namun pemansuhan bagi ayat "lima kali susuan" itu adalah pada pembacaan sahaja bukan hukumnya. (Syarah Shahih Muslim: 10/26)

Disyaratkan pada kadar penyusuan yang dikira sebagai sekali penyusuan itu adalah mengikut kebiasaan. Maksud daripada penyusuan mengikut kebiasaan itu ialah apabila seorang perempuan menyusukan anak damit dengan susu dadanya, nescaya anak damit itu akan menghisapnya dan apabila dipisahkan daripadanya nescaya dia akan melepaskannya (kenyang). Proses sedemikian sudah dikira sebagai sekali susuan.

Jika proses penyusuan itu diselangi dengan sesuatu keadaan yang tidak lama, seperti terputus penyusuan ini disebabkan anak tersebut bernafas, keletihan, termengah-mengah atau terputus disebabkan kesedakan kerana air susu terlalu banyak di mulutnya, kemudian anak tersebut kembali menghisap susu dada perempuan itu, maka penyusuan yang demikian ini masih dikira sebagai sekali susuan. Demikian juga halnya apabila dipindahkan anak itu daripada susu dada sebelah kanan kepada susu dada sebelah kiri.

Jika terputus anak damit itu daripada penyusuan dengan tanpa sebarang sebab kemudian kembali untuk menyusu, maka dalam keadaan ini tertakluk kepada jangka masa terputusnya itu, jika hanya seketika nescaya ianya dikira sekali susuan, namun jika jangka masa yang lama nescaya dikira dua kali susuan. (Majmuk: 20/92-93)

Hukum Anak Susuan

Apabila sabit seorang anak kecil menyusu kepada seorang perempuan yang bukan ibunya atau bukan mahramnya dengan rukun dan syarat di atas, maka anak susuan tersebut akan dikaitkan dengan sebahagian hukum hakam anak kandung (nasab), seperti dalam hal haram berkahwin, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: "Haram dengan sebab susuan seperti apa yang haram dengan sebab nasab keturunan."

(Hadis riwayat Bukhari)

Begitu juga persamaan pada hukum dalam perkara wudhu apabila bersentuhan, ‘aurat dan khalwat.

Walau bagaimanapun masih terdapat beberapa hukum hakam yang berbeza antara anak susuan dengan anak kandung, seperti perwarisan, nafkah, pengguguran hukum qishah, tidak dipotong tangan apabila mencuri harta dan penjagaan (wilayah) ke atas harta atau diri sendiri, yang mana kesemua ini tidak sabit ke atas anak susuan. (Asna Al-Mathalib: 3/415)