CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, February 1, 2010

Aisyah Humaira' : Adik susuan Dzaatin




Alhamdulillah..
pada 23hb Januari 2010
akhirnya tercapailah hajat mak ngah dan ummi untuk
menjadikan aisyah humaira' sebagai anak susuan ummi..
dan secara tak langsung merangkap adik susuan dzaatin..
lagipun ummi kasihan dengan aisyah humaira'
baru berumur 13 hari, mamanya terpaksa tinggalkan aisyah di rumah
kerana menghadiri kelas masternya di uum
bermula 8pagi sehingga 5petang
jadi ummi susukan aisyah sepanjang ketiadaan mak ngah
terharu rasanya dapat susukan bayi yang masih memerlukan susu ibu
kalau dzaatin nak tahu..
ummi terpaksa dahulukan aisyah walaupun dzaatin lapar tika itu
merengek2 minta disusukan juga
tapi sebab aisyah lebih perlukan susu ibu
ummi kenyangkannya dahulu..
baru turn dzaatin..
kadang2 susu tak cukup untuk dzaatin tapi ummi tenangkan dzaatin sambil suap bubur nasi..
ummi tahu..dzaatin seorang kakak yang solehah kan..
mesti dahulukan adik dahulu ye..

dzaatin..
jadikan aisyah humaira' seperti adik kandungmu..
tumpahkan kasih sayang sebagai seorang kakak padanya
walaupun dzaatin dan aisyah humaira' jarang bertemu
ikatan adik beradik susuan sudah menjadi darah daging
hargai ikatan itu ye..

sebelum pulang ke kampung
ummi sudah pun diberitahu ttg hajat mak ngah
mahu ummi susukan aisyah semasa ketiadaannya
jadi ummi cari gali sedikit sebanyak ttg hukum hakam
ikatan anak susuan dengan ibubapanya
semoga Allah meredhai kita semua..


article pertama

ANAK SUSUAN Apabila seorang wanita menyusui seorang bayi dengan lima kali susuan yang mengenyangkan dan bayi itu belum berumur dua tahun, maka bayi itu menjadi anak susuannya. Anak susuan menjadi mahram ibu susuannya, namun tidaklah ia mewarisi harta darinya kerana hak perwarisan dalam Islam hanya sabit dengan tiga faktor sahaja iaitu;
1. Kerana nasab; iaitu hubungan keturunan dan kekeluargaan.
2. Kerana perkahwinan; iaitu hubungan antara suami dan isteri.
3. Kerana wala'; iaitu hubungan antara hamba dan bekas tuannya.

Adapun hubungannya dengan suami puan, Syarak telah menetapkan kaedah berdasarkan hadis Nabi s.a.w.; "Diharamkan kerana penyusuan sama seperti orang-orang yang diharamkan kerana Nasab" (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu 'Abbas r.a.). Kerana itu, suami puan adalah bapanya (yakni bapa kerana penyusuan). Ibu suami puan adalah neneknya. Kakak suami puan adalah ibu saudaranya. Dan anak lelaki suami puan adalah saudara lelakinya. Ke semua mereka menjadi mahramnya (yakni mahram kerana penyusuan). Harus ia berduaan dengan mereka jika aman fitnah dan haram ke atasnya mengahwini mereka. Aurat mereka di hadapannya sama seperti aurat mereka di hadapan mahram-mahram yang lain.


article ke2

Persamaan hukum persaudaraan susuan (anak susu, ibu susu, saudara susu, pakcik susu dan lain2) dengan persaudaran darah (kelahiran) adalah dari sebahagian sudut. Bukannya semua sudut.

Hukum yang disabitkan dengan susuan

1. Pernikahan.

Seorang itu diharamkan berkahwin dengan ibu susu dan saudara perempuan susuan. Ini jelas dari Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: "Dan diharamkan berkahwin dengan perempuan yang menyusukan kamu dan saudara2 susuan kamu..."(23: an: Nisaa)

Bukan sahaja mereka berdua sahaja malah semua yang diharamkan dalam hubungan darah adalah diharamkan dalam hubungan susuan seperti bapa saudara susuan, datuk susuan, ayah susuan dan lain2. Ini berdasarkan hadis berikut:

يحرم من الرضاع ما يحرم من الولادة

Maksudnya: Diharamkan berkahwin disebabkan susuan seperti mana diharamkan dengan sebab melahirkan anak.(Hr Muslim)
2- Boleh melihat tanpa syahwat.

3- Boleh berkhalwat.

Ini berdasarkan hadis berikut:

Aisyah berkata "Aflah bin Qu'ais meminta izin untk masuk berjumpa denganku tetapi aku tidak mengizinknnya. Maka dia memberitahu bahawa dia adalah pakcik susuanku kerana isteri saudaranya telah menyusukanku. Aku tetap tidak mengizinkannya dan aku memberitahu Rasulullah perkara ini bila baginda balik. Rasulullah bersabda:

ليدخل عليك فإنه عمك

Maksudnya: "Benarkan dia masuk kerana sesungguhnya dia adalah pakcik susuanmu." (Hr Muslim)

4- Bermusafir dgn mereka.

Sepertimana diketahui wanita dilarang bermusafir menurut pendapat jumhur tanpa suami dan mahram. Saudara susuan adalah termasuk mahram

5- Wuduk tidak batal apabila bersentuhan diantara kulit seseorang dengan saudara susuannya.
Hukum yang tidak disabitkan dengan susuan

1. Harta pusaka: Hubungan susuan tidak layak menerima pusaka.

2. Kewajipan nafkah: Hubungan susuan tidak wajb memberi nafkah.

3. Wali Nikah: Ayah susu dan seumpamanya tidak boleh menjadi wali nikah kepada anak susuannya.

4. Penjagaan anak (hadanah): Ibu susu tidak diwajibkan menjaga anak susuan.

5. Pembebasan hamba dengan pemilikan hamba: Seseorang itu wajib menebus ayahnya yang hamba jika boleh ditebus. Namun bagi anak susu hanyalah sunat dia membebaskan ayah susuannya yg boleh ditebus.

6. Menanggung bayaran diat: Saudara susuan tidak wajib membayar diat saudara susuannya seperti saudara kandungnya.

7. Gugur bunuh balas: Seorang bapa tidak dibunuh bila dia membunuh anak kandungnya. adapun bapa susuan akan dibunuh apabila dia membunuh anak susuannya.

8. Ditolak penyaksian: Seseorang tidak boleh menjadi saksi kepada saudara kandungnya. Saudara susuan tidak termasuk dalam hukum ini.

Rujukan: ar-Roda3 al-Muharram oleh Abdullah Abdul Mun3im Abdul Latif


article ke3

PERIHAL PENYUSUAN DAN ANAK SUSUAN

(Bilangan 125 Bahagian Kedua)


Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah

Rukun Radha‘ah (Penyusuan) Dan Syaratnya

Rukun radha‘ah dan syaratnya yang menyebabkan seorang anak damit itu disabitkan sebagai anak susuan dan menjadi mahram kepada perempuan yang menyusukannya ada tiga perkara iaitu:

1. Al-Murdhi‘ iaitu perempuan yang menyusukan. Disyaratkan orang yang menyusukan itu perempuan yang hidup dan telah mencapai usia sembilan tahun qamariah.

2. Ar-Radhi‘ iaitu anak yang disusukan. Disyaratkan anak damit itu hidup dan umurnya tidak melebihi dua tahun qamariah (haulain) sekalipun lebihnya itu pada kadar sehari.

3. Al-Laban iaitu air susu perempuan. Disyaratkan air susu itu sampai masuk ke perut anak damit berkenaan sehingga ia boleh menyebabkan pertumbuhan badan anak tersebut. Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: "Tidak menjadi mahram daripada susuan melainkan apa yang menumbuhkan daging dan menguatkan tulang."

(Hadis riwayat Ahmad)

Disyaratkan juga had penyusuan itu tidak kurang daripada lima kali dalam waktu yang berasingan dengan kadar penyusuan mengikut kebiasaan. Sebagaimana disebutkan dalam sebuah atsar shahabi daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya:

Maksudnya: "Menurut apa yang diturunkan daripada Al-Qur’an sebelumnya bahawa sepuluh kali susuan yang telah dipastikan itu akan mengharamkan mereka (menjadikan mereka sebagai mahram). Kemudian (ketetapan itu) dimansukhkan dengan hanya lima kali susuan yang telah dipastikan. Maka wafat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sedangkan (sebahagian mereka) terus membacanya (ayat lima kali susuan) daripada ayat Al-Qur’an (sehinggalah mereka berpakat untuk menasakhkan pembacaannya)."

(Hadis riwayat Muslim)

Adapun yang dimaksudkan dengan pemansuhan ayat "sepuluh kali susuan" itu adalah pada pembacaan dan hukumnya, namun pemansuhan bagi ayat "lima kali susuan" itu adalah pada pembacaan sahaja bukan hukumnya. (Syarah Shahih Muslim: 10/26)

Disyaratkan pada kadar penyusuan yang dikira sebagai sekali penyusuan itu adalah mengikut kebiasaan. Maksud daripada penyusuan mengikut kebiasaan itu ialah apabila seorang perempuan menyusukan anak damit dengan susu dadanya, nescaya anak damit itu akan menghisapnya dan apabila dipisahkan daripadanya nescaya dia akan melepaskannya (kenyang). Proses sedemikian sudah dikira sebagai sekali susuan.

Jika proses penyusuan itu diselangi dengan sesuatu keadaan yang tidak lama, seperti terputus penyusuan ini disebabkan anak tersebut bernafas, keletihan, termengah-mengah atau terputus disebabkan kesedakan kerana air susu terlalu banyak di mulutnya, kemudian anak tersebut kembali menghisap susu dada perempuan itu, maka penyusuan yang demikian ini masih dikira sebagai sekali susuan. Demikian juga halnya apabila dipindahkan anak itu daripada susu dada sebelah kanan kepada susu dada sebelah kiri.

Jika terputus anak damit itu daripada penyusuan dengan tanpa sebarang sebab kemudian kembali untuk menyusu, maka dalam keadaan ini tertakluk kepada jangka masa terputusnya itu, jika hanya seketika nescaya ianya dikira sekali susuan, namun jika jangka masa yang lama nescaya dikira dua kali susuan. (Majmuk: 20/92-93)

Hukum Anak Susuan

Apabila sabit seorang anak kecil menyusu kepada seorang perempuan yang bukan ibunya atau bukan mahramnya dengan rukun dan syarat di atas, maka anak susuan tersebut akan dikaitkan dengan sebahagian hukum hakam anak kandung (nasab), seperti dalam hal haram berkahwin, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: "Haram dengan sebab susuan seperti apa yang haram dengan sebab nasab keturunan."

(Hadis riwayat Bukhari)

Begitu juga persamaan pada hukum dalam perkara wudhu apabila bersentuhan, ‘aurat dan khalwat.

Walau bagaimanapun masih terdapat beberapa hukum hakam yang berbeza antara anak susuan dengan anak kandung, seperti perwarisan, nafkah, pengguguran hukum qishah, tidak dipotong tangan apabila mencuri harta dan penjagaan (wilayah) ke atas harta atau diri sendiri, yang mana kesemua ini tidak sabit ke atas anak susuan. (Asna Al-Mathalib: 3/415)



6 comments:

  1. wah..bagusnya. susah nak jumpa ibu susuan sekarang. semoga dimurahkan rezeki..

    ReplyDelete
  2. bestnye dzatin da ada adik susuan...adik sebenar bila lagi?? hehehe

    ReplyDelete
  3. to kak nadiah: ibu susuan menjadi sun nah suatu masa dahulu..cuma sekarang tak ramai yang praktikkan..tima kasih doakan ye..
    to nisa: masa menyusu aisyah, mukanya nampak tak best je sbb jeles hehe..besar2 nanti sukala ramai adik..adik sebenar insyaAllah..bila2 yang Allah izinkan..hehe

    ReplyDelete
  4. insyaAllah..mudah-mudahn,nak tengok pulak versi muka layla...klu bby boy mesti lagi best...

    ReplyDelete
  5. hehe, entry ela sblm ni akak ingat ela pregnant plak... hehe...

    ReplyDelete
  6. to kak shira: entry sebelum tu threat je tu..akak sorang je terkena hehe

    ReplyDelete