CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, June 24, 2010

"CUTE LIL MUSLIM & MUSLIMAH CONTEST"



CUTE LIL' MUSLIM & MUSLIMAH CONTEST !!


From Damia':

Hai kawan2..nama saye Damia' Rujhaa binti Ahmad Zainol Arifin.. Mia dilahirkan pada 20 Julai 2009 di Kuantan.. tak lama lagi birthday Mia.. haa..ajak laa ibu ayah kawan2 datang rumah Mia nanti... ni birthday pertama Mia..haaa sempena birthday Mia ni, walid Mia buatla contest ni..nak kumpul2kan kawan2 Mia kat luar sana.. haa..ape lg kawan2.. jom la..mintak ibu ayah kawan2 snap gambar kawan2 yang paaaaaling cute skali... walid cakap ade hadiah menarik menanti kawan2..tak dapat datang umah Mia pun takpe.. nanti Mia suruh walid post hadiah tu kat kawan2..hihi... =p walid cakap, cara nak sertai contest ni mudah je kawan2..


Ramai ummi tengok kawan2 bloggers ummi join contest islamik ni..menggalakkan para ibu2 mendidik anak2 memakai tudung di usia kecil..Alhamdulillah..
Jadi, setiap step2 nya ummi dah buat
1. jadi follower (DONE)
2.letak blog link (DONE)
3.buat entry ttg contest (DONE)
4.ltak gambar dan taaruf diri (DONE)
5.tinggalkan permalink (DONE)




Assalamualaikum Damia'
selamat berkenalan..
nama saya Dzaatin Nithaaqain Auni Binti Muhammad Elias..
panggil je saya, Dzaatin..;)
Dzaatin berumur 1 tahun 1 bulan
Dzaatin dilahirkan pada 11 May 2009 di Hospital Besar Perlis
Ummi cakap, Dzaatin tak pernah lagi join mana2 online contest sebelum ni, tapi disebabkan walid dan ibu Damia' anjurkan contest yang berunsur islamik, jadi Dzaatin nak sangat ummi join untuk Dzaatin..hehe..
Kalu Damia' nak tahu, tudung ni Opah Dzaatin yang hadiahkan, sebab tu warna hijau, kalu ummi yang beli, mesti wajib warna pink..hehe..
apapun..semoga kita dapat menjadi kawan satu hari nanti..insyaAllah..
semoga sihat2 selalu ye...
tata..;)

Wednesday, June 23, 2010

Ekstrak Daun Zaitun (OliveOleo) sbg Penghalang Pembiakan Bakteria

Assalamualaikum...

Alhamdulillahi Rabbil Alamin....
setinggi rasa syukur ummi panjatkan pada Allah kerna mendengar doa2 hambaNya
dan masih menganugerahkan nikmat kesihatan pada dzaatin, anak ummi..
sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

semalam...
selepas ujian darah diambil sekali lagi di hospital seperti yang diarahkan doktor kelmarin
keputusan ujian adalah baik dan memeranjatkan abi dan ummi..
Alhamdulillah
kelmarin WBC kandungan kuman dalam darah dzaatin ialah 19.8 telah turun ke 11.0
telah kembali normal seperti biasa..
platlet darahnya juga di tahap normal..
ummi sungguh terharu dan tak sangka..
begitu cepat kesembuhan yang Allah bg pada puteri ummi ni..
sebelum ni ummi risau sgt takut2 ujian darah perlu diambil setiap hari sehingga paras kandungan kuman dalam darahnya menurun ke paras normal
tapi atas kekuasaanNya, hanya sehari Allah dh anugerahkan kembali nikmat sihat pada dzaatin..
syukur syukur syukur

semalam, di ofis, ummi curi masa cari maklumat dan rawatan alternatif untuk merawat dzaatin
ummi ada terjumpa satu produk yang ummi agak yakin keberkesanannya
dan semalam ummi sempat tanya doktor punca dan symptom2 pesakit yang mengalami jangkitan kuman dalam darahnya
ummi terus tanyakan samada supplement lain mengganggu atau tidak antibiotik yang sedang diambil dzaatin selama seminggu ini..
dan doktor hanya angguk dan mengiyakan
tiada masalah jika diberi supplement
Alhamdulillah

selepas berbincang dengan abi
ummi dah order pun produk ni
tggu nak sampai je hari ni
supplement untuk dzaatin untuk mengahalang jangkitan bakteria, kulat dan virus dlm sistem badannya
InsyaAllah moga ini hanyalah salah satu usaha mengawal pembiakan bakteria yang kita belum tahu bila ia akan menjadi kritikal
Mohon Allah sentiasa menganugerahkan nikmat kesihatan pada kami
Amin

sekadar berkongsi untuk kebaikan bersama pembaca yg mengalami masalah yang sama..
InsyaAllah..
moga Allah permudahkan..






.....Ia digunakan secara tradisional untuk melegakan demam, yang mana ia banyak diambil untuk meningkatkan imuniti tubuh bagi melawan demam dan selsema. Di samping itu, ia turut memberi kesan positif terhadap tenaga dan tidur yang lena........

.........Daun Zaitun juga terbukti amat berkesan dalam menghalang pembiakan jangkitan disebabkan oleh bakteria, kulat, virus dan parasit. Malah, ia turut berkesan membantu dalam menyelenggarakan fungsi jantung yang normal, melembutkan salur darah arteri bagi melancarkan peredaran darah, mengurangkan tekanan darah dan memberi kesihatan kepada fungsi jantung.........

Kelebihan Zaitun banyak disebut di dalam Al-Quran surah Abasa ayat 26-32, At Tiin ayat 95, Al-An’aam ayat 99 dan 141, An Nahl ayat 11 dan An Nuur ayat 35. Malahan kelebihan ini terbukti kebenarannya dalam kajian-kajian saintifik dan klinikal yang dilakukan terhadap daun Zaitun


Testimoni

"Dulu setiap bulan Aisyah selalu saja demam, selsema dan batuk. Risau saya dibuatnya. Tetapi selepas seminggu mengambil MayFirst Olive Oleo, Aisyah nampak sihat dan sebulan selepas menggunakannya nampak perubahan ketara padanya. Kini, Aisyah sihat dan tidak perlu ke klinik setiap bulan lagi. Terima kasih MayFirst!”

Iman Aisyah Salleh, 4 Tahun, Shah Alam, Selangor.


diulangcetak dari:

http://www.mayfirst.com.my/v5/prod_s04.html







Tuesday, June 22, 2010

Kandungan Kuman tinggi dalam darah

Assalamualaikum..
sudah seminggu blog ummi ini tidak diupdate..
bukan tiada apa untuk dikongsi..
tapi seminggu dua ni hati resah memikirkan puteri ummi seorang ni
kisahnya bermula sejak dua minggu kebelakangan ini
dzaatin asyik demam on/off sepanjang hari..
tiap2 malam merengek kesejukan
ummi kasihan melihatnya
demam dicampur batuk dan selesema
selepas diberi ubat
kebah lah sekejap
selepas 4jam kemudian demam datang lagi
agak panas suhu badan dzaatin
di nursery pun macam tu juga
kerapkali teacher menelefon memberitahu demamnya bersuhu 39 darjah celcius
tapi ummi minta teacher sumbatkan ubat demam panas dipunggungnya sementara ummi ke sana
ummi serba salah juga
kerana kerap kali minta MC
ummi masih dalam period practical training
jadi serba salah jika terlalu kerap mengambil MC
ummi makin buntu
teacher nasihatkan ummi buat medical check up pada dzaatin di klinik
kenapalah ummi tidak terfikir sebelum ini
sangka ummi demam on/off nya itu adalah disebabkan gigi yang sedang tumbuh
mungkin dzaatin sakit gusi sehingga demam selalu
minggu lepas ummi dh hantar dzaatin ke klinik
doktor cakap dzaatin ada symptom lelah kerana ummi dan abi ada history lelah
its ok
doktor dh bekalkan ubat batuk lelah dan demam
tapi demam dzaatin masih on/off
batuk pula sudah semakin berkurangan
then ummi risau lagi
teacher pun kerap menelefon lagi
ummi ke klinik lagi
mengadu pada doktor demamnya masih berterusan
ummi rasa pelik
atleast ummi nak tahu punca kenapa dia sering demam on/off sepanjang siang dan malam
kali ni doktor bekalkan antibiotik berdos tinggi
doktor minta cuba yang ini dulu selama tiga hari
sebelum mengambil darah untuk diperiksa
ok ummi yakin pada doktor
tapi abi sudah mula merungut
kenapa tak di cek darah terus
ummi minta abi bersabar
ikut aje arahan dan nasihat doktor
walaupun ummi yakin tapi hati ummi tetap resah
ummi selalu berdoa minta Allah cepat sembuhkan dzaatin dan jauhinya dari penyakit2 yang merbahaya
selepas 3 hari amalkan antibiotik yg dibekalkan doktor
demam dzaatin masih on/off
ummi kasihan juga pada teacher yg juga risaukan kesihatannya
kali ni ummi nekad

hari isnin
ummi sekali lagi ke klinik pakar kanak2 itu
ummi adukan yg ummi mahu dia jalani medical check up
ok
doktor mengiyakan dan buat surat refer ke hospital
tapi doktor tu masih mengatakan yg dzaatin masih di tahap minimum..belum kritikal
emmm
betul ke??
kalu macam tu kenapa demam on/offnya masih berterusan
bisik ummi dalam hati...
tika ini, ummi hanya berseorangan bersama dzaatin ke klinik
terpaksa ambil MC lagi
abi masih sibuk dgh projek audit yg perlu dihantar dlm minggu ni juga
jadi ummi tak nak ggu kerja abi
di dalam surat doktor, ummi diminta membawa dzaatin ke unit kecemasan di bahagian fever center pada hari ini juga
setelah berfikir2, ummi tunggu kepulangan abi dr tempat kerja dahulu, then pergi sama2 ke hospital
setelah diuji kandungan darah dzaatin
doktor sahkan ada kuman di dalam kandungan darahnya
kata doktor mungkin berpunca dari jangkitan kuman daripada batuknya yang berterusan
Atleast ummi tahu kenapa dzaatin selalu demam on/off
ianya berpunca dari jangkitan kuman dalam darah
doktor cakap normal manusia ialah 12.0 untuk WBCnya
tapi dzaatin punya rekod ialah 19.8..agak tinggi kata doktor
doktor bekalkan lagi antibiotik padanya
malamnya sebelum tidur, ummi suapkan 5ml ubat antibiotik padanya
biasalah, meraung2 tak nak disuapkan ubat
terpaksa juga ummi paksakan dzaatin makan ubat
hanya itu sahaja usaha ummi selain berdoa pada Allah
dan Alhamdulillah
sepanjang malam hingga ke pagi
dzaatin tiada symptom2 demam lagi
ummi sedikit lega walaupun keputusan darahnya untuk appoinment esok hari belum tentu lagi
tidur malamnya juga agak lena berbanding sebelum2 ini
Alhamdulillah
ummi selalu juga minta abi bacakan doa selawat syifa' di ubun2 dzaatin
kerana Allah penyembuh segala penyakit
bukan doktor atau ubat..
itu keyakinan yang perlu ditanamkan dlm fikiran kami dan juga dzaatin

dan hari ni hari selasa, ummi sekali lagi perlu ke hospital untuk diuji darah dzaatin sekali lagi smada menurun tahap jangkitan kuman dalam darahnya atau tiada perubahan
ummi harap2 dzaatin di nursery hari ini elok2 sahaja
jika dirinya masih dikhabarkan demam
mungkin kuman di dalam darahnya masih tinggi
ummi doa sangat2 Allah sembuhkan dzaatin
jauhkan dari penyakit2 yang merbahaya..
kerna ummi sayang sgt dzaatin

saat ini..ummi terasa ingin cepat abiskan tempoh practikal training ini
rasa puas kalau dapat jaga dzaatin sepenuh masa di rumah sahaja
pilu hati ummi kerana terpaksa tinggalkannya di nursery walaupun dalam keadaan tidak sihat
jika ummi tidak bekerja bukankah sepanjang masa ummi boleh bersamanya
emmm..
selepas habis practikal training ni
ummi mahu sepanjang masa di rumah membesarkan dzaatin
ummi tak nak bekerja lagi..........................!!!

p/s: doakan dzaatin sihat seperti biasa ye......













Thursday, June 17, 2010

Mandi manda di Sg. Pisang & Bersiar-siar di I-city


Assalamualaikum..

Weekend lepas, macam2 aktiviti dah kita buat bersama..
seronok dapat menghabiskan masa bersama abi dan dzaatin setelah seminggu letih bekerja
pada hari sabtu pagi
selepas siap ummi buat sandwich sardin+mayonis
kita bertolak ke sungai pisang untuk berkelah
sambil2 tu abi bawak penangguk ikan nak tangguk ikan dan udang2 kecil buat makanan ikan2 dlm akuariumnya
air kat sungai sejuk sekali
ditambah suasana kehijauan
mmg menyeronokkan..
hehe








dzaatin bg makan ikan ;)

abi dan dzaatin sempat posing, ummi ngah tangguk ikan kat belakang hehe

petangnya..
kita pergi ke ekspo book fair di mines resort city
ummi sempat grab poster2 untuk bahan bacaan dzaatin
seperti huruf2 hijaiyyah, ABC, 123, dan mengenal binatang



malamnya
kita terus bergerak ke shah alam
untuk bersiar2 di i-city
terkenal dgn keunikan cahaya2 lampunya di waktu malam
tapi kami agak runsing sekali
kerana hujan turun renyai2 dan orang amatlah ramai
agak bersesak2 juga
jadi kami tak galakkan pergi time weekend selepas ini
sesak sampai berlaga2 bahu
itupun nasib agak baik kerana kami dtg agak awal
semasa hendak pulang dlm pukul 10mlm
kenderaan di jalanan menghala ke icity masih lagi bersesak2
dan beratur panjang sehingga ke highway utama
fuh..
alhamdulillah
kami pulang dgn selesa














huhu..tanpa kasut dikaki..selamba jer abi letak atas tanah merah..ish2



Monday, May 31, 2010

Percutian di Peranginan Bukit Tinggi Pahang


2H1M di Bukit Tinggi

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..syukur ke hadzrat Ilahi kerana Allah bagi peluang untuk family kita bercuti di Bukit Tinggi Pahang pada 28hb hingga 29hb May lepas..abi cakap ini hadiah sempena hari lahir ummi pada 27hb hari tu..hehe..terima kasih abi..;)

Journal perjalanan kami bermula selepas abi menunaikan solat jumaat di masjid Uia..tika tu, ummi berhempas pulas menyiapkan barang2 keperluan untuk di bawa kesana..percutian kali ni diiringi bersama keluarga aunty teha dan uncle din..lebih seronok dan menjimatkan kalau pergi ramai2 fikir ummi…seminggu sebelum itu, ummi sudah pun siap booking chalet untuk keluarga kami di noralodge bukit tinggi..teruja sungguh nak bermalam di situ..

Tepat pukul 3.05petang, kami pun memulakan perjalanan menghala ke lebuh raya karak menuju ke Bukit Tinggi yang mengambil masa perjalanan selama 50minit dan 10 minit pulak untuk sampai ke noralodge..suasana bukit bukau yang agak curam membuatkan kami cuak seketika..abi sempat lg bergurau mengatakan jalan curam begini lebih elok jika datang dgn 4wrd drive hehe..tapi Alhamdulillah, proton saga BLM pun lepas juga sampai ke kawasan perbukitan chalet itu..suasana agak panas terik tika itu..tapi angin masih terasa nyaman menghembus kedatangan kami..


bunga-buangaan yang menyerikan suasana di kawasan perbukitan


Tepat pukul 4 kami sampai di kawasan chalet..tuan punya chalet Puan Nora datang menjemput kami di pintu kereta sambil memayungi anak2 kami..katanya panas agak terik di sini..kasihan si anak kecil anak ummi, dzaatin dan anak aunti teha, akram..terasa seronok di hati kerana kami dilayan penuh istimewa setiba sampai di sana..abi dan uncle din sudah berulang alik memunggah barang2 di dalam bonet kereta..ada set bbq, beg pakaian dan segala macam kelengkapan lagi..

dzaatin dan akram asyik melihat arnab yang dibela sendiri oleh puan nora




Kami dibawa berehat sebentar di pondok utama di kawasan chalet..kami mengambil kesempatan berbual mesra dengan puan nora ttg minatnya seorang diri membangunkan noralodge tu..katanya sudah 4tahun chalet itu diusahakan sendiri kerana dia adalah ibu tunggal yang mempunyai 3orang anak yang semuanya sedang belajar di luar Negara tika itu..rupanya selepas dirisik, puan nora ialah bekas isteri kepada TanSri Halim Saad dan Puan Nora sebenarnya ialah Puan Sri..patutlah banyak modal yang dimilikinya untuk membangunkan chalet di kawasan perbukitan itu..puan nora juga seorang usahawan perabot jati..jadi tak hairanlah dia berjaya membangunkan chalet seorang diri di situ dibantu oleh pekerja2 nya..kata puan nora, chaletnya hanya akan disewakan pada Muslim sahaja..dia mahu menjaga suasana di situ..dan chaletnya adalah alternative bg mereka yang mahu mencari tempat penginapan yang lebih murah berbanding di kawasan bukit tinggi resort..iyelah ummi hanya membayar rm60 untuk semalam chalet di situ..memang teramat berbaloi..

meja makan tempat menjamu selera..open-air


Selepas makan tengahari melapit perut dgn nasi goreng ikan masing yang disediakan oleh pembantu puan nora, kami terus bergerak ke bilik masing2 untuk mengemaskan barang..tak sabar juga nak lihat lokasi bilik kami dan kondisi di dalamnya..emmm...Alhamdulillah..tampak selesa walaupun tak disediakan air cond, Cuma ada kipas sahaja, bagi kami ia sudah cukup berbaloi dgn rm60 sahaja..

Selepas melepas kan lelah dan menunaikan solat asar, kami berehat dan menikmati pemandangan di kawasan perbukitan itu..kata puan nora, hanya 2 family kami sahaja yg menginap untuk malam ini..patutlah terasa sunyi juga melihat di sepanjang kawasan chalet..lagipun hanya 6 buah chalet shj didirikan di situ..patutlah..puan nora ada beritahu yg terdapat kebun buah2buahan di bahagian bawah chalet tapi buahnya belum masak lagi..

reka bentuk chalet yang didiami oleh family kami..


Pukul 6, ummi dan aunty teha sudah siap2 untuk memandikan anak2 masing takut suasana sejuk menyebabkan mereka kesejukan pulak..jadi kami cepat2 siapkan mereka mandi dan minum susu..

fenomena alam yang sempat kami tatapi...subhanaAllah


akram masih lincah bermain

selepas mandi petang


Pukul 7, abi dan uncle din sudah memasang set bbq untuk aktiviti bbq pada malamnya..api dh dihidupkan dan arang dibiar terbakar sehingga menjadi kemerah merahan..selepas solat magrib, abi dan uncle din sudah mula membakar ayam,udang, daging dan ikan keli..sedapnya..


Selepas ummi solat magrib, dzaatin sudah mula mengantuk kerana belum tidur2 lagi sejak tengahri sebelum bertolak td,..jd mudah sungguh dia terlena..risau jugak ummi takut payah nak tidurkannya kerana buai mmg ummi tak bawak..akram pulak masih ligat bermain di luar..mana taknya, akram sempat tidur nyenyak di dalam kereta tadi..hehe..senang lah sikit ummi nak tolong abi buat kerja bila dzaatin dh siap tidur di dalam bilik..ummi pun tak risau sgt sbb bbq hanya dibuat di hadapan bilik chalet kami sahaja..dzaatin pun dh siap pakai jumper sleeping suit untuk mengelakkan sejuk yang keterlaluan di malam hari..suasana di perbukitan mula berangin dan nyaman..dingin mula terasa sekitar pukul 9 ke atas..

Tak lama sebelum bbq siap dipanggang, akram pulak sudah mengantuk keletihan, eemm..nampaknya bbq kali ni hanya disertai kami berempat sahja..hehe..masing2 dgn pasangan masing2..romantik pulak rasanya,..hehe..kami makan sambil berborak sesama sendiri..sambil2 memandang kecantikan bulan penuh yang sedang menerangi malam kami..subhanAllah..cantik sungguh dan besar jelas bentuk bulan malam itu..

bulan mengambang...nasib tak nampak pontianak tengah terbang hehe..

Selepas kekenyangan meratah bbq, kami mengemas2 barang2 dan masuk ke bilik masing2..sambil berborak di dalam bilik, abi mengajak ummi berehat2 di luar sahaja kerana lebih nyaman..tika itu waktu sudah menginjak pukul 12.30 mlm..kami sempat bermain congkak di pondok utama..ummi menang 2 game dgn abi..hehe..selepas bermain ummi sediakan air limau suam untuk abi sbb katanya perut tak berapa sedap kerana masih terasa kenyang selepas makan td..

Selepas minum, kami pun masuk ke bilik dan tidur..selimut tebal membalut tubuh kerana sejuk mula terasa sehingga ke tulang..grrr..

Esoknya, selepas solat subuh, ummi masih berehat di bilik kerana menunggu dzaatin yg masih tidur nyenyak..ummi tak nak ggu tidurnya supaya dzaatin cukup tidur sebelum kami bertolak ke destinasi lain pulak selepas check out nanti..abi dah menuju ke pondok utama sambil mengambil gambar suasana di pagi hari..sungguh indah suasana di pagi hari..ummi merancang mahu mengajak family ummi dan abi bertandang ke situ lagi kerana memang terasa seronok dan dapat merehatkan minda sepanjang berada di sana walaupun suasanaya tidak seeklusif di hotel2 mewah..suasana begitu sudah cukup mendamaikan kami sekeluarga..

Pukul 7.30pagi Kami bersarapan bersama di pondok utama..sarapan kali ni mmg percuma sekali dgn bayaran chalet kami..emm boleh tahan juga sarapan kerana kami dihidangkan nasi goreng dan bihun goreng, beserta teh dan kopi panas..alhamdulillah…akram dan dzaatin masih belum mahu makan apa2 lagi mungkin terlalu awal bg mereka nk mejamah nasi di pagi hari..hehe..jadi susu sudah cukup untuk melapik perut mereka..

Selepas makan dan bersiar2 di sekitar chalet, kami bergerak ke bilik masing untuk mengemas barang dan siap2 mandi untuk bergerak ke destinasi seterusnya..pukul 10 pagi, selepas brg2 siap di pek kedalam bonet, kami mengucapkan selamat tinggal pada puan nora dan pembantu2 nya sebelum meneruskan perjalanan ke Colmar Tropicale, Japanese Tea Garden ,dan Rabbit Park..ummi tak berapa sedap bdn waktu tu, jd mood pun tak berapa baik..ummi asyik rasa loya sahaja.jd tak bnyak tempat yg ummi join mereka bersiar..dzaatin pulak mengamuk2 sebab mengantuk semula..jadi kami berdua hanya berehat di dalam kereta sahaja..

Pukul 1 tghari kami pun bergerak pulang ke KL semula..

Alhamdulillah..moga Allah memberkati percutian kami kali ini..terima kasih abi sbb hadiahkan ummi percutian ni..ummi dan dzaatin sayang abi..;)