CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, August 31, 2009

Daging masak lemak cili padi dan puding susu istimewa utk aunty Ain

Alhamdulillah..semalam dah selesai sudah majlis berbuka puasa bersama2 famili aunty ain sekeluarga..
sebelum bertolak ke sana..
dalam pukul 1 lbih abi dah kuar pegi beli bahan2 memasak untuk juadah berbuka di rumah aunty ain nanti..
lepas solat zohor..sementara dzaatin ngah tidur..
ummi cepat2 siapkan dua juadah
antaranya daging masak lemak cili padi dengan puding susu..
atas permintaan auntie ain..ummi titipkan resepi kedua2 juadah..
* padahal emak auntie ain lagi pakar dr ummi pun auntie ain nk tanya ummi lagi..hadoihhh..

Resepi Daging Masak Lemak Cili Padi
*hasil didikan mak tuk dzaatin tersayang..



500gram daging
santan (hasil dari perahan satu biji)
1inci kunyit hidup ditumbuk halus
2 ulas bawang besar ditumbuk
5 ulas bawang putih ditumbuk
10 biji cili padi ditumbuk
3 batang serai
1 keping asam keping
2 helai daun kunyit
2biji ubi kentang
garam secukup rasa

cara-cara memasak:
1. rebus daging bersama sedikit air sehingga empuk
2. masukkan ubi kentang (petua untuk mengempukkan daging)
3. masukkan bahan2 yang ditumbuk
4. masukkan serai dan asam keping
5. daun kunyit dirincik halus dan taburkan ke dalam
6. masukkan santan
7.sentiasa gaul dan kacau sehingga mendidih dan pekat
8. masukkan garam secukup rasa
9. tambah air sedikit jika mahu berkuah lebih tapi biar mendidih lama untuk memekatkan kuah


Resepi Puding Susu


bahan-bahan:

agar-agar
susu cair berkrim
garam secubit dua
gula
5 sudu besar tepung jagung
*boleh ditambah koktel buah-buahan atau Nata de Coco

1. masukkan air 3/4 periuk
2. didihkan agar-agar sehingga hancur
3. setelah mendidih masukkan susu cair dan gula
4. gaul hingga gula hancur
5. masukkan tepung jagung yang telah siap dicampur sedikit air kosong
6. sentiasa gaul ketika memasukkan cairan tepung jagung
7. kacau sehingga pekat dan siap untuk disejukkan di dalam bekas yang sesuai

emm..ni la resepi ummi yang tak seberapa untuk aunty ain..
hope dia mencuba untuk familynya..hehe
boleh praktis2 sebelum ke gerbang perkahwinan..hehe
aaa..dzaatin nnti dhbesar pun kena masakkan untuk ummi dan abi tau..

semasa berbuka kat sana..
dzaatin tak meragam2..
senang ummi, abi n yang len2 nak berbuka..
kat sana banyak sangat juadah yang family aunty ain sediakan..
semua masakan2 sedap..
Alhamdulillah kenyang sangat..
yang jadi faveret ummi ialah sambal belacan mak cik santi..
cam nak cekau wat balik je semua hehe..
nak kena belajar wat ni..

pas siap2 solat magrib..
kita pun bertolak pulang...

tima kasih ye aunty ain dan family....
nanti besar2 dzaatin datang lagi..

Saturday, August 29, 2009

Berbuka di Steambot Restaurant bersama dzaatin..(^_^)

Vroom!! Vroom!!
hari ni abi nak belanja kita berbuka kat luar..
abi cakap..sekali sekala kena gak kuar merasa makanan sedap2..hehe
pagi2 lagi abi dah survey restoran yang murah2 n special kat internet..
ada ke????
cari punya cari..
xde jugak..
last2 abi cakap kita kuar je dulu..then baru cari..
kat2 area Wangsa Maju memang banyak..



p/s: sama ke rupa kita berdua?????






tgh on the way nak kuar tu..
kita terserempak ngan kawan dzaatin..
akram anak auntie Teha n Uncle Din..
diorg terus suggest satu restoran di Wangsa Maju..
Restoran Steambot Kak Eita..
Kebetulan ummi dan abi memang teringin nak pekena steambot kali ni..
terus lah kita jengah ke sana..
Dalam keta, ummi sempat wat booking dulu takut penuh pulak..
Bila dah sampai..
Abi ngan ummi pun bergilir g amik makanan
dapatlah cekau beberapa seafood yang digemari..
siap ngan order air sekali..



teh O limau panas untuk abi



nescafe panas untuk ummi



kurma yang disediakan oleh pihak restoran untuk berbuka



buah-buahan pencuci mulut



ikan keli bakar + kambing bakar + ayam bakar



makaroni sikit + sayur2 sikit + rendang ayam sikit



aneka seafood
sebelah kuah sup ayam (favourite abi!!) + sebelah lagi kuah tom yam (favourite ummi!!)



ummi letak dzaatin lam stroller..
biar dia sorang2 kat situ..hehe

dalam dok tengah makan2 tu..
macam2 la aksi dzaatin..
tapi best sangat..xde satu pun yang meragam..
memang baik betul anak ummi ni..
ummi sempat breastfeed dzaatin g time tu..
ada jugak sampai tertidur2..hehe



dah lali2 tu..


pastu tertidur..ummi letak lam baby stroller..
selesa sikit dzaatin tidur..
siap isap jari g..hehe..
dalam setengah jam..terjaga..
pstu ketawa2 sebab dah puas tidur..





pas dah makan..
ummi g solat dulu kat tingkat atas..
Alhamdulillah kat situ ada disediakan surau..
masa ummi solat abi jaga dzaatin..
then, ummi bergilir lak ngan abi..
turn abi lak g surau..
pas dah siap solat suma..
kita sambung makan lagi..
hehe..
alang2 dah buffet..
makanlah sepuasnya..





abi makan ais krim..
ummi terliur je tengok..
ummi kena pantang minum benda2 berais..
sebab ummi menyusukan dzaatin..jadi kenala jaga makan..huhu
jeles tengok abi!!!

Pas dah puas makan suma..
kita pun balik..
ummi ucap tima kasih kat abi coz belanja kita makan sedap2 sekali sekala..
hehe..
tapi kira okla..
satu kepala RM28lbh je..
bolehla..
kenyang sangat..
Alhamdulillah..



Thursday, August 27, 2009

hari terakhir di nurseri..





hari ni..Mak Cik Nur atau panggilan sebagai Ibu di nurseri sedih sebab terpaksa berpisah dengan dzaatin..Selama sebulan lebih menjaga dzaatin yang comel tu..Mak Cik Nur cakap, dzaatin tak pernah meragam atau buat perangai..mana tak mak Cik Nur sayang sangat ngan dzaatin..hehe..
Ummi dah dapat tempat jagaan baru untuk dzaatin..jadi terpaksa lah berpisah ngan Mak Cik Nur..Kali ni, tuan umah kita Ummi Shila mahu ambil dzaatin untuk dijaga
Alhamdulillah..tak de lah jauh sangat ummi ngan abi nak berkejar pagi2 hantar dzaatin lagi..pastu kena patah balik semula keUIA..perjalanan ke nurseri sebelum ni ambil masa 10 ke 15 minit..itu kalu abi yang drive..kalu ummi yang drive laaagilaaa lamaaaa..hehe.. nurseri tu terletak di Taman Gombak Ria, GreenWood..Sekarang bila ummi shila yang jaga, mudahlah sikit..tak perlu ummi ngan abi terlampau kalut untuk bersiap..umah ummi shila kat sebelah umah kita je...5minit bersiap pun sempat ke UIA..Gambar kat sebelah tu adalah gambar kita dalam perjalanan balik ke rumah selepas amik dzaatin di nurseri untuk kali terakhir..mm

Wednesday, August 26, 2009

Kisah dzaatin di kampung Abi..

Alhamdulillah..hari khamis lepas 20hb ogos..ummi ngan abi sempat curi masa untuk pulang ke kampung. Yelah, time bulan Ramadhan ni je abi ada masa terluang sebab xperlu bekerja di pool..jadi ada la masa untuk kita pulang ke kampung sebelah abi di Chemor Perak. kita duduk kat sana selama 4hari..Opah, Atuk, Mak Ngah, Mak Cik dan Pak Su dzaatin sungguh gembira dengan kepulangan dzaatin ke kampung..diorg rindu sgt ngan dzaatin..sampai2 je ke kampung, masing2 nak berebut nak dukung dzaatin..hehe..Onyang pun ada..dia pun rindu nak jumpa dzaatin.

Masa kat kampung..Allah izin, hari Sabtu, semasa bermulanya hari pertama ramadhan, dzaatin jatuh sakit..dzaatin demam selesema..meragam la dzaatin seharian dan semalaman..asyik nak nangis je sebab rimas dengan hidung yang tersumbat..tambah2 lagi dengan badan yang panas..Opah cakap, mungkin kesan daripada perubahan tempat atau mungkin kesan dari musim hujan panas sekarang..Pagi tu, abi ngan ummi bawak dzaatin pegi klinik..risau pulak tengok keadaan dzaatin..badan dzaatin lemah je..ni lah 1st time dzaatin pegi klinik..




apapun Alhamdulillah..sekarang dzaatin sudah semakin sihat..cuma ada hingus sikit2 je g..
Masa kat kampung..dzaatin banyak nak meniarap..hehe..meh tengok gambar2 dzaatin semasa tengah meniarap..





bila dah balik dari klinik..badan lemah lagi..tapi asyik nak menyembang pulak..ummi kenala layan karenah dzaatin tu..hehe




hari ahad..kita pun bersiap-siap balik ke KL semula..

Monday, August 24, 2009

Tips untuk ummi tika menyusukan dzaatin di bulan Ramadhan..

artikel dititip dari blog http://ashrafshaakira.blogspot.com/ ..tima kasih k.shira..:-)


Dah mula puasa, bagaimana ya keadaan ibu2 di luar sana? Ramai yang berkongsi dengan saya kebimbangan susu akan kering dan menjadi sedikit di bulan puasa ini. Ya, ini pun memang jadi kebimbangan saya juga. Walau bagaimanapun, puasa sebenarnya tidak memberi kesan negatif pada penyusuan. Malah terdapat teori yang mengatakan dengan berpuasa, air susu akan menjadi lebih banyak/tidak berkurang kerana kurangnya kita kehilangan air badan melaui kencing, jadi air dalam badan akan dibekalkan kepada kilang susu.

Sebenarnya, seorang ibu menyusu tetap boleh menyusukan seperti biasa, selagi dia tidak mengalami dehidrasi. Kerana itu, amatlah disarankan ibu menyusu dan mengandung agar mengambil air yang cukup pada sebelah malam (dan waktu sahur) untuk memastikan keperluan cecair badan dipenuhi, dan menggantikan air yang sudah hilang semasa berpuasa.
Amat penting untuk menjaga dan mengawal dehidrasi daripada berlaku.
Tanda-tanda berlakunya dehidrasi yang teruk:-
1. Berasa hendak pitam terutama selepas mengepam dan menyusukan bayi.

2. Berasa sakit kepala dan seperti hendak demam.

3. Air kencing menjadi pekat dan berbau kuat.

4. Terasa loya dan ingin muntah.

5. Rasa menggigil.

6. Berasa lemah dan sakit otot.

7. Mudah marah dan emosi yang tidak stabil.

Bagi ibu mengandung pula, selain di atas:

1. Pergerakan bayi yang tidak normal.

2. Berlakunya kontraksi.

Untuk mengelakkan dehidrasi yang teruk, amatlah penting untuk kita mengambil makanan/minuman yang mengandungi jumlah cecair yang banyak. Bagi ibu menyusu dan mengandung, sekurang-kurangnya 2liter air sehari diperlukan bagi menjaga keseimbangan bendalir badan.

Antara langkah untuk mengelakkan dehidrasi:-

1. Banyakkan pengambilan cecair.

2. Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan yang berkuah dan mengandungi air.

3. Kurangkan mengambil terlalu banyak gula dan garam kerana ia boleh menarik keluar air dari sel.

4. Mengambil vitamin C.

5. Berehat secukupnya.

6. Mengambil minuman Isotonic seperti Performance Drink. Kenapa saya mencadangkan Performance Drink selain minuman isotonik lain? Kerana ia mengandungi kuantiti gula yang rendah berbanding minuman isotonik di pasaran, dan tidak berkarbonat.

Walau bagaimanapun, seorang ibu yang menyusu atau mengandung mesti sedar akan keistimewaan yang diberikan oleh Yang Maha Esa dalam menjalani ibadah puasa, yakni rukhsah atau keringanan sekiranya menghadapi kesulitan. Bukanlah satu benda yang baik untuk meneruskan puasa hingga menjejaskan kesihatan terutama anak yang disusui dan dikandung, kerana ‘hadiah’ dari-Nya sudah disediakan, dan anak itu lebih diutamakan haknya.

Antara petua dan tips lain bagi ibu menyusu di bulan puasa:

1. Banyakkan memakan kurma dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, oat, dan sebagainya.

2. Jangan skip sahur (lagipun sahur tu sunat).

3. Banyakkan sesi penyusuan dan mengepam, terutama di waktu malam dan waktu sahur.

4. Banyakkan bertenang.

5. Mengambil supplement seperti vitamin B complex.

6. Cuba makan dan minum sedikit-sedikit dan kerap pada waktu malam (takut bloated pula bila sekaligus).

7. Bawa sebotol air semasa jemaah terawikh dan minum sedikit antara rakaat2.

8. Banyakkan berdoa dan berfikiran positif.

Jangan berasa gusar atau bersalah bila terpaksa berbuka (dengan sebab2 yang kukuh, bukan sengaja berbuka dengan menjadikan alasan mengandung/menyusu) kerana kemuliaan seorang ibu yang diberi oleh-Nya, hak anak lebih diutamakan. Tidak ada faedah kalau ibu tega untuk berpuasa, sedangkan anak kehausan dan kelaparan. Walau bagaimanapun, lakukan semuanya untuk mendapat keredhaan Allah semata-mata, bukan untuk nampak mulia di mata manusia.
Selamat berpuasa dan berbahagia bersama anak tercinta!

Sunday, August 23, 2009

Ramadhan yang pertama bersamamu..

istimewa rasanya ramadhan kali ini..
mana taknya..ramadhan tahun ini, abi dan ummi ditemani dengan buah hati kami..dzaatin..
rasa sungguh bahagia bersamamu disisi..
jika ramadhan tahun lepas, dzaatin masih lagi janin yang belum lengkap..
membesar di dalam perut ummi..
teringin ummi singkap kembali..
kenangan mengandungkan mu..
selama setengah purnama ramadhan..

*******************************************************************

tanggal 16 september..
bermulalah sejarah yang amat besar bg ummi dan abi..
tika itu..sudah dua minggu Ramadhan melangkah..
sudah dua minggu jua..
period ummi belum datang2 lagi..
di hati ummi terselit satu perasaan..
lain dari yang lain..
tapi ummi cuba untuk menghilangkan perasaan itu..
kerana sebelum ini..ummi pernah jua selama 11hari lewat dtg period..
tika itu, abi dan ummi terlalu ghairah untuk mengetahui berita gembira..
tapi setelah ummi menjalani ujian kehamilan..
hati kami berdua sungguh kecewa kerana tidak terjadi seperti apa yang kami harapkan..
dan kali ini..walaupun sudah 2 minggu lewat begitu..
ummi cuba sedapkan hati..
tiada apa2 yang berlaku..
namun ummi cuba jua bertanyakan mak tuk..
apakah sebab musabab kelewatan period ummi..
mak tuk nasihatkan untuk cuba sekali lg ujian kehamilan..
kali ini, dengan hati yang tidak mengharapkan sesuatu..
ummi tekadkan jua untuk melakukan ujian kehamilan..
stelah menanti..
akhirnya..terbukti sudah..
ummi mengandungkan mu dzaatin..
alhamdulillah..
segala pujian padaMu Dzat yang Agung..
Ramadhan yang mulia..
kami dikurnia hadiah..
ummi dan abi sungguh teruja..
kami berpelukan kegembiraan..
pagi esok juga..
kami berdua terus ke klinik kerajaan untuk membuat pengesahan..
Alhamdulillah..setelah diperiksa..
benar..ummi mengandungkan mu..
umurmu di dalam kandungan tika itu..
6 minggu..

******************************************************

itulah kisah ketika mula2 mengetahui kehadiranmu dalam hidup kami..
dzaatin..
ketika mengandungkan mu di bulan ramadhan..
ummi mengalami alahan yang agak berat..
setiap hari ummi akan mengalami morning sickness..
dengan setiap hari perlu ke kelas..
hanya bermotosikal bersama abi..
di tangah panas terik..
dan juga menapak tinggi ke tingkat 4 rumah kami..
tapi alhamdulillah..
Allah bg kekuatan jua untuk terus berpuasa sepanjang ramadhan
walaupun ada tikanya..ummi hampir2 menyerah kalah..
abi nasihatkan ummi untuk terus gagah..
untuk pengetahuan dzaatin..
hanya ramadhan itulah yang pertama..
ummi cukup puasa penuh sebulan..
walaupun banyak liku yang dihadapi..
kami berdua tabah melangkah..
jika makin dikenang..
makin manis rasanya..

dan ramadhan kali ini..
Allah anugerahkan dirimu realiti di hadapan kami..
menemani abi dan ummi..
melaksana ibadah puasa..
InsyaAllah..penat lelah menjagamu..
Allah kurniakan ganjaran berlipat ganda..
moga-moga..
Ameen..


"Ya Allah, telah tiba bulan Ramadhan dan telah Engkau tetapkan ke atas kami berpuasa selama bulan ini. Dan Engkau telah menurunkan Al-Quran sebagai petunjuk untuk sekalian manusia dan sebagai penerangan bagi petunjuk dan kebenaran. Ya Allah, bantuilah kami untuk mengerjakan ibadah puasa. Terimalah puasa kami dan peliharalah puasa bagi kami dalam kemudahan dan berilah kesihatan yang Engkau berikan kepada kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu. Wahai Yang Pemurah lagi Maha Mengasihani.."

-doa Awal Ramadhan-

Monday, August 17, 2009

di sebalik maksud dzaatin nithaaqain..moga akhlakmu seindah namamu puteriku

artikel dititip dari : http://ummuabdirrahman.wordpress.com/2008/09/

mawar ungu

Seorang sahabat wanita yang terkemuka dan termasuk orang yang memeluk Islam dari sejak dini. Dalam peristiwa hijrah beliau menahankan berbagai penderitaan dengan penuh kesabaran. Dia dijuluki dengan julukan “Dzaatin Nithaqain” (Wanita yang memiliki dua sabuk). Dia sempat ikut Perang Yarmuk dan mendapat cobaan. Asma adalah wanita yang fasih berbahasa dan pandai melantunkan syair. Dialah ibu dari Abdullah bin Zubair dia pulalah muhajirin yang terakhir meninggal dunia.


Asma’ binti Abu Bakar sudah memeluk Islam sejak masa-masa awal datangnya Islam. Beliau adalah saudarinya ibunda Aisyah Rodhiallahu Anha. Suatu waktu, ketika Rasullah dengan Abu Bakar Rodhiallahu Anhu telah memerintah Zaid Rodhiallahu Anhu dan beberapa orang pegawainya untuk mengambil kudanya dan keluarganya untuk dibawa ke Madinah.

Asma Rodhiallahu Anha berhijrah dengan rombongan tersebut. Sesampainya di Quba – dari rahim Asma Rodhiallahu Anha – lahirlah putra pertamanya yakni Abdullah bin Zubair.

Dalam sejarah Islam, itulah bayi pertama yang dilahirkan setelah hijrah. Pada zaman itu banyak terjadi kesulitan, kesusahan, kemiskinan, dan kelaparan. Tetapi pada zaman itu juga muncul kehebatan dan keberanian yang tiada bandingannya. Dalam sebuah riwayat dari Bukhari diceritakan bahwa Asma’ Rodhiallahu Anha sendiri pernah menceritakan tentang keadaan hidupnya,

“Ketika aku menikah dengan Zubair Rodhiallahu Anhu, ia tidak memiliki harta sedikit pun, tidak memiliki tanah, tidak memiliki pembantu untuk membantu pekerjaan, dan juga tidak memiliki sesuatu apa pun. Hanya ada satu unta milikku yang biasa digunakan untuk membawa air, juga seekor kuda. Dengan unta tersebut, kami dapat membawa rumput dan lain-lainnya. Akulah yang menumbuk kurma untuk makanan hewan-hewan tersebut. Aku sendirilah yang mengisi tempat air sampai penuh. Apabila embernya peceh, aku sendirilah yang memperbaikinya. Pekerjaan merawat kuda, seperti mencarikan rumput dan memberinya makan, juga aku sendiri yang melakukannya. Semua pekerjaan yang paling sulit bagiku adalah memberi makan kuda. Aku kurang pandai membuat roti. Untuk membuat roti, biasanya aku hanya mencampurkan gandum dengan air, kemudian kubawa kepada wanita tetangga, yaitu seorang wanita Anshar, agar ia memasakkannya. Ia adalah seorang wanita yang ikhlas. Dialah yang memasakkan roti untukku.

Ketika Rasulullah sampai di Madinah, maka Zubair Rodhiallahu Anhu telah diberi hadiah oleh Rasulullah berupa sebidang tanah, seluas kurang lebih 2 mil (jauhnya dari kota). Lalu, kebun itu kami tanami pohon-pohon kurma. Suatu ketika, aku sedang berjalan sambil membawa kurma di atas kepalaku yang aku ambil dari kebun tersebut. Di tengah jalan aku bertemu Rasulullah dan beberapa sahabat Anshar lainnya yang sedang menunggang unta. Setelah Rasulullah melihatku, beliau pun menghentikan untanya. Kemudian beliau mengisyaratkan agar aku naik ke atas unta beliau. Aku merasa sangat malu dengan laki-laki lainnya. Demikian pula aku khawatir terhadap Zubair Rodhiallahu Anhu yang sangat pencemburu. Aku khawatir ia akan marah. Memahami perasaanku, Rasulullah membiarkanku dan meninggalkanku. Lalu segera aku pulang ke rumah.

Setibanya di rumah, aku menceritakan peristiwa tersebut kepada Zubair Rodhiallahu Anhu tentang perasaanku yang sangat malu dan kekhawatiranku jangan-jangan Zubair Rodhiallahu Anhu merasa cemburu sehingga menyebabkannya menjadi marah. Zubair Rodhiallahu Anhu berkata, “Demi Allah aku lebih cemburu kepadamu yang selalu membawa isi-isi kurma di atas kepalamu sementara aku tidak dapat membantumu.””

Setelah itu Abu Bakar, ayah Asma’ Rodhiallahu Anha, memberikan seorang hamba sahaya kepada Asma’. Dengan adanya pembantu di rumahnya, maka pekerjaan rumah tangga dapat diselesaikan dengan ringan, seolah-olah aku telah terbebas dari penjara.

Ketika Abu Bakar Ash-Shiddiq Rodhiallahu Anhu berhijrah, sedikit pun tidak terpikirkan olehnya untuk meninggalkan sesuatu untuk keluarganya. Ia berhijrah bersama-sama Rasulullah. Untuk keperluan itu, seluruh kekayaan yang ia miliki, sejumlah lebih kurang 5 atau 6 dirham dibawa serta dalam perjalanan tersebut. Setelah kepergiannya, ayah Abu Bakar Rodhiallahu Anhu yakni Abu Qahafah yang buta penglihatannya dan sampai saat itu belum masuk Islam mendatangi cucunya, Asma Rodhiallahu Anha dan Aisyah Rodhiallahu Anha agar mereka tidak bersedih karena telah ditinggal oleh ayahnya. Ia berkata kepada mereka, “Aku telah menduga bahwa Abu Bakar Rodhiallahu Anhu telah menyebabkan kalian susah. Tentunya seluruh hartanya telah dibawa serta olehnya. Sungguh ia telah semakin banyak membebani kalian.”

Menanggapi perkataan kakeknya, Asma Rodhiallahu Anha berkata, “Tidak, tidak wahai kakek. Ayah juga meninggalkan hartanya untuk kami.” Sambil berkata demikian ia mengumpulkan kerikil-kerikil kecil kemudian diletakkannya di tempat Abu Bakar biasa menyimpan uang dirhamnya, lalu ditaruh di atas selembar kain. Kemudian dipegangnya tangan kakeknya untuk merabanya. Kakeknya mengira bahwa kerikil yang telah dirabanya itu adalah uang. Akhirnya kakeknya berkata, “Ayahmu memang telah berbuat baik. Kalian telah ditinggalkan dalam keadaan yang baik.” Sesudah itu, Asma Rodhiallahu Anha berkata, “Demi Allah, sesungguhnya ayahku tidak meninggalkan harta sedikit pun. Aku berbuat demikian semata-mata untuk menenangkan hati kakek, supaya kakek tidak bersedih hati.”

Asma’ Rodhiallahu Anha memiliki sifat yang sangat dermawan. Pada mulanya, apabila ia akan mengeluarkan harta di jalan Allah ia akan menghitungnya dan menimbangnya. Akan tetapi, setelah Rasulullah bersabda, “Janganlah kalian menyimpan-nyimpan atau menghitung-hitung (harta yang akan diinfakkan). Apabila mampu, belanjakanlah sebanyak mungkin.”

Akhirnya setelah mendengar nasihat ini, Asma Rodhiallahu Anha semakin banyak menyumbangkan hartanya. Ia juga selalu menasehati anak-anak dan perempuan-perempuan yang ada di rumahnya, “Hendaklah kalian selalu meningkatkan diri dalam membelanjakan harta di jalan Allah, jangan menunggu-nunggu kelebihan harta kita dari keperluan-keperluan kita (yaitu jika ada sisa harta setelah dibelanjakan untuk keperluan membeli barang-barang, barulah sisa tersebut disedekahkan.) Jangan kalian berpikir tentang sisanya. Jika kalian selalu menunggu sisanya, sedangkan keperluan kalian bertambah banyak, maka itu tidak akan mencukupi keperluan kalian sehingga kita tidak memiliki kesempatan untuk membelanjakannya di jalan Allah. Jika keperluan itu disumbangkan di jalan Allah, maka kalian tidak akan mengalami kerugian selamanya.”

Sunday, August 16, 2009

Alhamdulillah..Dzaatin dah recover from fever..:-)

petang tu..pkul 6, ummi telefon mak tuk..ummi khabarkan kesihatan dzaatin sudah semakin pulih..badan dzaatin dah xpanas lagi mcm semalam..ummi nak tanya mak tuk..dzaatin dah boleh diberi mandi ke??..mak tuk cakap..ok..mandikan dengan air suam..lepas tu ummi terus siapkan dzaatin mandi..
Alhamdulillah..dzaatin dah pulih seperti biasa..sehari je nampaknya dzaatin demam..tu pun tak macam baby lain demam..dzaatin lincah dan aktif je..xde merengek2 sbb badan xsihat pun..hehe..kuat betul anak ummi ni..kadang2 ummi tertanya2..dzaatin ni betul ke demam..kalu tengok keaktifannya..xrasa macam dzaatin demam..harap suhu badan je panas..emm..dzaatin..dzaatin..:-)


waa..dah segar badan sebab dapat mandi setelah dua hari tak mandi..hehe..pantang..mesti nak isap jari je..


lepas siap-siap pakai baju..ummi taruk ubat sembuh luka kat telinga dzaatin..supaya cepat recover isi yang ditindik subang tu..sebenarnya..sehari je luka di telinga dzaatin dah sembuh..even masa tindik setitik darah pun tak kuar..ummi sentiasa letak minyak supaya tiada sebarang jangkitan kuman..alhamdulillah..semua ok..


sebelum ni ummi tak pernah bagi dzaatin isap pacifier..ramai yang pesan supaya jangan ajar dzaatin isap pacifier..tapi kali ni ummi terpaksa ajar coz kalu dzaatin isap jari..kadang2 sampai dalam sungguh dijoloknya..sampai termuntah2 pulak..tak boleh ni..ummi kena gantikan jari dzaatin yang sudah semakin panjang tu dengan pacifier..nasib dzaatin mahu isap..sorila ummi terpaksa..cian tengok..


masa dzaatin dah nak tidur..ummi kena pujuk dzaatin sambil tepuk2 dada ngan sapu2 kepala..kalu tak mesti dzaatin resah..xpe..umur sekarang memang dzaatin suka dibelai2...


lastly..dzaatin terlena jugak....ummi bacakan doa tidur untuk dzaatin eh..BismikAllahumma ahya wa amut..amiin..

Selamat Hari Lahir Hubby yang ke-23.....SurPPrisEEE!!

surprise!! surprise!!

dah dua minggu ummi rancang nak buat surprise kat abi..akhirnya hari ni..selamatlah sudah semuanya..abi teruja mendapat dua hadiah istimewa dari ummi termasuk kek coklat kegemaran abi sempena ulangtahunnya yang ke23 hari ini (16 Ogos)..semua ni ummi rancang secara senyap2..hadiah2 ni pun ummi pesan dari auntie Syidah belikan supaya xkantoi..kalu ummi beli hadiah masa kuar ngan abi mestilah kantoi kan..jadi kena mintak tolong auntie Syidah usahakan semua..syukran ye anti...supporting la anti ngan zauj anti..hehe..:-)
meh kita tengok aksi-aksi abi potong kek..


ni la hadiah kek choc moist untuk abi..cedaap..



potong jangan tak potong..



muka syonok dapat kek..hehe



kalu ye pun syonok sangat..jangan bg dzaatin makan daa..:-p






aik..dzaatin pun nak berposing..hehe



hadiah pensil picit..



dibatangnya terukir "hubbyku t'syg"



hadiah untuk abi


"suamiku...

kita ini adalah satu jiwa..
kau adalah aku..
dan aku adalah kau..
kita akan harungi kehidupan ini bersama..

dukaku dukamu..
dukamu dukaku..

sukaku sukamu..
sukamu sukaku..

cita-citaku cita-citamu
cita-citamu cita-citaku

senangku senangmu..
senangmu senangku..

benciku bencimu..
bencimu benciku..

kurangku kurangmu..
kurangmu kurangku..

kelebihanmu kelebihanku..
kelebihanku kelebihanmu..

milikku milikmu..
milikmu milikku..

hidupku hidupmu..
hidupmu hidupku..

kita adalah satu...

salam sayang dari isterimu...

(kata-kata adalah petikan dari Novel Ayat-Ayat Cinta)








Saturday, August 15, 2009

FEVER MODE :-(

hari ini hari sabtu..ummi dikejutkan dengan suhu badan dzaatin yang panas..eh dzaatin demam ke ni????..biar betul..inilah kali pertama dzaatin demam setelah 3bulan 4hari hidup bersama ummi..ditambah pulak dengan selesema..ummi xde pengalaman lagi menjaga dzaatin ketika demam..emm..ummi kena telefon mak tuk ni..kena tanya apa yang patut ummi buat..hari rabu lepas dzaatin kena cucuk imunisasi untuk usia 3 bulan..mungkin kesan dari suntikan tu buat dzaatin demam hari ni..emm cian anak ummi ni..

mak tuk pesan suruh sentiasa jelum kepala dzaatin dengan air asam jawa..seluruh badan pun kena lap2 dengan air..lagi satu mak tuk pesan jangan mandikan dzaatin sewaktu dzaatin tengah tak sihat ni..

mak tuk cakap tengok dulu sehari ni..kalu tak kebah jugak, ummi kena bawak dzaatin ke klinik esok..ummi kena sentiasa berjaga2 supaya suhu dzaatin tak terlampau panas..bahaya kalau baby demam panas, takut2 sehingga menyebabkan kecacatan otak..nauzubillah...

mula-mula makan ubat demam..manis..dzaatin suka..


selepas tu makan ubat selesema pulak..ni pun dzaatin suka..manish2 jugak..


ni muka lepas makan ubat..euuummmmm




dah demam asyik nak genggam tangan ummi je..hehe


pastu nak sembang-sembang..dah memang hobinye..



aii..demam2 pun nak ketawa2 lagi...ish2....

pas dah suka2....merenung apa ntah tu...cari feel nk tidur la tu..hehe


zzzzzz....daah tidur...cian dia xsihat badan..

Ya Allah..sembuhkan anakku dengan segera Ya Allah...
semoga dia kembali ceria dan berdaya semula..
Jauhkan lah dari segala penyakit2 yang berbahaya..
Ameen...