CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, August 31, 2009

Daging masak lemak cili padi dan puding susu istimewa utk aunty Ain

Alhamdulillah..semalam dah selesai sudah majlis berbuka puasa bersama2 famili aunty ain sekeluarga..
sebelum bertolak ke sana..
dalam pukul 1 lbih abi dah kuar pegi beli bahan2 memasak untuk juadah berbuka di rumah aunty ain nanti..
lepas solat zohor..sementara dzaatin ngah tidur..
ummi cepat2 siapkan dua juadah
antaranya daging masak lemak cili padi dengan puding susu..
atas permintaan auntie ain..ummi titipkan resepi kedua2 juadah..
* padahal emak auntie ain lagi pakar dr ummi pun auntie ain nk tanya ummi lagi..hadoihhh..

Resepi Daging Masak Lemak Cili Padi
*hasil didikan mak tuk dzaatin tersayang..



500gram daging
santan (hasil dari perahan satu biji)
1inci kunyit hidup ditumbuk halus
2 ulas bawang besar ditumbuk
5 ulas bawang putih ditumbuk
10 biji cili padi ditumbuk
3 batang serai
1 keping asam keping
2 helai daun kunyit
2biji ubi kentang
garam secukup rasa

cara-cara memasak:
1. rebus daging bersama sedikit air sehingga empuk
2. masukkan ubi kentang (petua untuk mengempukkan daging)
3. masukkan bahan2 yang ditumbuk
4. masukkan serai dan asam keping
5. daun kunyit dirincik halus dan taburkan ke dalam
6. masukkan santan
7.sentiasa gaul dan kacau sehingga mendidih dan pekat
8. masukkan garam secukup rasa
9. tambah air sedikit jika mahu berkuah lebih tapi biar mendidih lama untuk memekatkan kuah


Resepi Puding Susu


bahan-bahan:

agar-agar
susu cair berkrim
garam secubit dua
gula
5 sudu besar tepung jagung
*boleh ditambah koktel buah-buahan atau Nata de Coco

1. masukkan air 3/4 periuk
2. didihkan agar-agar sehingga hancur
3. setelah mendidih masukkan susu cair dan gula
4. gaul hingga gula hancur
5. masukkan tepung jagung yang telah siap dicampur sedikit air kosong
6. sentiasa gaul ketika memasukkan cairan tepung jagung
7. kacau sehingga pekat dan siap untuk disejukkan di dalam bekas yang sesuai

emm..ni la resepi ummi yang tak seberapa untuk aunty ain..
hope dia mencuba untuk familynya..hehe
boleh praktis2 sebelum ke gerbang perkahwinan..hehe
aaa..dzaatin nnti dhbesar pun kena masakkan untuk ummi dan abi tau..

semasa berbuka kat sana..
dzaatin tak meragam2..
senang ummi, abi n yang len2 nak berbuka..
kat sana banyak sangat juadah yang family aunty ain sediakan..
semua masakan2 sedap..
Alhamdulillah kenyang sangat..
yang jadi faveret ummi ialah sambal belacan mak cik santi..
cam nak cekau wat balik je semua hehe..
nak kena belajar wat ni..

pas siap2 solat magrib..
kita pun bertolak pulang...

tima kasih ye aunty ain dan family....
nanti besar2 dzaatin datang lagi..

No comments:

Post a Comment