sudah beberapa hari
hari pertama syawwal sudah berlalu..
tapi kemeriahan dan kehangatan sambutan syawwal masih terasa..
untuk entry pada kali ini..
ummi nak amik kesempatan..
menitipkan gambar2 kenangan beraya di kampung abi dan ummi..
sebelum tu..
ummi nak critakan pengalaman beraya bersama dzaatin dan abi..
pada hari raya pertama..
selepas bersama berjemaah solat sunat aidil fitr di MAtri..
abi, ummi dan dzaatin keluar pergi menziarah kawan2..
selepas tu..
petang raya..
keluarga besar ummi berkonvoi pulang ke kampung sebelah mak tuk
di Sik Kedah..
best sangat..hehe
raya kali ni kita sempat jumpa Tok wan ummi je
merangkap moyang dzaatin..
sebab malamnya abi, ummi dan dzaatin terus
berkejar balik ke Perak..
Lewat malam baru kita sampai di Chemor..
malam tu..
abi dan ummi berehat sepuasnya
sebelum meneruskan perjalanan keesokkan paginya
keluarga abi dah merancang nak pergi beraya
di kampung sebelah opah dzaatin pulak..
di Kampung Gajah dan Teluk Intan
kat sana..
Atuk dan Opah bawak kita pusing kat bandar Teluk Intan..
ada bangunan bersejarah kat situ..
masa kat sana..
semua sanak sedara opah suka ngan dzaatin
diorang cakap dzaatin comel sangat
hehe..
nilah masanya ummi dan abi perkenalkan dzaatin pada diorang..
best sungguh raya kali ni..
terasa bermakna dengan kehadiran dzaatin..
penyeri keluarga besar abi dan ummi..
emm
(^-^)
kita bergambar di hadapan monumen bersejarah di Teluk Intan
dzaatin bergambar dengan ainul mardhiyah (sepupu dzaatin-anak mak ngah)
tika ini ainul berumur 11bulan dan dzaatin pulak berusia 4bulan
cam tak jauh beza je saiz badan hehe..
memori raya bersama dzaatin
keluarga besar abi
gambar ini diambil sebelum kita bertolak ke Kampung Gajah
pada hari raya kedua
p/s:sedih sangat..Allah izin gambar raya di perlis semuanya hilang dalam memory card tanpa dapat dikesani siapa punya angkara
huhuhu
(-_-)
No comments:
Post a Comment