Alhamdulillah..
setelah penat menelaah pelajaran selama 2 tahun di Matrikulasi UIAM
dan menyambung di peringkat ijazah sarjana muda selama hampir 4 tahun di kampus UIAM Gombak
kini tibalah semester terakhir buat abi dan ummi..
pejam celik sudah hampir 4 tahun kami berada di IPT..
kini tibalah masanya semester baru merangkap semester terakhir buat abi dan ummi
sebelum melangkah ke semester baru..
pelbagai pembaharuan perlu di buat dan perkara yang lama perlu di kemaskini..
semester baru mestilah dengan sikap yang baru..
semester baru mestilah dengan semangat yang baru..
semester yang baru mestilah dengan jadual harian yang baru..
semester baru mestilah iman yang perlu dikemaskini..
sikap lama yang melemahkan diri perlu dihakis dikit demi sedikit
buang segala karat2 jahiliyah dan maksiat..
yang membekukan hati
untuk menerima ilmu..
dan tentunya..
matlamat belajar perlu distruktur semula
belajar kerana apa??
kerana:
1. menuntut ilmu memang dituntut dalam Islam
2. kerana dengan ilmu darjat sebagai umat islam akan diangkat di sisi Allah
3. membuat satu perubahan dalam diri dan keluarga serta masyarakat sekeliling
4. tentunya untuk menyumbang kepada Islam
dengan matlamat yang tepat
insyaAllah..
komitmen akan berterusan..
kemalasan akan berkurangan..
motivasi akan tertingkat..
pengurusan hidup akan lebih tersusun..
semoga semester baru ini..
lebih baik dari semester lepas
InsyaAllah...
tumpukan segala usaha..
selebihnya tawakal pada Allah..
mohon keberkatan segala ilmu yang dipelajari..
No comments:
Post a Comment