Price: RM 45 |
1. Diperbuat daripada kain cotton flannel |
http://www.mudah.my/Pakej+Bedung+dan+Barut+Bayi-6993592.htm
http://kuantan.olx.com.my/buai-bayi-automatik-harga-runtuh-iid-63680745
BUAIAN AUTOMATIK DARI JENAMA TERKEMUKA SynHz
sekarang senarai barang2 untuk ummi pulak..
1.Tungku Moden
sebenarnya masa berpantang dzaatin, ummi guna tungku tradisional je..batu sungai..di bawa khas dari sungai di kampung mak tuk di Sik Kedah..abi lah pagi2 sebelum g kerja, bakar batu tu, balut ngan kain batik dan tolong tungkukan pada ummi..hee..sedap rasa sbb suami sendiri yg buat..pantang kali ni, xdapatlah ummi nak susahkan abi lagi..cian nak jaga dzaatin lagi, kerja lagi, nk urus rumah lagi, jadi ummi nk pakai tungku moden je lah..senang dan mudah..
http://www.mysetbersalin.com/tungkumoden.htm
Sebelum ni, ummi guna yg HPA punya..tapi lepas guna, ummi rasa renyah cikit nk pakai yg tu..abi jugak nk kena tolong ikatkan..susah nk pakai sendiri...kali ni lepas survey2, ummi nk cuba yg ni..tapi tak tahu lagi nak wat keputusan yg mana lebih senang, bengkung zigzag ke atau bengkung brand avon punya...nk fikir2 lagi..
Bengkung zigzag merupakan benkung yang khas untuk di gunakan untuk ibu-ibu yang baru bersalin. Ia membantu anda mengembalikan semula bentuk badan anda kembali langsing dengan reka bentuk yang lebih moden dan mudah di pakai!
Bukan saja ia bertujuan untuk membentuk semula bentuk tubuh seperti sediakala anda malah ia juga membantu menguatkan semula otot yang regang dan lemah akibat proses mengandung dan bersalin.
" Bayangkan apa perasaan anda apabila melihat perut anda yang dulu kempis dan leper kelihatan buncit seperti orang yang masih mengandung?"
Apakah anda mahu membiarkan saja perut anda buncit tanpa sebarang tindakan?
Saya pasti anda akan berkata TIDAK!
Keistimewaan Bengkung Zigzag
Kenapa anda perlu menggunakan bengkung zigzag ini? Anda harus mendapatkannya kerana :
Ia ternyata amat mudah di pakai. Bengkung ini tersedia dengan tali yang siap di jahit di kiri dan kanan kain bengkung untuk memudahkan anda menggunakannya sendiri tanpa bantuan sesiapa. Hanya masukkan tali berselang seli di setiap lubang yang di sediakan di tepi kain.
Kain bengkung yang selesa di pakai.Oleh kerana ia tersedia dengan 2 tali, ikatan bengkung anda akan terasa lebih kemas dan kejap di badan tanpa rasa longgar sewaktu duduk atau bergerak.
Kain bengkung yang lebih tebal dan tahan lama . Oleh kerana bengkung zigzag menggunakan kain belacu yang lebih tebal, kain bengkung tak mudah terkoyak dan boleh di gunakan untuk kelahiran yang seterusnya. Ini bermakna anda sudah pun berjimat !
Bukan itu sahaja, bayangkan selepas memiliki bengkung ini, anda juga akan dapati ......
Bagaimana anda dapat meluangkan masa untuk berehat dan melayan kerenah bayi anda yang mungkin meragam.Kini anda boleh dapat merehatkan badan atau melakukan kerja-kerja yang lain kerana tempoh memakai bengkung yang lebih pantas!
Anda dapat saiz bengkung yang tepat dan bersesuaian dengan saiz tubuh anda. Kebanyakan kain bengkung yang ada di pasaran hanya menyediakan 'free size' yang mana ia mungkin terlalu besar atau terlalu kecil dengan bentuk tubuh anda. Dengan 4 saiz yang berlainan iaitu S, M, L dan XL anda tak perlu lagi menjahit semula kain bengkung supaya lebih kejap di badan apabila di sarung!
4. Set Bersalin SALINDAH
sebelum ni pun ummi guna set bersalin HPA jugak..tapi sembelit tak lega dan nifas lambat habis..jadi ummi nak try produk ni pulak..ummi agak percaya n yakin ngan produk ni sbb dia base homopati, biokima dan herba..gi pun Opah dzaatin selalu beli produk2 keluaran Dr Azizan ni..nk cuba yg ni lah..
Produk | Kegunaan-kegunaan |
B 1 | Membekalkan zat besi mudah hadam untuk wanita hamil, mengurangkan muntah, loya serta alahan, membantu tumbesaran tian, mencegah demam, batuk, selesema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain. B1 juga akan menghilangkan kesan jatuh atau rebah di samping melancarkan aliran darah agar terhindar masalah tersimpul urat kaki dan menghilangkan lesu. |
Bio | |
MAL05092335T | |
B 2 | Membekalkan zat untuk tumbesaran tian, menguatkan tulang dan membina otak tian, di samping menambah darah serta selera makan. B2 juga dapat menghilangkan sengal tulang dan kebas kaki tangan, mencegah serangan sejuk dan sakit gigi dan osteoporosis. |
Bio | |
MAL05092336T | |
B 3 | Memberi zat untuk pembinaan saraf dan otak anak. Menghilangkan masalah takut, cemas dan bimbang. Mencegah simpul biawak atau krem betis. Mendatangkan ketenangan bagi menghadapi hari bersalin. |
Bio | |
MAL05092337T | |
B 4 | Istimewa untuk mengawal alamat palsu, menghilangkan sakit urat dan otot di samping mengurangkan sakit semasa melahirkan. B4 juga akan memudahkan kelahiran bayi dan menghilangkan rasa takut dan cemas pada bakal-bakal ibu. |
Hom | |
MAL07021406T | |
B 5 | Remedi ini melanjutkan tindakan B4, mengendur dan menganjalkan otot pencerut saluran peranakan dan memberi daya teranan labour sewaktu bersalin. |
Bio | |
MAL05092339T | |
B 6 | Berguna untuk menguatkan teranan, menolong mengurangkan sakit sewaktu bersalin, mempercepat dan mempermudahkan kelahiran, membuka luas saluran peranakan dan mengurangkan sakit selepas bersalin. |
Hom | |
MAL08010729T | |
L 7 | Bagus untuk menyembuhkan luka, jahitan serta pusat bayi di samping mencegah jangkitan kuman dan penanahan. |
Her | |
MAL05092341T | |
L 8 | Membantu menyembuhkan rasa sakit-sakit, menghentikan darah, mencegah sakit meroyan, demam dan sakit kepala. |
Hom | |
MAL07124635T | |
L 9 | Menghilangkan sengal selepas bersalin dan bisa-bisa, sakit meroyan, menghentikan darah nifas, membetulkan urat-urat darah yang putus, menyusun semula alat peranakan dan menguatkan seluruh anggota tubuh. |
Hom | |
MAL07021407T | |
L 10 | Mempercepatkan kecut semula rahim. Mengangkat kembali rahim ke kedudukan asal dan mengurangkan simpul urat biru. |
Bio | |
MAL05092338T | |
L 11 | Tonik istimewa bagi memanaskan tubuh, menambah selera, membaiki penghadaman dan melancarkan pembuangan najis. Mengenakkan tidur, menghilangkan kebas-kebas serta menyegarkan rahim dan alat peranakan |
Her | |
MAL05092342T | |
L 12 | Berfungsi untuk menjaga kesihatan ibu bersalin agar sentiasa sihat; mengembalikan kekuatan, memulihkan alat pengkelamian dan menimbulkan kesegaran. |
Bio | |
MAL05092340T |
No comments:
Post a Comment