CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, November 11, 2010

Bekerja Atau Suri Rumah Sepenuh Masa




Assalamualaikum..

entry kali ni ummi nak kupas pasal dilema menjadi surirumah sepenuh masa atau bekerja di luar...kedua2nya dah lama ummi fikirkan semenjak di menara gading lagi..mula2 dulu, masa hidup agak sempit dgn masalah kewangan, ummi beriya sangat nak abis belajar, nak cepat dapat kerja dan nak hidup selesa bersama keluarga kami..waktu berkahwin sambil belajar, status kewangan kami ibarat cukup2 makan sahaja, nk buat saving pun xde portion..duit pinjaman dan ptptn mmg xcukup..sebab segalanya perlu dikongsi berdua..selepas kelahiran anak sulung tika masih di bangku universiti, tanggungjawab makin bertambah dan kewangan makin stabil..itupun segalanya di galas di bahu kami sendiri ditambah sedikit2 bantuan dari keluarga yang kasihankan hidup kami yang amat sederhana..tapi kami selesa..dari situ ummi berazam sangat nk cepat dapat kerja nak bantu abi..nak rasa hidup lebih selesa..

tapi semenjak kesihatan dzaatin tak menentu..ummi rasa gelisah dan bersalah sebab selalu kena gilir2 menjaganya dgn abi..kenapa sebagai ibu, ummi tak sepanjang masa menjaga kesihatan dzaatin agar bertambah baik??bila dihantar ke nursery, kesihatannya bertambah teruk sehinggalah penah terkena penyakit darah terkena jangkitan kuman..waktu tu ummi down sangat..dahlah masih tempoh berpraktikal di sebuah syarikat..tak boleh amik cuti sesesenang hati..sejak itu, persepsi ummi bertukar..ummi rasa tak nak lagi berpisah ngan dzaatin..ummi dah tak fikir dan berangan lagi nak bekerja apabila dah grade nanti..sudahlah waktu tu ummi mengandung anak kedua, alahan pula ummi kerap rasai..dengan dzaatin yang selalu demam..rumah jadi tak terurus..nak masuk dapur pun ummi tak lalu..jadi kami kerap beli makanan dari luar je..lama2 muak juga makanan di kedai campur tak berkhasiat lagi..rumah pun selalu berterabur sbb dzaatin dah pandai memunggah segala barang dlm rumah..ummi nak kerap kemas pun dah tak larat, abi pulak sibuk dengan kerja yang baru dia dapat sebagai assistant auditor..ummi tak nak susahkan abi..tu pun abi lah yang selalu sidai baju, angkat baju, beli lauk pauk lagi..jadinya ummi makin pening dgn keadaan rumah...sudahlah kena keluar bekerja 8 jam sehari, balik dah letih sbb mengandung lagi..perangai dzaatin pulak kerap meragam sebb dia kerap tak sihat..semua tu buat ummi makin buntu..ummi dah janji sgt2 dlm hati tak nak kerja dah lepas abis praktikal ni..ummi nak urus rumah, urus keperluan abi, nak sediakan makan minum abi dgn lebih baik dan jaga kesihatan dzaatin..biarlah ummi jaganya sendiri dari di hantar ke nursery sbb kesihatannya tak pernah elok semenjak di hantar ke sana..dari situlah ummi dah bulat tekad tak nak berkerja di luar lagi..Alhamdulillah abi sangat2 bersetuju..Syukur pd Allah dikurnia suami memahami dan menyokong diri ini..

ttg penyusuan badan pulak..ummi hanya dapat susukan dzaatin selama 9 bulan sahaja..sedih mmg sedih..ummi tak dapt buat stok susu secukup mungkin untuk dzaatin..itu mmg kelemahan ummi..semagat mmg kuat tp mgkn cara yg salah atau mgkin ummi lebih selesa menyusuakan bdn secara direct untuk anak2 ummi..kalu buat stok2 ni mmg lemah sikit..jadinya hasrat ummi nak susukan sekutrangnya 2tahun terbengkalai begitu sahaja..tambah2 pulak bila mengandung anak kedua, susu semakin kering hingga tiada langsung..jadi ini juga niat kenapa ummi fikir mahu menjadi surirumah sahaja dan menyusu secara penuh 2tahun pada anak2 ummi..kerna susu ibu adalah hak buat anak2nya seperti yang digalakkan oleh Islam..kerna banyak sangat khasiatnya yg tak terbanding oleh susu2 lain..MasyaAllah,,ruginya kalu tak rebut nikmat Allah yg satu ini..

bagi abi, biarlah kami hidup bersederhana dari tengok ummi asyik letih dan rungsing..abi pun jadi runsing begitu..biarlah hidup bersederhana asal balik dari kerja abi dapat lihat keceriaan ummi dan dzaatin di rumah..biarlah hidup bersederhana asalkan abi dapat selalu makan hasil air tangan ummi dari kerap membeli di luar..sbb bila ummi kerja, letih kerja cmpur letih ngandung lagi sampai dah tak lalu nak berdiri memasak di dapur..hari minggu je dapat sediakan makanan di rumah..ummi pun xsuka macam tu..kalu masak sendiri lagi jimat dan berkhasiat..biarlah kami hidup bersedrhana dan anak2 mendapat hak penyusuan susu ibu sepenuhnya pada mereka selagi mana Allah masih kurniakan rezeki itu..

rupa masa dzaatin tgh sakit demam berpanjangan..kurus dan susut badannya


sekarang...makin montel dan tinggi..

dan Alhamdulillah..selepas grade, kini ummi merehatkan diri di rumah sambil melayan karenah dzaatin di rumah dan menyediakan keperluan untuk abi dengan lebih baik..Alhamdulillah, kesihatan dzaatin amatlah baik semenjak tidak lagi tinggal di nursery..tiada lagi demam setiap bulan, tiada batuk dan selesema berpanjangan..semuanya makin bertambah tenang dan bahagia..tak rugi ummi buat keputusan begini..lebih bahagia dapat tengok dan besarkan sendiri dzaatin di rumah..ummilah cikgunya, kawannya dan ibunya...tambah2 lagi rezki kerjaya abi juga semakin baik semenjak dapat kerja baru di sini..didoakn semuanya diberkati Allah..

tapi.................

bukan semua yang setuju dgn keputusan ummi untuk menjadi surirumah sahaja..ramai yg pelik..lagi sedih ada jugak yg cakap rugi belajar tinggi2..bila balik kg, bila sedara mara tanya kerja apa, ummi diamkan diri je..malu nak jawab surirumah sbb mesti diorg terus kondem..itu pun ada yg cakap mcm tu seperti yg diceritakan kakak ummi sendiri..ummi ngadu kat abi..abi tak malu ke ada isteri yg xbekerja?? abi tegas jawab tak..itu yg abi nak selama ni..biarkan apa org nak fikir..kita sendiri yg tahu ttg diri kita..mula2 dulu susah juga nak fahamkan mak ayah, ibu dan abah kami berdua..tapi lama kelamaan mereka boleh menerima..lagi sedih kalu orang tua kita tak support pendirian kita..tapi Alhamdulillah diorg setuju sahaja..kini ummi semakin belajar untuk tidak lagi bersedih dgn kata2 org yg tak memahami pendirian kami..

kini..selepas menerima kelahiran ahli baru rumah kami, ummi merancang nak teruskan niat untuk bekerja dari rumah..macam2 juga idea yang timbul sebelum ni..apa kerja yg sesuai dgn ummi..sebelum ni ummi ada belajar internet marketing dan e-commerce di university..jadi ummi berminat dgn perniagaan online..sekarang pun ummi dah cipta online blog for internet shopping, cuma belum ada material lagi untuk dijual..satu dua idea tu sudah ada cuma setakat ni ummi nak fokus persiapan terima kelahiran baru dulu..dan alhamdulillah juga, abi amat menyokong niat ummi ni..abi siap nak bantu modal dan bantu apa yang patut..terima kasih atas jasa abi yee..semoga Allah redhai usaha abi..;)

sampai bila nak jadi suri rumah??
emm itu ummi belum tentu lagi..yang pasti 5 hingga 7 tahun pertama perkahwinan ni, pembesaran anak2 amat penting bg ummi dan abi..kerukunan rumahtangga lebih penting dari kerukunan kewangan bg kami berdua..mungkin selepas anak2 dh membesar, dan boleh berdikari barulah ummi berfikir semula samada perlu atau tak ummi bekerja..sambil2 tu ummi rancang nak sambung belajar secara part time sahaja..InsyaAllah kalu Allah bg kelapangan masa dan rezeki..moga Allah permudahkan urusan keluarga kami..

macam mana dengan kehendak2 ummi??
seperti wanita2 yang lain..ummi pun ada macam2 kehendak juga..nak ada kereta sendiri, ada aset sendiri, nk beli keperluan2 yg ummi impikan...kalu minta pada abi, mmg lah abi tak mampu nak sediakan kala ini..jadi ummi bincang dgn abi, kalu ummi bekerja, semua tu ummi boleh dapat dgn titik peluh sendiri, abi tak perlu risau..tapi abi nasihatkan ummi, kalu semua tu ummi nak, abi boleh sediakan cuma berdikit dan bukan pada masa keperluan lain lebih penting dr kehendak ummi..abi cakap, takkanlah ummi nak kerja sbb nak kereta impian sendiri, nak kehendak2 yang seperti wanita lain inginkan sampai sanggup tinggal2kan anak di nursery, rumah tak terurus, kalu ada maid pun belum tentu kita selesa, lagipun abi jenis tak selesa kalu ada org lain dlm rumah ..anak2 di rumah tapi kita berdua di tempat kerja lagi..tambah macam2 masalah lagi..takkan ummi nak korbankan semua tu hanya nak puaskan kehendak2 ummi sahaja..bila fikir balik, betul cakap abi..lagipun apalah sangat kehendak2 tu dari melihat anak membesar di depan mata sendiri, mendidik menjadi anak yg soleh solehah dan mengatur kehidupan dgn lebih baik..mungkin ummi lebih elok dan selesa menjadi surirumah sahaja, tapi mungkin tak bg org lain..setiap org ada ketentuannya sendiri..jadi ummi tak pernah pandang serong pd ibu2 yg bekerja kerana setiap org lain masalahnya..

mungkin ada yg bakal kata ummi xfikir panjang..mana tahu Allah uji ttg hubungan suami isteri suatu hari nnti..kalu tak bekerja, nanti xde simpanan sendiri dan tak de tempat bergantung??..pada ummi, itu takdir Allah dan ada penyelesaianNya..dari bekerja di rumah pun ummi dah boleh buat tabungan sendiri..lagipun abi memang akan peruntukan sejumlah perbelanjaan untuk simpanan masa depan anak2 dan ummi..dan ummi doakan hubungan kami diikat kuat dgn kasih sayang dan kesetiaan yang tak berbelah bahagi..kami hidup susah senang bersama..amat menghargai atas perkahwinan yg dibina atas dasar kesusahan dan kesenangan di kongsi bersama..moga Allah redhai juga..lagipun suami itu milik Allah, bila2 sahaja Dia akan ambil..jadi kita tak boleh terlalu mengharap akan miliknya abadi pada kita..

dan doa ummi..mohon dengan sangat agar Allah meredhai keputusan ini dan meredhai keluarga kami hingga ke Akhirat insyaAllah..kerna keredhaan abi juga keredhaan Allah..biarlah ummi lakukan atas segala yg abi redhai pdnya..selagi mana Allah juga meredhainya..insyaAllah..

2 comments:

  1. akak, anim pun kalau diberi peluang, tak nak juga bekerja.. sgt tak yakin nak tinggal kan anak dekat org lain/ nursery.. tapi tu la, zubir pun tak kerja lagi kan.. terpaksa lah..

    hari tu pernah gurau2 dengan mak anim cakap tak nak kerja, pastu mak terus cakap, "blaja tinggi kenapa tak nak kerja..." lepas dari tu, anim tak pernah lagi gurau2 pasal ni, tapi kehendak hati nak sgt mak paham yg anim tak nak kerja sebab nak besarkan anak depan mata..

    mungkin bile zubir jadi specialist, anim memang berhenti ngaja kot.. tp sayang jugak kerjaya cikgu sbb bahagia bile tgk anak2 murid berjaya.. tp lebeh bahagia kan bile tgk anak berjaya hasil titik peluh kite.. =)

    ReplyDelete
  2. emm..bila kewangan betul2 tak stabil, mmg kita perlu membantu..akak pun penah kerja tapi masa tu sambil belajar sambil kerja part time sbb nk bantu suami juga..lagipun masing2 kan masih belajar..biasalah tu..tapi alhamdulillah, rezki Allah bg lebih kali ni, cukup kalu akak tak bekerja..sbb tu akak kata setiap org lain2 masalahnya..sbb suami pun ckp kalu dia xdpt kerja cam sekarg mmg akak terpaksa juga bekerja..kena bekorban juga..pasal mak pulak, sedih juga sbb mak mmg harap anaknya yg masuk u dapat kerja elok,tp akak mmg cakap elok2 dan buktikan boleh bantu dia juga sikit2 dr gaji suami juga, Alhamdulillah suami mmg support bab2 ni, sbb mmg dia nk akak dirumah shj, jd dia perlu bantu byk benda..akak doakan yg terbaik untuk anim juga, kalu mengajar itu yg terbaik, baiklah bg anim, kalu tak pun, baik juga..emm kalu nak buka tuisyen di rumah pun boleh kan..hehe..cadangan jer..he

    ReplyDelete