CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, November 13, 2010

Book Review: Rumahku Ofisku, Tips Wanita Bekerja Dari Rumah


Assalamualaikum..
emm dh lama tak buat book review..
kali ni atas permintaan aunty Mawaddah , ummi usahakan buat book review untuk pembakar semangat sesiapa yg sedang bekerja dari rumah merangkap suri rumah tangga..buku ni ummi beli pada tarikh 11 Julai 2010..masa tu baru habis praktikal..mood nak bekerja dari rumah mmg berkobar2 masa tu..jadi ummi carilah bahan2 yg berkaitan buat inspirasi..terjumpa lah dlm laman web galeri ilmu pasal buku ni..

meh kita kenal2 dulu ngan penulisnya..namanya Mazneera Zainal..seorang lulusan BSc (Honours) in Economics and Management, Uniersity of London..penulis memilih untuk menjadi surirumah moden semenjak mendirikan rumah tangga kerana nekad mahu mendidik dan membesarkan sendiri tiga orang permata hati..merupakan pengasas MotivasiHaji.com dan SoftwareForMuslim.com, dua e-kedai yang menjadi perniagaan utama beliau..

buku ni ada tiga bahagian..

Bahgian pertama: Senario dan Realiti Masa Kini

Bab 1: Wanita berijazah menjadi surirumah moden?

bab ni menjelaskan bahawa statistik pada tahun 2005 telah direkod mengatakan walaupun wanita di Malaysia mempunyai tahap pendidikan tertinggi, tapi hanya 47peratus yg menjadi sumber tenaga kerja kepada negara..kebanyakkan memilih untuk berhenti selepas bersalin..ini kerana kerajaan kurang menyediakan pusat jagaan kanak2 di tempat kerja..tahun 2007, kerajaan mula menggalakkan penyediaan pusat jagaan kanak2 di tempat kerja sbb nak menarik balik golongan wanita keluar bekerja..tapi masih ramai wanita memilih untuk berhenti kerja..kenapa??

kerana penulis berpendapat makan gaji bukan satu-satunya sumber rezeki.. kemudahan internet yg pesat kini membantu wanita menjadi usahawan di rumah sendiri..perniagaan internet bukan sahaja menjana pendapatan, kalu kena gayanya boleh menjadi jutawan seperti Irfan Khairi yang menjadi jutawan pada usia muda..

penulis berpendapat juga wanita memilih untuk berhenti kerja adalah kerana ingin menjaga dan mendidik anak2 sendiri .. apakah faktor menyumbang kepada keinginan ini??
kerana:

  • 7 tahun pertama adalah paling kritikal dalam pembesaran dan pendidikan anak2..didikan awal memberi impak yg besar..menurut islam 7 tahun pertama adalah masa di mana kebergantungan anak kepada ibu bapauntuk memenuhi keperluan mereka berada di tahap yg tinggi..pakar pendidikan mengatakan, ibu khususnya perlu berada di samping anak2 dlm memberikan pendidikan tidak formal sepanjang tempoh 7 tahun pertama contohnya merangsang fizikal motor, penguasaan bahasa, pemikiran dan penggayaan abjad serta nombor..children learn what theay live, and live what thay're learned..jadi kalu pendidikan diserah bulat2 pada pengasuh atau jiran, akibatnya mereka terdidik dgn cara pendidik itu..ibulah pendidik yg terbaik kerna hubungan kasih syg yg wujud..tentulah ibunya mahukan yg terbaik buat anaknya..
  • faktor keselamatan anak2..dgn masalah jenayah dan penderaan yg berlaku di mana2..kecuaian pengasuh dan lain2..membuatkan wanita membuat keputusan sedemikian..
Bab 2: menyelami kehidupan Seorang Wanita yang Bekerja di Rumah

ada persepsi mengatakan berada di rumah tidak memenatkan seperti bekrja di luar..bagi penulis, sebenarnya wanita yang menjadi surirumah memainkan peranan isteri dan ibu sepenuh masa serta turut memilih untuk bekerja dari rumah juga mempunyai bebanan tugas yg amat besar..beban tugas termasukalah menjaga makan minum anak2, mendidik, dan ditambah lagi bebanan kerja2 rumah seperti mengemas, membasuh dan melipat kain..ini tidak termasuk tuntutan kerja2 peribadi..

penulis ada menceritakan bagaimana jadual hariannya menguruskan rumah dari pagi sehingga malamnya..

Bab 3: Cabaran Bagi Seorang Surirumah Berijazah

antara cabaran yg diulas penulis ialah:
  • konflik diri - dihantui rasa bosan..setiap kali konflik datang, fikirkan tujuan utama mengapa kita duduk di rumah - unruk mendidik anak2 dan betapa besar manfaat yg diperoleh oleh anak2 tercinta..
  • tekanan dr orang sekeliling - ibu bapa, kawan2..mereka mengatakan duduk di rumah bukan dapat apapun, stigma ini lahir disebabkan manusia zaman sekarang cenderung mengukur segalanya dr aspek material..
  • tekanan kewangan - kita mungkin tertekan sbb bergantung penuh pd suami padahal kita ada ijazah yg boleh digalanggantikan dgn wang..kita tidak dapat belanja sesuka hati dgn wang yg terhad..ttpi penulis merasakan apa yang terbaik untuk anak2 ialah dgn mendidik mereka sendiri di rumah..dari situlah penulis nekad untuk bekerja dari rumah dan mencapai kesimbangan dlm kedua2 perkara itu..iaitu membesarkan anak2 dgn tangan sendiri dan pada waktu yg sama melakukan apa yg diminati dan boleh menjana pendapatan keluarga..
  • rasa rendah diri - rasa kerdil dihadapan kawan2 yg bekerjaya tinggi..ttpi sokongan suami mengatakan pengorbanan yg dibuat demi mendidik anak2 sendiri adalah lebih besar ertinya dan sepatutnya berbangga dgn pencapaian anak2 yg cerdik dan pintar..

Bahagian Dua : Pelbagai Tip Untuk Wanita bekerja dari Rumah

Bab 1 : Tip Pengurusan Masa

Berikut adalah sarana bagi membolehkan anda melakukan kerja serentak sebagai ibu, isteri dan bos di rumah:

  • cara bijak untuk kurangkan masa memasak - sediakan rencah utnuk memasak dlm kuantiti yg banyak, memasak dgn kuantiti yg banyak termasuk tegahhari dan malam sekali dan membeli keperluan dapur seminggu sekali..
  • serampang dua mata - melipat kain sambil melayani anak2 sibuk bermain atau melayani pertanyaan mereka, membaca sesuatu bahan bacaan ketika sdg menyusukan anak, gunakan masamenjemput anak2 di sekolah sambil2 menghantar barang2 yg dipesan oleh pelanggan, mendapatkan bekalan dan stok atau membeli barangan runcit.
  • gunakan masa bersendirian untuk fokus dgn kerja - gunakan masa ktika anak2 bersekolah, ketika tidur untuk betul2 fokus pada pekerjaan di rumah..
  • jadikan setiap detik sebagai 'masa berkualiti' - perlu mencipta masa berkualiti jika tahu matlamat berada di rumah..
  • jangan sampai ada yang terabai - pegang pd konsep 'full time mum, part time everything else'..sesibuk manapun dgn urusan kerja, anak2 dan suami tidak boleh diabaikan..
Bab 2 : Tip Bekerja di samping Anak2 Kecil

Gunakan waktu tidur anak sebagai waktu bekerja

- waktu pagi ketika masih belum bangun, ketika mereka tidur sebentar..lakukan kerja anda sahaja kerna waktu2 lain kerja tugasan harian di rumah boleh dilakukan ketika mereka berjaga..jika tiada urusan yg mustahak, gunakam masa nak2 tidur untuk anda berehat seketika kerana kita juga perlukan tenaga untuk recharge semula..
- gunakan waktu malam apabila masa bersama anak2 diambil alih oleh suami pula..biarkan anak2 bemesra dan bermain bersama ayahnya pula..

Hadkan sempada kawasan bekerja anda

- jadikan sebuah bilik sbg home office anda..
- disiplin diri perlu supaya anda dapat melaksanakan tugasan harian di samping mencapai matlamat sendiri dlm perniagaan anda

Bab 3 : Tip Menghadapi Rasa Sunyi dan Terasing

  • ada network
  • bergaul dgn masyarakat sekeliling
Bab 4 : Tip Menangani Tekanan (stress)
  • merancang kerja - rancang kerja mengikut keutamaan, kemampuan dan keadaan realiti semasa
  • bersenam untuk mengatasi stress
  • belai dan manjakan diri - di spa atau lakukan sendiri di rumah
  • kawal marah anda
  • bermunajat kepada Allah - amalkan doa matsurat, Alkahfi:10
  • jangan simpan dalam hati - komunikasi yg baik dgn suami dan keluarga..luahkan..
Bab 5 : Tip Meningkatkan Keyakinan Diri

  • bersolek dan berpakaian cantik di rumah
  • bersenam untuk kesihatan dan kecantikan
  • menjaga kecantikan dalaman - ambil makanan kesihatan tambahan
  • menghadapi rasa tidak yakin dengan tingkatkan disiplin diri, banyakkan membaca buku, libatkan ahli keluarga untuk mendapat sokongan yg baik
Bab 6 : Tip Mengatasi Rasa Bosan dgn Persekitaran

  • jadikan rumahku syurgaku - hiasi rumah dgn cantik
  • hijau damai dan membelai jiwa - memerhati suasana hijau di sekita rumah
  • hiasi home office anda - lengkapkan dgn dekorasi menarik
  • berubah angin - keluar berjalan2 sekali sekala
Bab 7 : Tip Mengatasi Tekanan Kewangan
  • berbelanja mengikut pendapatan yg ada
  • rancang belanjawan bulanan
  • elakkan pembaziran
  • hasilkan sesuatu yg produktif - menulis buku
  • amalkan solat sunat dhuha
akhir sekali penulis ada menyenaraikan beberapa idea untuk memulakan kerja dr rumah di ruangan bahagia ketiga..

setakat ini dulu review serba sedikit ttg buku yg bermanfaat ini..akhir kalam dr penulis, beliau mengajak kembali berfikir apa matlamat sebenar untuk bekerja di rumah..jadikan faktor yg kuat untuk terus beristiqamah..insyaAllah..matlamat yg baik akan dibantu dan dipermudahkan oleh
Allah..


p/s: buat mawaddah, ana syorkan anti baca sendiri buku tu untuk kepuasan..hehe..insyaAllah..moga pangalaman anti memberi inspirasi untuk ana juga..chaiyyok!!


2 comments:

  1. salam...

    baru sahaja habis membaca buku nie smlm...sangat membina dan memberi satu persepsi baru dalam dunia surirumah moden...

    ReplyDelete