CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, October 31, 2010

Gelagat Baru ANak Dara ~_~

Assalamualaikum...
Gambar2 di bawah adalah sebahagian telatah dan gelagat baru kakak Dzaatin..
gaya macam tak sabar sgt nk dapat adik kot..
dah pandai berimiginasi ;)
nk suap makan minum teddy sambil berbual2..hehe
ummi snap sambil ketawa terkekek2 lagi..
macam2 gaya rupanya anak dara sorang ni..
hehe..;)




teddy teddy..sayannng teddy...mmuaaah.....


teddy teddy nak shushu???


ohh...teddy lapar laa..


ummi jgn kacau kakak dzaatin nk suap teddy laa...


ummi wants some???
meh kakak dzaatin suapkan

(^_^)



p/s: sungguh kuat anak ummi berimiginasi..hehe
penyayang betul..

Friday, October 29, 2010

To Buy List For Baby, Dzaatin Dan Ummi ~_~

Assalamualaikum..

hari ni ummi dah list kan beberapa keperluan ummi dan baby sempena kelahiran anak kedua..
sebelum ni ummi dh punggah barang2 dzaatin dulu2..
semua dh lengkap..
tapi dr sudut pakaiannya mmg xlengkap
ada sepasang jer baju newborn..tu pun hadiah dari kenalan
stokin tangan dan kaki pun tak cukup
mana pergi semuanya ye???
hehe

ni gara2 ummi pinjam dr mak ngah dzaatin je dulu
bekas kakak ainul sepupu dzaatin tu..
al maklumlah masa tu tgh belajar, duit belanja mmg cukup makan jer
brg abis beli persiapan2 dzaatin yg lain cam bil hospital, perkakas baby dan yg lain2
baju newborn dan barut semua pinjam dari mak ngah jer
mak ngah pun baik..
mmg bagi semua baju2 kakak ainul untuk dipinjam
bila kakak aisyah keluar
ummi kena pulangkan balik semua la..

itu yg sekarang ni baju newborn ngan barut untuk baby kedua abi dan ummi dh jdi zero..hehe
so list nk beli kali ni mesti include baju2 newborn baby plus barut2 sekali
disebabkan jauh dr kg ummi di perlis ummi decide nk beli barut thru online je
tak nak susahkan mak tuk nk buatkan untuk baby
lagipun, abi dh dapat kerja elok sekarang
rezeki sempena kelahiran baby
alhamdulillah
jadi bajet persiapan untuk kelahiran bolehlah disiapkan sepenuhnya
selain guna balik brg2 dzaatin dulu
jom kita tengok apa barang2 nak dibeli bermula bulan november sehingga kelahiran baby..
beli berdikit2 insyaAllah..


Barang for Baby


mestilah pampers newborn..wajib ni..

baju2 new born baby...dalam 10 ke 15 pasang..tak leh byk2 sgt sbb GEN abi ni jenis besar2..kejap je xmuat pakai mcm si kakak dzaatin tu..hehe..



haaa..ni barut yg ummi cdg nak beli thru online jer..
meh kita tengok descriptionnya

Price: RM 45

1. Diperbuat daripada kain cotton flannel

2. Tali barut juga di buat daripada kain cotton berkualiti tinggi.

3.Warna: Pink dan turquise
(warna atas pilihan anda)

Pakej terdiri daripada:

1. 3 unit bedung berwarna
2. 2 unit barut bayi berwarna
3. 5 unit barut bayi berwarna putih

Postage: RM 5.00 semenanjung Malaysia & RM 10.00 Sabah & Sarawak

call AINIE untuk tempahan: 0193893827

http://www.mudah.my/Pakej+Bedung+dan+Barut+Bayi-6993592.htm


playpen atau katil bayi..mana2lah yg sesuai nanti..ni pun nk tengok gak keperluannya..kalu kakak dzaatin adalah seorang kakak yg solehah sangat, tak kacau adik, xperlu beli..tapi kalu lincah nk cubit2 adik..kena beli juga lah jawabnya..untuk keselamatan baby nnti..


kelambu baby..yg ni mcm more safety compared to yang dzaatin yg lama tu..yg lama ada besi2..risau pulak kakak dzaatin men dekat2 nnti sampai tercucuk pulak kang..


baby carriageable





ok..dh abis barang2 untuk baby...
sekarang barang untuk dzaatin pulak..emm..budak besar ni pun ada jugak nk kena beli sempena kelahiran adiknya tu..


buai bayi automatik...pelik jugak tabiat tidur dzaatin baru2 ni..mana taknya..sebelum ni mmg dah xpakai buai dh bila tidur..sejak baru pindah ke Nilai ni..tetiba pandai tarik tgn ummi ke buai..nk suruh tangguk..silap tak simpan dlm stor je buai tu..sekali bila dh suka tidur dlm buai..dah tak nak tidur sendiri dh..asal mengantuk je, tarik tangan ummi sambil sebut "jom" "jom"..itu tanda nk tidur dlm buai lah tu..sebab tu lah ummi ngan abi decide nk beli yg auto punya sbb ummi nk jaga baby lagi..sape nk tolong tangguk dia kalu abi g kerja..ummi tak de sape2 kat umah ni nak intak tolong..jadi terpaksa lah mintak tolong mesin ni..hehe..takut jugak pasal SBS tu..yg sindrom gegaran otak baby tu kan..tapi sbb dzaatin dh besar, kira selamatlah kot..insyAllah..


http://kuantan.olx.com.my/buai-bayi-automatik-harga-runtuh-iid-63680745

BUAIAN AUTOMATIK DARI JENAMA TERKEMUKA SynHz


sekarang senarai barang2 untuk ummi pulak..

1.Tungku Moden

sebenarnya masa berpantang dzaatin, ummi guna tungku tradisional je..batu sungai..di bawa khas dari sungai di kampung mak tuk di Sik Kedah..abi lah pagi2 sebelum g kerja, bakar batu tu, balut ngan kain batik dan tolong tungkukan pada ummi..hee..sedap rasa sbb suami sendiri yg buat..pantang kali ni, xdapatlah ummi nak susahkan abi lagi..cian nak jaga dzaatin lagi, kerja lagi, nk urus rumah lagi, jadi ummi nk pakai tungku moden je lah..senang dan mudah..


http://www.mysetbersalin.com/tungkumoden.htm



2. Bengkung ZigZag


Sebelum ni, ummi guna yg HPA punya..tapi lepas guna, ummi rasa renyah cikit nk pakai yg tu..abi jugak nk kena tolong ikatkan..susah nk pakai sendiri...kali ni lepas survey2, ummi nk cuba yg ni..tapi tak tahu lagi nak wat keputusan yg mana lebih senang, bengkung zigzag ke atau bengkung brand avon punya...nk fikir2 lagi..



Bengkung zigzag merupakan benkung yang khas untuk di gunakan untuk ibu-ibu yang baru bersalin. Ia membantu anda mengembalikan semula bentuk badan anda kembali langsing dengan reka bentuk yang lebih moden dan mudah di pakai!

Bukan saja ia bertujuan untuk membentuk semula bentuk tubuh seperti sediakala anda malah ia juga membantu menguatkan semula otot yang regang dan lemah akibat proses mengandung dan bersalin.

" Bayangkan apa perasaan anda apabila melihat perut anda yang dulu kempis dan leper kelihatan buncit seperti orang yang masih mengandung?"

Apakah anda mahu membiarkan saja perut anda buncit tanpa sebarang tindakan?

Saya pasti anda akan berkata TIDAK!

Keistimewaan Bengkung Zigzag

Kenapa anda perlu menggunakan bengkung zigzag ini? Anda harus mendapatkannya kerana :

Ia ternyata amat mudah di pakai. Bengkung ini tersedia dengan tali yang siap di jahit di kiri dan kanan kain bengkung untuk memudahkan anda menggunakannya sendiri tanpa bantuan sesiapa. Hanya masukkan tali berselang seli di setiap lubang yang di sediakan di tepi kain.

Kain bengkung yang selesa di pakai.Oleh kerana ia tersedia dengan 2 tali, ikatan bengkung anda akan terasa lebih kemas dan kejap di badan tanpa rasa longgar sewaktu duduk atau bergerak.

Kain bengkung yang lebih tebal dan tahan lama . Oleh kerana bengkung zigzag menggunakan kain belacu yang lebih tebal, kain bengkung tak mudah terkoyak dan boleh di gunakan untuk kelahiran yang seterusnya. Ini bermakna anda sudah pun berjimat !

Bukan itu sahaja, bayangkan selepas memiliki bengkung ini, anda juga akan dapati ......

Bagaimana anda dapat meluangkan masa untuk berehat dan melayan kerenah bayi anda yang mungkin meragam.Kini anda boleh dapat merehatkan badan atau melakukan kerja-kerja yang lain kerana tempoh memakai bengkung yang lebih pantas!

Anda dapat saiz bengkung yang tepat dan bersesuaian dengan saiz tubuh anda. Kebanyakan kain bengkung yang ada di pasaran hanya menyediakan 'free size' yang mana ia mungkin terlalu besar atau terlalu kecil dengan bentuk tubuh anda. Dengan 4 saiz yang berlainan iaitu S, M, L dan XL anda tak perlu lagi menjahit semula kain bengkung supaya lebih kejap di badan apabila di sarung!

Amat mudah membersihkannya. Kebanyakan bengkung hanya menggunakan kain belacu sahaja yang menyebabkan kain cepat nampak kotor!Bengkung zigzag di reka khas dengan di jahit menggunakan kain kapas berwaran gelap di hadapan supaya mudah di bersihkan apabila anda mahu membasuhnya.Ia tidak nampak comot selepas anda menyapu ubat barut di perut anda.



4. Set Bersalin SALINDAH


sebelum ni pun ummi guna set bersalin HPA jugak..tapi sembelit tak lega dan nifas lambat habis..jadi ummi nak try produk ni pulak..ummi agak percaya n yakin ngan produk ni sbb dia base homopati, biokima dan herba..gi pun Opah dzaatin selalu beli produk2 keluaran Dr Azizan ni..nk cuba yg ni lah..



Produk

Kegunaan-kegunaan

B 1

Membekalkan zat besi mudah hadam untuk wanita hamil, mengurangkan muntah, loya serta alahan, membantu tumbesaran tian, mencegah demam, batuk, selesema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain. B1 juga akan menghilangkan kesan jatuh atau rebah di samping melancarkan aliran darah agar terhindar masalah tersimpul urat kaki dan menghilangkan lesu.

Bio

MAL05092335T

B 2

Membekalkan zat untuk tumbesaran tian, menguatkan tulang dan membina otak tian, di samping menambah darah serta selera makan. B2 juga dapat menghilangkan sengal tulang dan kebas kaki tangan, mencegah serangan sejuk dan sakit gigi dan osteoporosis.

Bio

MAL05092336T

B 3

Memberi zat untuk pembinaan saraf dan otak anak. Menghilangkan masalah takut, cemas dan bimbang. Mencegah simpul biawak atau krem betis. Mendatangkan ketenangan bagi menghadapi hari bersalin.

Bio

MAL05092337T

B 4

Istimewa untuk mengawal alamat palsu, menghilangkan sakit urat dan otot di samping mengurangkan sakit semasa melahirkan. B4 juga akan memudahkan kelahiran bayi dan menghilangkan rasa takut dan cemas pada bakal-bakal ibu.

Hom

MAL07021406T

B 5

Remedi ini melanjutkan tindakan B4, mengendur dan menganjalkan otot pencerut saluran peranakan dan memberi daya teranan labour sewaktu bersalin.

Bio

MAL05092339T

B 6

Berguna untuk menguatkan teranan, menolong mengurangkan sakit sewaktu bersalin, mempercepat dan mempermudahkan kelahiran, membuka luas saluran peranakan dan mengurangkan sakit selepas bersalin.

Hom

MAL08010729T

L 7

Bagus untuk menyembuhkan luka, jahitan serta pusat bayi di samping mencegah jangkitan kuman dan penanahan.

Her

MAL05092341T

L 8

Membantu menyembuhkan rasa sakit-sakit, menghentikan darah, mencegah sakit meroyan, demam dan sakit kepala.

Hom

MAL07124635T

L 9

Menghilangkan sengal selepas bersalin dan bisa-bisa, sakit meroyan, menghentikan darah nifas, membetulkan urat-urat darah yang putus, menyusun semula alat peranakan dan menguatkan seluruh anggota tubuh.

Hom

MAL07021407T

L 10

Mempercepatkan kecut semula rahim. Mengangkat kembali rahim ke kedudukan asal dan mengurangkan simpul urat biru.

Bio

MAL05092338T

L 11

Tonik istimewa bagi memanaskan tubuh, menambah selera, membaiki penghadaman dan melancarkan pembuangan najis. Mengenakkan tidur, menghilangkan kebas-kebas serta menyegarkan rahim dan alat peranakan

Her

MAL05092342T

L 12

Berfungsi untuk menjaga kesihatan ibu bersalin agar sentiasa sihat; mengembalikan kekuatan, memulihkan alat pengkelamian dan menimbulkan kesegaran.

Bio

MAL05092340T

Thursday, October 28, 2010

Projek Mega Ummi ~~


Assalamualaikum..

Suatu hari masa pulang ke kampung abi di Ipoh
Abi ada perkenalkan tilam kekabu yg abi buat sendiri
dialah yang cari kekabu sendiri
jahit sarungnya sendiri
sampailah isi kekabu dalam sarung tu sendiri
kira rajin jugak abi ni eh??
abi cakap masa buat ni umurnya belasan tahun.. kira cam remaja2 lagi lah
(sekarang pun remaja lagi..cuma beranak dua dh..hehehe)
tapi ada satu lagi part nk menyiapkan tilam kekabu tu tertangguh sampailah ke abad ini
iaitu part jahit block by block atas tilam tu
(betul ke term ummi guna ni?)
block ni dijahit supaya kekabu tu tak berketul2 bila dh diguna nnti

selepas bertahun2
tilam tu tersimpan jelah kat bilik atas rumah
tak terguna pun
masa tu abi xterfikir pun yg tilam yg abi susah payah buat ni bakal jd hak milik org lain hehe
sekali masa balik kg tu dzaatin mmg dh tak muat nk tidur ngan kami berdua atas tilam queen dh
jadi terfikir nk beli tilam single untuk dzaatin
dzaatin dh buas tidur sekarang
xleh nk share2 dh ngan ummi nagn abi
sampai ati dzaatin hee

nak dijadikan cerita
abi terjumpalah balik harta qarun dia tu kat umah atas
terus dia turun cepat tanya2 buat muka mengharap kat ummi ;)

abi: "syg2..syg nk tak jahit tilam untuk dzaatin?"
ummi: "jahit tilam? (ummi cam blur2 lg)..bkn kita nk beli je ke?"
abi: "nk dgr cerita tak?...(abi pun semangat lah cerita dia buat sendiri tilam dia)
ummi: (ummi pn excited dgr coz susah nk jumpa anak lelaki menjahit2 nk buat tilam sendiri ni...hehe..cam tak percaya pun ada..ntah2 abi nk kelentong jerr hehe)
abi: "dipendekkan cerita, kalu ummi sanggup sambung jahit tilam tu, abi akan bawakkan tilam tu ke nilai, jadi tilam untuk dzaatin.." (muka mengharap ;)
ummi: "yelah2..ummi tak kisah jer.................tp ummi tak janji cepat nk buat iyeee" hehe

jadi sekarang ni
tilam tu dh jadi milik dzaatin
dan sekarang jd projek mega ummi la
projek mega sbb punyala lama nk abis jahit block by block tu
aduihhh
ingat senang
rupanya rumit dan nk kena telitinye lahh..
dzaatin punya pasal
ummi buat jugak
sekarang pun dh 2bulan agaknya baru beberapa baris je ummi wat
hehe tu pun abi asyik tanya bila la projek mega ummi ni nk siap yek??
(~_~)





Bukan main lenanya dzaatin ni...;)


ni lah rupa tilam single dzaatin ..buatan khas dr abi tersayang..


hanya sempat buat beberapa baris jer..hehe



Tuesday, October 26, 2010

Aktiviti Abi dan Dzaatin di suatu petang







Assalamualaikum ya zauji wa bintie..;)
uhibbukum lillah...(betul ke??)
sayang kamu kerana Allah..hee
p/s pas abi baca entry ni mesti dia tegur kalu salah..hehe as usual ;)

entry kali ni ummi nk ceritakan ttg aktiviti2 ptg kita di hujung minggu...
selalunya abi bawak ummi dan dzaatin ke taman tasik reakreasi di depan umah kita
tapi sbb xde gambar lagi nk tempek ttg cerita tu
ummi nk cerita pasal aktiviti petang kita di halaman rumah sahaja
selalunya aktiviti camni bila di hujung minggu atau masa abi balik awal dr tempat kerja..

kalu dzaatin nk tahu
abi ni minat bercucuk tanam
bila dh ada laman luas cikit cmni
abi dh buat batas sikit2 tanam sayur sayuran yg senang tumbuh
tapi ummi lupa lah sayur apa
abi dh gitau ritu sayur apa tapi ummi lupa jugak hehe
selain sayur2
abi tanam pokok kari, pokok limau purut, serai
pokok2 ni senang ummi nk masak bila ditanam di kawasan umah
contoh tom yam ke, kari ke, masak lemak ke, paprik ke
setakat ni belum beli pokok2 bunga lagi
lepas abi nk racun lalang besar kat kawasan umah
baru nk cari benih2 pokok bunga pulak
ummi ada cadang kat abi nk bela pokok orkid warna warni
nk gantung di kawasan laundry umah kita
rupanya abi pun setuju
abi pun terfikir nk wat cmtu
hehe xsangka "sekepala" juga abi ngan ummi
dlm bab2 bunga ni ;)
cam ada chemistry gitu..hikhik






masa abi ngah sibuk berkebun dan bertani
ummi layan dzaatin main bola
dzaatin paggil bola ialah "a ball"
pantang nmpak bola mesti sebut a ball
jadi abi pun belilah satu kat dzaatin..
besar punya..hee
bila dpt main kat luar
bukan main lincah ummi tgok dzaatin kejar dan sepak bola ke sana ke sini
ummi tak larat nk kejar
jadi ummi jd photographer je lah hehe
adik dh makin besar dlm perut
dh 1.8kg lebih dh beratnya
berat dkat 2bungkus gula hee
bayangkan lah ummi tanggung berat adik sambil nk main kejar2 ngan dzaatin
fuuh xlarat dh ummi..hee
jadi ummi sorak2 je bg dzaatin semangat lagi nk main n lari

sambil main2
dzaatin nmpak burung terbang2 kat kawasan laman kita
dzaatin sebut burung sebagai "bird"
asal nmpak burung
terus dzaatin panggil bird bird bird
pastu dzaatin sebut co co co co
sbb bird kat sini suka berkicau riang
tanda berzikir memuji Allah
SubhanAllah
dzaatin pun terikut nk berkicau sekali..he

kadang2..
dzaatin ternampak kucing jiran di kawasan rumah jiran kita
dzaatin panggil kucing sebagai "miaw" "miaw"
dzaating mmg penyayang pd "miaw"
kalu dpt pgg miaw dzaatin syg2 miaw
kejar miaw sampai tak larat miaw nk lari hehe

kalu nmpak jiran sebelah
dzaatin terus tersenyum2 sbb pak cik tu agah2 dzaatin
dzaatin siap tata tata kat pak cik tu
kalu pak cik tu bg respon
lagi dzaatin bertambah suka

kat sini dzaatin xde kawan
xde kanak2 kecil
yg ada jiran bujang2 je
tapi tak lama lagi dzaatin bakal dpt adik
bila adik dh besar
adik jd kawan dzaatin ye
dzaatin jaga adik baik2
boleh main "a ball" dgn adik
ajar sayangi "miaw"
zikir macam "bird"
main kejar sama2
insyaAllah..

abi ngan ummi terhibur dgn gelagat dzaatin
betul2 bahagiakan kami
lagi bahagia bila bertambah ahli baru pulak nnti
bila gembira, bila bahagia dgn nikmat Allah
kita sebut syukur..
Alhamdulillah.....................
biar selalu puji2pujian basah di bibir kita
sbb Allah syg kita
jadi Allah bg macam2 nikmat Nya
nikmat main ball, tgok bird, dapat adik, main ngan abi dan ummi
semua tu Allah bagi..
jadi kita kenalah ucap terima kasih dan buat apa sahaja yg Allah suruh
Allah suruh kita sayang alam, suruh tutup aurat, suruh solat
selalu puji Dia
biar Allah tambah syg pd kita lagi
ingat tu ye Dzaatin
;)

emm..
ni lah aktiviti petang dzaatin..
nnti ummi nk cerita pasal kita main
buai, gelungsur, jongkang jongket di taman pulak
sambil2 makan ais krim hee
insyaAllah

tata ;)

Friday, October 15, 2010

15 Oktober 2010: Tahun Ketiga Perkahwinan Ummi&Abi


Assalamualaikum...

Tiada hadiah istimewa buat kejutanmu...
tiada bunga ros yg kuimpikan buatmu..
tiada kek lazat kegemaranmu...

yang ku mampu suamiku..

hanya lafaz doa ikhlasku yang ku mohon sepenuh hati dr yang Maha Esa

Moga-moga dikabulkan olehNya

itulah hadiah yg tidak ternilai dariku buatmu..
zauji habibi...


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku
dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala
perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati



Amin, amin Ya Rabbal Allamin..
(dipetik dr. blog UAS..tq)



selamat ulangtahun perkahwinan kita yang ketiga..kasihku..


tulus ikhlas dari isterimu...

sayang..

Thursday, October 14, 2010

Fadhilat menjadi Isteri


Untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t untuk muslimah adalah terletak pada tanggungjawab/peranan isteri terhadap suami.

Antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri mendapat lebih pahala adalah seperti dibawah :-

Memberi/membuat segelas air untuk suami

Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun

Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami

Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah

Perkhidmatan yang diberi pada suami

Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus

Menghamilkan benih suami

Fadhilat : mendapat pahala syahid

Isteri mandi Junub dengan suami

Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing pada fakir miskin

Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan meninggalkan anak

Fadhilat : Isteri mendidik anak itu menjadi seorang ygsoleh/orang yang berguna dengan didikan agama yang sempurna. Maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi benteng dari api neraka. dan sekiranya isteri berkahwin lain, suami yangg meninggal itu tetap dapat pahala sekiranya didikan Isteri pada anak-anak berterusan dengan baik.

Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan menyukakan

Fadhilat : seolah-olah berzikir kepada Allah

Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan keredhaan suaminya dia terus masuk syurga!