CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, April 28, 2011

Special for Breastfeed Mom, Nursing Blouse/Tshirt

ASSALAMUALAIKUM

buat semua para pelanggan Al-layl Shoppe
di sini, Al-layl Shoppe memperkenalkan semula
Nursing Blouse/Tshirt yang menjadi permintaan yang terhangat di pasaran
Ramai para ibu menyusu bertanyakan kami tentang design terbaru
untuk Nursing Blouse /Tshirt
jadi, untuk memuaskan hati anda
kami datangkan semula design yang cantik mata memandang
sopan dan masih bergaya untuk para ibu menyusu




KOD: ZN 08 B
PRICE : RM49 (XS-XL)
RM50 (2XL-4XL

RM5 POSTAGE

SIZE AVAILABLE FROM XS UP TO 4XL
NOW EVERY SIZE CAN WEAR IT
(^_^)
NICE

CUTTING IS QUITE LOOSE

I'M WEARING XL, BUT HAVE TO CHOOSE L SIZE

MATERIAL: 100% COTTON
SOFT, SMOOTH AND COMFORTABLE
COLOR: PINK COLLECTION PRINTED

THERE IS A ZIP BEHIND THE CHEST COVER

berminat??
klik Order Form untuk membuat tempahan
klik Borang Pengesahan Pembayaran selepoas membuat pembayaran ye
tapi seeloknya selepas isi order form
sms saya dahulu utk pengesahan stok

KLIK UNTUK ORDER: ORDER FORM

SMS ONLY: 0132034105




Minggu ini,
Al-Layl Shoppe juga perkenalkan beberapa lagi
design yang terbaru buat peminat Tshirt Muslimah
yang masih mementingkan kesopanan dan keselesaan
juga masih ingin tampak trendy di mana sahaja
semua maklumat tentanh harga, size dan material
boleh rujuk di sini












RETURN BACK DESIGN




Sunday, April 24, 2011

WAFIQA 4 Months Old



Wafiqa dah pandai menyembur, suddenly rambut ummi pun menghambur2 gugur ke bumi huhu




sebelum meniarap, badannya merengkok-rengkok begini hehe..ummi pun tak faham kedudukan wafiqa ni




inilah kedudukan meniarapnya..bukan tahan lama pun, kejap je..pastu menjerit2 keletihan..



Perkembangan Wafiqa 4 bulan:
1hari : berat 3.48kg panjang 54cm
1bulan: berat 4.7kg panjang 55cm
2bulan: berat 5.45kg panjang 58cm
3bulan: berat 5.9kg panjang 59cm
4bulan: berat 6.15kg panjang 60cm


Alhamdulillah Wafiqa dh boleh meniarap, and guess what?? Wafiqa meniarap tepat pada umurnya 4bulan iaitu pada 23 April 2011, bersamaaan dengan Dzaatin dapat meniarap pada umur tepat 3bulan..emm, Allah izin kedua2 anak ummi dapat meniarap pada hari yang tepat umur mereka bertambah sebulan..cumanya, Wafiqa boelh meniarap tepat 4 bulan, dan Dzaatin pula tepat pada umur 3 Bulan..itu tanda Kebesaran Allah yang susun cantik perkembangan puteri-puteri ummi ni..Alhamdulillah..itu tandanya Allah mahu kita, hamba-hambanya sentiasa berfikir akan kehebatan penyusunanNya..


Pada usia 4 bulan ni, muka wafiqa makin berubah sedikit matang berbanding muka baby baru lahir..makin lama, makin tak sama dah muka dgn kakak dzaatin..mukanya memang mirip abi sekali imbas campur 3 hingga 5 kali imbas hehehe..abi cakap, ini memang ikut gen 'mamak' pure ni..muka ummi dah tak nampak dah tang mana dh kat muka wafiqa..huhu..sedihnya ummi..siap mak sedara abi cakap, kalu dah besar ni, org tak fikir anak ummi otherwise kalu abi ada sebelah, tahulah anak mix melayu+mamak..macam muka ibu (mak abi) ngan abi pun memang jauh beza..macam tulah wafiqa dgn ummi agaknya hehe..xpe..asalkan ummi ini adalah ratu hati anak-anak ummi kan ;)


4 bulan Wafiqa, Wafiqa dah makin manja ngan ummi, makin manis senyumannya, makin lebar senyumannya, makin mengekek2 ketawanya...bila ummi nak suap susu, meleret2 senyumannya sebab dapat upah susu..hehe..kalu ummi saja lambatkan, mesti dah cebik hihi..tu yg ummi suka sakat dia tu..comel je cebik dia..


4 bulan Wafiqa, suka sgt bila kakak dzaatin lompat2 tepi dia semasa baring atas katil, wafiqa boleh terkekek2 bila kakak dzaatin lompat sambil nasyid lagu kesukaannya..ummi tengok, kalu kakak bergurau dgn dia, mmg wafiqa suka sgt..mmg macam tu fitrah baby atau kanak2, diorg begitu adore kanak2 yg lebih besar sikit daripada umurnya..mata wafiqa mesti merenung je telatah kakak dzaatin ke sana sini..moga jadi adik beradik yang saling sayang menyayangi..;)


4 bulan wafiqa, ummi dah start mandikan wafiqa dgn air paip biasa sahaja bermula umur 3 bulan setengah..masa tu try2 je jirus air paip di betisnya, tengok wafiqa relax je, baru ummi jirus di bahagian badan pulak, sejak tu ummi dah mandikan wafiqa hari2 dgn air paip je..kakak dzaatin dulu seingat ummi start 5 bulan+ baru mandi air paip..


4 bulan wafiqa, dah mula ada watak 'merajuk'..comel je muka merajuk dia tu..merajuk bila ummi tak ambil dia, merengek2 keluar bunyi comel2..hehe...kadang2 jeling2 ummi....kalau ummi lambat ambil dia, menjerit2 macam kena cubit ..ish2..nyaring betul jeritan dia..hee


4 bulan wafiqa, alhamdulillah kesihatan wafiqa amatlah stabil..setakat ni ada demam sikit lepas cucuk imunisasi umur 3 bulan dan hari ni ada sedikit selesama sbb jangkit dgn abi dan kakak dzaatin...ummi pun dh mula adasimptom nk selesema juga ;) tapi ummi dah beri madu pada kakak dzaatin pada abi dan ummi pun makan juga..Alhamdulillah, dgn keberkatan makanan sunnah, insyaAllah cepatlah lega semua yg terkena selsema tu..aminn..


4 bulan Wafiqa, kalau ummi buka TV untuk kakak dzaatin belajar mengaji, mesti ummi letak wafiqa sekali depan TV, masa tu matanya tak lepas je tgok TV..bulat je matanya dgr ustaz sedang mengajar huruf hijaiyah, mengikut kajian, umur 4 bulan dah boleh diajar pd baby pengenalan huruf2 dgn menggunakan flashcard...tika ini saraf2 otaknya amat aktif seiring peningkatan tumbesarannya.


4 bulan wafiqa, Allah masih menganugerahkan nikmat susu ibu padanya.Alhamdulillah tidak terhingga..kerana susu ibu itu adalah rezeki Allah..boleh jadi Allah akan tarik nikmat itu jika kita angkug dengannya, malah Allah melimpah ruahkan rezeki itu jika terus rendah diri dan bersyukur..Moga Allah sentiasa merahmati nikmat ini, melimpah ruahkan lg pada ummi dan ibu2 di luar sana.,.martabatkanlah susu ibu seiring dgn kehendak yg Maha Esa..


"Ya Allah, jadikan puteri2ku, anak2 yang mendirikan solat, anak yang berkorban utk Islam, anak yang menghormati org tua, anak yang menyenangkan ummi dan abinya..Amin"

Monday, April 18, 2011

Ummi Ummi Engkaulah Ratu Hatiku (~_~)



Assalamualaikum anak-anak ummi yang ummi sangat2 sayangi..

hari ni ummi sangat2 terharu...
kenapa ummi terharu dan berair mata ummi..
mari ummi ceritakan utk kalian

seperti kanak2 yg lain
kakak dzaatin memang sgt lincah
memang suka sepah-sepahkan barang
campak sana campak sini
makanan dituang merata2

selalu ummi tegur
tak boleh buat cmni
tak boleh buat cmtu
kakak dzaatin kan solehah
mesti dgr dan taat cakap ummi

tapi biasalah budak besar dia
dia xfaham
dia tak tahu pun yg tu salah
dia tak tahu pun ummi akan marah kalu dia sepah2 kan itu ini

kalau ummi marah2 pun
kalau ummi tegur2 pun

kakak dzaatin buat tak reti je
sbb, mmg kakak dzaatin xfaham
sepah-sepahkan brg tu salah
mengotorkan rumah
dan memenatkan ummi nk kemas balik



tadi,
tengah ummi masak tengahari
kakak dzaatin macam biasa
ambil kerusi letak di tingkap dapur
yg memisahkan antara dapur kering dan dapur basah
kat tepi tingkap tu ada kabinet
atas kabinet ada brg, makanan, botol2 air
pinggan mangkuk


lepas tu kakak dzaatin punggah brg kat situ
ummi pesan jgn main jgn sentuh
nnti berterabur
kakak dzaatin buat jugak


tiba2 abis barang2 atas kabinet tunggang langgang
emmmmmmph
ummi tiba2 jadi hot
aduh..sungguh sangat2 menahan sabar keletah anak sulung ummi ni
tapi kenapa kali ni ummi terlepas juga
ummi marah2 kakak dzaatin
ummi cubit tangan dia
kakak dzaatin diam
dia tahu ummi marah sangat
sbb selalunya kalu ummi marah2
dia memang wat tak tahu n boleh gelak2 lagi
tapi kali ni dia diam dan makin lama
makin cebik
makin berair mata dia
meleleh air mata membasahi pipi


ummi masih renung tajam matanya
tak pujuk dia dan terus sambung masak
ummi sgt 'panas'..

tiba2..

ummi ummi engkaulah ratu hatiku
(menyanyi guna loghat kanak2 yg baru nk mula bercakap).........
na na na na na na
(pastu siap smbung smpai melodi lagu tu abis walaupun xdengar butir liriknya)
tersenyum2 semula smbil menyanyi lagi
bila ku berduka............
engkau hiburkan selalu.......
ummi...ummi..engkaulah ratu hatiku.....

bila ku berduka
dirimu menghiburkan hati ummi.........


hati ummi sgt2 tersentuh
tgh memasak mata ummi berair

Ya Allah, ummi rasa sayu dgr suaranya nyanyi
dia langsung tak hiraukan hati ummi yg tgh panas
dia bernyanyi dgn bersahaja
tanpa dia tahu yg nyanyian dia telah menyejukkan hati ummi
dan terus rasa luluh

kakak dzaatin kembali ceria
dia tak simpan pun apa yg ummi telah buat pd dia
sbb dia hanya kanak2 kecil
yg tak tahu itu ini perbuatan dia tu salah
yg dia tahu, dia hanya nk bermain
nk teman ummi di dapur

ummi buatkan susu untuknya
dan ummi peluknya sehingga tertidur


maafkan ummi ye dzaatin
kerana ummi buat kamu menangis sebentar td
tp, teguran ummi dan tindakan ummi
hanya pesanan
hanya mahu buat kamu tahu
itu salah
InsyaAllah lama2 nnti kamu akn faham..

ummi sangat2 sayang pada kamu..;)
macam manapun kemarahan ummi
ummi sgt sayang pd kamu
kerana ummi adalah ratu hati mu

(^_^)








Sunday, April 17, 2011

Usrah dan Aktiviti Merenung Alam, Mensyukuri Keindahan CiptaanNya

Assalamualaikum ya banaatie,,
Alhamdulillah..abi wa antum bikhair biiznillah..
Ummi?? Dua hari ni kepala ummi berdenyut sangat, selepas terkena hujan tempoh hari terus jadi cmni..melayang2 rasa badan bila berjalan ke sana sini..


Jadi hari sabtu, ummi tutup kedai online seharian sbb nk rehatkan otak sekejap
tapi, jadual ummi untuk ke usrah petang sabtu tu tetap ummi hadiri sbb itu usrah pertama ummi selepas bersalinkan wafiqah, baru berkesempatan sbb bertukar ke usrah baru.
jadi walaupun kepala sangat berdenyut, ummi pergi juga dgn hati yg penuh semangat dan perasaan yg rindukan suasana usrah dan majlis penyampaian yg penuh peringatan..
Alhamdulillah Allah masih beri peluang utk duduk sama2 mendengar ayat-ayat Allah
Jikalau peluang ini tidak diberi, apakah masa itu ada nilainya pabila berlalu begitu sahaja??
tidak..sungguh rasa diri jauh tanpa adanya suasana penuh peringatan
suasana halaqah seperti yg Rasulullah berhalaqah bersama sahabat2 cintanya..
Segala puji bagi Allah akan nikmat berhalaqah dan nikmat ukhwah atas nama dakwah


sungguh ini jihad kakak dan adik...untuk travel mencari ilmu di majlis usrah 40 minit perjalanan dari rumah dan kondisi kesihatan yg tak stabil merupakan satu jihad..tapi ini hanya jihad yg ciput sahaja berbanding jihad Rasulullah..Rasulullah diancam bunuh, seksa, malah dilemparkan najis padanya tika berdakwah, masakan hnya cabaran2 kecil ini kita mahu lelah dan tinggalkan keutamaan pd majlis2 ilmu ini..sahutlah jihad ini tika dirimu dewasa kelak, sesungguhnya, ummi dan abi redha pada kalian..


Halaqah yg ummi tunggu2 ni, dimulai dgn bacaan dan penafsiran surah Al-Bayyinah, sungguh ummi dihargai ketika pertama kali menghadirkan diri ke halaqah ini, ummi diberi keutamaan mengalunkan surah ini dan membacakan sekali tafsirannya, begitulah sikap yg perlu kita ikuti puteri2 ku, utamakan sahibah mu dlm segenap segi, muliakan mereka..sungguh mereka mudah menerima ajakan kebaikan mu, begitu juga ummi, dgn penuh hati terbuka, ummi menerimanya dgn hati terbuka..surah Bayyinah ummi alunkan dgn rasa getar, ummi bacakan tafsirnya dgn rasa sayu..di akhir ayat, Allah dgn lemah lembuntnya berfirman "Allah meredhai mereka dan mereka meredhai Allah, Balasan syurga Adnin buat mereka dimana dibawahnya mengalir sungai2 dan mereka kekal di dalamnya", siapakah mereka itu wahai puteri-puteriku..mereka ialah org yang berjual beli dgn Allah..mereka jual pada Allah dgn segala kebaikan2 yang Allah perintahkan, dan Allah beli dgn bayaran yg Maha mahal buat kita..iaitu Syurga Nya yg Agung hebatnya..sungguh mereka itu org yang beriman dan mengerjakan kebaikan dan mereka sebaik-baik makhluk.

Rujuk: 7-8: Al-Bayyinah

Dalam ketika halaqah mulia itu masih bersidang, wafiqa yg tidur di bilik tetamu merengek memanggil ummi, MasyaAllah mereka sahibah2 ummi mengajak ummi bawa wafiqa perdengarkan sekali kata2 nasihat..sungguh satu suasana yg sungguh soleh..anak2 bukan pengganggu majlis2 mulia ini malah turut disertakan sekali..walaupun wafiqa menjerit mahu bermain, sahibah2 dgn senang hati turut mengacahnya sambil2 membentangkan isu-isu dakwah dan tarbiyah dlm Islam..sungguh ummi tidak merasa ulit di situ..senang sekali dgn layanan mereka..kakak dzaatin ummi tidak bawa bersama kerana buat teman abi di kereta sehingga menantikan halaqah ini tamat..sungguh berbahagia juga memiliki suami yg sanggup menunggu ummi berusrah sehingga siap selesai menjamu hidangan spagetti yg sedap ;)

sebelum pulang, kami bersolat asar jemaah bersama, lagi sekali hati ummi rasa tebangun dgn ajakan untuk menjadi imam mereka, sungguh ummi dimuliakan..ummi adalah ahli yg paling muda..tp begitu sekali penghormatan mereka buat tetamu yg masih byk kekurangan ini..sungguh indah nikmat ukhwah bersama kakak-kakak dan mak cik2 yg hebat sekali jiwa mereka..majlis makan kami serikan dgn bertaaruf secara informal dan bertukar resepi..ummi dapat makan dgn selesa sekali sbb wafiqa dijaga oleh anak dara tuan rumah..syukran jazilan atas layanan ;)

selepas bersalaman sunnah, ummi dibekalkan sedikit ole-ole buat abi dan kakak dzaatin di luar..mereka tidak lupa akan abi dan kakak dzaatin yg lama menunggu di luar..seperti dijanjikan, ummi dan abi terus ke swimming pool Putrajaya Presint 6..jadual kelas renang kakak dzaatin ialah 2 minggu sekali..tapi kali ni, kelas dzaatin diganjak ke malam sbb halaqah td habis sedikit lewat kerana mula pun agak lewat sedikit..petang yg masih bersisa tu, ummi dan abi bawa wafiqa dan kakak dzaatin bersiyaahah di Pantai Berpasir di sebelah kolam renang tu..Subhanallah..cantik sungguh permandangan di situ ya banaati..












momento abi dan wafiqa di petang nan dingin dan segar di pinggiran tasik






momento ummi dan dzaatin di tepi jeti








momento keluarga ku bahagiaku temanku di Syurga ..InsyaAllah...
(pening2 pun ummi larat lagi melayan kamu berdua hehe)




selepai usai mengambil angin petang di pinggir tasik yang indah ciptaanNya, kita bergegas ke surau untuk solat maghrib..sambil merehatkan kepala yg makin berdenyut2, ummi sempai menyusukan wafiqa dan bermain2 dgnnya..seperti biasa kakak dzaatin abi handle, wafiqa pulak ummi yg handle..kena bantu membantu sebab nk handle kedua2 mmg tak lepas dah..;)
selepas mengaminkan doa, kami turun ke bawah menuju ke kolam..tak ramai org, sedikit selesa nak mengajarkan kakak dzaatin berenang..seperti biasa...kalau tak lincah, itu bkn kakak dzaatin lah tu..hehe




skill mlm ni, kakak dzaatin cuba menggerakkan kakinya pulak..



abi ajar berenang menggunakan board..ummi suruh abi guna pelampung, tapi abi balas NO FLOAT for our children..but why?? abi jelaskan pelampung hnya mmbuatkan kanak2 terlalu brgantung pdnya dan ini mmbuatkan skill berenang kurang improve..abi cakap, biarlah kanak2 mengexplore sendri teknik mengapungkan bdnnya dgn teknik yg betul..sbb bila kita boleh kawal apungan bdn, kita mudah belajar teknik skill berenang yg lain






______________________________________________________




SALE SALE SALE: Beli 3 Pasang Koleksi ZARIYA dapat FREE 5% Diskaun, Beli 5 Pasang koleksi ZARIYA dapat FREE 10% Diskaun dan beli 10 Helai Koleksi ZARIYA dapat FREE 15%..BELI BANYAK JIMAT BANYAK>>PROMOSI HINGGA HUJUNG APRIL

layari
http://al-laylshoppe.blogspot.com

Saturday, April 9, 2011

Swimming Skill, Ice Room Again & Vroom Vroom !!

SABTU 2/4/11

Assalamualaikum..
hari sabtu lepas, kawan baik ummi ada datang menziarah ke rumah kita..abi ngan ummi lak memang ada rancang nak ke swimming pool di Presint 5 Putrajaya..ni adalah hasil abi punya gian nak swimming sebab dh 6 bulan tak swim katanya, sanggup survey internet mana swimming pool yang terdekat di area rumah kami di nilai ni..;)..jadi, dapatlah jugak berenang kan abi kan??..hehe..petang tu, lepas ambil kawan ummi, aunty Taqiya dr stesyen komuter di nilai, kami terus bertolak ke Presint 5..1st time nak masuk ni..lepas solat asar di surau yang disediakan kat situ, abi dan dzaatin terus bersiap tukar baju untuk mandi kolam..tinggallah ummi, aunty taqiyah dan wafiqa di tepi kolam sambil2 tgok kakak dzaatin sorang2 mandi..

ummi memang terkejutlah bila kakak dzaatin memang berani sorang2 mandi di situ..dah tu, selamba je dia melampungkan (floating) dirinya..uissh..terkejut gak ummi, tak tersedut air ke nnti..rupanya, pandai pulak dia imbangkan badan dia..ummi terfikir2 lah mana dia belajar ni..ooo..ada..masa gi mandi di jeram ulu bendul tu, abi ada ajar dia wat floating..alhamdulillah..cepat dia belajar step2 yg abi ajar dia..pandai anak ummi ;)


mula-mula pakai tag sebelum bermandi manda ye
rm2 ringgit per person



uishh..lemas ke tuhh? jangan panik......kakak dzaatin sedang meng'floating'kan dirinya..
see, nmpak hidungnya sahaja cenonet bernafas hehe




**seriously, dzaatin berani mandi sorang2 tanpa perlu abi dan ummi teman
so proud of ur braveness
(^_^)

skill2 yang dzaatin dapat ni bukan sebulan dua je dapat
sebenarnya ummi dan abi dah train semenjak dzaatin berumur 6 bulan lagi

6 bulan dzaatin, abi ajar di kolam The Zone KL


9 bulan dzaatin, ummi tiap-tiap minggu bawa gi berenang di pool female UIAM


pantang jumpa air, mesti abi tak lepas peluang ajar dzaatin step2 awal utk kanak-kanak cepat pandai berenang

jadi, para ibu-bapa di luar sana, biasakan anak2 anda bermain air dgn pantauan, dan selidik lah sedikit step2 penting kaedah menngajar bayi dan kanak-kanak berenang
jangan tersalah kaedah, bahaya..
**sebelum abi ajar dzaatin, abi adalah perenang UIA dan pemegang sijil sbg Instructor for beginners..so, kena ada ilmu sikit kalu nak ajar baby or kanak2 berenang ye..bukan apa, takut terlalu byk telan air, boleh bahayakan paru2 baby..so ada kaedah2 nya utk cepat baby belajar..yg penting steadfast dlm membiasakan diorg dgn skill berenang..insyaAllah
berenang adalah salah satu sunnah rasulullah, selain menunggang kuda dan memanah ;)



lepas dah puas abi dan kakak dzaatin berenang2
(jenuh nak pujuk dzaatin stop mandi)
kita pun gi solat maghrib di surau
pas siap semua baru kita bertolak pulang
tapi bukan pulang ke rumah tau
ummi janji nak bawak aunty taqiya ke ICE ROOM
huhu
besttt dapat makan ais krim lagi
kali ni, ummi abi rasa perisa durian lak
abi kata macam makan durian betul bila rasa flavornya
ais krim tu desert je kata org
main dishes nye ummi order mee tomyam(always my feveret), abi order nasi goreng (ummi pun leh masak kat umah huhu) dan taqiya memilih utk makan spagetti (sedap)


**wafiqa pakai baju kakak dzaatin (looks like a boy lah hehe)

malam tu kami menggayakan koleksi-koleksi dari tshirt zariya

ummi with ZA45A


Taqiya is wearing ZA45B


Dzaatin lak pakai Zariya kid's Collection
(huhu nampak gelabang sikit, lama sikit leh pakai ;)



**jangan tiru aksi dibawah, perlu kepada pemantauan ummi/abi anda.TQ**
step2 nak bawa motor

pakai helmet ye..;)


tunggang dengan penuh berhemah nan sopan santun


vroom vrooommmm...huhu
(tak tercekik ke leher kome cik teenn ooi??)


***********************************************************
ADVERTISEMENT

di bawah adalah design terbaru beberapa hari sebelum entry ini dipos
jika berminat
seperti biasa layari
kami menyediakan pelbagai koleksi untuk anda
koleksi zariya
koleksi qirani (April Sale)
koleksi Gaun kanak-kanak
koleksi tudung kanak-kanak
koleksi Jubah Missy Layla
jemput lihat ye

(^_^)