Assalamualaikum ya banaatie,,
Alhamdulillah..abi wa antum bikhair biiznillah..
Ummi?? Dua hari ni kepala ummi berdenyut sangat, selepas terkena hujan tempoh hari terus jadi cmni..melayang2 rasa badan bila berjalan ke sana sini..
Jadi hari sabtu, ummi tutup kedai online seharian sbb nk rehatkan otak sekejap
tapi, jadual ummi untuk ke usrah petang sabtu tu tetap ummi hadiri sbb itu usrah pertama ummi selepas bersalinkan wafiqah, baru berkesempatan sbb bertukar ke usrah baru.
jadi walaupun kepala sangat berdenyut, ummi pergi juga dgn hati yg penuh semangat dan perasaan yg rindukan suasana usrah dan majlis penyampaian yg penuh peringatan..
Alhamdulillah Allah masih beri peluang utk duduk sama2 mendengar ayat-ayat Allah
Jikalau peluang ini tidak diberi, apakah masa itu ada nilainya pabila berlalu begitu sahaja??
tidak..sungguh rasa diri jauh tanpa adanya suasana penuh peringatan
suasana halaqah seperti yg Rasulullah berhalaqah bersama sahabat2 cintanya..
Segala puji bagi Allah akan nikmat berhalaqah dan nikmat ukhwah atas nama dakwah
sungguh ini jihad kakak dan adik...untuk travel mencari ilmu di majlis usrah 40 minit perjalanan dari rumah dan kondisi kesihatan yg tak stabil merupakan satu jihad..tapi ini hanya jihad yg ciput sahaja berbanding jihad Rasulullah..Rasulullah diancam bunuh, seksa, malah dilemparkan najis padanya tika berdakwah, masakan hnya cabaran2 kecil ini kita mahu lelah dan tinggalkan keutamaan pd majlis2 ilmu ini..sahutlah jihad ini tika dirimu dewasa kelak, sesungguhnya, ummi dan abi redha pada kalian..
Halaqah yg ummi tunggu2 ni, dimulai dgn bacaan dan penafsiran surah Al-Bayyinah, sungguh ummi dihargai ketika pertama kali menghadirkan diri ke halaqah ini, ummi diberi keutamaan mengalunkan surah ini dan membacakan sekali tafsirannya, begitulah sikap yg perlu kita ikuti puteri2 ku, utamakan sahibah mu dlm segenap segi, muliakan mereka..sungguh mereka mudah menerima ajakan kebaikan mu, begitu juga ummi, dgn penuh hati terbuka, ummi menerimanya dgn hati terbuka..surah Bayyinah ummi alunkan dgn rasa getar, ummi bacakan tafsirnya dgn rasa sayu..di akhir ayat, Allah dgn lemah lembuntnya berfirman "Allah meredhai mereka dan mereka meredhai Allah, Balasan syurga Adnin buat mereka dimana dibawahnya mengalir sungai2 dan mereka kekal di dalamnya", siapakah mereka itu wahai puteri-puteriku..mereka ialah org yang berjual beli dgn Allah..mereka jual pada Allah dgn segala kebaikan2 yang Allah perintahkan, dan Allah beli dgn bayaran yg Maha mahal buat kita..iaitu Syurga Nya yg Agung hebatnya..sungguh mereka itu org yang beriman dan mengerjakan kebaikan dan mereka sebaik-baik makhluk.
Rujuk: 7-8: Al-Bayyinah
Dalam ketika halaqah mulia itu masih bersidang, wafiqa yg tidur di bilik tetamu merengek memanggil ummi, MasyaAllah mereka sahibah2 ummi mengajak ummi bawa wafiqa perdengarkan sekali kata2 nasihat..sungguh satu suasana yg sungguh soleh..anak2 bukan pengganggu majlis2 mulia ini malah turut disertakan sekali..walaupun wafiqa menjerit mahu bermain, sahibah2 dgn senang hati turut mengacahnya sambil2 membentangkan isu-isu dakwah dan tarbiyah dlm Islam..sungguh ummi tidak merasa ulit di situ..senang sekali dgn layanan mereka..kakak dzaatin ummi tidak bawa bersama kerana buat teman abi di kereta sehingga menantikan halaqah ini tamat..sungguh berbahagia juga memiliki suami yg sanggup menunggu ummi berusrah sehingga siap selesai menjamu hidangan spagetti yg sedap ;)
sebelum pulang, kami bersolat asar jemaah bersama, lagi sekali hati ummi rasa tebangun dgn ajakan untuk menjadi imam mereka, sungguh ummi dimuliakan..ummi adalah ahli yg paling muda..tp begitu sekali penghormatan mereka buat tetamu yg masih byk kekurangan ini..sungguh indah nikmat ukhwah bersama kakak-kakak dan mak cik2 yg hebat sekali jiwa mereka..majlis makan kami serikan dgn bertaaruf secara informal dan bertukar resepi..ummi dapat makan dgn selesa sekali sbb wafiqa dijaga oleh anak dara tuan rumah..syukran jazilan atas layanan ;)
selepas bersalaman sunnah, ummi dibekalkan sedikit ole-ole buat abi dan kakak dzaatin di luar..mereka tidak lupa akan abi dan kakak dzaatin yg lama menunggu di luar..seperti dijanjikan, ummi dan abi terus ke swimming pool Putrajaya Presint 6..jadual kelas renang kakak dzaatin ialah 2 minggu sekali..tapi kali ni, kelas dzaatin diganjak ke malam sbb halaqah td habis sedikit lewat kerana mula pun agak lewat sedikit..petang yg masih bersisa tu, ummi dan abi bawa wafiqa dan kakak dzaatin bersiyaahah di Pantai Berpasir di sebelah kolam renang tu..Subhanallah..cantik sungguh permandangan di situ ya banaati..
momento abi dan wafiqa di petang nan dingin dan segar di pinggiran tasik
momento ummi dan dzaatin di tepi jeti
momento keluarga ku bahagiaku temanku di Syurga ..InsyaAllah...
(pening2 pun ummi larat lagi melayan kamu berdua hehe)
selepas mengaminkan doa, kami turun ke bawah menuju ke kolam..tak ramai org, sedikit selesa nak mengajarkan kakak dzaatin berenang..seperti biasa...kalau tak lincah, itu bkn kakak dzaatin lah tu..hehe
skill mlm ni, kakak dzaatin cuba menggerakkan kakinya pulak..
abi ajar berenang menggunakan board..ummi suruh abi guna pelampung, tapi abi balas NO FLOAT for our children..but why?? abi jelaskan pelampung hnya mmbuatkan kanak2 terlalu brgantung pdnya dan ini mmbuatkan skill berenang kurang improve..abi cakap, biarlah kanak2 mengexplore sendri teknik mengapungkan bdnnya dgn teknik yg betul..sbb bila kita boleh kawal apungan bdn, kita mudah belajar teknik skill berenang yg lain
______________________________________________________
SALE SALE SALE: Beli 3 Pasang Koleksi ZARIYA dapat FREE 5% Diskaun, Beli 5 Pasang koleksi ZARIYA dapat FREE 10% Diskaun dan beli 10 Helai Koleksi ZARIYA dapat FREE 15%..BELI BANYAK JIMAT BANYAK>>PROMOSI HINGGA HUJUNG APRIL
layari
http://al-laylshoppe.blogspot.com
No comments:
Post a Comment