Wafiqa dah pandai menyembur, suddenly rambut ummi pun menghambur2 gugur ke bumi huhu
Perkembangan Wafiqa 4 bulan:
1hari : berat 3.48kg panjang 54cm
1bulan: berat 4.7kg panjang 55cm
2bulan: berat 5.45kg panjang 58cm
3bulan: berat 5.9kg panjang 59cm
4bulan: berat 6.15kg panjang 60cm
Alhamdulillah Wafiqa dh boleh meniarap, and guess what?? Wafiqa meniarap tepat pada umurnya 4bulan iaitu pada 23 April 2011, bersamaaan dengan Dzaatin dapat meniarap pada umur tepat 3bulan..emm, Allah izin kedua2 anak ummi dapat meniarap pada hari yang tepat umur mereka bertambah sebulan..cumanya, Wafiqa boelh meniarap tepat 4 bulan, dan Dzaatin pula tepat pada umur 3 Bulan..itu tanda Kebesaran Allah yang susun cantik perkembangan puteri-puteri ummi ni..Alhamdulillah..itu tandanya Allah mahu kita, hamba-hambanya sentiasa berfikir akan kehebatan penyusunanNya..
Pada usia 4 bulan ni, muka wafiqa makin berubah sedikit matang berbanding muka baby baru lahir..makin lama, makin tak sama dah muka dgn kakak dzaatin..mukanya memang mirip abi sekali imbas campur 3 hingga 5 kali imbas hehehe..abi cakap, ini memang ikut gen 'mamak' pure ni..muka ummi dah tak nampak dah tang mana dh kat muka wafiqa..huhu..sedihnya ummi..siap mak sedara abi cakap, kalu dah besar ni, org tak fikir anak ummi otherwise kalu abi ada sebelah, tahulah anak mix melayu+mamak..macam muka ibu (mak abi) ngan abi pun memang jauh beza..macam tulah wafiqa dgn ummi agaknya hehe..xpe..asalkan ummi ini adalah ratu hati anak-anak ummi kan ;)
4 bulan Wafiqa, Wafiqa dah makin manja ngan ummi, makin manis senyumannya, makin lebar senyumannya, makin mengekek2 ketawanya...bila ummi nak suap susu, meleret2 senyumannya sebab dapat upah susu..hehe..kalu ummi saja lambatkan, mesti dah cebik hihi..tu yg ummi suka sakat dia tu..comel je cebik dia..
4 bulan Wafiqa, suka sgt bila kakak dzaatin lompat2 tepi dia semasa baring atas katil, wafiqa boleh terkekek2 bila kakak dzaatin lompat sambil nasyid lagu kesukaannya..ummi tengok, kalu kakak bergurau dgn dia, mmg wafiqa suka sgt..mmg macam tu fitrah baby atau kanak2, diorg begitu adore kanak2 yg lebih besar sikit daripada umurnya..mata wafiqa mesti merenung je telatah kakak dzaatin ke sana sini..moga jadi adik beradik yang saling sayang menyayangi..;)
4 bulan wafiqa, ummi dah start mandikan wafiqa dgn air paip biasa sahaja bermula umur 3 bulan setengah..masa tu try2 je jirus air paip di betisnya, tengok wafiqa relax je, baru ummi jirus di bahagian badan pulak, sejak tu ummi dah mandikan wafiqa hari2 dgn air paip je..kakak dzaatin dulu seingat ummi start 5 bulan+ baru mandi air paip..
4 bulan wafiqa, dah mula ada watak 'merajuk'..comel je muka merajuk dia tu..merajuk bila ummi tak ambil dia, merengek2 keluar bunyi comel2..hehe...kadang2 jeling2 ummi....kalau ummi lambat ambil dia, menjerit2 macam kena cubit ..ish2..nyaring betul jeritan dia..hee
4 bulan wafiqa, alhamdulillah kesihatan wafiqa amatlah stabil..setakat ni ada demam sikit lepas cucuk imunisasi umur 3 bulan dan hari ni ada sedikit selesama sbb jangkit dgn abi dan kakak dzaatin...ummi pun dh mula adasimptom nk selesema juga ;) tapi ummi dah beri madu pada kakak dzaatin pada abi dan ummi pun makan juga..Alhamdulillah, dgn keberkatan makanan sunnah, insyaAllah cepatlah lega semua yg terkena selsema tu..aminn..
4 bulan Wafiqa, kalau ummi buka TV untuk kakak dzaatin belajar mengaji, mesti ummi letak wafiqa sekali depan TV, masa tu matanya tak lepas je tgok TV..bulat je matanya dgr ustaz sedang mengajar huruf hijaiyah, mengikut kajian, umur 4 bulan dah boleh diajar pd baby pengenalan huruf2 dgn menggunakan flashcard...tika ini saraf2 otaknya amat aktif seiring peningkatan tumbesarannya.
4 bulan wafiqa, Allah masih menganugerahkan nikmat susu ibu padanya.Alhamdulillah tidak terhingga..kerana susu ibu itu adalah rezeki Allah..boleh jadi Allah akan tarik nikmat itu jika kita angkug dengannya, malah Allah melimpah ruahkan rezeki itu jika terus rendah diri dan bersyukur..Moga Allah sentiasa merahmati nikmat ini, melimpah ruahkan lg pada ummi dan ibu2 di luar sana.,.martabatkanlah susu ibu seiring dgn kehendak yg Maha Esa..
"Ya Allah, jadikan puteri2ku, anak2 yang mendirikan solat, anak yang berkorban utk Islam, anak yang menghormati org tua, anak yang menyenangkan ummi dan abinya..Amin"
No comments:
Post a Comment