CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, July 31, 2011

ADAB~~PERSIAPAN RAYA~~JUADAH PEMBUKA RAMADHAN

muka suka sebab org baca blog ummi baik-baik

sedihnyer..org tak de adab bila baca blog :(


Salam hujung minggu, salam pembuka ramadhan..
kurang beberapa jam lagi, ramadhan yang mulia akan mmbuka tirainya
tapi lagu2 raya dah mula kedengaran..huhu
sedihnya..tolonglah jangan pasang lagu raya tika diri2 kami
tengah bersemangat nak sambut ketibaan ramadhan..
bila dgr lagu raya,
terus rasa tak best..
nak dengar lagu nasyid yang membakar jiwa utk menghadapi ramadhan
dengan penuh keberkatan..:)

hari ni nak cerita sikit
tentang satu adab yang kira kita perlu jaga sebagai seorang manusia
yang hidup di zaman IT yg serba canggih dan dalam masa yang sama serba bebas
sana sini kita boleh copy pic, download lagu dan macam2 lg lah
boleh buat semua benda secara tanpa sempadan kan..
alhamdulillah..kalau kita gunakan kelebihan dan kemudahan itu dgn cara yg baik
alangkah bagusnya

tapi
yang salah dan tak eloknya kalau kelebihan dan kemudahan tu kita gunakan tanpa ada adab sbg pengguna IT pada zaman kini..
sebagai penulis blog pun ada adabnya..
kita tidak boleh sewenang2 nya mengaibkan orang lain walaupun kita katakan blog itu adalah medium kita melepas kan rasa
blog itu milik peribadi kita, kita aibkan org dlm masa sama sebenarnya kita mengaibkan diri kita sendiri

sebagai pembaca blog, juga ada adab2nya
jika kita memilih utk sbg silent reader, ye bacalah dan kutiplah yang bermanfaat
jika kita ingin berkongsi dan meluahkan pendapat, iya silakan dan utarakan dgn penuh berhikmah
gurau mesra sebgai pemanis dalam ukhwah

tapi, jika kita ambil hak org lain,
tanpa keizinan tuannya,
kita boleh diklasifikasika sbg pencuri alam maya
sama tak seperti pencuri-pencuri di luar sana?
jadi pembaca ada adabnya, penulis pun ada adabnya

jika ingin megeluarkan semula pendapat dan tulisan penulis lain
seeloknya kita link kan kata2 nya dgn blog asalnya
jika kita ingin download gmbarnya juga,
seeloknya kita minta keizinan dahulu
sebab itulah yg dikatakan adab..

kita tidak boleh sewenang2 nya
copy dan paste gambar peribadi seseorang individu dan menempekkannya ke sana sini
iya, gambar tiada masalah untuk diambil jika dimohon dahulu keizinannya
tak de erti pun jika gambar tu diletakkan watermark atau sebagainya tapi jika diambil dgn sesuka hati, itu mmg juka diklasifikasikan sbg tiada adab
kalau mmg penulisnya tidak kisah, tidak mengapa
jika keizinan mmg telah diberi

tapi jika penulis blog itu
tidak pernah memberi keizinan atau memang tidak suka cari publisiti
seeloknya mintalah keizinan dahulu..

prinsip penulis:

blog kisah kasih kita adalah blog peribadi
di mana penulisnya tidak suka menjaja alamat blog ini untuk tujuan publisiti
bagi penulis, jika sesorang yang dikenali terjumpa blog ini,
ini hanya rezeki utk dia terjumpa dgn kisah kasih kita
penulis mengalu2 kan pembaca yang mmg membacanya utk kutip ilmu yg baik sahaja
berkongsi pengalaman yg mungkin dibaca sbg hiburan bersama keletah anak2 dan pengajaran

tidak pernah sekali penulis ke sana sini menjengah blog orang utk minta difollow atau minta dibaca apa2 entry di sini
tidak sekali..kerana prinsip penulis hanya menulis utk melakar memori, utk pembacaan anak2 di masa depan
tapi bagi pembaca2 di luar sana yang ingin mengikuti blog ini, mmglah amat menghargai pembaca2 tanda ukhwah yg ingin dibina..

diharap pembaca2 yang budiman
dan juga untuk penulis sendiri
samalah2 kita menjaga adab sebagai penulis blog
dalam masa yang sama sebagai pembaca blog
ingat..apasahaja yg kita tulis, yg kita perbuat
semuanya ada persoalan yg akan ditanyakan oleh yang Rabb..
kita tidak boleh bersikap
ikut suka aku atau apa aku kesah
kerana Allah kita, adalah Rabb kita yang sentiasa setiap detik kisahkan apa sahaja perbuatan2 hambaNya..
waallahuA'lam


*******************************************************

PERSIAPAN RAYA

alhamdulillah, tika ini, persiapan raya dah 50% stel
baju raya abi dah siap beli, baju raya ummi pun dah selesai semua..cuma tinggal lag 50% je lagi
iaitu persiapan raya utk anak2 je xsetel lagi
dah pusing ke sana pusing ke sini mmg xde yang sesuai nak dijadikan sendondon dgn ummi dan abi
last2 ummi kena beli secara online juga hihi
tema tahun ni, sebelai ipoh, berpakaian jubah ala2 style arab
sebelah perlis pula tema polka dot (hihi)

amboih..awalnya siap beli baju raya..
bukan apa, abi dan ummi memang tak nak fokus dah bab persiapan raya semasa mejalani ibadah berpuasa ni..
memang sgt letih dan penat kalau keluar shopping time bulan puasa..
mmg malas nk fikir dh
so cepat2 setelkan persiapan baju utk raya tuk abi dan ummi
cuma anak2 je tangguhkan dulu sbb diorg ni extravaganza proses pemanjangan bdn hihi..
abi pun suggest beli online je xperlu nk keluar2 dh
kalau dh dapat keizinan, mmg laju je ummi ni hii


reaksi happy go lucky kakak





arrghhhh..jgn bikin ummi wafiqa marah
nnti saya ammm kamu semua
arghhhh

Friday, July 29, 2011

D3100~~ Abi's New Interest (^_^)

Assalamualaikum
salam jumaat..
tika ini..
dingin membaluti diri..
hujan mencurah lebat dan kedengaran guruh berdesir2 di kaki langit
nikmatnya menghirup milo panas
sambil melakar memori di buku diari ini


alhamdulillah dgn nikmat Allah pada kami sekeluarga
selepas dapat memiliki D3100 hasil rezeki yg Allah anugerahkan
kini abi dah ada hobi baru (kadang2 ummi juga hihi)
apa je ragam puteri kesayangan kami
asyik nak snap je

entry ni tak de nak cerita apa sangat
cuma nak tempek gambar anak2 buat kenangan
sbb nk cuci memang xdelah hihi
jadi smpan je dalam diari kisah kasih kita ni
terasa bermakna sekali
(~_~)

ramadhan bakal tiba sehari dua lagi
Ya Allah
terima lah kami sebagai tetamu Mu di bulan Ramadhan ini
dengan penuh rasa rindu untuk beribadat padaMu
meyerah diri untuk ditarbiyah
dalam sekolah Ramadhan Mu

moga hari2 dalam bulan Mulia Mu ini
dihiasi dgn kerja-kerja sekolah
yang mendidik diri kami
yang menjadikan kami manusia baru insan baru
selepas tamat semester pendidikan di madrasah ramadhan Mu nanti
limpahkanlah hidayah pada kami
pentunjuk Mu
agar kesedaran ini lebih jitu dan lebih mendalam
seterusnya kuatkan kami mempraktiskan dlm kehidupan kami
amin amin amin


KASIH ABI


SAYANG ABI




moga jadi adik beradik yang saling sayang menyayangi dan kasih mengasihi kerana Allah




dzaatin nithaaqain auni
2 tahun 3 bulan
ummi abi doakan semoga diri mu bak sekuntum mawar yang berduri



persiapan ramadhan
ummi abi hadiahkan telekung untuk sama2 teman ummi abi beribadah di masjid



wafiqah insyirah amni berumur 7 bulan lebih
sangat suka tengok bibirnya bila tersenyum atau ketawa



p/s : salam ramadhan kareem buat semua pembaca2 yang budiman :)

Thursday, July 21, 2011

2 minggu sudah berlalu...


assalamualaikum pembuka bicara
setelah 2 minggu blog menyepi..terasa rindu nk bercerita perihal business dan perkembangan anak2..emm dh set dlm hati nk update blog seminggu sekali..tapi gagal juga..
memang terasa masa tu terisi je dengan perkara2 lain yg urgent dan important utk diselesaikan
itu tidak termasuk melayan anak2 lagi
kalau sorang dah tidur, sorang pula jaga..jadi masa senggang nk menulis di blog agak terhad
kalau kekasih tercinta and tersayang tu ada dirumah..janganlah mengada2 nk tulis blog ye..
nanti ada yang merajuk sbb tak dengar dia bercerita, teman makan nasi atau teman layan anak2 hehe..(boleh tahan merajuk dia kikiki..sori naaaa)

hemm..seperti biasa entry bila lama tak update blog mmg akan panjang lebar..
sebabnya memang suka menulis dan melakar memori kat sini
lagipun mmg xnak miss update blog sbb ada pembaca setia yg sentiasa membaca blog ni
sape lagi kalau tak kawan sehidup semati tu..
tapi part baca blog hanya di ofisnya sbb kalau di umah, mmg xkan bg dia baca blog..sbb ummi malu huhuhu

1. petah berbicara

anak sulung ummi dah berumur 2tahun 3 bulan..kalau bab mulut bising, amboih tak terkata dah..pot pet memanjang..selalu ummi dan abi ajuk cakap dia..tambah2 bila mulut diam masa nganh tidur..mesti kami recall balik pelat dia tu and sama2 ketawa..

antara dialog yang famous and buat kami tertawa ialah:

-ummi..abi gi jeje (ummi abi pergi kerja)
-ummi..adik tuuuut (ummi adik K****T)
-abi...nak alan-alan (abi..nak jalan2)
-ummi..adik angish (adik nangis)
-shuhhh diam (suh org diam)
-nk u-aaaaannn...(maksudnya dia nak suruh ummi buka cd baca alif ba ta-u-aaan tu refer kepada al-quran)
-nk akan cik (nk makan nasi), nak andi (nak mandi)
-shuh ngan (basuh tangan)
-stan up (stand up) ship down (sit down)
-aaa..tupppahh (tumpah)
-bahaye (bahaya)
-kuor (nak keluar)

ishhh tak larat nk list..cuma yg atas2 tu lah kelakar bila teringat cara dia sebut..

sekarang ni, pandai dah nak dukung adik, suruh adik isap susu bila dia pun tgh minum susu, nak mandi sama2 ngan adik, sipa tolong halakan batang pain kat badan adik, tepuk2 kepala adik ngan air (kasarnya menepuk mcm nk patah tgkuk adik) huhu, sayang adik sampai naik rimas adik.

kalau bab nak solat, mengamuk2 berebut telekung ngan ummi..huuu..ummi tak beli lagi telekungnya, jadi telekung ummi lah jugak dia nk pakai..baca qurana lak macam tahu je dia tgh membaca...siap ada lenggok2 lagi hihi..alif ba ta pun dh hmpir 90% dh pandai sebut..dh boleh hafal..al-fatihah pun dh boleh hafal n ikut abi baca dgn lancarnya..alhamdulillah..anak sulung ummi ni mesti jd yg terbaik utk jd contoh pd wafiqa ye..

pakai tudung pulak, dzaatin dh tahu, kalau keluar mesti pakai tudung, tp bila dlm kete..piunggg!! dh campak tudung kemana..tu yg xlekat sgt tudungnya..kena pujuk2 jugaklah..tp bila dia rimas, dia buanglah..xperlah kakak..dh tahu bila masa nk pakai tudung tu pun dh alhamdulillah..sikit2lah didikan tu ye..

dia bahasakan dirinya kakak bila cakap ngan adik..'ummi, adik amik shushu kakak ni...' hihi..
tapi bila tanya, siapa nama??? dia sebut dzaatinnnnn...pandai..smbil clapping her hands :)

sekarang , ummi baru nk start ajar dia pakai potty training, ritu dh ajar kencing sendiri, tapi terburai2 je air kencingnya..tak reti nak gi tandas lg..emm, kalau ada object kahs untk dia pee pee and poo poo tu, mgkin dh pandai fikir kot..training cup pun baru nk beli yg lebih kemas sikit designnya..sebelum ni, asyik bocor je sbb buatan xkemas..botol tamitipinya ummu nak anugerahkan pada wafiqa pulak, utk minum air kosong..

sekarang sgt suka tolong ummi 'mengemas rumah', dia tahu ummi bizi berbisnes kot..lipat (baca=punggah) baju, sapu (baca=sepah) rumah..emm macam2 lah aktiviti dia..nak tolong ummi basuh pinggan pun ada, dia tolak kerusi ke sinki, pastu buka air, nk basuh pinggan (baca=main air)..aduhhh..banjir dapur ummi...nasib xde pinggan pecah ke apa..

emm, kalau nkcerita pasal kakak, mmg satu entry panjang pun xabis..hihi

ni gambar terbaru kakak dzaatin..
jubah tu hadiah dari mak cik yg baru pulang dari umrah
'bergaya sakan ye kakak hihi..'



2. Wafiqa makin lincah

ok..yang seorang ni pun dah mula banyak ragam, takut n menangis kalau org tak dikenali pegang dia..kalau bab menjulur, uishh laje betul..dari ruang tamu hingga ke dapur..tup2 dh smpai ke hujung dapur kering..pasti tahu je cari ummi kat ofis ummi atau di dapur..sangat laju dia punya lunjuran dia tu..sangat lincah ye..

baju dia usah cakap, ala2 mop dh..yg ni pun selalu tolong kakak dia mengemas ye...abis satu bakul pakaian di sepahnya..hihi.

wafiqa dh pandai merangkak, cuma tak gerakkan lagi tangan dan pahanya ke depan..

sekarang wafiqa nak masuk 7 bulan pada esok hari..wafiqa sangat suka makan, suap lah apa2 pun,semua makan dengan berselera sekali..kalau tengok org makan, tertelan2 air liur..tangan tu cepat je nak gapai pinggan atau cawan ummi...ada satu kes tu, wafiqa capai cawan atas meja kat dlm restoran di sebuah hotel, kami dinner kat situ..tengah ummi ralit handle kakak dzaatin, tangan adik lak gi gapai cawan ummi...apalagi, pecah berderang...seb tak kena extra caj hihi...adik adik...haih cam serik nak bawak keluar makan..




wafiqa tengah nak belajar merangkak di masjid tmpt kita singgah solat mghrib


3. abi yang rajin memasak

hihi..bukanlah rajin memasak hari2 maksud ummi..cuma bila dia teringin nak makan something, abi akan wat sendri..seingat ummi sudah hampir 3 4 kali kami makan hasit air tangan abi wat lamb grill..fuhh..memang salute sbb sedap rencah yg abi wat plus daging yg masak lembut elok..

minggu lepas, abi kempunan nak makan durian, dh 3 lungguk dibelinya, pastu tak abis meratah durian, dia buat bubur pulak..sebelum wat, abi tgok internet cmne nk wat..hihi..sedap juga air tangan abi wat bubur durian..

ok..2 ni je yg abi rajin wat masa ni hihihi..


4. bisnes.

alhamdulillah, kontrak dgn pos laju, ummi dh pun dpt approval, so hari2 memang pos laju dtg pick up parcel dr rumah je..memang senang lah kerja ummi dan abi..ni semua pun hasil tunjuk ajar cikgu ummi dlm bisnes ni, owner of Ukids Mart..thanx ya sahibati..:)

minggu lepas, ummi sempat menghadiri seminar laman web utk online business..alhamdulillah, Allah permudahkan hajat ummi nk wat official website..sekarang masih lagi dlm pembinaan..

setakat ni, bisnes makin lancar dan makin berkembang..ummi dah mula perbanyakkan kuantiti stok atas permintaan yg tinggi yg semakin hari semakin bertambah..Alhamdulillah ats rezeki Allah..cadangan abi, mula survey produk2 muslimah lain utk memvariasikan produk utk pelanggan2 :)



-----------------------ADS-------------------------------------------

LAYari klik: LAYIFA








T-SHIRT MUSLIMAH ZARIYA::-:: Koleksi Hari Raya~Ibu dan Anak Sedondon

BEST DEAL FOR COMING RAMADHAN: BUY FOR MOM AND FOR DAUGHTER, ENJOY FREE POSTAGE!!

details??
layari




NEW DESIGN AS AT 19 JULY 2011


FOR MOM:

KOD: ZA 107 (DESIGNED SPECIALLY FOR MOM AND DAUGHTER)

Product Information
Material : 100 % Cotton
Color : Fushia Mix Stripe

Price:
RM45.00 (XS-XL)
RM48.00 (2XL-4XL)

POS LAJU RM6 sehelai


Available:

XS S M L XL 2XL 3XL 4XL

FOR DAUGHTER:

KOD: ZC 92 (DESIGNED SPECIALLY FOR MOM AND DAUGHTER)

Product Information
Material : 100 % Cotton
Color : Fushia Mix Stripe

Price:
RM32.00 (4-6)
RM35.00 (8-12)

POS LAJU RM6 sehelai


Available:

4 6 8 10 12 (RUJUK PIC SIZE MEASUREMENT)

Tuesday, July 5, 2011

EWL WORLDWIDE RESOURCES




ni meja ummi+abi
malam2 semak lah sikit meja sbb malam2 lah kerja paling sibuk
siang2 ambil order je.




ni rak utk order2..

no order yang dh siap dibungkus utk dipos esok pagi..



diatas ni rak utk semua stok2..


ni tempt utk wafiqa ngan dzaatin landing2 masa ummi kerja





Assalamualaikum..

Alahmdulillah, setelah hampir 4 bulan berkecimpung dalam dunia bisnes bermula dengan hanya menjadi agen..
sekarang ummi telah maju setapak lagi kehadapan dengan menjadi pemborong Tshirt Muslimah Zariya bermula 10 june lepas..
hampir sebulan sudah usia perniagaan ummi ni yang telah didafftar sebagai

EWL WORLDWIDE RESOURCES (002038344-P)

perniagaan ini didaftarkan pada tarikh 21 June 2011 lepas

memang sesuatu yang ummi impikan sebelum ini untuk memiliki perniagaan sendiri, berdiri di atas kaki sendiri, berusaha mencari pengalaman dalam dunia bisnes yang semakin ummi minati ini..

alhamdulillah, tanpa bantuan family in law dan abi, mungkin ummi tidak berada di situasi ketika ini..

tercapai juga cita2 ummi untuk hanya bekerja di rumah sahaja sambil membesarkan anak2 di hadapan mata sendiri..

SubhanaAllah, memang lelah dan perit mengharunginya, atas kesabaran dan sokongan yang dididik oleh abi dan proses tarbiyah yg dituntut berjalan dlm diri di mana sahaja, masakan ummi boleh pergi sejauh ini..

bayangkan, setiap kali ke kilang ambil stok, ummi akan mengendong wafiqa sambil dzaatin diperhatikan abi..begitulah setiap kali..pernah juga, ummi terpaksa tinggalkan dzaatin di nursery gara2 abi tak dapat teman ummi ke kilang kerana tuntutan kerja, ummi lah sorang2 drive ke kilang yang ambil masa 40-50 minit dr bumi nilai ni..disebabkan suasana kilang yang agak berbahaya sbb ada tangga tinggi nak naik ke bilik stok pakaian, jadi ummi terpaksa tinggalkan dzaatin di nursery 2 3 jam setiap kali keluar..adik pula, ummi gendong ke sana sini dgn bag baby carrier sbb adik bergantung penuh pd susu ibu..begitulah antara cabaran bila ummi sudah memperbesarkan bisnes..stok semua kena urus sendiri..

tapi dalam kerumitan itu, rupanya ada bahagia yang ummi rasakan..mana taknya, abi bersungguh2 sediakan segala keperluan mini butik yang ummi idamkan, ditambah dgn ala2 ofis kecil dalam mini butik ni..lengkap dengan desktop, laptop, printer, segala perkakas ofis, rak utk menempatkan stok pakaian, dan paling ummi terharu, abi beriya benar nk ummi pakai galaxy tab sbb penting bila kami di luar kawasan..betul juga, sebelum ni masa balik kg, mmg sales agak kurang sbb ummi xdapat entertain order customer seperti selalu..bila ada gadget ni, alhamdulillah semua sudah serba serbi lengkap..

bak kata abi, semua sudah lengkap, hanya perlukan ketekunan, usaha yg sungguh2 dan ikhlas utk memajukan bisnes kami ini..insyaAllah B, sayang buat yang terbaik!!

yang paling bahagia sekali, ummi boleh bekerja sambil dikelilingi anak2 di sisi ummi..Ya Allah, sungguh rasa puas hati bila anak2 di depan mata..alhamdulillah..segala puji bagi Mu ya Allah..suasana inilah yang kuimpikan selama ini..


emm, bisnes ni bkn ummi handle sorang2, ummi hanya sebgai pengurus perniagaan, abi pula merangkap finance manager perniagaan kami, seminggu sekali abi akan update cash flow kami dan reconcile acc cimb dan maybank..semalam baru siap abi tutup akaun utk tempoh sebulan..alhamdulillah, report yang ummi dapat, kami berjaya menjual hampir 140 helai tshirt dalam masa sebulan ini..tapi bak kata abi, jangan seronok sangat sbb target abi ialah 200 helai sebulan..huuu, insyaAllah, selepas siap laman web official kami nnti, ummi akan perhebatkan promosi..setakat ini, kami hanya ada medan blogshop dan fb account sahaja.

minggu lepas, kami dah selesai buat akaun utk perniagaan kami, mula2 nk buat bank islam sbg current acc perniagaan kami, tapi, perlu banyak prosedur, last2 tukar ambil AMBANK sahaja, acc company ni penting utk kami dapatkan cheque book.urusan lebih mudah bila melakukan pembelian stok dlm kuantiti yg banyak bila guna cheque..

kontrak dengan pos laju pula hanya menunggu masa utk diapprove, bila sudah selesai, penghantaran akan menjadi lebih mudah..abi tidak perlu lagi menggendong plastik yg dipenuhi bungkusan tempahan ke pejabat pos seperti selalu..dahlah bawa dgn motosikal je..hihi..

emm rupanya, banyak prosedur yg kami perlu buat, ummi igt hanya ada stok dan jual, tapi bila ada otak accountant tu, baru ummi nampak jelas pentingnya professionalism dalam sesuatu perniagaan. dan abi selalu pesan ummi, being professional, and treat ur customer professionally..:)

ok..satu lagi ummi nak cerita, bila time abi update akaun, kami bukan seperti suami dan isteri, tapi perbincangan kami seperti pengurus dan akauntan syarikat..ummi seolah2 diaudit dgn tegasnya oleh abi.."ini siapa bayar, bila, bank mana? kod apa? itu dan ini" buatkan ummi agak stress sbb nak recall balik setiap transaction walaupun dh tulis dlm order book huuu...tapi sbb abi lagi pening kalau ummi tak bantu abi update acc. jadi ummi perlahan2 noted semua transaction dgn lebih detail. walau satu sen akan ditanya oleh abi..ummi punya fobia kena soal itu ini, smpaikan nak beli breakfast masa nk keluar pos order pun ummi minta receipt pd cashier..cashier siap cakap, suami nk tgok bil ke hehe..dalam hati ummi..iyaaaaaaaaaaa..suamiku nk tgok semua bil huhuhu.

sekarang, abi tengah bangunkan database utk pengaliran stok2 yang masuk dan terjual dgn mggunakan MYOB accounting software, ummi mmg zero dgn software ni, tp abi dh ajar sikit cmne nk key in data..abi cakap, cmnilah peritnya nk key in data di ofisnya..huu

kami tidur sehingga 2 3 pagi hanya semata2 nak reconcile n update account..emm begitulah disiplin nye abi ttg cash flow kami..abi cakap, masalah perniagaan melayu ialah apabila tidak tahu duit berapa yang masuk dan berapa yang keluar..cash flow amat penting dlm satu2 perniagaan..trend cash flow membuktikan perniagaan kita sihat atau tidak (maksud ummi makin untung atau makin rugi), jika kita tidak alert maka rugilah n sia2 lah perniagaan kita.

cakap tentang mini butik pulak, kini, ummi buka ruangan mini butik ini untuk kunjungan pelanggan2 ummi yang berada di kawasan berdekatan nilai, ummi akan terima kunjungan beserta dgn appointment supaya waktu syarak masih terjaga..dan hanya pelanggan wanita yang diterima masuk ke rumah..insyaAllah, masa hadapan, abi rancang nk bina butik di sebelah rumah..jadi senang pelanggan berurusan tanpa masuk ke dalam rumah, semua masih dalam perancangan 5 6 tahun akan datang. moga Allah permudahkan.

nnti bila dh siap official laman web, ummi launch di sini..skrg xdapat launch address sbb lum siap gi..kawan baik ummi tgh usahakannya..

semoga Allah bantu usaha2 ini, semoga diredhai dan semoga sentiada diberi petunjuk dari NYA..ameen..


Friday, July 1, 2011

Wafiqa 5 6 bulan Dan Bowling Time ~~


Assalamualaikum semua..
semoga sihat di bawah lembayung rahmat Allah..
kami sekeluarga di sini alhamdulillah dalam keadaan penuh dengan bahagia Allah hendaknya
moga hendaknya bahagia yang Allah pandang insyaAllah..

di sini..ummi nak coretkan sedikit perkembangan wafiqa di usia 5 bulan yang lalu dan terkini perkembangan usia 6 bulan wafiqa..

Berat 5 bulan : 6.35kg
berat 6 bulan : 6.55kg

Panjang 5 bulan : 61cm
Panjang 6 bulan : 64 cm

Alhamdulillah secara fitrahnya, perkembangan wafiqa naik sedang elok dan sihat sejahtera..semuanya baik2 sahaja..

Di usia 6 bulan ni, ummi nak listkan perkembangan secara fizikal dan mentalnya:

1)dah mula nak belajar merangkak, baru dapat step angkat tangan, semalam wafiqa dah start angkat paha dan badannya..pastu..tupp..terjatuh..hehe

2)dah mula start makan pada awal 6 bulan, ummi ajarkan dengan bubur nasi yang diblend dan tanpa sebarang campuran lagi, tapi hari ni, wafiqa mampu habiskan 1 biji setengah pisang yang dilenyek dengan jayanya (dzaatin dulu tak suka pisang huhu) lain perangai diorang ni

3) dah mula pandai merajuk, dah mula bersikap lah kata orang..ada bunyi berdehem2 macam marah org hihi, dah pandai ekspress sikap tak suka kalau ummi tinggal dia sorang2 dalam bilik hehe

4) dah mula faham yang dia ada seorang kakak, bila kakak rebut barang dia, terus meraung wawawa...bila dia menang ngan kakak, dipandang nya muka kakak nak tgok kakak marah tak ngan dia..pandai ni..

5) suka respon gurauan kakaknya dengan ketawa berdekek2..tambah2 kalau kakak dzaatin um um chak dengan wafiqa

6) pakaian kakak dzaatin yang size 8 bulan ke setahun, wafiqa dah boleh pakai..sebab tingginya mmg lebih tggi dari kakak nya masa kecil dulu..ni mmg ikut abi ni..:)



wafiqa 6 bulan
alhamdulillah cukup 6 bulan wafiqa menyusu secara eksklusif
manja sangat ngan ummi ni sebab tak pernah berenggang
xpe..moga jadi anak yang rapat dgn ummi abi bila dewasa nnti ye ;)
itulah antara kelebihan menyusu sepenuh masa insyaAllah



yeayyy..berjaya angkat badan sedikit!!



ni ialah seorang kakak yang berumur 2tahun 1 bulan...comel sangatlah tu iya..bila org nak snap muka dia terus kakak dzaatin sebut
"senyummm"


haritu selepas ambil stok dikilang, abi ajak main bowling...saja nak beriadhah dgn main bowling pulak..
huhu nampak je cam permainan yang mudah, tapi berpeluh gak ummi
tangan pun melecet sbb angkat bola 8 kilo punya huuuu
biasalah..kalah je ngan abi...huk huk


uish uish uish
bola berkilo2 ni pun larat diangkatnya
kasut abi pun dirembatnya..


selepas main 2 game, kita pun selesai..........

____________________________________________



ADVERTISEMENT


untuk koleksi terbaru di Al-Layl Shoppe
bagi peminat baju tshirt/blouse koleksi zariya
sila dapatkan nya melalui dgn melayari

http://al-laylshoppe.blogspot.com

atau

search Al-Layl Shoppe on Facebook

untuk terus direct bertanyakan ttg tshirt dgn saya ye...

(^_^)V




nursing blouse