CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, July 1, 2011

Wafiqa 5 6 bulan Dan Bowling Time ~~


Assalamualaikum semua..
semoga sihat di bawah lembayung rahmat Allah..
kami sekeluarga di sini alhamdulillah dalam keadaan penuh dengan bahagia Allah hendaknya
moga hendaknya bahagia yang Allah pandang insyaAllah..

di sini..ummi nak coretkan sedikit perkembangan wafiqa di usia 5 bulan yang lalu dan terkini perkembangan usia 6 bulan wafiqa..

Berat 5 bulan : 6.35kg
berat 6 bulan : 6.55kg

Panjang 5 bulan : 61cm
Panjang 6 bulan : 64 cm

Alhamdulillah secara fitrahnya, perkembangan wafiqa naik sedang elok dan sihat sejahtera..semuanya baik2 sahaja..

Di usia 6 bulan ni, ummi nak listkan perkembangan secara fizikal dan mentalnya:

1)dah mula nak belajar merangkak, baru dapat step angkat tangan, semalam wafiqa dah start angkat paha dan badannya..pastu..tupp..terjatuh..hehe

2)dah mula start makan pada awal 6 bulan, ummi ajarkan dengan bubur nasi yang diblend dan tanpa sebarang campuran lagi, tapi hari ni, wafiqa mampu habiskan 1 biji setengah pisang yang dilenyek dengan jayanya (dzaatin dulu tak suka pisang huhu) lain perangai diorang ni

3) dah mula pandai merajuk, dah mula bersikap lah kata orang..ada bunyi berdehem2 macam marah org hihi, dah pandai ekspress sikap tak suka kalau ummi tinggal dia sorang2 dalam bilik hehe

4) dah mula faham yang dia ada seorang kakak, bila kakak rebut barang dia, terus meraung wawawa...bila dia menang ngan kakak, dipandang nya muka kakak nak tgok kakak marah tak ngan dia..pandai ni..

5) suka respon gurauan kakaknya dengan ketawa berdekek2..tambah2 kalau kakak dzaatin um um chak dengan wafiqa

6) pakaian kakak dzaatin yang size 8 bulan ke setahun, wafiqa dah boleh pakai..sebab tingginya mmg lebih tggi dari kakak nya masa kecil dulu..ni mmg ikut abi ni..:)



wafiqa 6 bulan
alhamdulillah cukup 6 bulan wafiqa menyusu secara eksklusif
manja sangat ngan ummi ni sebab tak pernah berenggang
xpe..moga jadi anak yang rapat dgn ummi abi bila dewasa nnti ye ;)
itulah antara kelebihan menyusu sepenuh masa insyaAllah



yeayyy..berjaya angkat badan sedikit!!



ni ialah seorang kakak yang berumur 2tahun 1 bulan...comel sangatlah tu iya..bila org nak snap muka dia terus kakak dzaatin sebut
"senyummm"


haritu selepas ambil stok dikilang, abi ajak main bowling...saja nak beriadhah dgn main bowling pulak..
huhu nampak je cam permainan yang mudah, tapi berpeluh gak ummi
tangan pun melecet sbb angkat bola 8 kilo punya huuuu
biasalah..kalah je ngan abi...huk huk


uish uish uish
bola berkilo2 ni pun larat diangkatnya
kasut abi pun dirembatnya..


selepas main 2 game, kita pun selesai..........

____________________________________________



ADVERTISEMENT


untuk koleksi terbaru di Al-Layl Shoppe
bagi peminat baju tshirt/blouse koleksi zariya
sila dapatkan nya melalui dgn melayari

http://al-laylshoppe.blogspot.com

atau

search Al-Layl Shoppe on Facebook

untuk terus direct bertanyakan ttg tshirt dgn saya ye...

(^_^)V




nursing blouse







No comments:

Post a Comment