ni meja ummi+abi
malam2 semak lah sikit meja sbb malam2 lah kerja paling sibuk
siang2 ambil order je.
ni rak utk order2..
no order yang dh siap dibungkus utk dipos esok pagi..
diatas ni rak utk semua stok2..
ni tempt utk wafiqa ngan dzaatin landing2 masa ummi kerja
Assalamualaikum..
Alahmdulillah, setelah hampir 4 bulan berkecimpung dalam dunia bisnes bermula dengan hanya menjadi agen..
sekarang ummi telah maju setapak lagi kehadapan dengan menjadi pemborong Tshirt Muslimah Zariya bermula 10 june lepas..
hampir sebulan sudah usia perniagaan ummi ni yang telah didafftar sebagai
EWL WORLDWIDE RESOURCES (002038344-P)
perniagaan ini didaftarkan pada tarikh 21 June 2011 lepas
memang sesuatu yang ummi impikan sebelum ini untuk memiliki perniagaan sendiri, berdiri di atas kaki sendiri, berusaha mencari pengalaman dalam dunia bisnes yang semakin ummi minati ini..
alhamdulillah, tanpa bantuan family in law dan abi, mungkin ummi tidak berada di situasi ketika ini..
tercapai juga cita2 ummi untuk hanya bekerja di rumah sahaja sambil membesarkan anak2 di hadapan mata sendiri..
SubhanaAllah, memang lelah dan perit mengharunginya, atas kesabaran dan sokongan yang dididik oleh abi dan proses tarbiyah yg dituntut berjalan dlm diri di mana sahaja, masakan ummi boleh pergi sejauh ini..
bayangkan, setiap kali ke kilang ambil stok, ummi akan mengendong wafiqa sambil dzaatin diperhatikan abi..begitulah setiap kali..pernah juga, ummi terpaksa tinggalkan dzaatin di nursery gara2 abi tak dapat teman ummi ke kilang kerana tuntutan kerja, ummi lah sorang2 drive ke kilang yang ambil masa 40-50 minit dr bumi nilai ni..disebabkan suasana kilang yang agak berbahaya sbb ada tangga tinggi nak naik ke bilik stok pakaian, jadi ummi terpaksa tinggalkan dzaatin di nursery 2 3 jam setiap kali keluar..adik pula, ummi gendong ke sana sini dgn bag baby carrier sbb adik bergantung penuh pd susu ibu..begitulah antara cabaran bila ummi sudah memperbesarkan bisnes..stok semua kena urus sendiri..
tapi dalam kerumitan itu, rupanya ada bahagia yang ummi rasakan..mana taknya, abi bersungguh2 sediakan segala keperluan mini butik yang ummi idamkan, ditambah dgn ala2 ofis kecil dalam mini butik ni..lengkap dengan desktop, laptop, printer, segala perkakas ofis, rak utk menempatkan stok pakaian, dan paling ummi terharu, abi beriya benar nk ummi pakai galaxy tab sbb penting bila kami di luar kawasan..betul juga, sebelum ni masa balik kg, mmg sales agak kurang sbb ummi xdapat entertain order customer seperti selalu..bila ada gadget ni, alhamdulillah semua sudah serba serbi lengkap..
bak kata abi, semua sudah lengkap, hanya perlukan ketekunan, usaha yg sungguh2 dan ikhlas utk memajukan bisnes kami ini..insyaAllah B, sayang buat yang terbaik!!
yang paling bahagia sekali, ummi boleh bekerja sambil dikelilingi anak2 di sisi ummi..Ya Allah, sungguh rasa puas hati bila anak2 di depan mata..alhamdulillah..segala puji bagi Mu ya Allah..suasana inilah yang kuimpikan selama ini..
emm, bisnes ni bkn ummi handle sorang2, ummi hanya sebgai pengurus perniagaan, abi pula merangkap finance manager perniagaan kami, seminggu sekali abi akan update cash flow kami dan reconcile acc cimb dan maybank..semalam baru siap abi tutup akaun utk tempoh sebulan..alhamdulillah, report yang ummi dapat, kami berjaya menjual hampir 140 helai tshirt dalam masa sebulan ini..tapi bak kata abi, jangan seronok sangat sbb target abi ialah 200 helai sebulan..huuu, insyaAllah, selepas siap laman web official kami nnti, ummi akan perhebatkan promosi..setakat ini, kami hanya ada medan blogshop dan fb account sahaja.
minggu lepas, kami dah selesai buat akaun utk perniagaan kami, mula2 nk buat bank islam sbg current acc perniagaan kami, tapi, perlu banyak prosedur, last2 tukar ambil AMBANK sahaja, acc company ni penting utk kami dapatkan cheque book.urusan lebih mudah bila melakukan pembelian stok dlm kuantiti yg banyak bila guna cheque..
kontrak dengan pos laju pula hanya menunggu masa utk diapprove, bila sudah selesai, penghantaran akan menjadi lebih mudah..abi tidak perlu lagi menggendong plastik yg dipenuhi bungkusan tempahan ke pejabat pos seperti selalu..dahlah bawa dgn motosikal je..hihi..
emm rupanya, banyak prosedur yg kami perlu buat, ummi igt hanya ada stok dan jual, tapi bila ada otak accountant tu, baru ummi nampak jelas pentingnya professionalism dalam sesuatu perniagaan. dan abi selalu pesan ummi, being professional, and treat ur customer professionally..:)
ok..satu lagi ummi nak cerita, bila time abi update akaun, kami bukan seperti suami dan isteri, tapi perbincangan kami seperti pengurus dan akauntan syarikat..ummi seolah2 diaudit dgn tegasnya oleh abi.."ini siapa bayar, bila, bank mana? kod apa? itu dan ini" buatkan ummi agak stress sbb nak recall balik setiap transaction walaupun dh tulis dlm order book huuu...tapi sbb abi lagi pening kalau ummi tak bantu abi update acc. jadi ummi perlahan2 noted semua transaction dgn lebih detail. walau satu sen akan ditanya oleh abi..ummi punya fobia kena soal itu ini, smpaikan nak beli breakfast masa nk keluar pos order pun ummi minta receipt pd cashier..cashier siap cakap, suami nk tgok bil ke hehe..dalam hati ummi..iyaaaaaaaaaaa..suamiku nk tgok semua bil huhuhu.
sekarang, abi tengah bangunkan database utk pengaliran stok2 yang masuk dan terjual dgn mggunakan MYOB accounting software, ummi mmg zero dgn software ni, tp abi dh ajar sikit cmne nk key in data..abi cakap, cmnilah peritnya nk key in data di ofisnya..huu
kami tidur sehingga 2 3 pagi hanya semata2 nak reconcile n update account..emm begitulah disiplin nye abi ttg cash flow kami..abi cakap, masalah perniagaan melayu ialah apabila tidak tahu duit berapa yang masuk dan berapa yang keluar..cash flow amat penting dlm satu2 perniagaan..trend cash flow membuktikan perniagaan kita sihat atau tidak (maksud ummi makin untung atau makin rugi), jika kita tidak alert maka rugilah n sia2 lah perniagaan kita.
cakap tentang mini butik pulak, kini, ummi buka ruangan mini butik ini untuk kunjungan pelanggan2 ummi yang berada di kawasan berdekatan nilai, ummi akan terima kunjungan beserta dgn appointment supaya waktu syarak masih terjaga..dan hanya pelanggan wanita yang diterima masuk ke rumah..insyaAllah, masa hadapan, abi rancang nk bina butik di sebelah rumah..jadi senang pelanggan berurusan tanpa masuk ke dalam rumah, semua masih dalam perancangan 5 6 tahun akan datang. moga Allah permudahkan.
nnti bila dh siap official laman web, ummi launch di sini..skrg xdapat launch address sbb lum siap gi..kawan baik ummi tgh usahakannya..
semoga Allah bantu usaha2 ini, semoga diredhai dan semoga sentiada diberi petunjuk dari NYA..ameen..
tahniah layla! =) happy dgr bisnes awak bjalan lancar.moga terus sukses!ameen..
ReplyDeletewah...seronoknye bace perkembangan akak skrg..
ReplyDeletetumpang bahagia..
tumpang gembira..
=)
thanx kawan2 semua..bila nk merasa pakai zariya hehe (smpat promote)
ReplyDeletetahniah kak,
ReplyDeletemoga dapat pergi lebih jauh..
insyaAllah
to kamilah: tima kasih atas ucapan..terima kasih atas doa..semoga sama2 dipermudahkan utk semua urusan kita ye :))
ReplyDeletetahniahh!!semoga sentiasa diberkati Allah! ;)
ReplyDeletep/s: untungnya dapat duduk rumah sambl besarkan ank depan mate.. ;)
salam. tahniah bisnes makin maju. Moga terus mengorak langkah dengan jayanya..ameen =)
ReplyDelete