CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, May 9, 2011

B..boleh ke kita sambut Hari Ibu??


Hari ibu baru berlalu..
Alhamdulillah, dgn rezeki Allah, ummi hadiahkan tshirt Zariya yg sama size and pattern pd mak dan ibu..
mereka dah dapat dan suka dgn pemberian ummi..

semalam, ummi saja2 tanya abi..

ummi: B, kita leh sambut hari ibu tak?
abi: entahlah syg (lama jugak abi diam sebelum menjawab)
ummi: kalu xde asbab yg mengharamkannya, kita boleh je sambut walaupun dtg dr barat kan
abi: emem
ummi: contoh mcm valentine's day,kita dh tahu sejarahnya cmne, dan hukumnya haram jika kita meraikannya,hari ibu xde blg buktinya haram kan..boleh lah kita smbut..
abi,diam je. tak mengiyakan atau menafikan..

tiba hari ni..
ummi ke sana sini mempromosikan sale yg ummi wat utk promosikan tshirt yg ummi jual sempena hari ibu...
tetiba ummi terjumpa satu blog yg ummi follow
entrynya bercakap ttg history hari ibu
bagus ni fikir ummi
ummi baca dr ayat pertama hingga habis..
emmm..
luluhnya hati ummi, ummi dah mnyambutnya tanpa ummi tahu sejarahnya
dan alhamdulillah Allah temukan ummi dgn entry itu
terima kasih sgt pada pemilik blog itu
dan kini, promosi itu masih ummi jalankan
cuma ummi tak nak lagi sambut hari ibu
biarlah ummi menghargai emak dan ibu pada hari ulangtahun mereka
dan ummi juga harap anak2 ummi tidak menyambut hari ibu juga kelak
ingat ye..
cukuplah ummi dapat rasai kehangatan pelukan kalian dan kucupan kalian pada pipi dan dahi ummi
(^_^)


Astaghfirullah
mohon ampun atas kekhilafan lalu
patutlah abi tak menggalakkan ummi menyambutnya
(._.)



Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Friday, May 6, 2011

Kakak SAYANG Adik MMUAAHH

Kakak sangat sayang adik Wafiqa
selalu peluk wafiqa
selalu sayang wafiqa





kakak ajar adik membaca
belajar cd pembelajaran sama2 ngan adik
sama2 nak pandai kenal huruf






kakak janji jaga adik elok2 ye
sayang adik selalu


Wednesday, May 4, 2011

Malam ni Tidur HOTEL aja lahhh..


ni lah hotelnye..bajet hotel je..hee


Assalamualaikum semua..
hari ini ummi bersiaran dari Bilik 306, Hotel Seri Nilai..
tika ini, puteri2 ummi sedang nyenyak tidur
sejuk dan nyaman suasana di bilik
membuatkan mereka selesa tidur
abi pulak, selepas hantar kami di hotel ni,
makan nasi kandar yang dibungkus
berehat2 sebentar..
terus pulang ke tempat kerja semula

emm..
Allah izin, hari ni, kami sekeluarga tidur di hotel shj
kenapa dgn rumah kami??
huhu..dgn sedihnya, taman kami diputuskan bekalan elektrik
dari pukul 10pagi hingga 6 petang
ada pembaikan di buat..

sebab anak2 dah makin resah ngan suasana makin panas dlm rumah
jadi, abi bawak kita semua
move to hotel yg terdekat
xdelah dekat sebelah rumah
di tengah Bandar Baru Nilai jugaklah
dekat ngan Matriks UIAM Nilai
sebelah je..

alkisahnya
begitulah ceritanya..
mula2 ingat xdapat ambil order customer sbb elekrik xde
bila terfikir nak stay hotel
alhamdulillah
dapat juga bersiaran di sini
(^_^)

heee..
1st time tidur hotel ngan anak2
kalu xde anak2, ummi igt boleh je bertahan panas
tapi dh ada anak kecil2
sian kat diorg
tidur hotel jelah malam ni gamaknyeer
(^_^)


_____________________________________________________________


design2 yang terbaru available di al-layl shoppe
cepat dapatkannya sebelum kehabisan
ingat
sekarang tgh sale sempena
Hari Ibu
10% off setiap helai
(^_^)

al-laylshoppe.blogspot.com





Tuesday, May 3, 2011

May's Event Part 1~~Selamat Hari Ibu: Emak dan Ibu

Maklumat lanjut, boleh layari
http://al-laylshoppe.blogspot.com




Assalamualaikum...

emm, awalnya ummi post entry sempena Hari Ibu bakal tiba ni kan..
hehe..bukan apa, ummi memang excited sgt..
nak tahu kenapa??

sebab tahun ni, ummi hadiahkan sesuatu untuk emak ummi dan ibu abi..
tahun2 sebelum ni, ummi hanya buat ucapan je tanda menghargai mereka sbg ratu hati kami
tahun ni , dengan rezeki Allah yang melimpah ruah, ummi hadiahkan pada emak dan ibu
masing2 sehelai tshirt yang ada di kedai Al-Layl Shoppe kepunyaan ummi ni.




Sesungguhnya, hadiah ini tidak seberapa berbanding kasih sayang yang mereka curahkan selama ini..
ini hanya penghargaan yg kecil tetapi ikhlas di lubuk hati kami
moga hadiah ini mengeratkan lagi kasih sayang hubungan ibu dan anak ini

Moga Allah rahmati kalian wahai emakku dan ibuku..



p/s: tidak tahu apa yang ingin dihadiahkan kepada ibu2 anda??, layari Al-Layl Shoppe dan pilihlah utk mereka, moga hadiah yang tak seberapa itu, menyuburkan kasih sayang sesama ibu dan anak sempena hari ibu yang bakal tiba nanti (^_^)



Thursday, April 28, 2011

Special for Breastfeed Mom, Nursing Blouse/Tshirt

ASSALAMUALAIKUM

buat semua para pelanggan Al-layl Shoppe
di sini, Al-layl Shoppe memperkenalkan semula
Nursing Blouse/Tshirt yang menjadi permintaan yang terhangat di pasaran
Ramai para ibu menyusu bertanyakan kami tentang design terbaru
untuk Nursing Blouse /Tshirt
jadi, untuk memuaskan hati anda
kami datangkan semula design yang cantik mata memandang
sopan dan masih bergaya untuk para ibu menyusu




KOD: ZN 08 B
PRICE : RM49 (XS-XL)
RM50 (2XL-4XL

RM5 POSTAGE

SIZE AVAILABLE FROM XS UP TO 4XL
NOW EVERY SIZE CAN WEAR IT
(^_^)
NICE

CUTTING IS QUITE LOOSE

I'M WEARING XL, BUT HAVE TO CHOOSE L SIZE

MATERIAL: 100% COTTON
SOFT, SMOOTH AND COMFORTABLE
COLOR: PINK COLLECTION PRINTED

THERE IS A ZIP BEHIND THE CHEST COVER

berminat??
klik Order Form untuk membuat tempahan
klik Borang Pengesahan Pembayaran selepoas membuat pembayaran ye
tapi seeloknya selepas isi order form
sms saya dahulu utk pengesahan stok

KLIK UNTUK ORDER: ORDER FORM

SMS ONLY: 0132034105




Minggu ini,
Al-Layl Shoppe juga perkenalkan beberapa lagi
design yang terbaru buat peminat Tshirt Muslimah
yang masih mementingkan kesopanan dan keselesaan
juga masih ingin tampak trendy di mana sahaja
semua maklumat tentanh harga, size dan material
boleh rujuk di sini












RETURN BACK DESIGN




Sunday, April 24, 2011

WAFIQA 4 Months Old



Wafiqa dah pandai menyembur, suddenly rambut ummi pun menghambur2 gugur ke bumi huhu




sebelum meniarap, badannya merengkok-rengkok begini hehe..ummi pun tak faham kedudukan wafiqa ni




inilah kedudukan meniarapnya..bukan tahan lama pun, kejap je..pastu menjerit2 keletihan..



Perkembangan Wafiqa 4 bulan:
1hari : berat 3.48kg panjang 54cm
1bulan: berat 4.7kg panjang 55cm
2bulan: berat 5.45kg panjang 58cm
3bulan: berat 5.9kg panjang 59cm
4bulan: berat 6.15kg panjang 60cm


Alhamdulillah Wafiqa dh boleh meniarap, and guess what?? Wafiqa meniarap tepat pada umurnya 4bulan iaitu pada 23 April 2011, bersamaaan dengan Dzaatin dapat meniarap pada umur tepat 3bulan..emm, Allah izin kedua2 anak ummi dapat meniarap pada hari yang tepat umur mereka bertambah sebulan..cumanya, Wafiqa boelh meniarap tepat 4 bulan, dan Dzaatin pula tepat pada umur 3 Bulan..itu tanda Kebesaran Allah yang susun cantik perkembangan puteri-puteri ummi ni..Alhamdulillah..itu tandanya Allah mahu kita, hamba-hambanya sentiasa berfikir akan kehebatan penyusunanNya..


Pada usia 4 bulan ni, muka wafiqa makin berubah sedikit matang berbanding muka baby baru lahir..makin lama, makin tak sama dah muka dgn kakak dzaatin..mukanya memang mirip abi sekali imbas campur 3 hingga 5 kali imbas hehehe..abi cakap, ini memang ikut gen 'mamak' pure ni..muka ummi dah tak nampak dah tang mana dh kat muka wafiqa..huhu..sedihnya ummi..siap mak sedara abi cakap, kalu dah besar ni, org tak fikir anak ummi otherwise kalu abi ada sebelah, tahulah anak mix melayu+mamak..macam muka ibu (mak abi) ngan abi pun memang jauh beza..macam tulah wafiqa dgn ummi agaknya hehe..xpe..asalkan ummi ini adalah ratu hati anak-anak ummi kan ;)


4 bulan Wafiqa, Wafiqa dah makin manja ngan ummi, makin manis senyumannya, makin lebar senyumannya, makin mengekek2 ketawanya...bila ummi nak suap susu, meleret2 senyumannya sebab dapat upah susu..hehe..kalu ummi saja lambatkan, mesti dah cebik hihi..tu yg ummi suka sakat dia tu..comel je cebik dia..


4 bulan Wafiqa, suka sgt bila kakak dzaatin lompat2 tepi dia semasa baring atas katil, wafiqa boleh terkekek2 bila kakak dzaatin lompat sambil nasyid lagu kesukaannya..ummi tengok, kalu kakak bergurau dgn dia, mmg wafiqa suka sgt..mmg macam tu fitrah baby atau kanak2, diorg begitu adore kanak2 yg lebih besar sikit daripada umurnya..mata wafiqa mesti merenung je telatah kakak dzaatin ke sana sini..moga jadi adik beradik yang saling sayang menyayangi..;)


4 bulan wafiqa, ummi dah start mandikan wafiqa dgn air paip biasa sahaja bermula umur 3 bulan setengah..masa tu try2 je jirus air paip di betisnya, tengok wafiqa relax je, baru ummi jirus di bahagian badan pulak, sejak tu ummi dah mandikan wafiqa hari2 dgn air paip je..kakak dzaatin dulu seingat ummi start 5 bulan+ baru mandi air paip..


4 bulan wafiqa, dah mula ada watak 'merajuk'..comel je muka merajuk dia tu..merajuk bila ummi tak ambil dia, merengek2 keluar bunyi comel2..hehe...kadang2 jeling2 ummi....kalau ummi lambat ambil dia, menjerit2 macam kena cubit ..ish2..nyaring betul jeritan dia..hee


4 bulan wafiqa, alhamdulillah kesihatan wafiqa amatlah stabil..setakat ni ada demam sikit lepas cucuk imunisasi umur 3 bulan dan hari ni ada sedikit selesama sbb jangkit dgn abi dan kakak dzaatin...ummi pun dh mula adasimptom nk selesema juga ;) tapi ummi dah beri madu pada kakak dzaatin pada abi dan ummi pun makan juga..Alhamdulillah, dgn keberkatan makanan sunnah, insyaAllah cepatlah lega semua yg terkena selsema tu..aminn..


4 bulan Wafiqa, kalau ummi buka TV untuk kakak dzaatin belajar mengaji, mesti ummi letak wafiqa sekali depan TV, masa tu matanya tak lepas je tgok TV..bulat je matanya dgr ustaz sedang mengajar huruf hijaiyah, mengikut kajian, umur 4 bulan dah boleh diajar pd baby pengenalan huruf2 dgn menggunakan flashcard...tika ini saraf2 otaknya amat aktif seiring peningkatan tumbesarannya.


4 bulan wafiqa, Allah masih menganugerahkan nikmat susu ibu padanya.Alhamdulillah tidak terhingga..kerana susu ibu itu adalah rezeki Allah..boleh jadi Allah akan tarik nikmat itu jika kita angkug dengannya, malah Allah melimpah ruahkan rezeki itu jika terus rendah diri dan bersyukur..Moga Allah sentiasa merahmati nikmat ini, melimpah ruahkan lg pada ummi dan ibu2 di luar sana.,.martabatkanlah susu ibu seiring dgn kehendak yg Maha Esa..


"Ya Allah, jadikan puteri2ku, anak2 yang mendirikan solat, anak yang berkorban utk Islam, anak yang menghormati org tua, anak yang menyenangkan ummi dan abinya..Amin"

Monday, April 18, 2011

Ummi Ummi Engkaulah Ratu Hatiku (~_~)



Assalamualaikum anak-anak ummi yang ummi sangat2 sayangi..

hari ni ummi sangat2 terharu...
kenapa ummi terharu dan berair mata ummi..
mari ummi ceritakan utk kalian

seperti kanak2 yg lain
kakak dzaatin memang sgt lincah
memang suka sepah-sepahkan barang
campak sana campak sini
makanan dituang merata2

selalu ummi tegur
tak boleh buat cmni
tak boleh buat cmtu
kakak dzaatin kan solehah
mesti dgr dan taat cakap ummi

tapi biasalah budak besar dia
dia xfaham
dia tak tahu pun yg tu salah
dia tak tahu pun ummi akan marah kalu dia sepah2 kan itu ini

kalau ummi marah2 pun
kalau ummi tegur2 pun

kakak dzaatin buat tak reti je
sbb, mmg kakak dzaatin xfaham
sepah-sepahkan brg tu salah
mengotorkan rumah
dan memenatkan ummi nk kemas balik



tadi,
tengah ummi masak tengahari
kakak dzaatin macam biasa
ambil kerusi letak di tingkap dapur
yg memisahkan antara dapur kering dan dapur basah
kat tepi tingkap tu ada kabinet
atas kabinet ada brg, makanan, botol2 air
pinggan mangkuk


lepas tu kakak dzaatin punggah brg kat situ
ummi pesan jgn main jgn sentuh
nnti berterabur
kakak dzaatin buat jugak


tiba2 abis barang2 atas kabinet tunggang langgang
emmmmmmph
ummi tiba2 jadi hot
aduh..sungguh sangat2 menahan sabar keletah anak sulung ummi ni
tapi kenapa kali ni ummi terlepas juga
ummi marah2 kakak dzaatin
ummi cubit tangan dia
kakak dzaatin diam
dia tahu ummi marah sangat
sbb selalunya kalu ummi marah2
dia memang wat tak tahu n boleh gelak2 lagi
tapi kali ni dia diam dan makin lama
makin cebik
makin berair mata dia
meleleh air mata membasahi pipi


ummi masih renung tajam matanya
tak pujuk dia dan terus sambung masak
ummi sgt 'panas'..

tiba2..

ummi ummi engkaulah ratu hatiku
(menyanyi guna loghat kanak2 yg baru nk mula bercakap).........
na na na na na na
(pastu siap smbung smpai melodi lagu tu abis walaupun xdengar butir liriknya)
tersenyum2 semula smbil menyanyi lagi
bila ku berduka............
engkau hiburkan selalu.......
ummi...ummi..engkaulah ratu hatiku.....

bila ku berduka
dirimu menghiburkan hati ummi.........


hati ummi sgt2 tersentuh
tgh memasak mata ummi berair

Ya Allah, ummi rasa sayu dgr suaranya nyanyi
dia langsung tak hiraukan hati ummi yg tgh panas
dia bernyanyi dgn bersahaja
tanpa dia tahu yg nyanyian dia telah menyejukkan hati ummi
dan terus rasa luluh

kakak dzaatin kembali ceria
dia tak simpan pun apa yg ummi telah buat pd dia
sbb dia hanya kanak2 kecil
yg tak tahu itu ini perbuatan dia tu salah
yg dia tahu, dia hanya nk bermain
nk teman ummi di dapur

ummi buatkan susu untuknya
dan ummi peluknya sehingga tertidur


maafkan ummi ye dzaatin
kerana ummi buat kamu menangis sebentar td
tp, teguran ummi dan tindakan ummi
hanya pesanan
hanya mahu buat kamu tahu
itu salah
InsyaAllah lama2 nnti kamu akn faham..

ummi sangat2 sayang pada kamu..;)
macam manapun kemarahan ummi
ummi sgt sayang pd kamu
kerana ummi adalah ratu hati mu

(^_^)