CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 17, 2009

Menziarahi keluarga Mawaddah dan Hafiz..

credit to: buatmuanakku.blogspot.com

Isnin 14 disember 2009

hari ni keluarga ummi datang dari rumah..
rumah agak meriah dengan kehadiran mak tuk, tok wan, pak lang n maklang, zul faqar sepupu dzaatin, dan juga mak uda dzaatin..
malam tu..tengah ummi memasak2 kat dapur..

tiba2 abi menjerit panggil ummi..
abi khabarkan sesuatu yang susah ummi percaya..
abang kepada auntie mawaddah telah menghantar mesej pada abi
mengatakan anak adik iparnya sudah meninggal..
ummi tak dapat tangkap lagi siapa kerana masih dlm keadaan blur2 lagi
then abi ulang lagi anak hafiz..kawan ummi..mawaddah..anaknya meninggal

ummi terkejut sangat..
tentulah 'ukasyah yang ummi kenal sudah meninggal..
ummi bagai tak percaya langsung..

baru je ummi baca entry terbaru mawaddah ttg pakaian baru untuk 'ukasyah..

AllahuAkbar..

terasa sungguh kehilangan
seperti anak ummi sendiri yang meninggal
ummi hanya terfikir akan keadaan mawaddah sahaja..
ummi kenal mawaddah sejak matrik lagi
dan kami agak rapat
pernah sekelas
dan ummi kenal sangat sikapnya yang agak sensitif
ummi amat memahami perasaannya sbb ummi juga seorang yang sensitif

ummi tak habis2 beristighfar..
abi juga begitu..
kami terdiam seketika..
ummi terus menghantar mesej mengucap takziah pada mawaddah
moga sedikit dapat memberi ketenangan padanya..insyaAllah

terus ummi bertanya abi apa punca kematian..
kata abi..
'ukasyah tersedak susu di nurseri..

ya Allah..

beratnya nak menerima punca asbab kematian
kerana kes ini sudap acap kali terdengar
dan kali ini mawaddah menghadapinya pula..
semuanya berpunca dari kelalaian manusia juga
memang betul ini takdir Allah tentukan..
tapi masalah ini perlu pada penyelesaian
agar tidak berulang pada insan lain..
apabila kita sebagai ibu bapa telah menyerahkan bayaran pada penjaga
supaya penjaga dapat menjaga dengan baik
tentunya perkhidmatan juga mesti terbaik
tapi kerana kelalaian..
nasi sudah menjadi bubur..
luluh hati ummi mengenangkan..
ummi ajak abi menziarahi mawaddah sekeluarga keesokkan hari


Selasa petang 15hb 2009


disebabkan jadual kelas yang menghimpit..
ummi dan abi tak dapat menghadiri proses pengkebumian arwah 'ukasyah
terasa terkilan
tak dapat menatap wajahnya kali terakhir..
dan tentunya amat terkilan kerana belum pernah menatap sekali pun secara terus..


abi terpaksa tinggalkan kerja di pool
walaupun ramai kawannya yng sms
tapi abi tak hiraukan..
kami berdua berkeras nak pergi menziarah juga
jadi tinggallah famili ummi di rumah sahaja
mak ayah ummi mengizinkan..

pukul 6 petang kami bertolak
melilau juga kami mencari rumah mawaddah
kebetulan hujan lebat n traffic pula jam di sepanjang jalan
selepas solat maghrib di sebuah surau
akhirnya terjumpa juga

sampai di sana suasana agak muram
mawaddah berkelubung hitam busananya ketika ummi bertemu tika itu
ummi rasa macam nak menangis bila memeluk sahibah ummi mawaddah
tapi hati ummi berdetik
kalu ummi menangis mungkin akan menyedihkan lagi mawaddah
ummi hanya menhan getar sahaja..

dalam sebak
mawaddah menceritakan segalanya
(ceritanya biarlah mawaddah ceritakan sendiri di blognya..mungkin)
dalam sendu mawaddah menceritakan perasaannya..
ummi sayu mendengar
acap kali mawaddah menyebut
dia redha segalanya
iya..tabah dan kuat ummi yang satu ini
belum tentu ummi sekuat dia..
paling ummi terasa sayu
mawaddah mengatakan

"emm..'ukasyah dah tak de dahlah anti"

mmmmmmmmmmm
ummi hanya terdiam
menyesal kerana lewat menziarah kelahiran 'ukasyah
3 bulan yang lalu..
hanya datang tika 'ukasyah sudah menghembuskan nyawa

maafkan ana mawaddah..

ummi lihat mawaddah dan hafiz terhibur melayan karenah dzaatin
Alhamdullillah
mungkin dapat meredakan sedikit kesedihan mereka berdua
mungkin..


ini sahaja coretan yang dapat ummi coretkan

sekarang
ummi sungguh menghargai setiap masa bersama dzaatin
mungkin kalu Allah uji seperti mawaddah
tak lah ummi terkilan
ummi mungkin puas..
dan ummi berjanji nak jadi sekuat mawaddah juga
insyaAllah
ia..
anak bukan milik kita selamanya
anak hanya pinjaman buat kita
untuk kita merasai sekejap nikmatnya
mempunyai anak..
anak hanyalah milik Allah
kerana

anak- anak adalah penghuni kecil syurga Allah

peristiwa ini memberi satu peringatan dan pengajaran kami sekeluarga..

................................


..................................





4 comments:

  1. salam laila..tersentuhnya ana baca entry anti ni..ana berhajat sgt nak ziarahi mawaddah.tapi Allah izin,akhi sibuk benar sehari dua ni.smg Allah kurniakan rahmah buat ummu mujahid kecil tu..

    ReplyDelete
  2. salam laila....pun tersentuh baca entry ni...bila dgr pasal 'ukasyah mcm tak percaya je..tapi itula ketentuan kan...mudah-mudahan mawaddad terus tabah...
    terasa lebih menghargai kehadiran anak-anak dalam hidup...
    betapa klu kita kehilangan mereka...kita tak mampu nak bygkan

    ReplyDelete
  3. salam,sedihnya ana...tapi kita semua tahu Allah lebih sayangkan ukasyah...

    ReplyDelete
  4. sedihnya baca. mmg akk terkejut sungguh la bila dpt tau yg 'ukasyah dh 'pergi'. wpun hny kenal melalui blog dia aje tp mgkn naluri seorg ibu, akk pun rs sedih jgk

    ReplyDelete