CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, January 21, 2010

Bakal adik Dzaatin..

InsyaAllah dzaatin bakal dapat adik
pada 23hb Januari 2010
nanti ummi upload gambarnya
dzaatin mesti suka
...........

Tuesday, January 19, 2010

Buku-buku hadiah buatmu..







Dua minggu lepas hari Jumaat

Ummi dan abi membawa dzaatin keluar ke JUSCO

Niat kami untuk membelikan sedikit ole-ole untuk al-haura’ maqsurah

Puteri mas’ul kami berdua iaitu

Kak Fatimah Sarha dan suaminya Dr. Farhan Hadi

Ummi dan abi merancang untuk pergi menziarah baby baru mereka

Sudah menjadi tradisi ummi dan abi

Akan menghadiahkan sedikit buah tangan kepada pasangan yang baru melahirkan insan baru

Tanda meraikan kegembiraan mereka

Juga mengamalkan sebahagian sunnah Rasulullah

insyaAllah

bila sudah membeli hadiah tersebut

kami bercadang singgah di sebuah kedai buku

MPH book store

Niat di hati ingin menambah beberapa koleksi buku2 dzaatin

Sampai sahaja di bahagian buku kanak

Ummi teruja melihat begitu banyak pilihan

Tentunya buku kanak2 yang islamik yang menjadi perhatian ummi

Rambang mata dibuatnya

Tapi dengan sedikit bajet yang ada

Ummi memilih dua buku yang agak murah harganya

Kerana amat kepingin buku2 yang lebih menarik untuk dzaatin

Abi minta ummi bersabar

Bila sudah bergaji tetap kelak

Abi janji akan belikan untuk dzaatin

Tima kasih abi..

Amat memahami keinginan ummi

Untuk pengetahuan dzaatin

Kerana terlalu seronok dapat belikan buku untuk dzaatin

Belum sempat sampai di rumah lagi

Semasa perjalanan pulang ke rumah

Di dalam kereta itu jugaklah

Ummi bacakan buku2 itu untuk dzaatin dengar

Ummi baca dengan penuh nada yang ceria

Hehe

Ummi terharu dzaatin ralit mendengar ummi baca

Walaupun sekejap sahaja

Moga apabila semakin besar nanti

Dzaatin akan selalu suka dengar ummi bacakan untuk dzaatin

Dan ummi harap

Setelah pandai membaca

Dzaatin akan bacakan untuk ummi pulak ye

Ummi akan sentiasa menanti saat itu

(^_^)

p/s: Alhamdulillah..Allah izin ummi dan abi sempat pergi menziarah keluarga kak Sarha Ahad 2minggu lepas..sungguh terharu cara mereka meraikan kami sebagai tetamu..moga Allah berkati segala usaha mereka..dan moga Allah cepat sembuhkan k.Ha..Aminn.

Thursday, January 14, 2010

Pengalaman seorang ibu dan pelajar..

Saat sedang menunggu di hadapan kelas Entreprenuership

3.20 Petang

Tiba-tiba satu mesej mengetuk pintu masuk inbox ummi. Nombor yang tak dikenali..

Kami berbalas mesej sebelum ummi masuk ke kelas pukul 3.30petang

“AsSlm laila,khabr?busy ke?dzaatin dah brape bulan?Laila,hjt nk mintak tips dn pgalaman jd ibu, ada anak still blaja..hehe ana hjt nk smbg master, so cr kekuatan ni..”

“Wassalam.sape ni ye?maaf brty”

“Wslm ni k.Fatimah Misran J

“Oh..emm.pnjg jgak nk xplain.bleh ana blas kt emel.so akk trus proceed mstr eh.hrp ana pn dpt pluang bt mstr sprt drncgkn.hehe.ap emel akk eh.

“Hehe ye ke, bole gak..cume mgkin lmbt skt dpt bukak..internet kat offce akhi, kat umah xde lg..hehe ni emel ana ****************.tq laila..mg Allah mudahkan anti gak..eh anti da hbs blaja ke?

“Blas soalan td.dzaatin skrg 8bulan.kmi dua2 sihat alhamd.ana grade bln 4 ni insyaAllah”

“Owh ok J buat yg terbaik ek. All da 4 ur studies..”

“Syukran..:) ”

Selepas mendapat mesej dari kakak senior ummi di sek men dulu juga merangkap senior ummi di UIA..ummi asyik terfikir2 aje..mana tak nya..memang jawapan yang perlu ummi berikan agak panjang dan agak berbaur emosi mungkin..ummi juga risau..adakah ummi dapat menjawab soalannya dengan baik..kerana ummi bukanlah contoh yang terbaik..ada ramai lagi yang lebih baik dari ummi..ummi tak pernah dapat Dean List sepanjang bergelar seorang ibu dan isteri..ada yang lebih baik dari ummi..tapi Alhamdulillah..selepas perkahwinan..result ummi semakin meningkat Cuma bukan yang paling cemerlang..rasanya ummi tak banyak tips yang boleh dikongsi..apapun..ummi masih ada tanggungjawab untuk melaksanakan janji ummi pada kak Fatimah..jadi ummi akan ceritakan serba sedikit pengalaman ummi sebagai seorang ibu yang masih belajar..kepada sahabat ummi yang terbaik di luar sana..seperti Anis, Nisa, Fatehah, Mawaddah, Syidah (bakal ibu)..hajat dapat menambah serba sedikit tips anda masing2 ye..kita adalah golongan yang sama J..merasai pengalaman yang sama dan mungkin mengalami natijah yang berbeza..

Selepas beberapa hari baru ummi berkesempatan balas msj kak Fatimah..ummi agak sibuk minggu ni..banyak assignment yang perlu diselesaikan dan juga komitment untuk group discussion..ummi rasa bersalah pulak lambat membalas msj kak Fatimah..minta maaf ye kak..

Akhirnya ummi ada sedikit masa selepas menidurkan dzaatin..

9.15mlm

Warkah buat kak Fatimah yang dikurnia bahagia bersama zauj dan Muhammad Al-Fatih

Assalamualaikum WBT

Apa khabar akak di sana. Moga sihat sejahtera di samping suami dan anak tersayang..macammana perasaan dikurnia seorang anak..ana sungguh merindui saat kelahiran dzaatin dulu..hehe..

Seperti dijanjikan..ana cuba ceritakan serba sedikit pengalaman ana menjadi seorang ibu dan pelajar. Sebenarnya akak..zauj ana selalu katakan..hanya insan yang terpilih sahaja dapat pikul tanggungjawab seorang pelajar, seorang isteri dan juga seorang ibu..kata2nya selalu menjadi inspirasi ana..ketika ana down atau tertekan disebabkan terlalu sibuk dengan tugasan dan exam..suamilah penguat dan pendorong ana..jadi yang pertama2 sekali..suami mestilah mejadi pendorong kita yang terbaik selepas Allah dan Rasul..barulah kekuatan itu akan hadir..banyak sangat cabaran dlm memikul tanggungjawab ni..tapi Allah Maha Adil..banyak juga kebahagiaan yang dapat ana kecapi bersama suami dan sumber kebahagiaan kami, dzaatin..juga selepas Allah dan Rasul..dan alhamdulillah..ana dikurnia suami yang amat memahami..kerana dia juga seorang pelajar mungkin..jadi dia sangat tahu kesibukan seorang pelajar..seringkali dia bantu ana menguruskan rumahtangga dan seringkali juga membantu ana memberi idea-idea untuk permasalahan ana dalam pelajaran..dan menjadi kelebihan apabila kami berada dalam kuliyyah yang sama..ana dan dia akan bersaing sesama kami ketika kami mengambil subjek yang sama dan berada di dalam satu kelas yang sama..tapi selalunya dia akan mengalah dengan ana..hehe..yelah..ana akan merajuk kalu dia lebih dari ana..he..apalah ana ni..tak baik kan cmtu..kalu dia tinggi juga dari ana..dia tetap akan pujuk ana..sungguh baik hati sahabat paling akrab ana itu..hehe

Untuk pengetahuan akak..sepanjang pembesaran dzaatin..cara pembelajaran ana juga berbeza..dan sehingga kini..ana masih belajar untuk menghadapi segala kesusahan dan cabaran sepanjang pembesaran dzaatin..semasa mengandung lain cabarannya, tika dzaatin berumur 2 bulan hingga 6 bulan lain juga cabarannya..dan kini cabaran nya juga semakin bertambah seiring perubahan fizikal dan tumbesarannya..akak tahu jelah sekarang dzaatin semakin lincah..

Masa ana untuk study hanyalah tika dzaatin tidur atau ketika emosinya stabil..ketika dia sungguh ceria dan ketika dia tidak sakit..masa lain setiap saat dan detik..perhatian ana padanya..kerja2 lain hanyalah sampingan2 shaja.alhamdulillah Allah bg kelebihan pada kaum perempuan dapat fokus banyak benda dalam satu2 masa..betul kan kak? Jadi ana guna kelebihan tu untuk mengurus segala hal di rumah sambil melayaninya..kadang2 ana tertidur kerana terlalu letih tapi dzaatin masih lincah mahu bermain..Alhamdulillah juga Allah bg naluri yang kuat pada seorang ibu..akan cepat terkejut jika anaknya berada di dalam keadaan tidak selamat..tidur2 ayam sajalah tika dia masih mahu bermain..once dapat peluang belajar..fokus betul2..walaupun sedikit tapi masa itu berkualiti..ana juga akan curi masa2 yang ada bila free di kuliyyah..ana akan sedaya upaya habiskan kerja di kuliyyah sebelum pulang ke rumah agar masa ana sepenuhnya untuk dzaatin dan keluarga.

Kalu dr sudut komitment pada tugasan..dulu sebelum berkahwin dan sebelum mempunyai anak..ana selalu siapkan tugasan pada last minit..satu contoh tauladan yang tidak baik tu..hehe..tapi setelah kelahiran dzaatin..sebelum memasuki semester baru..ana dah berazam nak ubah cara tu..yelah..takut Allah uji ana xsempat siapkan tugasan di minit2 akhir pulak sebab mungkin dzaatin jatuh sakit atau terlalu meragam..tapi pernah juga sekali..ana tak sempat siapkan awal kerana pulang bercuti ke kampung..tapi Allah Maha Penyayang..walaupun esoknya due ana present project akhir tugasan EAP..dalam keadaan dzaatin yang meragam..ana masih dapat siapkan dan Allah bg kelapangan esoknya tika presentation..jadi akak jangan terlalu risau..buat yang terbaik..biarlah Allah tentukan hasilnya..itu juga sumber kekuatan..insyAllah

Akak..dalam banyak2 cabaran tu..ada yang amat menyentuh hati ana..semester lepas..ana mendapat satu tugasan yang agak mencabar..tugasan tu perlukan analisis yang amat teliti..setiap ahli kumpulan perlukan kerjasama yang baik..satu kumpulan 6orang ahli..seperti biasa..hanya ana seorang yang sudah berkahwin dan punyai anak..3orang ditugaskan untuk wat presentation dan 3org lagi dipilih untuk membuat report..ana termasuk yang kena buat report..satu ketika kami semua sudah berjanji nak jumpa pada suatu malam..pukul 9 untuk discussion yang pertama..ana terfikir jugak mana ana nak letak dzaatin kerana zauj pulak bekerja part time di waktu malam..itu jelah sumber kewangan kami selain dr biasiswa.malas pulak nak kacau zauj untuk jaga dzaatin..last ana minta keizinan group member ana untuk bawa dzaatin bersama..Alhamdulillah diorang amat mengalu2 kan..lagipun inilah pertama kali diorang nak berkenalan dgn dzaatin tika itu berusia 4 ke 5 bulan.pukul 8.30 tika ana bersiap nak ke discussion.dzaatin meragam2 sebab mengantuk..ana dah risau cmna nak bawak dia..last2 ana mesej kawan cakap mungkin ana lambat ckit sbb nak tidurkan dzaatin dulu..selepas tidur sekejap mungkin dzaatin akan lebih selesa.tapi kawan ana balas beritahu xjadi pulak discussion mlm tu sbb yang lain juga ada halangan masing2.Alhamdulillah fikir ana.mungkin kebetulan Allah izin xjadi.esoknya kami berjanji nak bertemu lagi.tapi sebelum malam tiba, petangnya ana dikejutkan dgn satu sms dr salah seorang group member ana..perwatakan sopan di kelas dan bertudung labuh..dia cadangkan ana tukar part dengan dia..dia nak ana amik part presentation dan dia nak buat report..ana tak setuju sebab ana memang lemah bab2 presentation ni..tapi balasan lain yang ana terima..panjang lebar mesejnya..antaranya..dia katakana ana mgkin tak akan dapat bg komitment pada report tugasan kami..dia katakan ana ada anak dan tggungjawab lain..mungkin akan mencacatkan proses untuk siapkan report tugasan kami..dia amat mendesak ana..ana sungguh terasa dengan kenyataannya..ana belum bg sebarang komitmen lagi manakan dia tahu ana tak dapat beri komitmen yang terbaik untuk report kami..ana terkelu..ana mengadu pada zauj..ana sungguh terasa hati..adakah ana hanya mempunyai seorang anak..segala tugasan ana takkan siap..ana tak sangka begitu sekali sangkaannya pada ana..ana cari kekuatan nak balas mesejnya..ana katakan ana tak setuju dgn cadangannya dan berjanji beri komitmen yang terbaik..dia msih tak setuju dengan keputusan ana..lastly ana ambil keputusan mendiamkan diri sahaja..saat itu..ana sangat2 berjanji pada diri ana..ana mahu sahut cabarannya mengatakan ana takkan dapat bg komitment yang baik untuk siapkan report tu sbb sibuk dgn anak dan family..ana mohon bantuan dr suami agar memahami ana..Alhamdulillah..zauj penguat ana..dia sanggup korbankan masa kerjanya dan menjaga dzaatin di rumah sepanjang ana pergi discussion malamnya..ana mohon pada Allah juga..dan Alhamdulillah berkat pertolongan Allah, sokongan zauj, dan doa ana dapat siapkan report part ana sebelum semua group member ana yang lain siap.ana lakukan yang terbaik dan hasilnya Alhamdulillah..boleh dibanggakan..Ana bersyukur..dari cerita di atas..kekuatan lain yang dapat kita cari adalah keazaman itu sendiri..jika kita betul berazam untuk menyiapkan tugasan kita atau berazam untuk belajar bersungguh..InsyaAllah Allah akan bantu..usaha yang terbaik dan doa sahaja padaNya..

Selain itu, dzaatin sendiri juga menjadi dorongan dan kekuatan pada ana untuk mengabiskan tempoh 4 tahun pelajaran ana..sesungguhnya pengorbanan itu sungguh besar akak..ana pernah beberapakali meluahkan rasa hati seperti nak quit dari belajar stelah bermacam2 kesusahan ana hadapi..sakitnya ketika mengandung..komitmen yang perlu diberikan tika dzaatin masih kecil lagi, exam yang bertalu2 datang tika ana belum sempat study..tugasan2 yang tak pernah habis, masalah kewangan untuk membeli bahan2 rujukan..dan macam2 lagi..ana semacam putus asa..tapi zauj kuatkan lagi semangat ana tika ana down sangat..dia ingatkan pada ana kerana bila2 masa dan dimana2 ilmu itu penting walaupun satu hari nnti ana tak berkerjaya besar tapi ilmu masih penting..otak dan minda kita akan berkembang seiring proses pembelajaran kita..ya betul ana setuju..lagipun belajar juga ibadah..zauj juga ingatkan jika ana habiskan pembelajaran ana, kejayaan ana ini akan menjadi contoh pada anak2 kami kelak..emem..motivasi ana kembali tertingkat..bila ana down..ana cium dan peluk dzaatin..ummi lakukan ini kerana Allah..kerana dzaatin juga..rintih hati ana..

Antara tips yang lain..seperti pelajar2 yang lain juga.belajar mesti smart dan hard..ana tahu akak mesti arif tu sbb akak mmg pelajar terbaik di sekolah dulu kan..hehe..tak lupa juga sokongan dari kawan2 yang mempunyai pengalaman yang sama seperti ana..begitu juga sahibah2 ana..diorang juga kekuatan ana..Alhamdulillah..

Emm setakat ini dulu warkah ana..seperti ana katakan, tips pengalaman sebagai seorang pelajar dan seorang ibu sehingga kini ana masih mencarinya dan masih mempelajarinya..proses itu tak pernah berhenti seiring proses tumbesaran dzaatin..paling ana selalu ingat study adalah amanah..anak juga amanah..jangan lalaikan keduanya..tapi yang utama pada ana adalah anak..anak dan suami akan ana utamakan baru pelajaran.

Sebelum ana mengundur diri..ana nak sampaikan sedikit kata2 lecturer ana semasa sedang belajar di dalam kelas tempohhari..lecturer ana juga seorang ibu..katanya..darjat isteri lebih baik dari perempuan yang belum berkahwin..dan darjat seorang ibu lebih baik dari perempuan yang belum mempunyai anak..Wallahualam..ia menjadi inspirasi buat ana..

Jazakillah atas masa yang diambil untuk menunggu ana menyampaikan hajat kak Fatimah tempoh hari..maaf jika hajat itu tak kesampaian..juga maaf kalu ada salah silap..

Salam

Ummu dzaatin

Diri mu membahagiakan kami..

minggu lepas
ada sesuatu benda baru yang berlaku di rumah
apa ye??
emm tentulah sebuah aquarium baru yang abi beli
dek kerana minat pada ikan2
sampai juga hajat abi nak memiliki sebuah akuarium
ummi menyokong je segala minat dan kesukaan abi
asalkan iman dan istiqamah dlm ibadah
sentiasa bertambah
yelah..
Allah dah anugerahkan pelbagai nikmat pada kita
jadi kita balaslah dengan sepenuh keimanan dan ketaatan padaNya
betul kan abi?
hehe
kadang2 ummi pun terhibur lihat ikan2 di dalam akuarium tu
dzaatin bertambah2 gi lah
bangun2 je
akuarium tu la yang menarik perhatiannya dulu

kalu dzaatin nak tahu
ummi ada hadiahkan seekor ikan yang berwarna pink pada dzaatin
'adopted fish for dzaatin'
hehe
supaya besar2 nanti
dzaatin diamanahkan sentiasa menjaga kebajikan ikan tu
kena tepati masa makannya
ummi tahu mesti dzaatin suka
hehe..

yang paling ummi suka
bila ummi sebut
"where is fish?"
atau
"fish..fish.."
mesti dzaatin akan terus tertoleh2 ke akuarium
emm
ada satu lagi pembaharuan dalam diri dzaatin.
hehe
ummi suka









emm
semalam
tengah ummi ralit baca article untuk assignment
tiba ummi terkejut dzaatin merangkak masuk bawah meja
pecah ketawa ummi tengok keletah dzaatin tu
bahagia sungguh rasanya
terhibur rasanya di hati ummi
lincah sungguh anak ummi yang satu ni..
pandai pulak dzaatin merangkak2 masuk ke situ ye
bila ummi minta abi tengok gambar yang ummi sempat snap tu
abi pun tergelak lucu melihat gambar aksi2 dzaatin tu
kami sama2 ketawa
emm
dah besar rupanya anak dara kami ni
hehe

kalu dzaatin nak tahu
dengan sikap dzaatin yang lincah tu
membuatkan ummi sungguh bahagia
ummi menjadi semakin rindu pada dzaatin tika setiap kali kita berpisah
ummi selalu teringat keletah dzaatin di dalam kelas
kadang2 sampai tersenyum sendirian
dan sungguh tak sabar menanti masa
untuk mngambil dzaatin di nursery
dirimu amat membahagiakan kami
syukur rasanya pada Allah
dikurniakan anak seperti dzaatin
moga Allah jadikan dzaatin anak solehah yang menjadi dambaan ummi dan abi







senyumanmu sentiasa dirindui
(^_^)

Monday, January 11, 2010

Selamat ulangbulan yang ke 8

emm..11 hb Januari 2010
hari ni tepat usia 8bulan dzaatin
banyak sungguh perubahan dalam seminggu dua ni
hari ni ummi dapat tahu yang dzaatin akan ditukar dari kelas violet ke magnolia pulak
pertukaran kelas melambangkan usia dzaatin yang semakin meningkat
antara perubahan dzaatin tika ini
yang pertama
dah cekap sangat merangkak ke sana sini
laju je.. hehe
kedua..
juga sudah cekap duduk dengan jayanya
xde senget2 dah cam selalu..
ketiga..
anak ummi ni sudah menunjukkan sikap independent
dah pandai di tolak2 tangan ummi
nak cuba berdiri sendiri
siap hari tu
ummi terkejut sempat pulak dzaatin tolak tangan ummi
berdiri sendiri dan sempat tepuk tangan pulak tu
kelakar sungguh ummi tengok
cerdik sungguh ya..
bak kata pak ngah dzaatin..
cepat cerdik budaknya
hehe
aaminn..
di usia sekarang
dzaatin suka sungguh memberi senyuman pada sesiapa sahaja
yang mengagah atau senyum padanya
ramai yang cakap
mudah benar dzaatin tersenyum
setiap kali ummi snap gambarnya pun
mesti kebanyakkannya riak tengah tersenyum
pandai bergambar ni..

sekarang pulak
pantang ummi lagukan
"tepuk amai-amai"
laju je dzaatin tepuk2 tangannya
sape lah yang ajar tu
hehe..
mungkin fitrahnya kanak2
bila dengar melodi yang agak berentak
pandai nak bertepuk tangan
dlam keta
kalau abi pasang lagu nasyid
mesti terus ditepuk2 tangannya
hehe
mungkin itulah cara dzaatin mengekspresi perasaan yang sedang gembira
tak pe..
nanti besar2 baru ummi ajar bila masa sesuai bertepuk tangan ye..
tak semua masa kita boleh bertepuk tangan
dan ada cara yang lebih islamik jika kita mahu bertepuk tangan
ingat ye dzaatin..
cepat2 membesar
cepat2 belajar akhlak islami ye..

dan semalam
10hb Januari 2010
dzaatin dapat seorang sepupu lagi
mak ngah selamat melahirkan anak kedua
baby girl
comel sangat..
namanya bakal didaftarkan
sebagai
Aisyah Humaira'
mesti dzaatin suka dgn aisyah kan..
dapat la kawan baru lagi
sebelum ni ada
abg zulfaqar, kakak ainul, kakak auni
dan sekarang adik aisyah pulak
ummi pun cam jeles ngan mak ngah
sbb dapat baby baru
ummi pulak terasa cm nak baby baru jugak
hehe
rindu nak tatap wajah baby yang baru lahir
seronok sangat
walaupun mencabar jaga baby baru lahir
tak dapat tidur dgn cukup sepanjang siang dan malam
tapi semua tu
memberi kenangan indah..
habis terlupa kenangan ketika melahirkan
betapa Adilnya Allah
walaupun diberi sakit melahirkan anak
tapi
sungguh bermakna segala kenangan itu
membuatkan ummi rindu nak berbaby lagi
hehe

moga Allah redha dan berkati keluarga kita
Aminn




Saturday, January 9, 2010

Kalian: Juara Hatiku


cerita ni dah old story..
tapi sebab ummi tak sempat nak mengarang2 lebih cerita ni
sebab tu lambat dititp memori kenangan tu dalam blog ummi ni..
ceritanya begini..
sehari sebelum raya haji
abi dan ummi ke MYDIN selayang
nak belikan baju raya untuk dzaatin dan sedikit kelengkapan rumah
biasalah
mydin je lah tempat yang kami mampu untuk membeli belah
hehe..
pas dah pilih2
tiba2 abi ternampak satu iklan kat kawasan baby tu
rupanya ada satu pertandingan
bayi & ibu atau bapa fotogenik
syarat penyertaan mesti membeli barangan Pureen berharga RM30 ke atas
kebetulan baju dzaatin dan sedikit barang Pureen yang lain
mmg melebihi RM30 tu
abi tetiba ajak ummi join pertandingan tu..
ummi mula2 tak setuju sebab
tarikh tutupnya hanya dua tiga hari je lagi
tapi abi cakap tak pe..
ptg karang boleh abi hantarkan borang penyertaan n gambar dzaatin yang paling cute
emm
ummi pun setuju jelah
hantar gambar je pun
fikir ummi..

sampai2 di rumah
lepas pilih2 gambar yang paling menarik
jumpalah jugak..
boleh lah kan..
gambar yang di bawah ni..



petang tu jugak
abi sorang2 ke mydin semula
nak hantar borang penyertaan + resit bukti belian barang Pureen berharga RM30 dan gambar di atas

tunggu punya tunggu
dekat2 sebulan jugaklah
tiba2 abi dapat panggilan dr Mydin
pihak mydin cakap gambar abi dan dzaatin terpilih sebagai salah seorang pemenang
Alhamdulillah

dzaatin kan juara di hati ummi..
hehe..

hari sabtu 19hb Disember 2009
kami dipanggil ke Mydin untuk
mengambil hadiah..


Alhamdulillah
dzaatin bertuah kali ni..
dapat dua hamper
satu hamper bernilai RM50 barangan Pureen
dan satu lagi hadiah sempena penyertaan
tak lupa satu piala tanda kemenangan dzaatin
daripada 26 peserta
hanya 13 orang sahaja yang memenangi hadiah2 tersebut..


hari ahad pulak
abi ada event di male pool uia
abi join 4 acara renang dalam universiti sports carnival
ummi nak g tengok
tapi abi cakap semuanye lelaki kat ctu
nnti ummi yang segan pulak
melepas lah ummi nak tengok abi join tournament tu..huhu (^_^)

acara1: 200meter free style __ GOLD MEDAL


acara 2: 100meter Breast Stroke __ GOLD MEDAL


acara 3: 1500meter Free Style __ GOLD MEDAL


Acara 4: 100meter Free Style __ SILVER MEDAL


MEDALs juara hatiku..
(^_^)

tahniah buat kedua-dua juara hatiku..
sayang abi dan dzaatin

Sunday, January 3, 2010

Berkelah di Alang Sendayu (010110)

assalamualaikum..
emm terasa lama pulak tidak menceritakan aktiviti terbaru dzaatin..
bukan apa..
maklumlah semester kali ni ialah semester terakhir..
buat pulak ummi amik 6 subjek kali ni..
banyak juga tugasan dan kerja yang perlu ummi selesaikan
di sepanjang minggu kelas..
hari minggu shaja ummi berkesempatan
berehat meluangkan masa bersantai bersama dzaatin

1 jan 2009
hari minggu kali ni
abi dan ummi bawa dzaatin berkelah
di Alang Sendayu
tak jauh dari rumah
hanya 10 minit sahaja..
dalam kawasan Gombak juga
tengoklah aksi2 dzaatin tika ini..
sungguh lincah sekali
terhibur ummi melayan..
semoga dzaatin membesar menjadi anak yang cergas dan solehah..