Dua minggu lepas hari Jumaat
Ummi dan abi membawa dzaatin keluar ke JUSCO
Niat kami untuk membelikan sedikit ole-ole untuk al-haura’ maqsurah
Puteri mas’ul kami berdua iaitu
Kak Fatimah Sarha dan suaminya Dr. Farhan Hadi
Ummi dan abi merancang untuk pergi menziarah baby baru mereka
Sudah menjadi tradisi ummi dan abi
Akan menghadiahkan sedikit buah tangan kepada pasangan yang baru melahirkan insan baru
Tanda meraikan kegembiraan mereka
Juga mengamalkan sebahagian sunnah Rasulullah
insyaAllah
bila sudah membeli hadiah tersebut
kami bercadang singgah di sebuah kedai buku
MPH book store
Niat di hati ingin menambah beberapa koleksi buku2 dzaatin
Sampai sahaja di bahagian buku kanak
Ummi teruja melihat begitu banyak pilihan
Tentunya buku kanak2 yang islamik yang menjadi perhatian ummi
Rambang mata dibuatnya
Tapi dengan sedikit bajet yang ada
Ummi memilih dua buku yang agak murah harganya
Kerana amat kepingin buku2 yang lebih menarik untuk dzaatin
Abi minta ummi bersabar
Bila sudah bergaji tetap kelak
Abi janji akan belikan untuk dzaatin
Tima kasih abi..
Amat memahami keinginan ummi
Untuk pengetahuan dzaatin
Kerana terlalu seronok dapat belikan buku untuk dzaatin
Belum sempat sampai di rumah lagi
Semasa perjalanan pulang ke rumah
Di dalam kereta itu jugaklah
Ummi bacakan buku2 itu untuk dzaatin dengar
Ummi baca dengan penuh nada yang ceria
Hehe
Ummi terharu dzaatin ralit mendengar ummi baca
Walaupun sekejap sahaja
Moga apabila semakin besar nanti
Dzaatin akan selalu suka dengar ummi bacakan untuk dzaatin
Dan ummi harap
Setelah pandai membaca
Dzaatin akan bacakan untuk ummi pulak ye
Ummi akan sentiasa menanti saat itu
(^_^)
p/s: Alhamdulillah..Allah izin ummi dan abi sempat pergi menziarah keluarga kak Sarha Ahad 2minggu lepas..sungguh terharu cara mereka meraikan kami sebagai tetamu..moga Allah berkati segala usaha mereka..dan moga Allah cepat sembuhkan k.Ha..Aminn.
No comments:
Post a Comment