CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, January 14, 2010

Pengalaman seorang ibu dan pelajar..

Saat sedang menunggu di hadapan kelas Entreprenuership

3.20 Petang

Tiba-tiba satu mesej mengetuk pintu masuk inbox ummi. Nombor yang tak dikenali..

Kami berbalas mesej sebelum ummi masuk ke kelas pukul 3.30petang

“AsSlm laila,khabr?busy ke?dzaatin dah brape bulan?Laila,hjt nk mintak tips dn pgalaman jd ibu, ada anak still blaja..hehe ana hjt nk smbg master, so cr kekuatan ni..”

“Wassalam.sape ni ye?maaf brty”

“Wslm ni k.Fatimah Misran J

“Oh..emm.pnjg jgak nk xplain.bleh ana blas kt emel.so akk trus proceed mstr eh.hrp ana pn dpt pluang bt mstr sprt drncgkn.hehe.ap emel akk eh.

“Hehe ye ke, bole gak..cume mgkin lmbt skt dpt bukak..internet kat offce akhi, kat umah xde lg..hehe ni emel ana ****************.tq laila..mg Allah mudahkan anti gak..eh anti da hbs blaja ke?

“Blas soalan td.dzaatin skrg 8bulan.kmi dua2 sihat alhamd.ana grade bln 4 ni insyaAllah”

“Owh ok J buat yg terbaik ek. All da 4 ur studies..”

“Syukran..:) ”

Selepas mendapat mesej dari kakak senior ummi di sek men dulu juga merangkap senior ummi di UIA..ummi asyik terfikir2 aje..mana tak nya..memang jawapan yang perlu ummi berikan agak panjang dan agak berbaur emosi mungkin..ummi juga risau..adakah ummi dapat menjawab soalannya dengan baik..kerana ummi bukanlah contoh yang terbaik..ada ramai lagi yang lebih baik dari ummi..ummi tak pernah dapat Dean List sepanjang bergelar seorang ibu dan isteri..ada yang lebih baik dari ummi..tapi Alhamdulillah..selepas perkahwinan..result ummi semakin meningkat Cuma bukan yang paling cemerlang..rasanya ummi tak banyak tips yang boleh dikongsi..apapun..ummi masih ada tanggungjawab untuk melaksanakan janji ummi pada kak Fatimah..jadi ummi akan ceritakan serba sedikit pengalaman ummi sebagai seorang ibu yang masih belajar..kepada sahabat ummi yang terbaik di luar sana..seperti Anis, Nisa, Fatehah, Mawaddah, Syidah (bakal ibu)..hajat dapat menambah serba sedikit tips anda masing2 ye..kita adalah golongan yang sama J..merasai pengalaman yang sama dan mungkin mengalami natijah yang berbeza..

Selepas beberapa hari baru ummi berkesempatan balas msj kak Fatimah..ummi agak sibuk minggu ni..banyak assignment yang perlu diselesaikan dan juga komitment untuk group discussion..ummi rasa bersalah pulak lambat membalas msj kak Fatimah..minta maaf ye kak..

Akhirnya ummi ada sedikit masa selepas menidurkan dzaatin..

9.15mlm

Warkah buat kak Fatimah yang dikurnia bahagia bersama zauj dan Muhammad Al-Fatih

Assalamualaikum WBT

Apa khabar akak di sana. Moga sihat sejahtera di samping suami dan anak tersayang..macammana perasaan dikurnia seorang anak..ana sungguh merindui saat kelahiran dzaatin dulu..hehe..

Seperti dijanjikan..ana cuba ceritakan serba sedikit pengalaman ana menjadi seorang ibu dan pelajar. Sebenarnya akak..zauj ana selalu katakan..hanya insan yang terpilih sahaja dapat pikul tanggungjawab seorang pelajar, seorang isteri dan juga seorang ibu..kata2nya selalu menjadi inspirasi ana..ketika ana down atau tertekan disebabkan terlalu sibuk dengan tugasan dan exam..suamilah penguat dan pendorong ana..jadi yang pertama2 sekali..suami mestilah mejadi pendorong kita yang terbaik selepas Allah dan Rasul..barulah kekuatan itu akan hadir..banyak sangat cabaran dlm memikul tanggungjawab ni..tapi Allah Maha Adil..banyak juga kebahagiaan yang dapat ana kecapi bersama suami dan sumber kebahagiaan kami, dzaatin..juga selepas Allah dan Rasul..dan alhamdulillah..ana dikurnia suami yang amat memahami..kerana dia juga seorang pelajar mungkin..jadi dia sangat tahu kesibukan seorang pelajar..seringkali dia bantu ana menguruskan rumahtangga dan seringkali juga membantu ana memberi idea-idea untuk permasalahan ana dalam pelajaran..dan menjadi kelebihan apabila kami berada dalam kuliyyah yang sama..ana dan dia akan bersaing sesama kami ketika kami mengambil subjek yang sama dan berada di dalam satu kelas yang sama..tapi selalunya dia akan mengalah dengan ana..hehe..yelah..ana akan merajuk kalu dia lebih dari ana..he..apalah ana ni..tak baik kan cmtu..kalu dia tinggi juga dari ana..dia tetap akan pujuk ana..sungguh baik hati sahabat paling akrab ana itu..hehe

Untuk pengetahuan akak..sepanjang pembesaran dzaatin..cara pembelajaran ana juga berbeza..dan sehingga kini..ana masih belajar untuk menghadapi segala kesusahan dan cabaran sepanjang pembesaran dzaatin..semasa mengandung lain cabarannya, tika dzaatin berumur 2 bulan hingga 6 bulan lain juga cabarannya..dan kini cabaran nya juga semakin bertambah seiring perubahan fizikal dan tumbesarannya..akak tahu jelah sekarang dzaatin semakin lincah..

Masa ana untuk study hanyalah tika dzaatin tidur atau ketika emosinya stabil..ketika dia sungguh ceria dan ketika dia tidak sakit..masa lain setiap saat dan detik..perhatian ana padanya..kerja2 lain hanyalah sampingan2 shaja.alhamdulillah Allah bg kelebihan pada kaum perempuan dapat fokus banyak benda dalam satu2 masa..betul kan kak? Jadi ana guna kelebihan tu untuk mengurus segala hal di rumah sambil melayaninya..kadang2 ana tertidur kerana terlalu letih tapi dzaatin masih lincah mahu bermain..Alhamdulillah juga Allah bg naluri yang kuat pada seorang ibu..akan cepat terkejut jika anaknya berada di dalam keadaan tidak selamat..tidur2 ayam sajalah tika dia masih mahu bermain..once dapat peluang belajar..fokus betul2..walaupun sedikit tapi masa itu berkualiti..ana juga akan curi masa2 yang ada bila free di kuliyyah..ana akan sedaya upaya habiskan kerja di kuliyyah sebelum pulang ke rumah agar masa ana sepenuhnya untuk dzaatin dan keluarga.

Kalu dr sudut komitment pada tugasan..dulu sebelum berkahwin dan sebelum mempunyai anak..ana selalu siapkan tugasan pada last minit..satu contoh tauladan yang tidak baik tu..hehe..tapi setelah kelahiran dzaatin..sebelum memasuki semester baru..ana dah berazam nak ubah cara tu..yelah..takut Allah uji ana xsempat siapkan tugasan di minit2 akhir pulak sebab mungkin dzaatin jatuh sakit atau terlalu meragam..tapi pernah juga sekali..ana tak sempat siapkan awal kerana pulang bercuti ke kampung..tapi Allah Maha Penyayang..walaupun esoknya due ana present project akhir tugasan EAP..dalam keadaan dzaatin yang meragam..ana masih dapat siapkan dan Allah bg kelapangan esoknya tika presentation..jadi akak jangan terlalu risau..buat yang terbaik..biarlah Allah tentukan hasilnya..itu juga sumber kekuatan..insyAllah

Akak..dalam banyak2 cabaran tu..ada yang amat menyentuh hati ana..semester lepas..ana mendapat satu tugasan yang agak mencabar..tugasan tu perlukan analisis yang amat teliti..setiap ahli kumpulan perlukan kerjasama yang baik..satu kumpulan 6orang ahli..seperti biasa..hanya ana seorang yang sudah berkahwin dan punyai anak..3orang ditugaskan untuk wat presentation dan 3org lagi dipilih untuk membuat report..ana termasuk yang kena buat report..satu ketika kami semua sudah berjanji nak jumpa pada suatu malam..pukul 9 untuk discussion yang pertama..ana terfikir jugak mana ana nak letak dzaatin kerana zauj pulak bekerja part time di waktu malam..itu jelah sumber kewangan kami selain dr biasiswa.malas pulak nak kacau zauj untuk jaga dzaatin..last ana minta keizinan group member ana untuk bawa dzaatin bersama..Alhamdulillah diorang amat mengalu2 kan..lagipun inilah pertama kali diorang nak berkenalan dgn dzaatin tika itu berusia 4 ke 5 bulan.pukul 8.30 tika ana bersiap nak ke discussion.dzaatin meragam2 sebab mengantuk..ana dah risau cmna nak bawak dia..last2 ana mesej kawan cakap mungkin ana lambat ckit sbb nak tidurkan dzaatin dulu..selepas tidur sekejap mungkin dzaatin akan lebih selesa.tapi kawan ana balas beritahu xjadi pulak discussion mlm tu sbb yang lain juga ada halangan masing2.Alhamdulillah fikir ana.mungkin kebetulan Allah izin xjadi.esoknya kami berjanji nak bertemu lagi.tapi sebelum malam tiba, petangnya ana dikejutkan dgn satu sms dr salah seorang group member ana..perwatakan sopan di kelas dan bertudung labuh..dia cadangkan ana tukar part dengan dia..dia nak ana amik part presentation dan dia nak buat report..ana tak setuju sebab ana memang lemah bab2 presentation ni..tapi balasan lain yang ana terima..panjang lebar mesejnya..antaranya..dia katakana ana mgkin tak akan dapat bg komitment pada report tugasan kami..dia katakan ana ada anak dan tggungjawab lain..mungkin akan mencacatkan proses untuk siapkan report tugasan kami..dia amat mendesak ana..ana sungguh terasa dengan kenyataannya..ana belum bg sebarang komitmen lagi manakan dia tahu ana tak dapat beri komitmen yang terbaik untuk report kami..ana terkelu..ana mengadu pada zauj..ana sungguh terasa hati..adakah ana hanya mempunyai seorang anak..segala tugasan ana takkan siap..ana tak sangka begitu sekali sangkaannya pada ana..ana cari kekuatan nak balas mesejnya..ana katakan ana tak setuju dgn cadangannya dan berjanji beri komitmen yang terbaik..dia msih tak setuju dengan keputusan ana..lastly ana ambil keputusan mendiamkan diri sahaja..saat itu..ana sangat2 berjanji pada diri ana..ana mahu sahut cabarannya mengatakan ana takkan dapat bg komitment yang baik untuk siapkan report tu sbb sibuk dgn anak dan family..ana mohon bantuan dr suami agar memahami ana..Alhamdulillah..zauj penguat ana..dia sanggup korbankan masa kerjanya dan menjaga dzaatin di rumah sepanjang ana pergi discussion malamnya..ana mohon pada Allah juga..dan Alhamdulillah berkat pertolongan Allah, sokongan zauj, dan doa ana dapat siapkan report part ana sebelum semua group member ana yang lain siap.ana lakukan yang terbaik dan hasilnya Alhamdulillah..boleh dibanggakan..Ana bersyukur..dari cerita di atas..kekuatan lain yang dapat kita cari adalah keazaman itu sendiri..jika kita betul berazam untuk menyiapkan tugasan kita atau berazam untuk belajar bersungguh..InsyaAllah Allah akan bantu..usaha yang terbaik dan doa sahaja padaNya..

Selain itu, dzaatin sendiri juga menjadi dorongan dan kekuatan pada ana untuk mengabiskan tempoh 4 tahun pelajaran ana..sesungguhnya pengorbanan itu sungguh besar akak..ana pernah beberapakali meluahkan rasa hati seperti nak quit dari belajar stelah bermacam2 kesusahan ana hadapi..sakitnya ketika mengandung..komitmen yang perlu diberikan tika dzaatin masih kecil lagi, exam yang bertalu2 datang tika ana belum sempat study..tugasan2 yang tak pernah habis, masalah kewangan untuk membeli bahan2 rujukan..dan macam2 lagi..ana semacam putus asa..tapi zauj kuatkan lagi semangat ana tika ana down sangat..dia ingatkan pada ana kerana bila2 masa dan dimana2 ilmu itu penting walaupun satu hari nnti ana tak berkerjaya besar tapi ilmu masih penting..otak dan minda kita akan berkembang seiring proses pembelajaran kita..ya betul ana setuju..lagipun belajar juga ibadah..zauj juga ingatkan jika ana habiskan pembelajaran ana, kejayaan ana ini akan menjadi contoh pada anak2 kami kelak..emem..motivasi ana kembali tertingkat..bila ana down..ana cium dan peluk dzaatin..ummi lakukan ini kerana Allah..kerana dzaatin juga..rintih hati ana..

Antara tips yang lain..seperti pelajar2 yang lain juga.belajar mesti smart dan hard..ana tahu akak mesti arif tu sbb akak mmg pelajar terbaik di sekolah dulu kan..hehe..tak lupa juga sokongan dari kawan2 yang mempunyai pengalaman yang sama seperti ana..begitu juga sahibah2 ana..diorang juga kekuatan ana..Alhamdulillah..

Emm setakat ini dulu warkah ana..seperti ana katakan, tips pengalaman sebagai seorang pelajar dan seorang ibu sehingga kini ana masih mencarinya dan masih mempelajarinya..proses itu tak pernah berhenti seiring proses tumbesaran dzaatin..paling ana selalu ingat study adalah amanah..anak juga amanah..jangan lalaikan keduanya..tapi yang utama pada ana adalah anak..anak dan suami akan ana utamakan baru pelajaran.

Sebelum ana mengundur diri..ana nak sampaikan sedikit kata2 lecturer ana semasa sedang belajar di dalam kelas tempohhari..lecturer ana juga seorang ibu..katanya..darjat isteri lebih baik dari perempuan yang belum berkahwin..dan darjat seorang ibu lebih baik dari perempuan yang belum mempunyai anak..Wallahualam..ia menjadi inspirasi buat ana..

Jazakillah atas masa yang diambil untuk menunggu ana menyampaikan hajat kak Fatimah tempoh hari..maaf jika hajat itu tak kesampaian..juga maaf kalu ada salah silap..

Salam

Ummu dzaatin

3 comments:

  1. AsSalam.. laila... Alhmdulillah ada kesempatan nk gi usm hehe... doakn ana. insyaAllah pengalaman anti byk bg ana smgt insyaAllah..
    jazakillahukhair..

    ummu fateh

    ReplyDelete
  2. memang akak respect pada orang macam layla. memikul banyak tanggungjawab dalam 1-1 masa. akak teringin juga sambung belajar tapi tak tahu la mampu ke tidak. kalau ambil pun, part time je kot. moga semangat layla tempias kat akak ;)

    ReplyDelete
  3. wassalam
    to kak fatimah: harap membantu ye..emm ada satu gi tips yang terbaik tau kak..iaitu taat pada suami..semunya diberkati insyaAllah
    to kak nadiah: malu pulak akak ckp cmtu..masih di tahap sederhana lg sy ni..ada g yg lebih hebat tau kak..emm..part time pun ok..sy pun tgh rancang nk amik master..xpasti nk part time or full..doa2kan bersama ye

    ReplyDelete