CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, January 14, 2011

Kenangan Bulan Madu Ummi&Abi di Pulau 'Mahsuri'

Assalamualaikum..

buat Kakak Dzaatin dan Adik Wafiqa
kali ni ummi nak cerita pada kalian ttg kenangan ummi dan abi ketika berbulan madu
di Pulau Mahsuri ataupun Pulau Langkawi sebenarnya..
masa tu baru lepas beberapa bulan kami berkahwin
bila cuti semester
kami ambil peluang ke sana sebab Pulau Langkawi ni dekat ngan kg ummi di Perlis
kebetulan pula
di Pulau tu ada rumah mertua Mak Ngah
jadi kami bermalam di situ sahaja sepanjang berbulan madu di sana
jadi save la bajet penginapan dan makan minum kan..hehe
pusing2 Pulau pun Mak Ngah dan Pak Ngah yang bawa
best sangat

mula2 kami bertolak ke Gunung Mat Chinchang
kat situ ada Cable Car yang tertinggi di Asia
kami ke sana naik motosikal je tau..
masing2 ngan pasangan masing2..
hee..
romantik..........
segar je suasananya..
kat atas sana permandangan indah sangat
memang sangat cantik ciptaan Allah
memang rasa takjub dan rasa rendah diri
rasa kerdil je kat atas tu
Subhanallah..

Ummi dan Abi ada juga ke Telaga Tujuh
dengan Air Terjun Temurun
disebabkan ummi abi ni pantang nampak air
memang mandi sakan lah kami
kat tepi pantai pun kami ada pergi
namanya Pantai Tengkorak
kat sini sempat lagi bakar2 ikan ngan makan nasi tengahhari
memang best sangat..

Alhamdulillah
itulah nikmat berbulan madu kami
ada juga rezeki nak berbulan madu kan
syukur pada Allah

emm..
nanti bila kakak dzaatin dan adik wafiqa dh besar ckit
ummi abi hajat nk bawa kalian ke sana
mengembara ni pun sunnah Rasulullah juga
memuji2 ciptaan Allah
membuatkan kita ingat akan kebesaranNya
juga masa yang berkualiti untuk keluarga kita
bersama2 meraikan masa gembira bersama..
InsyaAllah
(^_^)

jom kita tengok aktiviti2 ummi abi di sana
:)


Photo Albums at WiddlyTinks.com
Scrapbooking Photo Tinks by WiddlyTinks.com

ini gambar semasa kami di atas ferry perjalanan dari Jeti KualaPerlis ke Jeti Kuah


Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Scrapbooking Ideas Photo Tinks by WiddlyTinks.com

ini pula permandangan di kawasan Cable Car


Scrapbook at WiddlyTinks.com
Scrapbooking Photo Tinks by WiddlyTinks.com

gambar ni semasa kami dalam perjalanan pulang..di atas ferry juga..
ummi abi memang suka amik port atas ferri sbb kami suka tengok laut yang terbentang luas..



nampak tak laut yang membiru di belakang ummi tu..
subhanallah..cantik sangat kan?




di Air Terjun Temurun
abi tengah ajar ummi berenang..hee


di Pantai Tengkorak..abi memang taiko dalam panggang memanggang nih..;)



masih di kolam semulajadi Air Terjun Temurun



ini permandangan di kawasan Air Terjun di Telaga Tujuh



ini permandangan di puncak Telaga Tujuh..1st time ummi panjat tangga setinggi ni..memang letih sangat2..tapi sbb dh sampai sini kena merasa juga naik ke puncak..
memang akan nampak setiap 7 telaga tu..

No comments:

Post a Comment