CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, February 10, 2010

Perkembangan dzaatin di usia 9 bulan



Assalamualaikum buat puteriku yang disayangi..moga2 di saat dirimu membaca entry ini..Dirimu sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah..

Puteriku..

Tepat pada tarikh ini..umurmu melangkah setapak lagi kehadapan..engkau kini berumur 9 bulan..pejam celik..rupanya sudah 9 bulan ummi melahirkanmu..membelaimu..membesarkanmu..dan mendidikmu..moga Allah terus memberikan kekuatan pada ummi dan abi kuat dalam mendidikmu menjadi insan dan hamba yang solehah..

Puteriku..

Tika di saat ini..banyak sungguh perubahanmu..semakin dirimu membesar..semakin banyak perubahan dan juga semakin besar cabaran dalam mendidikmu..seperti mana kata Rasullullah dalam hadisnya yang pernah ummi titipkan dalam entry yang lepas..iya..setiap anak yang lahir..akan ada kesusahannya dan tidak akan lekang dari kesusahan dalam membesarkan seorang anak..tetapi..Allah ada memujuk para ibu bapa mengatakan..sesungguhnya..janganlah takut..Allah mengurniakan mereka dengan anak yang bijak..ayat ini menjadi inspirasi buat ummi dan abi..emem..kebijakanmu terserlah seiring pembesaranmu..dan segalanya mencuit hati kami..

Di sini ummi teringin sekali berceloteh ttg perkembangan dirimu..

Pertama: saat ini, dzaatin semakin cekap memanjat semua kerusi dan meja yang ada di dalam rumah..semakin cekap memanjat bermakna semakin banyak la dzaatin terhempas badan ke bawah..kadang2 ummi risau takut2 dzaatin akan terseliuh atau terhantuk kepala ke lantai..ummi kerapkali terkejut dan terlatah setiapkali dzaatin terjatuh..emm..bak kata abi..biarlah..inilah masanya dzaatin belajar ttg setiap pergerakannya..

Kedua: sejak berumur 8 bulan lebih..dzaatin sudah pandai bertatih..besar sungguh langkah tatih dzaatin tu..sambil bertatih mulut pun ikut berbunyi..hehe..

Ketiga: saat ini juga..dzaatin sudah pandai menyebut beberapa perkataan selain perkataan ummi..antaranya perkataan tatih, atin (dzaatin), ish(fish), abba (abi)..terhibur ummi mendengar celoteh2 dzaatin tu..tak berhenti2 mulut berbunyi..hee

Keempat: sekarang..dzaatin sudah pandai sayang atau cium pipi ummi dan abi..setiap kali ummi atau abi sebut ‘sayang-sayang’..terus dinganga mulutnya dan mencium pipi ummi dan abi..terharu rasanya..

Kelima: dzaatin sudah pandai mengekpresi perasaan suka pada kucing dan ikan..mulut akan sentiasa bising dan sungguh teruja apabila dapat melihat kucing dan ikan..untuk pengetahuan dzaatin..kucing adalah binatang kesukaan ummi manakala ikan adalah binatang kesukaan abi..apa yang menjadi kesukaan kami turut menjadi kesukaan dzaatin..jadi, sebagai ummi dan abi, kami sentiasa memperelok dan menjaga tingkah laku kami agar menjadi qudwah yang terbaik buat dzaatin..kerana tingkah laku ummi dan abi lah yang akan mula2 diikut oleh anak2 ummi dan abi termasuk dzaatin..Moga Allah sentiasa memperelokkan budi pekerti kami berdua..insyaAllah

Keenam: pada usia 9 bulan ni,gigi dzaatin suda bertambah ke 4 batang..2 di atas..dan 2 dibawah..abi cakap gigi dzaatin di atas ikut macam gigi ummi..besar2...ye ke?? Ummi konfius gak ni..jap ummi nak g tengok cermin..hehehe

Ketujuh: dzaatin sekarang makin suka bercakap dgn bahasa dzaatin sendiri dan suka juga menjerit2 kesukaan..jenuh juga abi dan ummi memberi respon setiap bunyi-bunyian dzaatin tu...hehe..tapi jangan risau..ummi dan abi takkan rimas dan bosan setiap keletah dzaatin..kerana dirimu sentiasa menjadi sumber kegembiraan pada kami..Alhamdullah..nikmat rezeki seorang anak yang Allah telah anugerahkan kepada kami..

Setakat ini sahaja dahulu celoteh ummi ttg perkembangan dzaatin di usia 9 bulan..ummi akhiri dengan doa mohon dengan sangat pada Allah agar dzaatin membesar menjadi anak yang solehah juga membesar sebagai generasi pewaris ulama’ di masa akan datang..insyaAllah..ummi mohon juga agar Allah sentiasa meletakkan kami di kalangan orang2 yang berada di jalan yang lurus..Amin..

2 comments:

  1. subhanallah..dh mkin ayu ank anti..cute sgt..mnis mcm umminye..ana doakn mg dzaatin mmbesar dgn sht n ceria

    ReplyDelete