CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, February 9, 2010

Dzaatin sudah selamat disunatkan..Alhamdulillah



assalamualaikum
8hb February 2010
hari ni ummi dan abi decide nak khitankan dzaatin di sebuah klinik kanak2
sebenarnya sudah lama abi dan ummi rancang nak khitankan dzaatin sejak dzaatin berumur 3bulan lagi
tapi disebabkan tidak berkesempatan waktu dan sering lupa
membuatkan abi dan ummi sering bertangguh
sehinggalah pada saat ini
kami bersungguh2 buat appointment dgn doktor dan
Alhamdulillah
dzaatin selamat dikhitankan pada pukul 6 petang hari isnin..
dzaatin tak menangis pun
cuma merengek sedikit sebab terkejut sedikit setelah disunatkan dgn jarum yang tajam
selepas tu kembali memeluk ummi
hehe..manja sangatlah tu..
mula2 ummi risau ugak takut dzaatin menangis sebab sakit
tapi ummi sentiasa berdoa moga Allah kurangkan sedikit sakitnya
bila doktor khitankan dzaatin di depan mata ummi
ummi lihat rupa2nya tak delah sakit sangat..
hanya ditusuk sedikit sahaja jarumnya
dan selesailah..

akhirnya
selamat sudah satu lagi tanggungjawab abi dan ummi sebagai parent dzaatin
emm..
setelah melahirkan anak
baru kami berdua realize banyak tanggungjawab yang perlu dipikul
even untuk mengkhitankan dzaatin
juga satu tanggungjawab yang perlu diambil berat

dzaatin selamat dikhitankan oleh Doktor NorMala
di Klinik Mesra di Pinggiran Batu caves

Moga dzaatin membesar menjadi anak gadis yang mempunyai ciri2 gadis muslimah yang solehah


ummi ada titipkan satu article ttg hukum mengkhitankan anak perempuan

ttp://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Sihat/20090125093127/Article/


Khatan Tak Ganggu Perkembangan Fisiologi Kanak-Kanak

Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my


- Khatan ke atas kanak-kanak perempuan biasanya ketika masih bayi atau pada peringkat usia kanak-kanak.

- Bertujuan jaga kebersihan, lindungi diri daripada penyakit kelamin.

WAJIBKAH kanak-kanak perempuan dikhitankan? Ramai ibu bapa hari ini memilih untuk tidak mengkhitankan anak perempuan mereka dengan alasan ia bukan perkara wajib dalam Islam, selain beranggapan boleh merosakkan fisiologi.

Apatah lagi, di sesetengah negara Islam berkhitan bagi kanak-kanak perempuan dilihat sebagai satu kekejaman.

Sebenarnya dari sudut perubatan, berkhitan tidak mencacat atau mengganggu perkembangan fisiologi kanak-kanak perempuan kerana apa yang dilakukan hanya melukakan sedikit bahagian klitoris.

Pegawai Perubatan, Hospital Pusrawi Sdn Bhd, Dr Fadzilah Mohamad, berkata luka yang sedikit di bahagian klitoris tidak menjejaskan fisiologi kanak-kanak terbabit, sebaliknya fisiologi mereka terjejas jika teknik khitan itu salah.

Beliau berkata, misalnya seperti di Sudan, seluruh klitoris, labia dan minora itu dipotong.

“Khitan ala Firaun (seperti yang diamalkan di Arab Saudi) pula dilakukan dalam keadaan paling radikal (infibulasi) seperti memotong seluruh klitoris, labia minora dan majora. Khitan yang paling kejam (introsisi) berlaku di kalangan suku kaum di Australia apabila pemotongan dilakukan sampai ke liang vagina,” katanya.

Di Malaysia, mengkhitan kanak-kanak perempuan terutama yang beragama Islam dibuat mengikut prinsip yang berlandaskan perubatan Islam.

“Ibnu Taimiyyah pernah ditanya “Apakah wanita itu dikhitankan atau tidak?” beliau menjawab “Ya, wanita itu dikhitankan dan khitannya adalah dengan memotong daging yang paling atas mirip dengan balung ayam jantan (daging di sebelah atas faraj - klitoris),” katanya.

Dr Fadzilah berkata, ada sebuah hadis daripada Anas bin Malik mengatakan bahawa Rasulullah SAW menegur Ummu ‘Athiah Radhiallahu ‘anha dengan bersabda, maksudnya, “Apabila engkau mengkhatan maka khatanlah (dengan memotong sebahagian al-bazhr) dan jangan engkau berlebih-lebihan (dalam memotong), kerana yang demikian itu menjernihkan air muka perempuan dan mendatangkan kesukaan kepada suami (boleh menambah kelazatan bersetubuh).” (Hadis riwayat ath-Thabrani).

Beliau berkata, khitan kanak-kanak perempuan hanya dilakukan doktor perempuan, iaitu dengan melukakan bahagian klitoris untuk mengeluarkan setitis darah.

Dr Fadzilah berkata, luka yang sedikit akan cepat sembuh dan tiada komplikasi penyakit.

“Apabila mengkhitankan kanak-kanak perempuan, ia tentu menyakitkan sebab pisau digunakan untuk memotong tempat paling sensitif, walaupun potongan hanya kecil dan tidak dalam. Namun, sakit yang dialami hanya seketika tapi pahala dan manfaatnya banyak sekali.

“Ramai juga kanak-kanak tidak menangis ketika berkhitan, mungkin berkat doa ibu bapa mereka,” katanya.

Jika kanak-kanak lelaki dikhatankan pada usia tujuh tahun ke atas, khitan ke atas kanak-kanak perempuan biasanya ketika masih bayi atau pada peringkat usia kanak-kanak. Malah, sunat dikhitankan anak pada hari ketujuh kelahirannya, andai tidak dapat pada hari ketujuh, sunat dikhitan pada hari ke-40.

“Kebanyakan kanak-kanak perempuan yang saya khitankan biasanya seawal usia dua hari sehingga kurang dari dua tahun. Pada pendapat saya, usia bayi (kurang setahun) adalah usia yang paling baik untuk dikhitankan kerana kulit yang nipis selain luka cepat sembuh.

“Kanak-kanak pada usia antara dua hingga empat tahun terlalu aktif dan memerlukan lebih pembantu untuk memegang mereka ketika berkhitan. Kanak-kanak yang lebih besar, iaitu hampir remaja tentu berasa malu dan ketika itu kulit agak tebal memerlukan potongan yang agak dalam untuk mengeluarkan setitis darah.

“Jadi, walaupun ia perlu dilukakan sedikit tetapi cukup menyakitkan. Kemudian, ubat akan diletakkan bagi membantu mengurangkan kesakitan,” katanya.

Dr Fadzilah berkata, kecenderungan ibu bapa hari ini untuk tidak mengkhitankan anak perempuan mereka mungkin kerana mereka kurang memahami konsepnya dalam Islam.

“Kita sedia maklum, tujuan berkhatan pada kanak-kanak lelaki untuk menghilangkan najis yang terdapat pada kulit penutup kepala zakar manakala kanak-kanak perempuan untuk menstabilkan syahwatnya,” katanya.

INFO: Khatan kanak-kanak
Dari sudut Islam

1. Luka yang kecil di bahagian klitoris yang sembuh dengan cepat sudah pasti tiada komplikasi penyakit dan banyak hikmahnya dari sudut agama.


2. Berkhitan adalah tuntutan fitrah dan satu syiar Islam


3. Sebagai menyempurnakan tuntutan syarak yang berasaskan kepada sunnah Nabi Ibrahim AS.


4. Untuk membezakan antara orang Islam dengan penganut agama lain. Namun, sekarang ini orang bukan Islam ada juga yang sudah mula berkhitan.


5. Sebagai suatu ikrar kesetiaan penghambaan terhadap Allah SAW dengan patuh segala perintah-Nya dan tunduk di bawah hukum dan kekuasaan-Nya.


Dari sudut kesihatan

1. Untuk membersihkan kemaluan, memperelokkan, mencantikkan bentuknya dan menambahkan kelazatan ketika hubungan kelamin.


2. Mengawasi kesihatan tenaga batin serta memelihara diri daripada mengalami penyakit kelamin, kanser dan lain-lain penyakit.



4 comments:

  1. safiyyah bersunat lepas lahir dulu. ms tu Dr tanya nak sunatkn terus ke? kitorg pun kata ye je la, senang nnt takyah fikir2 lagi :)

    ReplyDelete
  2. comelnye dzaatin pakai cap tu...

    ReplyDelete
  3. to kak nadiah: o..kitorg xde oktor ty cmtu pun..tp sunnah adalah ketika hari ketujuh..dapat buat hari ketujuh lg bagus kan..tp menyempat hr tu..hehe..xpe..asal buat untuk kebaikan anak kita dan juga sunnah dlm islam..insyaAllah
    to incik: topi tu bukan hak milik..hanya mentry2 di supermarket je..sempat la snap gambar jugak..hehe

    ReplyDelete