CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, February 17, 2010

kedua-dua insan yang kukasihi masih tidak sihat..


minggu ini minggu kesibukan bagi ummi..

bertalu2 due date assignment dan presentation yang perlu ummi selesaikan mengikut tepat masanya

dan di kala ini

abi dan dzaatin masih dalam keadaan yang lemah

abi dengan kondisi badannya yang lemah dan kepala yang berpusing2

dzaatin dengan keadaan demam sekejap2, batuk berkahak dan selesema

membuatkan ummi rasa sungguh tidak kuat

melihat keadaan mereka berdua


malamnya dzaatin batuk sungguh2

kasihan ummi melihat

kadang sampai termuntah2 dibuatnya

ubat sudah diberi

doktor sudah ditemui

tapi masih dalam keadaan yang sama

cuma mgkin ada sedikit pengurangan dari sebelum2 ini


abi pulak masih kerap terbaring lemah sepanjang hari

tapi bila perlu bekerja dan perlu ke kelas

abi paksakan diri untuk bangun dan bergerak

kedua-duanya sungguh ummi kasihan


ummi rasa bersalah

tiada apa yang dapat ummi lakukan

ummi seperti mahu tarik segala penyakit itu dan ummi sanggup gantikannya

demi kalian berdua

tapi Allah lebih berkuasa

keadaan mereka Allah uji pada ummi

agar terus kuat dan bersabar

dan terus merawati mereka


Ya Allah

kumohon dengan sangat

sembuhkanlah anakku buah hatiku

sembuhkanlah suamiku cinta hatiku
kumohon pada Mu di sepanjang solatku
dan tiap detik waktu
Amiin..


2 comments:

  1. tima ksih kak doakan..anak akak cmne sihat?td pergi klinik lagi..doktor ckp dzaarin jenis tak tahan sejuk..anak akak ok ke ngan suasana sejuk kat sana?

    ReplyDelete