CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, April 29, 2010

Eidul Milad Ya Bintie~~












Assalamualaikum…

Segala puji-pujian Zat Yang Agung kerna telah menganugerahkan zuriat sulung buat abi dan ummi…

Alhamdulillah..selepas berlalunya azan maghrib di senja hari, termaktublah usiamu selama setahun bernafas di atas bumi baraqah Allah ini..serikandi Islam ummi dan abi ini sudah berusia setahun penuh mengikut calendar Hijri pada 16 JamadilAwwal ..Alhamdulillah..apalagi yg membahagiakan ummi dan abi di sempena hari lahirmu ini melainkan melihat dirimu beroleh bermacam-macam nikmat dari Allah SubhanahuaTaala..segala macam nikmat itu membuatkan kita perlu tunduk bersyukur atas segala pemberianNya..

Dikesempatan ini..ummi dan abi ingin mengucapkan Sanah Helwah wa Eidul Milad buat puteri sulung kami berdua…moga usiamu ini membawa keberkatan ke seluruh penghidupanmu..insyaAllah..

Sempena di hari lahirmu ini, abi dan ummi bercadang akan mengadakan sedikit kenduri kesyukuran dan bersama-sama dengan majlis kenduri Aqiqah khas untukkmu di kampung abi di Ipoh pada 2hb Mei 2010..walaupun dirimu tidak mengerti apa-apa lagi..ummi dan abi berbesar hati ingin meraikannya dengan penuh keberkahan di majlis aqiqah itu nanti..Alhamdulillah..Allah mengurniakan peluang dan rezeki untuk abi mengadakan sedikit kenduri pada majlis itu..sebenarnya sunnat aqiqah dituntut pada hari ketujuh,tetapi kerana kami belum mempunyai rezeki yang lebih untuk menjalani ibadah ini pada hari ketujuh kelahiranmu yang lalu, jadi kami terpaksa menangguhkan sehingga ke saat ini..Alhamdulillah..Syukur pada Allah..

Mujahidah Islam kami..

Jika ingin diceritakan pengharapan ummi dan abi pada mu..MasyaAllah memang tidak terkata lagi..tapi dirimu hanya lah insan biasa..laluilah kehidupanmu mengikut corak2 Islam..harapan2 sebesar gunung dari kami hanyalah impian yg kami cuba pupuk padamu sejak sedari kecil..moga dirimu beroleh acuan yang terbaik dr Islam itu sendiri..tiada acuan lain selain agama Allah itu..Apabila dirimu besar kelak, janganlah tertekan dengan segala harapan2 ummi dan abi ini, laluilah dengan penuh kesungguhan dan mengikut kemampuan dirimu sendiri..mohonlah kekuatan dari Allah..hanya Allah penguatmu..kami hanya mampu membimbingmu dan mendoakanmu..tiada kekuatan lain yang lebih hebat dari kekuatanNya..anakku..serah bulat2 penyerahan hati mu pada Allah..selebihnya berusahalah sentiasa mempertingkatkan dirimu..InsyaAllah..

Sesungguhnya kelahiranmu begitu membahagiakan kami..mengajar kami erti hidup sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab penuh keatas penghidupanmu..

Selamat Hari Lahir Kak Long…ummi abi dedikasikan khas ucapan ini buatmu Dzaatin Nithaaqain Auni..

Sayang tulus ikhlas dari..

Ummi Abi buat kak Long dan Angah

Layla_elyas

Tuesday, April 27, 2010

Angah berumur 5 minggu :)


Assalamualaikum..

26hb April 2010

Entry kali ni ummi terharu dan teruja rasanya..mana taknya..sebelum ni ummi menangguh2 nk uji test pregnant tu..rasa cam tak yakin je nak buat..test pregnant pun abi dh siap beli awal2 lagi nak suruh ummi pastikan…dua hari lepas pada hari sabtu ummi cuba jugak..senang je pun, cuma tak nak terlalu mengharap je hehe..emm dan Alhamdulillah, seperti yang abi dan ummi kepingin sangat..dzaatin bakal jadi kak long tak lama lagi insyaAllah..setakat ni ummi hanya yakin pada keputusan test pregnant tu je..rasa malas lagi nak ke klinik buat pengesahan..ingat nak ke sana bila dh cukup 4 bulan..sekarang ni pada firasat ummi, angah dzaatin mungkin sudah berumur satu bulan..itu hanya mengikut perkiraan ummi sahaja..

Abi memang pesan awal2 buat test tu, bukan sebab apa takut kalu betul2 ada benih di dalam perut ummi, xdelah ummi tak jaga makan minum ummi pulak nanti..masa awal2 mengandungkan dzaatin, ummi tak tahu yang ummi sedang ngandungkan dzaatin masa tu, ummi dah minum air gas lah, air tebu lah..lasak2 lah..hehe..alhamdulillah tak de apa2..sekarang ni supaya perkara lalu tidak berulang, ummi kena ambil tahu awal2 lah supaya dapat elak makanan2 yang membahayakan dan mengurangkan daripada mengangkat benda2 berat..

Apa yang boleh ummi kongsikan dengan pengalaman kedua ni, ummi terasa lain macam juga laparnya..kuat betul makan, patutlah abi tegur ummi dah semakin berisi semula, itu yang abi syak ummi pregnant..emm hehe masa ngandungkan dzaatin dulu pun ummi kuat makan juga..badan ummi punya lah tembam sampai ramai org terkejut..hehe..bagai di pam2 kata org..hehe..setakat ni, alahan belum ummi rasakan apa2 lagi..loya2 belum ada rasa lagi..harap2 ngandung kali ni Allah bantu ummi kawal perasaan loya dan tak sedap badan..

Semalam, ummi terasa seperti nadi yang sedang berdenyut, tapi abi cakap masa ni mungkin tak terbentuk lagi..hanya ketulan darah je..hehe..mungkin perasaan ummi je kot..rindunya nak rasa tendangan bayi di dalam perut..insyaAllah tak lama lagi ummi akan rasalah tu..masa ngandungkan dzaatin dulu, ummi selalu terhibur merasa tendangan dzaatin walaupun sakit..ummi rasa ada peneman dlm perut ummi, masa ummi tengah belajar, tgh exam n tgh buat presentation..hehe

Perasaan abi dan ummi sungguh gembira..rasa syukur di hati kerana Allah perkenankan doa kami..Alhamdulillah..kalu cerita bab ngamuk2 dzaatin..mmg tak terceritalah..hehe..sakan juga meragamnya sejak rahim ummi terisi..ummi tak pernah tahu yg rupa2nya org tua ada mengatakan kalau si anak tu bakal dapat adik. Dia akn kerap menangis dan meragam, mahukan perhatian lebih..ummi tahu ni pun dr jiran ummi…dia ada menegur ummi katanya selalu terdengar dzaatin kerap meragam sehingga tak mkn dipujuk..nak dapat adik lah tu katanya..ummi mcm ada rasa kelakar pula bila mula2 dpt tahu..hehe..waktu tu ummi cam tak sangka pulak nak timang anak lagi

Selasa 27hb April

Pagi ni ummi awal2 lagi ke klinik selepas hantar dzaatin..abi nasihatkan ummi buat pengesahan pregnant coz semalam ummi sakit sangat kat bahagian perut..tak dapat focus kerja..ummi ingat nk g klinik kalu dh 4 bulan..tapi sebab risau pergi jugak pagi tadi..dan Alhamdulillah..selepas diuji..resultnya adalah positive..ummi cepat2 mesej abi..abi suka je tiba2..hehe..

Doctor cakap kandungan ummi dah berumur 5 minggu..doktor kira ikut tarikh sehari selepas period..tapi pada pendapat ummi, tarikh tu tak tepat sebab sebelum ni mmg ummi dan abi merancang secra normal sehinggalah kami betul buat keputusan mahu memiliki anak lagi..jadi ummi ikut tarikh tersebut..dan perkiraan ummi angah dzaatin mungkin baru berusia 3minggu..apapun doctor cakap tarikh di scan nanti adalah lebih tepat..ummi setuju je..ummi bukan apa..ummi tak nak sejarah bersalin paksa berulang lagi..betapa azabnya kena paksa bersalin..14jam ummi tahan sakit contraction semasa menunggu rahim dipaksa buka..emm..tak sanggup nak lalui lagi..jadinya untuk pregnant kali ni ummi nak betul2 pastikan tarikh sepatutnya ummi bersalin supaya sakit bersalin tu datang secara normal tanpa paksaan..kak long dulu seminggu awal dipaksa bersalin mengikut tarikh yang salah..hemmm..

Apapun..ummi tak sabar nak tunggu lagi 2 minggu nak pergi scan angah dzaatin ni..harap2 angah sihat2 sahaja di dalam perut ummi..hehe..sepanjang siang dan malam ummi doakan kesihatan kak long dan angah..menjadizuriat yang menenangkan hati kami dan menjadi anak yang soleh solehah..insyaAllah moga Allah perkenankan doa ummi…

Dan sekarang, ummi dah mula amal semula air kelapa..Alhamdulillah amat berkhasiat walaupun terpaksa berkorban tahan sakit sebab baby akan aktif di dalam perut, kuat menendang dan berenang2 hehe..ummi sanggup tahan sakit asal baby sihat membesar dan aktif di dalam perut ummi…

Doakan kesihatan kami J

Monday, April 26, 2010

dzaatin..you are my great daughter..


Hello, layla

Your baby understands more than he says, and he's aware that everything around him has a name. Help satisfy this curiosity by pointing at familiar objects and naming them: "Ball." "Truck." "Airplane." Few 11-month-olds are ready to say these words, but they file them away for future use. Soon you'll be able to say, "Where's the ball?" and he'll show you. If his first words sound strange, he may be repeating them the way they sound to his ears: "da-ee" for "doggie," for example.


hemm...bila terbaca article terbaru ttg perkembangan bayi berumur 11 bulan 3 minggu ni..ummi teringat akan keletah2 dzaatin yang mencuit hati tu..kalau ummi tanya where is the fish, dzaatin tunjuk aquarium, ini pun dzaatin dh pandai masa berumur 9 bulan lagi..kalu ummi tanya where is the bird? sambil berenang dalam kolam dzaatin akan cepat2 tunjuk bird yang sedang terbang..hehe..hati abi dan ummi terhibur sekali dengan gelagatnya..

sekarang..dzaatin dah pandai berjalan ke sana sini..dari pintu depan sampai ke bahagian dapur..tak jatuh2 dah..ummi dan abi pun dah belikan kasut crocs warna pink kat dzaatin hehe..abi cakap sambil bergurau..aduh pening kepala abi tengok kasut dzaatin pink trang tang tang ni..hehe..dzaatin kat excited warna pink..mana boleh tukar warna lain..hehe..

sekarang ummi nak ajar dzaatin pakai tudung, tapi pantang dipakaikan, langsung ditarik..aduh pening ummi dibuatnya..hehe..xpe2..ummi akan sentiasa cuba biasakan sampai dzaatin terbiasa nak pakai tudung..melentur buluh biarlah dari rebungnya kata orang tua2..insyaAllah..

Alhamdulillah..syukur pada Allah atas segala kebolehan anak ummi ini...

Tuesday, April 20, 2010

Senyumanmu membuatkan pagi kami indah sekali..


assalamualaikum...

entry kali ini ummi ingin coretkan telatah mu di pagi hari yang membuatkan hari2 ummi dan abi berlalu dengan ceria..
untuk pengetahuan dzaatin, ketika mula2 menghantar dzaatin di nursery ketika berumur 2bulan lebih..
itulah hari pertama ummi berpisah sebentar denganmu..
hari ummi berlalu dengan sedih dan duka..
ummi tak dapat menerima hakikat terpaksa meninggalkan mu walaupun sekejap..
hanya kerana tanggungjawab belajar masih ummi pikul
ummi kuatkan juga melawan perasaan sedih berpisah dengan mu..
jika semangat ummi tidak kuat, mahu sahaja ummi berhenti sahaja dari belajar dan hanya menjagamu siang dan malam..
tapi atas nasihat abi, ummi teruskan jua...
tika itu, dirimu belum memahami erti sedih kerana ditinggalkan ummi sebentar..
dirimu ketika itu masih tidak banyak ragam kerana masa dihabiskan dengan waktu tidur sahaja..
selalunya saat ummi hantar dirimu di nurseri, engkau masih diulit mimpi
segalanya berlalu seperti biasa sehinggalah engkau berusia 7 bulan..
sepanjang tempoh itu ummi sudah tidak terlalu emosional ketika mula2 manghantar dirimu dahulu..
cuma biasalah rindu pada mu sentiasa di hati..

ketika usiamu mengenjak ke usia 8 bulan..
dirimu sudah mempunyai berbagai ragam..
sudah mula mengamuk dan merengek bila ditinggalkan..
tika itu
engkau sudah memahami erti sedih ditinggalkan ummi
selalu menangis dan meraung..
menjerit minta tidak ditinggalkan..
hati ummi sayu sekali..
ummi selalu mengadu pada abi..
berat sungguh hati meninggalkan dirimu yang menangis ditinggalkan..
suaramu menjerit terasa kuat kedengaran
kejamkah ummi meninggalkan dirimu disaat engkau terlalu memerlukan ummi..
ummi rasa bersalah..
tapi abi nasihatkan yang tidak sepanjang masa kita akan bersamanya..
belajarlah untuk berpisah dan merasai hangatnya perasaan rindu
ummi terima teguran abi..
tapi seperti biasa ummi akan sentiasa teringatkan mu sepanjang berada di dalam kelas..
ummi akan berasa moody sahaja selepas meninggalkanmu pagi2
dirimu masih seperti itu..

ummi terasa ingin meminta nasihat dan pandangan kakak2 yg berpengalaman..
bagaimana mereka menguruskan anak2 yang menangis ditinggalkan..
apakah perasaan mereka?
bagaimana mereka mengubat kesedihan mereka?

dan inilah nasihatnya..
datangnya dari salah seorang senior ummi dahulu
dialah tempat selalu ummi minta nasihat berhadapan liku2 manghadapi karenah anak2

SEDIH BERPISAH

Segala puji bagi Pencipta yang telah mencampakkan rasa kasih yang amat mendalam dalam hati seorang ibu dan ayah terhadap anaknya. Sekaligus membuatkan kita bermuhasabah, dalam proses kita sekarang bersusah payah membesarkan anak-anak. “Begini rupanya kesusahan ibu dan ayah aku dahulu. Begini rupanya rasa kasih mereka yang amat mendalam terhadap aku.” Laila, mana2 ibu yang masih terjaga fitrahnya pasti akan merasai kesedihan yang sama dengan apa yang telah Laila lalui. Tak dapat disangkal lagi. Tapi jika kita telah nekad, maka kesedihan itu boleh diterjemahkan kepada satu bentuk yang lebih positif. Contohnya, kita pujuk anak sebelum sampai, jelaskan pada dia walau mungkin dia belum memahami. Kalau baby, kita positifkan mind kita. Kejap je nangis tu. Juga tak salah bercakap2 dengan dia, dia boleh faham insyaAllah;) Kita akan lebih rasa lega jika beberapa langkah praktikal telah diambil sebelum tu. Antaranya kita dan pasangan dah usaha sehabis daya survey nurseri2 yang ada. Manakah yang terbaik. Pengalaman kak Mirah, k.Mirah cari ada tak sohibah yang full time house wife yang jaga baby. Ada, makcik Rozi. Jadinya Abdullah Amin bersama makcik setahun, kemudian bila makcik pindah, kami survey nurseri yang sesuai, Allah izin jumpa. Di dinding dalamnya tertulis ‘I love Alah’, pemiliknya kak Aniza bertudung labuh dan nampak cekap serta kemas, keadaan nurseri yang ceria dan tersusun rapi. Itu usaha yang kak Mirah dan zauj boleh buat. Setakat termampu. Selebihnya kita serah pada Allah dan cuba buat pemantauan terus menerus. Yang penting, persekitaran terbaik untuk anak kita. Kelemahan pasti ada tapi yang penting kita positif. Tak dapat dinafikan yang pengasuh menjaga anak kita, tak sama macam kita jaga. Yang tu kena banyak do’a agar Allah bantu, selepas kita dah berusaha carikan yang terbaik.

kini..
setelah berusia 11 bulan..
ummi mengamalkan seperti yang dinasihatkan oleh kak amirah
pagi2 semasa dalam perjalanan
ummi akan berborak dengan dzaatin
macam2 ummi borakkan
mahu dzaatin belajar sungguh2 di sekolah
dengar kata teacher
main elok2 ngan kawan
jadi anak yang solehah
tengok alam yang terbentang luas
tengok makhluk2 Allah yang terus berzikir
hebatnya ciptaan Allah
dan macam2 lagi harapan ummi pada dzaatin
ummi lihat dzaatin penuh semangat dengar ummi berceloteh
kadang dzaatin ikut bercerita sambil tunjuk2 sesuatu di luar tingkap
gembira ummi melihat respon dzaatin itu
setelah sampai di nurseri
dzaatin tidak lagi mengamuk, menangis dan menjerit seperti selalu
dzaatin sentiasa tersenyum
sambil memerhati teacher2 dan kawan2
riangnya hati ummi
Alhamdulillah..cara kak amirah ajarkan itu sungguh berkesan
segalanya atas izin Allah
kini ummi tidak moody lagi selepas tinggalkan dzaatin
ummi sentiasa bersemangat ke tempat kerja
senyumanmu sentiasa di hati ummi..
Alhamdulillah..
dirimu penyeri hidup kami..

Saturday, April 17, 2010

Journal 1: seminggu pengalaman bekerja setelah tamat belajar


Bismillahhirrahmanirrahim

segala puji bagi Allah yang masih memberikan nikmat udara, nikmat kesihatan yang baik, nikmat kasih sayang sesama manusia, nikmat kerinduan kepada keluarga yang jauh di utara, nikmat makan minum dan tempat tinggal yang selesa, nikmat kebahagiaan, nikmat beribadah dan segala macam nikmat yang Allah kurniakan kepada kita..Alhamdullillah...

pada ruangan entry kali ni, ummi nak nukilkan pengalaman bekerja setelah tamat belajar ijazah pertama ummi dan abi..biasalah, inilah pengalaman pertama ummi dan ummi suka sekali dapat kongsikan bersama anak2 ummi..

seperti kebanyakkan orang, hari pertama untuk ke tempat kerja memang menggelisahkan..macam2 persoalan yang bermain di benak ummi, bagai mana suasana tempat kerja, islamikkah? sibuk sangat kah? letih sangatkah? boleh mesra kah? dan berbagai2 kah kah kah??? lagi..he..

pada hari pertama

ummi dan beberapa pelajar practical yang lain dipanggil ke bilik meeting oleh boss syarikat itu yang merangkap sebagai General Managernya, Admin/HR/Training Exsecutive pun turut serta..mereka mengadakan sesi berkenalan sesama kami dan sesi taklimat ttg organisasi syarikat itu..barulah ummi tahu serba sedikit latarbelakang syarikat berkenaan dengan lebih lanjut lagi..maklumat itu penting utnuk ummi sebab ia akan menjadi bahan report ummi nanti.. selepas sesi taklimat, ummi dan mereka di bawa berkenalan dgn staff2 yang ada..mereka boleh tahan ramah2 juga,,kebanyakkannya ex-UIA juga..bolehla..

hari pertama tak banyak yg ummi kena buat..ummi cuma bantu Admin taip dokumen penting..tak susah pun, hanya copy semula sahaja..masih leisure lagi rupanya..pukul 5.30 ummi bergerak pulang dan terus grab dzaatin di educare..ptgnya, sambil menjaga dzaatin ummi masak untuk makan malam..walaupun tiada kerja berat di office, tapi keletihan masih tetap terasa..tapi tak terlampau letih sangatlah..cuma tak cukup tidur seperti selalu..masa belajar dulu, time tgahari dapat jugak lelapkan mata buat sementara waktu, tapi semasa bekerja, ruang untuk tidur sebentar itu tiada..emm..malamnya, kerana terlalu mengantuk, ummi tertidur keletihan betul2 selepas solat isya'..selalu masa belajar pukul 10 atau 11 pun belum tentu ummi tidur lagi kerana menyiapkan kerja2 homework..emm..rupanya inilah perbezaan antara bekerja dan belajar...

rutin sehari2 ummi pun sudah berubah..begitu juga dengan abi..pukul 5.45 atau 6 pagi ummi dah bangun siap2kan barang dzaatin ke educare, mandi, solat, iron baju, buat minuman pagi dan siapkan dzaatin sebelum bertolak ke tempat kerja pukul 8 pagi..abi pulak 7.45 pagi dah awal2 bertolak ke pusat bandar KL..selalunya, pagi2 abi akan bantu ummi siapkan yg mana patut sementara ummi ironkan baju kami..bila dzaatin dh terjaga, ummi langsung tak boleh buat kerja lain sebab dzaatin merap dengan ummi..sebab tu ummi akan buat kerja secepat yg mungkin sebelum dzaatin terjaga..selalunya ummi akan susukan dzaatin kenyang2 dulu baru bangun untuk bersiap....

pada hari kedua dan seterunya hingga hari jumaat baru ni...ummi belajar perkara2 baru selok belok pejabat..memfax surat, menulis surat, memfotokopi, menaip dokumen, membuat persediaan untuk meeting dan macam2 lagi..macam ala2 admin staff je lah..ummi suka je..bagi ummi, ia sesuai dgn jiwa ummi..tak perlu nak bergaul2 sgt dengan staf yang lain..ummi ni bkn apa, kekok sikit kalu terpaksa berbincang dgn staf lelaki..huhu..ummi tak nak n tak perlu pun..penting2 je baru ummi terpaksa berhadapan..sebab tu tugas sekarang ummi dh selesa dh..ummi ni mmg pemalu byk..he..lagipun ummi tak mengimpikan pun untuk bekerja dlm corporate world, sekadar bekerja bg membantu kewangan abi itu sudah cukup baik bg ummi dan keluarga..kerjaya bukan perkara penting bg ummi..masa untuk abi dan anak2 yang paling ummi utamakan..insyaAllah..

ummi dah berbincang dengan abi, setiap petang jumaat, ummi nak bawa dzaatin pergi berenang di pool..ummi nak skill renang dzaatin semakin improve, baru2 ni, banyak perkara baru yang dzaatin dah pandai buat..antaranya, melampungkan dan menelentangkan badan sendiri dgn dibantu sokongan tgn ummi, dh pandai nak selam muka skit2, suka tunjuk bird tgh terbang masa dzaatin tgh berenang hehe dan yang paling penting kaki dan tgn semakin aktif digerakkan..Alhamdulillah..semua kebolehan tu Allah yang izinkan, bukan sbb ummi pun..ingat ye dzaatin..ucap syukur pada Allah selalu dan jadi anak yang solehah ye tanda terima kasih pada Allah..;)

hari minggu pula, ummi berbincang ngan abi nak bawa dzaatin beriadah di taman2 yang ada di kawasan KL ni..antara yg terbaik ialah di Taman Metropolitan di Kepong atau pergi teman abi menangkap anak2 ikan kecil untuk ikan peliharaan abi..sambil2 tu boleh mandi sungai sekali..selalunya kami akan ke sungai yang terdekat sahaja seperti Sungai Pisang di Alang Sedayu..memang menjadi minat terbaru abi nak menjaring ikan2 kecil di sungai..ummi pun suka aje sebab ummi ni memang suka berjalan he..lagipun masa nilah masa yang sesuai untuk kami betul2 mempunyai quality time bersama2..Alhamdulillah

aktiviti lain setakat ni masih belum dirancang lagi kerana sesi semester baru uia belum bermula lagi..selalunya apabila sesi semester bermula, abi dan ummi akan cuba menghadiri kuliyyah ustaz, usrah dan program2 lain..ini akan ummi arrange kan kemudian setelah semester baru bermula kelak..moga Allah lapangkan dan ikhlaskan hati2 kami untuk ke sana mangaut ilmu2 akhirat dan menyuburkan hati2 yang mudah dibolak balik ini..perkara sebegini juga penting selain hanya mencari rezeki untuk keperluan dan kesenangan keluarga sahaja..insyaAllah

akhir kata setakat ini dahulu pengalaman seminggu pertama ummi dan abi ke tempat kerja dan merasai sendiri pengalaman bekerja setelah tamat belajar..ummi mohon sangat agar rezeki yang diperoleh itu mendapat keberkatan Allah..moga anak2 ummi kelak membesar dengan keberkatan Allah jua..kerana keberkatan itu datangnya dari kesungguhan kita bekerja, kerana bekerja juga adalah ibadah, berkerja menjadi ibadah apabila kita disiplin dgn jadual waktu kerja, menjaga masa2 solat dan jujur dlm berkerja insyaAllah...ummi mohon segalanya dari Allah..

dan akhir sekali, gaji yang bakal kami dapat kelak dapat kami uruskan dgn bijaksana..tak lupa, mak ummi pun selalu berpesan, keberkatan gaji itu datangnya juga apabula kita membantu ibubapa kita, walaupun mereka masih mampu tapi huluran yang sedikit itu pun dapat memberikan sedikit keberkatan kepada sumber rezeki kita insysAllah..ummi akan cuba mengaplikasikan nasihat mak ummi tu..kerana ummi belajar tinggi2 ni pun atas niat untuk meringankan sedikit beban mereka juga..biarlah walaupun sedikit..insyaAllah..kegembiraan mereka kegembiraan ummi juga..kerana keredhaan mereka adalah keredhaan Allah..

Thursday, April 15, 2010

Menolak biasiswa ke Harvard!!


Dedikasi buat,

Para ibu, bakal ibu dan seluruh kaum hawa yang satu hari akan bergelar ibu jua=)

Dengarkan bicara hati Nur Maryam ini,

Diterjemahkan dalam bentuk realiti,

Terimalah…..

MENOLAK BIASISWA KE HARVARD

Moga ada manfaatnya. Amen

MENOLAK BIASISWA KE HARVARD

“Comelnya baby akak ni” ujar Nur sambil memerhatikan si kecil disusui botol oleh ibunya. Ibunya hanya tersenyum bagai mengiakan. Ya, mana mungkin si bayi tidak comel di mata yang melihatnya. Suci bersih daripada sebarang noda dosa. Ya, tidak seperti kita yang saban hari bergelut bermujahadah diri mengejar redhaNya menepis murkaNya. “Susu ibu ye kak”? Tanya Nur sejurus mengetahui bayi tersebut baru berusia sekitar 4 bulan. “Tak dik, susu akak tak nak keluar.” Panjang bicara mereka berlanjutan. Nur diam kepedihan. Tidak mahu menyalahkan si ibu. Mungkin benar kata-katanya. Situasinya siapa yang mengerti?

IBU BEKERJA

Melangkah masuk ke rumah pengasuh, Nur meletakkan si kecilnya sebelum menjenguk masuk melihat bayi sekitar tiga bulan yang sedang didodoi neneknya penuh mesra. Bertuah benar si bayi lantaran pengasuhnya ialah ibu saudaranya dan opahnya. Nur memerhatikan bayi kemerahan itu. Sebentar kemudian masuk si pengasuh membawakan botol susu lantas soalan kegemaran Nur berkumandang lagi : “Susu ibu ye makcik”. ‘Eh taklah…susu ibunya tak berapa ada”. “Ooo…Nur melangut menyaksikan si kecil itu disusukan.

Argh…pedih rasanya Nur menyaksikan. Bukan sekadar dua situasi di atas yang dia saksikan. Banyak lagi yang tak terungkap. Budaya susu tepung botol masih begitu dominan dalam masyarakat kita hari ini. Nur tak tega berdiam diri lagi. “Aku harus bertindak.” Bisik hati kecilnya. Dia tekad untuk berkongsi dengan seramai mungkin kenalannya tentang pentingnya susu ibu. Anugerah Allah yang tak ternilai. Percuma.

Terkenang Nur malam jamuan di The Legend Resort Beach, tempat kegemaran syarikatnya menganjurkan kursus para stafnya. Tika itu, dia ke sana sebagai pengiring ‘tuan besarnya’ berkursus. “Bawa sekali anak dan isteri malam ini” mesej berbaur arahan tertera di telefon bimbit suaminya satu petang. Mereka akur. Menempatkan diri di sebelah bekas mahasiswa UIAM yang kini pegawai JPA, Nur berbual rancak dengannya. Mengetahui yang dirinya baru sahaja lepas berpantang, Nur jadi belas padanya. Kalau Nur dahulu di tempatnya masih senang bermanja dengan bayinya, rakannya ini pula terpaksa berjauhan dengan si kecilnya. Dia merenung bayi Nur yang beralih daripada seorang ke seorang, dilayan bagaikan raja, cara mereka meraikan. Nur tahu, dia rindukan bayinya. Seorang ibu, Nur memahami kepedihannya, tambah lagi cabaran bengkak payudara minta disusui. Dalam perbualan, Nur mengelak bertanya soalan kegemarannya itu. Sepanjang perbicaraan, Nur menemui sesuatu. Ya, rakannya ini juga teruji dengan ‘susu ibunya’ lantaran kesibukannya. “Macam nilah kalau minum susu tepung.” Ujar doktor yang ditemuinya. Anaknya menghadapi masalah penghadaman. “Begitulah Nur, sementara nak jumpa susu yang sesuai dengannya, jenuh juga. “ ujarnya. Nur mengangguk, cuba memahami sambil mempromosikan susu ibu kepadanya dengan harapan dia akan lebih kuat berusaha di masa hadapan. Ya, semoga Allah membantu menguatkan azamnya.

“Fatimah pernah baca tentang seorang ibu ni. Dia keep on perah susu sebagai bekalan susu anaknya. Hasilnya peti aisnya penuh dengan susu badannya. Walaupun terpaksa ‘out-station’ berbulan-bulan, tapi anaknya cukup bekalan.” Begitu ujar seorang rakan Nur tika mereka bertamu di rumah Puan Liza. Masya Allah! Hati Nur terdetik kagum dengan apa yang didengari. Dia mengetahui secara teori tetapi jarang benar ditemui dalam bentuk realiti. Dia sendiripun bila perlu berkursus, diangkutnya sekali si kecil kerana bekalan yang tidak mencukupi. Walau sukar, dia puas.

KESIBUKAN MENCABAR

“Anak Nur masih menyusu badan ye?” Tanya kak Mimi ketika mereka di dalam bilik pengantin baru, kak Nik di Kota Bharu. Ibrahim sekitar 5 bulan tika itu. “Aa akak, masih, Alhamdulillah.” Nur membalas sambil memandang si Fatah. “Fatah?” “Hem, Fatah dah mula minum susu tepung homeopati. Ada satu masa tu, akak sibuk sangat, tak sempat perah. Lepas akak terpaksa bagi susu homeopati tu, Fatah dah tak nak susu badan, sedihnya Nur…” adu kak Mimi. Daripada raut wajahnya, Nur tahu dia benar-benar memaksudkannya. Mana tidak, dialah antara ‘tok guru’ yang membantu menambah informasi tentang kebaikan susu badan, paling penting antara yang menguatkan semangat Nur untuk terus menyusu badan. Terutama 6 bulan pertama. Sepenuhnya. Eksklusif. “Nur, teruskan perah, bagi susu badan. Jangan jadi macam akak.” sambungnya kepiluan. Duhai kakakku, Allah mengetahui isi hatimu. Suci niatmu. Allah pasti tidak akan menyia-nyiakan usahamu selama ini. Usah terus berduka. Mari pandang ke depan dan kita kuatkan usaha. Nur bermuhasabah. Ya, dia juga sebenarnya tidaklah sekuat mana. Banyak faktor yang membantunya untuk terus teguh walau kadang tumbang. Faktor waktu kerjanya yang agak fleksibel, masih memungkinkannya berkejar-kejar di peringkat permulaan bagi menjamin kelangsungan bekalan. Pastinya itu berlaku lantaran kemalasan diri untuk terus memerah susu sebagai bekalan, paling ideal selang dua jam sekali sepertimana yang diketahuinya menerusi majalah Pa&Ma. “Jika aku di tempatnya, belum tentu aku mampu bertahan.” Bisik Nur perlahan.

“Nur menyusu badan lagi ke”? Tanya rakannya yang kini menetap di Gombak. “Aa”. Balas Nur pendek. “Em, Sarah dah tak bagi susu badan Nur, tak sempat. Keluar pagi, balik malam, tidur pun tak cukup. Banyak sangat kerja kat pejabat tu. Pening Sarah.” ujarnya mengadu. Nur sekadar tersenyum, mendoakan urusannya dipermudahkan. Mereka tidak sempat berbual panjang lantaran hujan sedang menggila, menenggelamkan bicara di hari bahagia adiknya. Situasinya juga agak menguji. Anak kedua lahir tika yang sulung baru menjangkau 11 bulan.

Nur mula menulis, mengerah idea. Ingin dia menyebarkan kepada semua. Jangan sia-siakan anugerah tuhan ini.

PENTINGKAH?

Mungkin terdetik persoalan di atas dalam diri kalian. Penting sangat ke menyusu badan? Jawapannya tentu sekali YA. Pertama sekali mari kita telusuri kalam pencipta kita. Allah Ta’ala berfirman:- “Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan….Apabila keduanya ingin menyapih (menghentikan penyusuan badan) (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa ke atas keduanya.(Al Baqarah:233). Subhanallaah..Pencipta kita yang Maha Mengetahui telah berabad lamanya mengabadikan secara tersirat pentingnya penyusuan. Dia juga Maha Mengetahui kesukaran konsisten menyusu dua tahun penuh yang berbeza tahapnya antara seorang ibu dengan ibu yang lain. Lantaran itu Dia tidak memaksa hamba-hambaNya.

Para ilmuwan kemudian mengkaji. Mereka menemui sesuatu. Hakikatnya susu ibu ialah cecair hidup yang mengandungi lebih 300 nutrien dan sebahagiannya belum dapat dikenalpasti oleh para saintis. Malah susu ibu mengandungi antibodi, enzim dan protein yang tidak mungkin dapat ditiru oleh mana-mana susu formula di dunia. Sekitar satu aun susu ibu yang mula-mula keluar mengandungi kolostrum. Kolostrum yang berwarna kekuningan dan agak pekat mengandungi banyak sel darah putih, vitamin A dan E, antibodi yang melindungi sistem pencernaan bayi dan bahan pelawas yang membolehkan bayi mengeluarkan mikoneum iaitu najis hitam pada awal kelahirannya. Kolostrum ialah makanan pertama yang paling baik untuk bayi. Susu formula sama sekali tidak dapat meniru kolostrum susu ibu. Kolostrum yang dijual di pasaran ialah ekstrak kolostrum susu lembu tetapi tidak sesuai untuk bayi. Pendek kata, bayi yang menyusu badan jauh lebih sihat dan kurang berisiko mendapat penyakit dibandingkan dengan bayi yang tidak menyusu badan atau tidak sepenuhnya.

Terlalu banyak kebaikan penyusuan ibu. Bukan bayi sahaja yang mendapat manfaatnya, ibu juga tidak terkecuali. Antara kelebihan-kelebihan tersebut ialah mempercepatkan proses pengecutan rahim, menjarakkan kehamilan (perancang keluarga semulajadi), menjimatkan perbelanjaan susu formula mahupun bil perubatan bayi, menjimatkan masa ibu dan ayah (lantaran bayi tidak perlu kerap berulang-alik ke hospital) serta mengeratkan hubungan ibu dan bayi terutama aspek emosi.

PENYUSUAN EKSKLUSIF

Apa itu penyusuan eksklusif?

Secara ringkasnya, ia bermaksud penyusuan susu ibu SAHAJA kepada bayi dalam tempoh 6 bulan pertama hayatnya tanpa perlu tambahan air lain sekalipun air masak kosong. “Pemberian air kepada bayi boleh mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan bayi kerana:

  1. Pemberian air masak (atau air-air lain) meningkatkan risiko jangkitan penyakit kerana air akan bertindak menghakis salutan bahan pelindung penyakit (immunoglobulin A, IgA) yang diperolehi daripada susu ibu yang menyaluti saluran pencernaan bayi.
  2. Pemberian air lain akan meningkatkan kebarangkalian kegagalan penyusuan ibu secara eksklusif kerana apabila bayi telah kenyang dengan minuman lain, bayi akan kurang menyusu daripada ibu dan mengurangkan rangsangan dan seterusnya mengurangkan penghasilan dan pengeluaran susu ibu.
  3. Pemberian air lain juga boleh meningkatkan risiko kekurangan zat makanan kepada bayi kerana bayi akan kurang minum susu ibu, oleh itu bayi akan kurang mendapat nutrien daripada susu ibu.
  4. Pemberian air kosong akan meningkatkan risiko “keracunan air” atau water intoxication terutama kepada bayi yang berumur kurang daripada 5 minggu kerana air yang terlalu banyak akan mencairkan kandungan garam di dalam darah yang mengakibatkan suhu badan menjadi rendah, bayi mengalami kembung perut dan juga boleh mengakibatkan sawan tarik.

Kandungan air di dalam susu ibu ialah sekitar 80-90% sudah mencukupi untuk bayi, sesuai dengan usianya. Jadi bayi yang menyusu secara eksklusif selama 6 bulan tidak memerlukan air tambahan kerana susu ibu sudah memenuhi semua keperluannya untuk air, zat makanan, dan kasih sayang.”[1] Seterusnya peringkat Global dunia telah mengiktiraf kepentingan penyusuan ekslusif.

KESUKARAN MENANTI

Adakah terdetik di hati anda kata-kata ini? Mustahil……bolehkah bayi bertahan hanya dengan susu ibunya..em, macam tak cukup je? Hakikatnya MEMANG CUKUP dan SANGAT CUKUP. Itulah keajaiban ilahi. Syaratnya anda perlu teguh dan keras hati dengan keazaman anda, kerana cabaran yang menanti tidak sedikit di depan sana.

Nur tersentak ketika menghabiskan ayat tersebut. Teringat dia pada kesukaran-kesukaran yang pernah dialaminya. Catatan dalam diari peribadinya dibuka semula.

“Waaa!Waaaa!’ Tangis Ibrahim yang berusia kurang sebulan entah mengapa…Aku yang sedang diurut tersentak. Ibuku datang menyuakan bayi untuk disusui. Waaa!!!!Waa!!!! Dia mengamuk. Aku keresahan. Mak Yang tukang urut bertanya : “Susu tak dak kot, cuba cek tengok”. Benar. Aku juga merasainya. Aku kebingungan. Rasanya sudah penuh perutku diisi makanan bagi menjamin syarat penghasilan susu. Bayiku juga kerap disusui bagi merealisasikan teori demand and supply. Argh! Agaknya aku kurang berdoa??? “Bagi je susu tepung” ujar Mak Yang selamba kepada ibuku. Aku tersentak. Tidaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak! Aku diam bimbang bercakap dianggap kurang ajar. Hendak mendodoinya, aku sedang diurut. Tidak boleh diganggu. Tukang urut juga punya jadualnya yang padat. Ibu melihat ke arahku memahami hasratku. “Takpe, mak cuba buaikan dia”. Hampir setengah jam mendodoinya, akhirnya bayiku tidur. Alhamdulillah. Mak Yang hanya menjeling.

“Risau tadi mak” ujarku petang selepas Mak Yang balik. “Hem, mengantuk rupanya Ibrahim tu”. Aku meraba dadaku, Alhamdulillah, mula penuh dengan susu. Terima kasih ya Allah.” “Nur nak tahu, dulu jiran sebelah rumah ni, 25 tahun yang lepas, Mak Yang juga yang urut.” “Oo, ye ke. Dah lamalah ye Mak Yang mengurut”. Menyambung bicara, ibu bercerita: “Waktu tu, cik Yah sorang je kat rumah. Anaknya menangis tak nak berhenti. Diberi susu badan tak mahu diam. Akhirnya Mak Yang bangun pi beli susu tepung, bancuh dan bagikan, bayi diam lalu tidur.” Aku melopong mendengarkan. Patutlah reaksinya begitu. “Mak dulupun mula-mula bersalin anak sulung, memang ada niat nak bagi susu badan penuh, tambah pula mak suri rumah sepenuh masa. Tapi yela, orang tua masa tu nak suruh sulam juga dengan air masak. Kadang-kadang dibancuhnya bagi susu biasa. Nak dibantah tak kena pula. Terpaksa mak biarkan. Lama kelamaan mak dapat rasa susu mak kurang…

DEMAND AND SUPPLY

Mak cuba pelbagai cara dan petua nak memperbanyakkan susu. Makan itu, makan ini. Puluhan doktor sudah mak jumpa, bertanyakan hal ini. Cuma seorang doktor sahaja yang responnya menepati apa yang mak cari. Aku diam mendengarkan. “Demand and supply”. Aku masih kabur. “Apa tu mak”? “Haa…kalau nak tau, pengeluaran susu badan ni mengikut teori demand and supply. Selagimana ada permintaan (hisapan@perahan) selagi itulah bekalan akan disalurkan mengikut permintaan. Kurang permintaan kuranglah bekalan. Lebih ironis, tiada permintaan, tiadalah bekalan.” Ooo, aku melangut mendengarkan.” Sambung ibuku, “Masuk anak ke-7 sampai bongsu (anak ke-9) ni, barulah mak berjaya bagi penuh susu badan 2 tahun. Alhamdulillah.” Cerita ibu suamiku.

Nur menyambung penulisannya.

KURANG@TIADA?

Benarkah ada wanita yang tidak punya atau kurang susu badan? Hasil pembacaan pengarang, pertanyaan dan penceritaan oleh pihak berpengalaman, persoalan tersebut sampai ke satu titik jawapan: Ada, tapi sangat jarang. Setiap ibu dibekalkan oleh PENCIPTA dengan keupayaan menyusui bayinya sejurus ia dilahirkan.

Berkongsilah cerita dengan orang tua serta rakan sebaya. Anda pasti temui pelbagai petua. Ambil yang jernih, buang yang keruh. Antara petua orang tua, ketika kandungan menjangkau 7 bulan, ibu boleh mula mengurut payudara ketika mandi dan membersihkan lubang di puting juga sekitar aerola. Boleh juga sapukan minyak zaitun di kawasan puting selepas mandi sambil mengurut-ngurutnya sebagai persediaan menyusukan bayi nanti agar tidak melecet nanti.

NIAT DAN MINDA POSITIF

Paling penting ialah niat. Sejak mula mengandung pastikan anda berniat agar anak yang bakal lahir nanti akan disusui dengan susu badan. Sekurang-kurangya untuk tempoh 6 bulan pertama, secara eksklusif. Niat yang telah disematkan dalam hati dan minda sejak awal lagi pasti akan mengarah diri anda untuk melaksanakan niat tersebut walau apa jua halangan yang menanti. Seterusnya, tekanan (depression), rasa risau tidak menentu yang dialami oleh ibu khususnya selepas bersalin mampu membantutkan pengaliran keluar susu badan, lantas membuatkan ibu mengambil keputusan untuk memberikan bayinya susu tepung. Jadi, bagaimana mengatasinya? Caranya ialah menyiapkan bagi diri satu minda yang positif. Bagi yang bayinya masih menangis walau telah disusukan, bertenanglah. Usah risau. Hakikatnya, bayi yang baru lahir dibekalkan Ilahi dengan cecair yang mencukupi baginya dalam tempoh 24 jam selepas dilahirkan. Oleh kerana itu, usah bimbang dan teruskan menyuakan puting badan untuk dihisap oleh bayi, bagi merangsang pengeluaran susu.

BENGKAK SUSU

Jika anda mengalami bengkak susu, ia perkara biasa yang dialami oleh kebanyakan ibu. Kebiasaannya jika diperah, keadaan akan kembali pulih. Namun jika sampai mengeras, bengkak dan berdenyut-denyut sakit lantaran penuh dengan susu, bayi mungkin tidak dapat menghisapnya. Jika diperahpun masih tidak berkesan, ada petua orang tua yang boleh dikongsi. Namun pengarang tidak dapat menjamin keberkesanannya. Caranya dikatakan bahawa suami perlulah menghisap keluar susu tersebut dan meluahkannya, kemudian terus dilakukan berulangkali hinggalah payudara kembali lembut.

PUTING SUSU TENGGELAM

Bagaimana pula jika ibu mempunyai puting yang tenggelam? Adakah dia dapat menyusukan bayinya? Jawapannya: ya. Hal ini kerana pelekapan mulut bayi pada kawasan payudara ibu bagi merangsang penghasilan susu bukanlah tertumpu di puting, sebaliknya di aerola (iaitu kawasan berwarna kehitaman sekitar puting. Sekiranya bayi hanya melekapkan mulutnya di puting, ia cara pelekapan yang salah dan susu tidak keluar. Oleh itu ibu tidak perlu risau akan keadaan putting mahupun saiz payudara kerana ia bukanlah faktor yang menentukan banyak atau kurangnya susu yang akan dihasilkan. Sebaliknya minda yang positif, hisapan bayi atau perahan yang kerap, pemakanan dan pengambilan air yang mencukupi untuk badan ibulah yang menyokong pengeluaran susu yang banyak.

SURI RUMAH

Bagi suri rumah sepenuh masa, mungkin ada yang beranggapan sangat mudah untuk anda menyusukan bayi sepenuhnya. Anda tidak perlu berhadapan dengan cabaran penat memerah. Benarkah begitu? Tunggu dulu. Dengarkan cerita ini, anda akan nampak ada sukarnya tersendiri. Bak kata rakan pengarang, semua wanita boleh melahirkan anak (umumnya), tapi tak semua ibu mampu menyusukan anak sepenuhnya.

Masih terbayang di ingatan Nur cerita itu.

“Aaa, betullah Nur. Rasa rugi pula selama ni bagi anak susu tepung. Duitpun banyak keluar. Walhal, akak suri rumah sepenuh masa.” Demikian pengakuan seorang kakak kenalannya selepas mereka berbual panjang lebar tentang kehidupan, khususnya menyangkut bab susu ibu. Anak lelakinya kini hampir 2 tahun berlari riang di luar dewan. Anak Nur yang masih kecil di ribaan, terlena puas setelah penat menyusu. “Takpe akak, yang dah lepas tu biarlah. Yang penting apa yang ada di hadapan kita.” Nur cuba memberi semangat. Apa cabaran kakak tersebut? Nur simpulkan antaranya, kurang sokongan ahli keluarga, kurang pengetahuan yang mengakibatkan kurang merasai kepentingan susu ibu. Esoknya, Nur menyuakan kepadanya beberapa kepingan artikel yang pernah dikongsi dengannya oleh kak Mimi.

Nur meneruskan catatan sambil mengimbas peristiwa-peristiwa yang pernah dilaluinya.

ADA LAGI?

Buat kaum ibu yang mahu menjaga syarak dan berkemampuan, lalu memilih untuk bersalin di hospital swasta, dengarkan cerita ini.

Cerita ini cerita sedih. Buat yang memahami betapa besarnya anugerah Ilahi yang bernama susu ibu itu. Beberapa rakan pengarang yang memilih untuk bersalin di hospital swasta telah mengalaminya. Salah seorang daripada mereka yang ‘tersedar’ dengan ‘buruknya’ apa yang telah dilakukan kepadanya menceritakan kepada pengarang sebagai iktibar, juga telah mewar-warkan kepada rakan-rakannya agar tidak terkena sepertinya. Semoga Allah merahmatinya.

Nur terkedu. Sangkanya kisah ini kisah zaman dahulukala. Nur membeliakkan matanya tanda tidak percaya. Benarkah? “Betul kak Nur, dia ambil anak Izzah, lepas tu dia suruh Izzah berehat dan anak Izzah dia susukan dengan susu tepung.” Ujar Izzah. “Ha? Begitu sekali? Ada lagi rupa-rupanya zaman ini?” Nur terkejut. “Tu la kak Nur, Izzah pun masa tu tak tau banyak sangat tentang susu ibu ni. Tambah pula anak pertama, lepas tu bila Izzah nak susukan bayi, dia dah tak nak. Mungkin sebab first impression dia susu tepung. Izzah cuba perah masuk dalam botol. Nak juga bagi dia minum susu ibu. Tapi lepas sebulan, Izzah dah tak larat terus ja bagi susu tepung.” Ceritanya lagi. Nur melopong mendengarkan. “Sihatnya nampak anak akak.” ujarnya sambil memangku anaknya. “Sekarang Izzah terasa sangat, Amirul selalu tak sihat. Antibodinya tak berapa kuat. Kerap berulang ke klinik. Ragamnya juga banyak. Lepas Izzah sedar apa yang Izzah alami, Izzah beritahu pada semua kawan Izzah agar perkara yang sama tidak lagi berulang.”

ASLI vs SEGERA

“Nur bagi anak makan susu apa?” Tanya sepupunya lewat telefon bimbit. Bayinya lari hanya sebulan daripada bayi Nur. “Susu badan kak” ujarnya. Tika itu Ibrahim sudah menjangkau 10 bulan. “Oh ye ke?” Nadanya bagai terkejut. “Akak masa Fatih umur 4 bulan dah campur susu tepung dan nestum. Nestum tak bagi ke?’ Tanyanya. “Tak akak, Nur bagi bubur nasi diblend sayur dan lauk.

“Anak Nur berapa bulan ye? Makan bubur nasi dah?” Tanya rakan sekerjanya tika mereka beriringan pulang dari kelas menuju ke arah pejabat. “Dah 7 bulan kak, kadang-kadang bubur nasi, kadang-kadang nestum kalau tak sempat masak.” Ujar Nur. “Ooo…em, Nur kalau nak baby sihat, masak je bubur nasi. Jangan bagi nestum. Akak dulu anak-anak semua tak bagi nestum. Bukan apa, nestum tu ibarat makanan segera bagi dia. Baby tu organ-organnya belum betul-betul matang macam kita, Nur masak je bubur nasi, tak susah pun, tak perlu letak garam sampailah umurnya 2 tahun. Tak baik untuk buah pinggang dia.” Nur diam mendengarkan. “Aaa, Nur pernah terbaca yang tak perlu letak garam tapi ada je orang suruh letak garam nak bagi rasa. Katanya kesian baby makan tak rasa.” Ujar Nur. “Baby ni sebenarnya tak kenal garam dan rasa masin. Apa yang kita suap, itulah yang dia makan. Apa yang kita biasakan dia makan, itulah yang akan dia terima. Sama juga macam susu badan vs susu tepung. Kalau nak bagi rasa, kita letak perencah original. Contohnya segenggam beras, sedikit daging yang sudah direbus dan ditumbuk, juga ubi kentang. Sedap tu Nur.” Ujarnya semangat. “Nur boleh buat resepi sendiri juga.” “Ada juga masa tak sempat nak prepare bubur kak.” Ujar Nur memberi alasan. “Sebenarnya sempat tak sempat letaknya di mindsetting kita. Kalau kita set nak buat, kita akan cari peluang buat. Untuk anak kita juga.” Bidasannya agak pahit untuk Nur telan, tetapi itulah hakikatnya. Menyentakkan tetapi mujarab. Teraplikasi juga dalam konteks susu badan vs susu tepung. “Terima kasih ya Allah atas kesedaran ini!” Getus hati Nur.

PERUMPAMAAN

Nur terus mencatat…

“Apa sibuk-sibuk cerita tentang susu ibu ni…susu ibu, susu tepung…sama je. Susu juga. Yang penting susu.” Jahil benar jika ada yang mengeluarkan ungkapan di atas. Samakah susu ibu dengan susu tepung? Bagai langit dan bumi. Bagai menolak biasiswa penuh untuk melanjutkan pelajaran di universiti terkemuka Harvard lantas memilih ,membiayai sendiri pengajian di kolej swasta yang mahal!

“Melampau perumpamaan tu!” Getus seorang rakan Nur, bagai tidak bersetuju dengan perumpamaan yang tertulis dalam artikelnya. Nur tenang memerhatikan wajahnya. “Actually, ungkapan ni Nur tak reka sendiri. Nur cuma petik daripada artikel yang dikongsi oleh kak Mimi. Ya, mungkin ada yang merasakan ia agak keterlaluan tapi bagi Nur, Nur setuju. Bacalah tentang kelebihan-kelebihan penyusuan badan selama 2 tahun dengan 6 bulan pertama secara eksklusif. Terlalu banyak kelebihan yang menanti ibu dan anak. Syaratnya susu ibu atau ibu susuan sebab susu tepung tak mampu menyaingi susu anugerah ilahi.” Nur membalas responnya.

Nur menyudahkan catatannya, tapi yang pasti perjuangan ini tidak pernah ada noktahnya. Dia akan terus memperjuangkan kebenaran sehinggalah dipanggil pulang oleh Pencipta.

PENUTUP

Ya. Terlalu banyak. Ada antaranya sudah diselitkan dalam cerita di atas. Ada banyak lagi yang belum terungkap, menuntut anda selaku ibu dan ayah untuk bergerak mencari mutiara-mutiara itu untuk diamalkan seterusnya berkongsi dengan saudara mara dan rakan terdekat. Fahamkan diri anda terlebih dahulu tentang peri pentingnya hak bayi tersebut ditunaikan, kemudian barulah anda dapat memahamkan mereka sekitar anda.

Mari bersama kita bentuk budaya islami ini. Menyusu anak kita 6 bulan pertama secara eksklusif, kemudian meneruskan penyusuan badan beserta makanan tambahan sehingga anak berusia 2 tahun. Hentikan memberi alasan. Yakin yang anda mampu dan mulakan tanggungjawab anda. Kelak Allah pasti akan membantu anda. Sesungguhnya beserta dengan kesukaran itu, ada kemudahan yang menanti!

Ummu ‘Abdillah

08032010



cerpen ini dinukilkan oleh Puan Amirah

*senior ummi di sekolah menengah dahulu ;)

terima kasih atas perkongsiannya..

moga Allah berkati usaha2 nya untuk memartabatkan nilai susu ibu..insyaAllah

Tuesday, April 13, 2010

Dzaatin 11 Bulan

ni hobi terbaru dzaatin..bila petang2 ummi free..ummi bawak mandi kolam..






1) Dah boleh berjalan lebih kurang 10-15 tapak then melayang2 nak jatuh..

2) Dah teragak2 nak bangun berjalan sendiri..selalu kena pegang kerusi, meja, ummi, abi baru leh bangun sendiri untuk berdiri

3) Bulan ni tak de gigi baru nak tumbuh

4) Asyik nak bersembang je sekarang..jadi ummi pun buat2 lah bersembang ngan dia..campur2 english + melayu..kadang2 abi campur rojak arab sikit hehe..pas ummi menyembang2 ngan dia..lagi riuh dia membalas..macam tgh terang2 sesuatu kat ummi sambil2 tunjuk kipas, kat luar kereta, kat pintu, kat kucing, kat ikan dalam aquarium dan segala benda yang menarik perhatian dzaatin..hehe..ummi buat2 faham je..he

5) Dah pandai makan nasi..campur sikit kicap, telur, sup daging tanpa daging, berselera sungguh makan..cam orang tua makan..

6) Kadang2 ummi bagi minum susu segar..suka sungguh..cam orang tua minum dengan penuh haus..hehe..ingatkan xsuka susu segar..tapi abis gak minumnya..

7) Badan Nampak berisi balik nih..tapi tak naik mendadak..sikit2 je..

8) Dah makin suka amal scotts emulsion walaupun mashaammmm..hehe

9) Dah pandai marah kalu ummi angkat dia dari bilik air..nak men air jeee..sejuk dada karang batuk xabis2..hehe

10) Dah pandai punggah baju sendiri dalam laci..pandai pulak buka laci tu pastu keluarkan semua baju dia..dah tu pulak ummi nak kena lipat balik pastu kemaskan balik..huhu..kalu rak buku kat ruang tamu tu usah cakap lah..5kali dia punggah 5kali ummi simpan..huhu