CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, April 7, 2010

Asuh Si Kecil Di Universiti

~~Child Care dzaatin masuk paper Kosmo lah..hehe~~


Asuh si kecil di universiti


SUBJEK lukisan dan muzik diperkenalkan kepada kanak-kanak untuk menyerlahkan kreativiti mereka.PENJAGAAN bayi di bawah usia dua tahun turut disediakan pusat asuhan ini.


KEBANYAKAN ibu bapa mengimpikan Pusat Asuhan Kanak-kanak (PAKK) yang selamat, selesa dan berdekatan dengan tempat kerja mereka.

Apatah lagi jika saban hari mereka terpaksa meredah kesesakan lalu lintas atau terkejar-terkejar menghantar anak-anak mereka ke pusat asuhan yang jauh dari rumah dan tempat kerja.

Menyedari keperluan tersebut, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menyediakan pusat jagaan dan tadika khusus untuk kakitangan dan pelajarnya.

Pusat yang dikenali sebagai IIUM Educare itu memudahkan ibu bapa dan pelajar institusi terbabit melakukan aktiviti seharian mereka tanpa perlu risau akan keselamatan anak-anak mereka semasa bertugas.

Tumpuan subjek

"IIUM Educare memberi penekanan kepada bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara diikuti bahasa Arab dan Melayu. Setiap pelajar akan didedahkan kepada pengenalan tulisan jawi, pembacaan al-Quran, penghafalan doa lazim dan pembentukan sifat-sifat mulia.

"Penekanan itu adalah disebabkan kami menggunakan sitem pembelajaran yang disediakan oleh Kuliyyah Pendidikan UIAM dan dipantau sendiri oleh fakulti tersebut," kata Pengetua IIUM Educare, Nurul Aliah Mustapha.

Pelarasan sistem pembelajaran ini membolehkan pusat tersebut menepati piawaian dan dasar pendidikan negara. Secara tidak langsung, itu menjadi langkah proaktif dalam menyumbang kepada kelahiran generasi yang berilmu.

Sehubungan itu, setiap peringkat akan didedahkan dengan corak pembelajaran yang berbeza. Pada peringkat asas, pelajarnya terdiri daripada yang berusia tiga hingga empat tahun dan diikuti peringkat pertengahan iaitu bagi kanak-kanak yang berumur lima hingga enam tahun.


PENJAGAAN bayi di bawah usia dua tahun turut disediakan pusat asuhan ini.


Situasi ini memudahkan rangsangan minda kanak-kanak tersebut di samping mewujudkan suasana pembelajaran yang kompetitif dan ceria.

"Untuk permulaan, pelajar-pelajar akan didedahkan kepada pengenalan huruf dan abjab selain memberikan mereka lebih ruang untuk bermain.

"Peringkat seterusnya lebih memfokuskan kepada aktiviti menulis, mengeja, membaca, bertutur, melukis dan bergaul," kata Nurul.

Seterusnya, dalam meningkatkan lagi keupayaan minda mereka, subjek seperti lukisan dan muzik juga diterapkan dalam persekitaran pembelajaran di pusat ini.

"Kanak-kanak perlu dilatih bagi menonjolkan diri dalam mengetengahkan hasil kreativiti mengikut keupayaan minda dan kebebasan mereka berfikir.

"Perasaan ingin tahu yang mendalam kebiasaannya wujud dalam peringkat ini. Jadi, kami hanya menyediakan medium agar bakat mereka dapat dikesan dan diserlahkan.

"Selain itu, perkhidmatan bilik komputer, perpustakaan mini dan padang permainan juga disediakan. Kesemuanya bagi memastikan proses peningkatan imaginasi dan kreativiti mereka berterusan," ujarnya.

Malah, kebanyakan tenaga pengajar di pusat itu terdiri daripada mereka yang mempunyai kelulusan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Maka, modul pembelajaran dapat berjalan dengan sebaiknya.

Pelbagai bangsa

Sementara itu, berdasarkan variasi pola latar bangsa kakitangan dan pelajar di UIAM, tidak mustahil IIUM Educare menempatkan kanak-kanak dari pelbagai negara.

"Mereka berpeluang berkenal-kenalan dan membina hubungan antara satu sama lain. Pertembungan budaya dan perkongsian idea akan berlaku. Ini adalah kesempatan yang terbaik dan jarang berlaku di PAKK yang lain," terang Nurul.

Sejajar dengan ciri IIUM Educare yang mirip perkhidmatan pusat asuhan kanak-kanak (Taska) dan tadika, pusat itu menawarkan masa yang fleksibel dan bersesuaian dengan jadual kakitangan dan pelajarnya.

"Tadika beroperasi dari pukul 7.40 pagi sehingga 1 tengah hari. Selepas itu, ibu bapa boleh meletakkan anak mereka di pusat jagaan sehingga pukul 6 petang. Selain itu, kami menyediakan khidmat penjagaan bayi di pusat ini untuk anak-anak yang berumur bawah dua tahun.

Tambah Nurul: "Sehingga kini kami mempunyai seramai 630 orang pelajar dengan kapasiti tenaga pengajar seramai 78 orang."

Dalam pada itu, berdasarkan pengalaman luas UIAM dalam pendidikan awal kanak-kanak, Reaktor UIAM, Datuk Seri Prof. Dr. Syed Arabi Idid tidak menolak untuk memperluaskan intitusi itu ke peringkat luar kampus.

"Kami melihat impak corak pendidikan dan kurikulum yang diterapkan memberi kelebihan kepada kanak-kanak tersebut dari segi perkembangan minda dan keupayaan mereka untuk berfikir.

"Pihak kami sedia menjadi perunding kepada mana-mana pihak yang berminat dalam membuka institusi asuhan seperti ini," kata Syed Arabi.

2 comments:

  1. bertuah yek dpt tpt y selesa meninggalkan anak semasa urusan seharian. tahniah uiam. moga kerja2 subur hingga ke akhirat. lawatilah:
    http://elitsuria.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. segala puji bg Allah yg memberikan peluang dan rezeki dzaatin dpt kesitu..Alhamdulillah..trimakasih.

    ReplyDelete